Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

31 Hadiah Murah untuk Ayah di Malaysia 2024 (Dibawah RM50)

Hadiah tak perlu mahal, yang penting tanda ingatan…

Hari Bapa atau Father’s Day diraikan pada hari Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun, pasti ramai orang ke kedai hadiah dan kompleks membeli-belah untuk mencari hadiah yang sesuai bagi bapa mereka.

Selain ibu, bapa juga merupakan individu penting memberikan tenaganya sehabis baik untuk memastikan keluarga tersayang cukup makan pakai. 

Bagaimanapun, soalan paling popular yang sering menjadi tanda tanya adalah hadiah apa nak bagi?

Jangan risau, jom lihat senarai hadiah istimewa buat bapa tersayang! 


31 Hadiah Yang Murah dan Menarik Untuk Ayah

Table of Contents

Hair trimmer GM6566
Semak Professional Wireless 3 in 1 GM-6566 Hair Trimmer harga dibawah:

Jika ayah anda sangat menjaga penampilannya, anda boleh hadiahkan mesin hair trimmer ini supaya mudah untuk ayah trim rambut di rumah sahaja.

Menariknya, mesin rambut ini boleh di caj dan boleh digunakan sebagai shaver janggut dan potong bulu hidung dengan cepat. 

Mesin trimmer ini ada beberapa pilihan tahap bilah yang anda boleh pilih mengikut kehendak daripada potongan tahap 1 hingga 6mm.

Untuk kali pertama penggunaan, anda perlu caj selama 8 jam dan mesin ini terus boleh digunakan selama 60 minit.

Dengan bunyi yang senyap dan ada lampu di bahagian depan, mesin trimmer ini sesuai juga digunakan untuk potong rambut anak.

Hadiah selipar tandas untuk ayah
Japanese Comfortable Sole Shower Slippers
Semak Japanese Comfortable Sole Shower Slippers harga dibawah:

Nampak mudah tapi sangat berharga! Hadiahkan selipar keluaran negara Jepun ini untuk kegunaan harian ayah anda memakainya di dalam dan luar rumah. 

Selipar ini diperbuat daripada bahan EVA dan reka bentuk selipar ini anti-gelincir membuatkannya sangat sesuai untuk digunakan di permukaan licin.

Bukan sahaja tapak tebal, malah selipar ini juga anti-bau, mudah dibersihkan, cepat kering dan selesa dipakai. 

Jangan risau, tiada bunyi berdecit semasa berjalan jika selipar ayah anda berjalan di lantai basah atau kaki anda dalam keadaan basah.

Setiap titik urut pada selipar juga boleh menekan titik akupunktur pada bahagian tapak kaki ayah tersayang untuk berikan keselesaan pada kaki.

Hadiah untuk ayah suka bersukan
Unisex Hiking Sport Jacket
Semak Unisex Hiking Sport Jacket harga dibawah:

Ayah anda suka bersukan? Jom dapatkan jaket ini sebagai hadiah untuk bapa anda.

Jaket ini mempunyai ciri tahan air dan tahan angin dimana menjadikan sangat praktikal untuk pelbagai aktiviti.

Malah dengan rekaan jacket berlengan panjang ini membolehkan kulit anda terkena terus sinaran matahari dan hujan.

Tambah pula jacket ini mempunyai hood yang boleh dijerut mengikut bentuk wajah anda sekaligus dapat menghalang air terus masuk ke bahagian dalam.

Paling menarik, jacket ini mudah kering walaupun terkena air hujan yang banyak jadi jacket anda tidak berbau hapak.

Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip
Semak Utanking Outdoor Hiking Shoes Lightweight Anti-Slip harga dibawah:

Kalau ayah anda suka pergi hiking, jom belikan kasut hiking ini!

Kasut hiking ini direka dengan perlindungan jari kaki (toe cap) pada bahagian depan supaya jari tidak mudah tercedera walaupun tersepak batu atau kayu. 

Paling menarik, tidak perlu buang masa untuk ikat tali kasut kerana anda hanya perlu tarik kancing atau buckle yang disediakan untuk mengetatkan atau melonggarkan ikatan talinya. 

Sesuai dipakai untuk lelaki, perempuan dan semua jenis aktiviti outdoor kerana mempunyai ciri ringan dimana anda akan rasa mudah untuk bergerak bersama kasut ini.

Bahagian dalam diperbuat daripada material mesh yang ringan dan breathable agar peluh kaki lebih cepat kering.

Ingin diingatkan jika kaki ayah anda jenis lebar, disarankan untuk pilih 1 saiz yang lebih besar dari yang selalu dipakai.  

Kemeja Formal Long-Sleeved Men Casual Slim Fit
Semak Kemeja Formal Long-Sleeved Men Casual Slim Fit harga dibawah:

Kalau ayah anda seorang guru, anda boleh hadiahkan baju kemeja ini!

Dengan rekaan bentuk yang lembut, kemas dan terletak elok di badan pasti ayah akan nampak extra handsome semasa menggayakannya.  

Diperbuat daripada kain kapas bermutu tinggi memberi keselesaan untuk si pemakaian baju.

Ciri menarik ini akan memudahkan pergerakan untuk para guru lelaki yang aktif untuk kekal selesa sepanjang hari. 

Semak Hans IX Casual Canvas Men Shoes Size EU 43-44 Grey harga dibawah:

Bila kali terakhir anda belikan kasut untuk ayah? Kalau nak kasut unik, anda boleh berikannya Kasut Hans IX yang diperbuat daripada kanvas.

Kasut berwarna kelabu ini dijual dengan harga yang berpatutan jadi anda boleh belikan istimewa buat ayah.

Rekaan kasut ini ringkas dan kemas menjadikannya sesuai untuk si ayah pakai untuk ke pejabat atau keluar bersiar siar. 

Hadiahkan peralatan memancing untuk ayah
set memancing
Semak Joran Casting Full Set - Medium Light Power harga dibawah:
add_circle Ada span pada pemegang
add_circle Batang joran keras & padu
add_circle Kualiti bagus
add_circle Sesuai untuk beginner
remove_circle Kurang sesuai untuk pancing ikan saiz besar

Adakah hobi ayah anda memancing bersama rakan pada waktu lapang? Jika ya, hadiahkan ayah anda set joran memancing ini.

Pasti ayah akan gembira menerimanya kerana set joran ini termasuk kekili pancing, pancing, tali pancing dan mata kail.

Dengan harga yang berpatutan, set joran ini juga tahan lasak dan pemegang batang joran mempunyai span lembut.

Ciri ini untuk memastikan tangan tidak sakit dan licin ketika menarik ikan keluar dari sungai atau kolam. 

earbud untuk remaja
Semak SPRISE A6S Earbuds Portable Bluetooth Earphone harga dibawah:

Dapatkan earbud SPRISE A6S ini sebagai hadiah untuk bapa anda yang suka mendengar muzik.

Cara penggunaannya sangat mudah, hidupkan Bluetooth pada peranti anda, cari dan sambungkan dengan A6S.

Earbud ini ada 5 pilihan warna menarik seperti hitam, putih, merah jambu, biru, dan hijau. 

Jarak komunikasinya boleh dicapai sehingga 10 meter, dengan masa muzik selama 3 jam dan masa cas selama 1 jam. 

Paling penting, sangat sesuai digunakan dengan sistem Android, iOS, macOS, dan Windows.

Semak GILDAN x CHAMPION Unisex Plain Tagless Round Neck Short Sleeve Tee Multi Color T425 harga dibawah:

Hadiah paling mudah, anda boleh belikan mereka t-shirt pelbagai warna supaya boleh dipakai setiap hari!

Jangan risau, jenama Champion yang kami cadangkan ini sesuai untuk semua saiz badan lelaki daripada S hingga ke 2XL.

T-shirt ini sangat selesa dipakai kerana menggunakan fabrik kapas dan mudah menyerap peluh.

Tapi sebelum beli, pastikan tahu saiz badan ayah anda supaya baju yang dipakai elok di badan ya! 

Hadiah bantal untuk ayah
AKEMI
bantal akemi
Semak AKEMI Mitesgard Comfort Fibrefil Pillow harga dibawah:

Bayangkan, setelah penat bekerja seharian dan disorongkan bantal ini.. Fuh! Pasti tidur akan lena sepanjang malam. 

Bantal ini dibuat daripada mikrofiber putih anti debunga dan diisi dengan serat hipolergenik yang dihasilkan secara khas untuk memberikan keselesaan dan sokongan yang baik.

Ciri menarik lain, disebabkan bantal ini mempunyai isian serat hipolergenik menjadikannya tidak berbau busuk.

Selain itu, bantal ini dilengkapi dengan perlindungan mitesgard pada sarungnya untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap debunga, bakteria, dan kulat.

Jadi ayah anda boleh tidur dengan lebih tenang, bersih dan selamat digunakan untuk tempoh masa yang lebih lama daripada bantal biasa.

hdiah beg untuk ayah
Semak Travel Toiletry Bag Organizer Multifunction Bag Cosmetic Bag harga dibawah:

Beg toiletries ini sesuai untuk dijadikan hadiah kepada ayah anda yang perlu bekerja luar kawasan atau outstation.

Bukan sahaja kelihatan simple dan elegen, tapi dalam masa yang sama tampak sederhana. 

Dengan beg peralatan mandi ini, ayah anda dapat travel tanpa risau akan barangan keperluan untuk membersihkan diri. 

Beg ini menggunakan material polyester canvas yang kalis air dan tahan lasak.

Semak AVON Men Perfume - Wild Country Eau de Cologne Spray (100ml) harga dibawah:

Avon merupakan satu rangkaian franchise yang terkenal dan minyak wangi dari Avon menawarkan bauan yang memikat dengan harga yang berpatutan.

Minyak wangi ini memberikan keharuman yang segar dan bertenaga, jadi ayah anda boleh gunakannya semasa bersukan.

Walaupun tanpa alkohol, perfume ini memiliki daya tahan yang lama dan mempunyai aroma yang kuat.

Minyak wangi jenama Avon ini memberikan haruman yang maskulin dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

Samu Giken Arm Blood Pressure LCD Monitor Heart Beat MS-SG-RAK283 6 in 1
Semak Samu Giken Arm Blood Pressure LCD Monitor Heart Beat MS-SG-RAK283 6 in 1 harga dibawah:

Meter tekanan darah Samu Giken ini jadi pelaburan terbaik untuk kesihatan anda sekeluarga yang mempunyai bajet terhad. 

Ini kerana walaupun harganya murah, tapi tetap memberikan bacaan tekanan darah yang tepat. 

Selain itu, sangat sesuai digunakan untuk pantau tekanan darah terutamanya bapa anda di rumah.

Paling penting, mesin ini jimat tenaga kerana akan tertutup secara automatik jika tidak beroperasi selepas 1 minit.

Boleh beroperasi menggunakan bateri AAA atau kabel USB dan boleh simpan data tekanan darah untuk 2 orang dalam 1 masa.

hadiah untuk ayah suka berkebun
Semak Heavy duty Stainless steel Non-Magnetic Shovel Gardening Tool harga dibawah:

Cangkul ini direka menggunakan bahan stainless steel yang tidak berkarat, menjadikannya alat yang sangat berguna untuk melonggarkan tanah. 

Tambah lagi, hadiah ini sangat sesuai diberikan kepada ayah yang suka bercucuk tanam.

Dengan saiz yang kecil dan ringan, cangkul ini sangat mudah dan selesa untuk digunakan.

Jadi, berikan ayah anda alat ini sebagai hadiah untuk membantunya dalam kerja-kerja kebun.

wallet
Semak Menbense PU Leather Korea Design Short Fold Wallet harga dibawah:

Dompet ini direka dengan gaya Korea yang terkini, menggunakan bahan kulit sintetik PU yang berkualiti tinggi.

Dengan reka bentuk yang compact, dompet ini mempunyai saiz yang sesuai untuk diletakkan di poket.

Terdapat 7 slot kad untuk menyimpan kad-kad penting, 2 poket wang untuk menyimpan wang tunai dan juga 1 poket syiling berzip bagi memudahkan penyimpanan.

Ayah anda pastinya suka dengan design yang sangat simple tapi mesra pengguna dan berkualiti serta tidak mudah koyak.

Semak DIY Tool Set Household Hardware Hand Tools Combination Repairing Kit Tool Box Set (13 Pcs) harga dibawah:

Set alat ini adalah pilihan terbaik bagi ayah anda yang gemar melakukan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan di rumah.

Terdiri daripada 13 jenis alat, termasuk pita pengukur, pemutar skru, tukul dan banyak lagi.

Set ini memastikan ayah anda mempunyai segala yang diperlukan untuk menyelesaikan tugas-tugas berat dan rumah tangga.

Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, iaitu Chrome Vanadium CR-V, alat-alat ini tahan lama dan boleh digunakan untuk kegunaan industri dan rumah tangga.

Ayah anda dapat menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dengan lebih mudah dan efisyen.

Hadiah untuk ayah yang suka memasak
chopping_board
Semak Bamboo Chopping Board harga dibawah:

Papan pemotong yang diperbuat daripada buluh ini mempunyai saiz yang besar untuk membolehkan pelbagai jenis bahan mentah dengan pelbagai saiz dipotong dengan mudah.

Tambah lagi, chopping board ini tahan lama dan lebih tahan terhadap calaran berbanding dengan papan pemotong kayu biasa.

Sememangnya hadiah terbaik untuk cef kesayangan anda di rumah!

Hadiah bermanfaat untuk ayah anda
world best mug
Semak WORLD'S BEST Award Mug with Custom Name harga dibawah:

Setelah puluhan tahun membesar dan menjaga anda, pastinya akan menggembirakan hati ayah anda mengetahui bahawa segala usaha yang telah beliau lakukan selama ini sangat berbaloi.

Mug ini akan selalu mengingatkan ayah anda bahawa usahanya dihargai.

Diperbuat dari bahan porselin seramik, mug ini tahan lama dan tidak mudah pecah meskipun ayah anda menggunakannya setiap hari.

Paling menarik, mug ini juga selamat digunakan di microwave dan mesin pencuci pinggan.

Setiap kali ayah anda pergi ke dapur untuk minum air, mug ini akan mengingatkannya bahawa dia memang ayah terbaik yang anda pernah ada!

DASHING For HIM Gift Set
Semak DASHING For HIM Gift Set - Treasure (Style Set) harga dibawah:

Jika ayah anda pentingkan penampilan yang kemas dan wangi, jom hadiahkan set hadiah ini untuk ayah tersayang.

Setiap set ini mempunyai minyak wangi, deodorant body spray, stick deodorant dan Talcum Style Legend sebanyak 100g.

Semua hadiah dalam set ini dikemas dengan rapi dalam kotak hadiah dan menariknya, anda boleh request letak kad ucapan!

Barulah lebih eksklusif, nampak mewah dan masih dalam bajet.

Hadiah murah tapi berguna untuk ayah bekerja
akiro glass for welding
Semak AKIRO Safety Solar Cells Anti-glare Goggles Mask Auto Darkening harga dibawah:

Dengan ciri-ciri seperti lensa PC yang memberikan perlindungan yang baik, bahan PC+ABS berkualiti tinggi dan reka bentuk yang kukuh pasti ayah anda dapat gunakan hadiah ini dengan lebih lama.

Pemberian hadiah keselamatan seperti ini sangat berguna untuk memastikan keselesaan dan keselamatan mata ayah anda sepanjang masa.

Terdapat perlindungan daripada sinar ultraviolet, radiasi infra-merah dan silau juga turut disediakan untuk menjaga mata beliau dengan baik semasa bekerja.

Cermin mata berubah dari keadaan terang ke keadaan gelap apabila berlaku lengkungan, serta kembali kepada keadaan terang selepas welding tamat.

Antara ciri penting lain, goggle ini juga dilengkapi dengan lapisan anti-calar yang tahan lama dan selamat digunakan untuk perlindungan maksimum ketika ayah melakukan kerja welding!

Fipper Slip On Non-Rubber for Unisex in Black
Semak Fipper Slip On Non-Rubber for Unisex in Black harga dibawah:

Bahan luaran midsole selipar ini direka untuk menjadikan ringan dan selesa oleh ayah tersayang.

Dihiasi dengan lambang Fipper di sisi untuk penampilan si pemakai lebih santai dan selesa ketika menggayakannya.

Selipar ini akan melengkapi pakaian dan acara seperti berjalan di mall, melakukan riadah petang bersama keluarga dan sebagainya.

Dapatkan selipar ini untuk ayah anda dan berikan keselesaan dalam setiap langkahnya.

baseball cap
Semak SKM Simple Pattern Baseball Outdoor Cap harga dibawah:

Beli topi ini untuk ayah anda yang pasti akan melengkapkan penampilan dan memberikan perlindungan tambahan dari matahari.

Diperbuat daripada kanvas berkualiti, topi ini sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan wanita.

Ciri menarik lainnya, mempunyai reka bentuk yang boleh disesuaikan dengan tali strap bagi memudahkan si pemakai adjust mengikut keselesaan kepala.

Saiz topi ini adalah one saiz yang sesuai dengan kebanyakan orang, bagaimanapun kami cadangkan anda untuk melihat ukuran yang dikongsi oleh penjual. 

Hadiah post shave untuk ayah
NIVEA MEN
nivea man
Semak NIVEA MEN Replenishing Post Shave Balm - 100ml harga dibawah:

Lengkapkan rutin penjagaan ayah anda dengan NIVEA MEN Protect & Care Replenishing Post Shave Balm ini.

Paling utama, formula yang tidak berminyak ini cepat meresap ke dalam kulit bagi memudahkan proses mencukur bapa anda.

Diperkaya dengan Aloe Vera dan Pro-Vitamin B5, produk ini menjaga dan melindungi kulit daripada kekeringan.

Turut memberikan kesan sejuk yang segera pada kulit selepas bercukur dan mengurangkan kemerahan.

Kulit ayah anda akan terasa segar, lembap dan dilindungi setiap kali bercukur.

Hadiah pencuci muka untuk ayah
Garnier
Pencuci muka 6 dalam 1 - untuk kulit wajah berjerawat
Semak Garnier Men Acno Fight Acne Foam (100ml) harga dibawah:
add_circle Merawat kulit masalah jerawat
add_circle Membuang sel kulit mati
add_circle Diperkaya dengan Herba Repair
add_circle Tekstur creamy
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak

Walaupun si ayah kurang utamakan penjagaan kulit wajah tapi ada segelintir daripada mereka mempunyai masalah sama seperti wanita.

Jadi, Garnier Men Acno Fight Acne Foam sesuai untuk lelaki dan mampu memberi kesegaran dan menghilangkan enam tanda jerawat.

Malah, terdapat manik-manik mikro yang lembut pada tekstur pencuci muka ini untuk mengurangkan minyak, jerawat, bintik hitam, membersihkan liang pori, kemerahan dan kesan parut.

Paling penting, diformulasi dari Asid Salisilik dan Herba Repair yang tidak akan menyebabkan kulit wajah merengsa dan iritasi dan selamat untuk digunakan setiap hari. 

Hadiah pakaian dalam murah untuk ayah
Byford
byford
Semak Byford Underwear Cotton Knit Boxers harga dibawah:

Mungkin ada mengatakan kelakar jika berikan hadiah pakaian dalam lelaki terutama kepada ayah kita sendiri.

Tapi sebenarnya ayah-ayah kita tidak pernah nak ambil peduli walaupun sudah terkoyak tapi masih tidak beli yang baru.

Sebagai seorang anak, anda boleh belikan Byford Underwear Cotton Knit Boxers kerana selesa dipakai pada waktu malam atau sarung bersama kain pelikat.

Tambah pula, rekaan Byford jenis ini direka mempunyai butang bahagian tengah bagi memudahkan urusan buang air kecil. 

Hadiah pomade untuk ayah
Gatsby
Pomade untuk lelaki sesuai bagi yang berambut lurus
Semak Gatsby Styling Pomade Supreme Hold harga dibawah:

Gatsby Styling Pomade Supreme Hold ini akan membantu ayah anda mencipta gaya rambut yang sempurna.

Pomade water-based ini mempunyai daya tahan yang kuat, memberikan volume yang diingini dan menghasilkan gaya rambut yang trendy.

Jadi, ayah anda dapat mencapai gaya rambut yang stylish, nampak kemas dan hebat!

Semak Minyak wangi bauan karpet madinah (Raudhah dan karpet sejadah madinah) harga dibawah:

Produk wangian ini memberikan wangian yang mengingatkan tentang suasana di Masjid Nabawi dan Raudhah.

Ayah anda pastinya akan tersentuh dan teringatkan kembali pengalamannya di sana semasa menjalankan umrah.

Paling penting, minyak wangi ini boleh digunakan ketika beribadah dan kegiatan harian, sesuai untuk lelaki atau wanita.

Sapukan sedikit wangian ini pada sejadah atau karpet di setiap sudut rumah anda. Insya-Allah wangi satu rumah!

outdoor camping set
Semak READY STOCK-10 in 1 Camping Cookware Travel Tableware Outdoor Cooking Set Picnic harga dibawah:

Set memasak camping ini terdiri daripada 10 jenis peralatan memasak yang lengkap dan sesuai digunakan semasa aktiviti perkhemahan atau piknik di luar.

Diperbuat daripada bahan aloi aluminium yang tahan lasak dan tahan lama.

Set memasak ini termasuk periuk besar, kuali, cerek, mangkuk, periuk sup, senduk nasi, span basuh pinggan dan jaring penyimpanan. 

Hadiah sarung tangan moto untuk ayah
Sport Glove Motorbike
Semak Sport Glove Motorbike harga dibawah:

Hadiah ayah anda sarung tangan ini yang diperbuat dari bahan lembut dan tahan lama.

Jangan risau, material yang digunakan sangat sesuai untuk digunakan dalam pelbagai sukan indoor atau outdoor.

Bahagian belakang sarung tangan ini diperbuat daripada kain mesh untuk membantu menjaga bahagian belakang tangan dari haba panas.

Manakala, sambungan tangan dilindungi oleh pad getah lembut yang memberikan perlindungan kepada tangan penunggang. 

Dengan sarung tangan ini, anda tidak perlu risau tentang bapa anda akan tergelincir semasa berbasikal atau menunggang motosikal.

Hadiah pemanggang arang BBQ untuk ayah
Juyogo G6879 Stainless Steel Charcoal BBQ Grill Stove
Semak Juyogo G6879 Stainless Steel Charcoal BBQ Grill Stove harga dibawah:

Pemanggang kecil ini sesuai untuk digunakan dalam barbeque, sama ada di pantai, perkhemahan, atau pelbagai aktiviti luar.

Diperbuat dari bahan berkualiti, boleh dilipat dan mesra alam memastikan penggunaan lebih selamat.

Dengan reka bentuknya yang dilengkapi dengan rak pemanggang, anda boleh menjemput lebih ramai keluarga dan rakan.

Luangkan masa berkualiti dengan hidangan yang sedap dan suasana alam yang menenangkan. Hanya buka, tambah arang dan anda sudah bersedia untuk mula barbeque!

Hadiah untuk ayah yang telah pencen
Semak PU Leather USB Sling Bag harga dibawah:

Kebiasaannya setelah pencen, ayah anda pasti akan bosan duduk di rumah tak buat apa-apa selain daripada keluar ke kedai kopi, pusing-pusing bandar dan sebagainya.

Dengan beg ini, ayah anda dapat menyimpan segala barang yang dia ada, wallet, kunci dan macam-macam lagi. 

Beg ini juga mempunyai USB port yang boleh disambungkan dengan powerbank supaya ayah anda tiada alasan kehabisan bateri jika anda menelefonnya nanti.

Paling penting, barangan ayah anda akan terjaga dan tidak berat apabila dipakai.


Bagaimana nak cari hadiah yang murah tapi bermakna?

Nak mencari hadiah untuk ayah ni kadang-kadang memang mencabar, bukan?

Ini kerana selalunya ‘taste’ orang lelaki berbeza dengan perempuan dan pilihan untuk barangan untuk lelaki agak terhad.

Apa yang penting ialah anda perlu tahu apa minat ayah anda dan apakah barangan sejak kebelakangan ini selalu menarik perhatiannya

Jangan takut untuk bagi hadiah yang murah, yang penting menunjukkan yang kita prihatin kepada minatnya dan tidak perlu mahal untuk bermakna.


Artikel Berkaitan

End of Article