Kesihatan & Kecergasan

13 Tilam Terbaik Untuk Sakit Belakang 2026 (Jenama Berkualiti)

Kesalahan pemilihan tilam penyebab punca sakit belakang badan. Sebaiknya pilih tilam sakit belakang pinggang dari jenama tilam terbaik agar masalah sakit belakang dapat diatasi.


Editor · Updated 22 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Tilam Terbaik Untuk Sakit Belakang 2026 (Jenama Berkualiti)

Gaya hidup sihat bermula dengan mendapatkan kualiti tidur yang maksimum kerana tidur merupakan waktu rehat yang sangat diperlukan.

Malangnya, tak semua orang dapat tidur yang berkualiti atas sebab pemilihan tilam yang tidak tepat.

Kandungan

Lebih teruk lagi sehinggakan ada yang bangun tidur, terasa sakit belakang pinggang dan tengkuk.

Jadi kami bantu anda senaraikan jenama tilam terbaik dan lembut khas untuk anda yang mengalami sakit belakang badan.


Senarai 13 Tilam Terbaik Untuk Sakit Belakang

The Joey Mattress
Tilam untuk ibu mengandung 1 daripada 13
The Joey Mattress
Dari RM1,595
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti habuk-hama
Tiada spring
Hanya dijual secara atas talian
1 lagi
Jaminan selama 10 tahun

Sebab utama menjadi pilihan:

Para ibu mengandung sebaiknya gunakan tilam yang dapat memberi keselesaan kerana keadaan ibu semasa tidur dan keselamatan bayi di dalam kandungan mempunyai hubung kait.

Ciri-ciri:

Tilam Joey tidak mempunyai spring tapi mempunyai lapisan keselesaan J-Foam dengan ketebalan 8cm untuk mengikut bentuk tubuh badan yang maksimum.

Malah, terdapat juga lapisan sokongan J-Foam yang padat dengan ketebalan 15cm. Lapisan ini mampu memberi sokongan yang responsif lebih pada tubuh.

Dengan kedua-dua lapisan ini dapat memberi anda kualiti tidur yang maksimum kerana memberi efek tilam yang lembut dan badan tidak rasa sakit-sakit.

Paling best, tilam tidak memberi apa-apa efek bounce jika anda bergerak dari katil. Jadi sesuai mereka yang mempunyai anak kecil.

Review:

"Fabrik tilam ini 100% furniture-grade polyester dimana dapat memberi keselesaan pada tubuh ketika baring dan duduk."

tilam spinarez
Tilam untuk scoliosis 2 daripada 13
SpinaRez Pocket Star Euro Top + Coconut Fiber & Pocket Spring Hybrid
Dari RM970.14
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kurang bising bila bergerak
Anti hama & habuk
Sedikit keras bagi sesetengah
2 lagi
Menyeimbangi suhu badan
Memberikan sokongan optimum

Scoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang melengkung ke sisi dan mereka yang mengalaminya terutama wanita mengandung akan kerap sakit pinggang dan tulang belakang.

Jadi, kami syorkan anda dapatkan tilam SpinaRez Pocket Star dengan 4 lapisan yang bermanfaat.

Antaranya 3” Euro Top Padding, 2” Padding High Resilient Foam Padding dan 1 lapisan sabut kelapa yang memberikan sokongan asas di bahagian paling bawah.

Dengan fabrik serat alovera, tilam ini juga mempunyai ciri anti habuk, anti bakteria, anti kulat, bernafas dan mengawal suhu badan.

Sistem spring poket Individu 3 Zon juga memberikan sokongan yang sangat baik kepada tubuh badan, mengurangkan tekanan dan sakit belakang.

Turut mempunyai fabrik mesh 4D yang membantu meningkatkan pengudaraan tilam dan sokongan tepi bersalut foam yang memberikan keselesaan sepanjang malam.

Nak lagi selesa boleh tambah topper dan bila bangun pagi, sakit belakang tidak lagi ketara seperti sebelum ini.

tilam untuk stroke
Tilam untuk pesakit stroke 3 daripada 13
[MDA Approved] Anti-Decubitus Tube Ripple Mattress Bedsore Prevention
Dari RM185
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperakui MDA
Mengurangkan bedsore
Perlu sentiasa on pam
2 lagi
Mudah pasang dan guna
Material kalis air

Bagi mereka yang tengah cari tilam untuk ahli keluarga yang stroke dan sakit lama, beli je tilam ni.

Bukan sahaja untuk sakit terlantar dan pesakit bedridden, malah tilam ini juga boleh guna untuk sakit-sakit belakang atau pesakit pembedahan dibahagian belakang.

Paling penting, tilam ini ada bahagian keras dan lembik yang membuatkan badan pengguna nampak naik dan turun.

Jadi, mereka akan rasa seakan menerima getaran rendah dan boleh tidur dengan selesa.

Terdapat jaminan motor 1 tahun, tilam mudah dicuci dan pamnya juga berfungsi dengan senyap.

Diperakui MDA dengan no pendaftaran: GA6253421-80542 dan boleh menampung berat pengguna maksimun 150 kg.

Jangan risau, katil ini selamat digunakan kerana adanya perlindungan terhadap renjatan elektrik kelas 2.

Babylove Premium 4 in 1 Mattress Set
Tilam terbaik untuk baby 4 daripada 13
Babylove Premium 4 in 1 Mattress Set
Dari RM125.10
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tilam tebal dan tidak berbulu
Boleh lipat
Lebih sesuai dalam katil bayi
2 lagi
Tak panas
Banyak corak menarik

Hadir dalam pelbagai corak menarik yang boleh dipilih mengikut tema bilik, set tilam jenama Babylove ini termasuk beg pvc, dua bantal, guling dan tilam.

Semua sarung produk menggunakan 100% kapas premium asli dan sesuai untuk guna di rumah atau bawa jalan-jalan.

Bahan ini bukan sahaja memberikan memberikan pengudaraan yang baik, tapi juga selamat untuk kulit bayi dan tidak akan menyebabkan alahan kulit kepada si manja.

Isian dalam tilam dipenuhi foam padat yang tidak berbau dan mencegah kerengsaan kulit, jadi bayi anda dapat tidur dengan lena dan selamat.

Malah, tilam juga tebal dan tak lembut sangat bagus untuk badan baby, takdelah dia tenggelam semasa tidur.

Hadiahkan kepada kawan perempuan, adik-beradik atau sepupu yang baru bersalin dengan tilam bayi ini!

Ecolux Zucca 10inch
Tilam untuk pesakit terlantar 5 daripada 13
Ecolux Zucca 10inch
Exolux
Dari RM1,439
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menggunakan 360 MicroFabric
Anti bakteria & anti debu
Harga mahal
1 lagi
Dapat bantal percuma

Jika anda mencari tilam untuk pesakit terlantar, anda boleh dapatkan tilam Ecolux Zucca ini kerana fabrik yang digunakan adalah jenis 360 MicroFabric, memastikan pengudaraan yang lancar walaupun baring lama di atasnya.

Selain itu, tilam ini juga anti bakteria dan anti debu, memastikan tiada bakteria yang melekat pada kulit badan walaupun terlantar seharian di atas tilam.

Apa yang menarik, tilam ini menggunakan Chiropractic Bonnel Spring System bagi memastikan anda dapat baring dengan selesa dan melindungi tulang belakang.

Untuk tilam ini, ia tidak memerlukan rotation kerana ia menggunakan AirCool foam untuk memastikan pengudaraan optimum, serta coil yang digunakan mampu menampung beban untuk masa yang lama.

Dengan jaminan selama 10 tahun, anda akan rasa lebih yakin dan selamat menggunakan tilam ini.

Goodnite Vitania 11
Tilam untuk orang gemuk 6 daripada 13
Goodnite Vitania 11
Goodnite
Dari RM815
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti bakteria & anti debu
Jaminan 10 tahun
Saiz 11 inci agak tinggi untuk kanak-kanak
1 lagi
Material jenis breathable

Anda mencari tilam yang boleh menampung badan yang bersaiz besar? Dapatkan je tilam dari jenama Goodnite ini yang mempunyai ketebalan 11 inci, memang sesuai untuk yang berbadan besar.

Antara kelebihan ini adalah anti bakteria dan juga anti debu, jadi secara tidak langsung anda dapat hindari dari penyakit kulit akibat bakteria.

Selain itu, tilam ini mempunyai 7 Turns Posture Coil System yang boleh menampung badan secara menyeluruh dan untuk pelbagai posture badan.

Fabrik yang digunakan juga adalah jenis knitted, jadi ia sangat selesa dan juga breathable agar anda mendapat tidur yang nyenyak pada waktu malam.

Kini berat badan bukan lagi halangan untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan melindungi tulang belakang sepanjang malam.

Tilam untuk taska 7 daripada 13
GOODNITE Spinahealth Rebond Foam Foldable Mattress
Dari RM363
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat daripada rebonded foam berkualiti
Anti hama & habuk
Tilam nipis
2 lagi
Sesuai untuk bilik bermain anak-anak
Mudah disimpan

Ciri utama tilam ini adalah ia boleh dilipat, sesuai untuk travel jadi mudah untuk di bawa ke mana-mana seperti berkhemah, rumah saudara, atau untuk kegunaan di taska.

Jika rumah anda sering menerima tetamu, tilam ini perlu disediakan di rumah anda untuk dijadikan tempat mereka tidur.

Fabrik bahagian luar tilam mempunyai ketebalan 2 inci ini dan diperbuat daripada kain jenis damask yang diimport.

Tambahan pula, tilam ini juga telah disanitasi untuk melindunginya daripada bakteria dan kulat. 

Menariknya lagi, tilam ini mempunyai beg khas dengan pemegang untuk disimpan dengan mudah di dalam almari selepas penggunaan.

Paling bagus, bahagian luar tilam single ini boleh dicuci untuk mengekalkan kebersihan dan keselesaan ketika tidur.

Oleh sebab tilam ini agak nipis, kami sarankan anda tidak baring terlalu lama bagi mengelakkan sakit belakang.

dr macio
Tilam untuk tulang belakang 8 daripada 13
Dr. Macio Spinopedic Mattress with Spina Support
Dr. Macio
Dari RM247.17
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mempunyai teknologi cooling
Anti bakteria
Tidak mempunyai cover
1 lagi
Tahan lama

Bagi anda yang ingin berikan keselesaan pada tetamu, parents atau diri sendiri ketika tidur kami syorkan tilam dari jenama Dr. Macio.

Ini kerana tilam ini mempunyai ciri yang bagus terutama untuk elak sakit belakang kerana direka khas untuk tulang belakang.

Antara cirinya adalah German Spine Support yang mana bahagian spring coil yang digunakan berkualiti tinggi dari German.

Memang dapat beri keselesaan ketika anda baring dan tidur sepanjang malam dan paling penting, dapat menjajarkan tulang belakang secara semulajadi. 

Jangan risau, tilam ini tahan lama kerana menggunakan high density synthetic latex foam dan menggunakan teknnologi cooling

Vono SpinePro 800 Mattress Single
Tilam single untuk sakit belakang 9 daripada 13
Vono SpinePro 800 Mattress Single
Dari RM1,428
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menyokong tulang belakang
Memberi keselesaan ketika tidur
Harga mahal
1 lagi
Mempunyai sistem Pocketed Intalok Springing

Tilam dari jenama Vono ini merupakan satu set tilam single yang mempunyai Intalok Springing System supaya dapat menyokong tulang belakang dan memberi keselesaan ketika tidur. 

Malah, mempunyai Pocketed Intalok Springing System yang berfungsi mengurangkan gangguan pergerakan badan. 

Maksudnya anda seolah-olah  tidur diatas angin tanpa merasa apa-apa gerakan dari badan sendiri.

Dengan berteraskan Spin Pro Collection dan diperbuat dari 3.5mm dawai besi yang kukuh dan ketebalan tilam sehingga 10 inci untuk memberi sokongan ultra pada tulang belakang.

Terdapat 4 jenis katil iatu King, Queen, Single dan Super Single. Pilih saja!

Sonno Original Mattress
Tilam terbaik untuk slip disc 10 daripada 13
Sonno Original Mattress
Dari RM1,999
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Material tahan lama
Jaminan 10 tahun
Harga mahal
1 lagi
100% memory foam diiktiraf CertiPUR-US®

Tilam mewah Sonno ini memperkenalkan tilam dengan tiga lapisan bahan natural latex (getah), memory foam dan support foam

Tujuan tiga lapisan ini untuk memberi keselesaan dan sokongan pada tulang belakang ketika tidur.

Memang, sangat sesuai mereka yang sering bekerja yang melibatkan tulang belakang

Tebal tilam Sonno 9 inci bagi memberikan kedudukan posisi tubuh badan dalam keadaan selesa ketika baring sekaligus tidak memberi tekanan kepada titik sensitif tulang belakang. 

Selain itu, fabrik tilam ini sejuk, mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan material getah yang bagus untuk mengimbangi berat badan ketika tidur. 

Bagi mereka yang mengalami masalah slip disc, cuba dapatkan tilam tanpa wayar spring dari Sonno Original Mattress.

Coway Mattress
Tilam untuk orang tua 11 daripada 13
Coway Mattress
Dari RM300
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mempunyai servis maintanance
Sesuai untuk sakit belakang
Tidak mempunyai saiz single
1 lagi
Tilam tebal

Tilam Coway dari Prime Series mengetengahkan konsep sistem sokongan dari empat komponen premium iaitu fiber kelapa, memory foam, latex dan 5-zone pocket spring. 

Sama seperti produk Coway yang lain, tilam dari mereka juga akan mendapat servis penjagaan setiap empat bulan dengan bayaran bulanan mengikut saiz tilam.

Terdapat 2 jenis saiz iaitu King dan Queen. Kedua-dua saiz tilam ini mempunyai ketebalan yang sama iaitu 13 inci.

Anda juga boleh memilih untuk membuat sewa beli sekali set dengan katil atau tidak.

Tilam ini sesuai untuk golongan warga emas kerana dapat mengurangkan dari sebarang risiko sakit belakang.

Lessa Home – Dreamer Chiropractic Mattress
Tilam untuk orang sakit 12 daripada 13
Lessa Home – Dreamer Chiropractic Mattress
Dari RM289
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tahan lama
Dapat menyokong tubuh
Mungkin terasa spring
1 lagi
Tidak menyebabkan badan gatal

Tilam Lessa Home sesuai untuk mereka yang mencari tilam untuk orang sakit dan memerlukan rehat yang cukup.

Ini kerana tilam ini menggunakan chiropractic coil iaitu wayar spring yang tahan lama dan sistem teras wayar spring paling bagus.

Selain itu, wayar tersebut dapat menjadikan tilam tahan lebih lama, selesa, padat serta dapat memberi sokongan tubuh yang sepanjang malam. 

Bahan yang digunakan adalah dari fiber kelapa bagi membantu tidur yang selesa, elak dari masalah kegatalan dan menyejukkan tubuh. 

Tilam Lessa Home ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengalami sakit belakang dan memerlukan rehat.

Tilam lembut untuk sakit belakang 13 daripada 13
SIMONI Synthetic Latex Mattress
Dari RM318
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bahan 100% lateks sintetik
Mempunyai ciri Sleep Cool
Sedikit nipis
1 lagi
Mampu mengurangkan sakit belakang

Tilam Simoni yang mempunyai ketebalan 8 inci sangat sesuai untuk individu yang mengalami sakit belakang dan memerlukan tilam yang boleh memberi sokongan pada postur tubuh yang sering berubah-ubah.

Tilam ini juga diperbuat daripada 100% lateks sintetik jadi tidak mudah bergoyang sekiranya pasangan tidur bergerak sekaligus dapat memberi anda tidur yang berkualiti.

Tilam ini juga dilengkapi ciri Sleep Cool, Pressure Relief dan Temperature Regulator untuk membantu badan anda kurang rasa sakit-sakit.


Tip Memilih Tilam Untuk Masalah Tulang Belakang

Sakit tulang belakang tidak boleh dipandang mudah, terutama jika anda suka melakukan kerja berat yang menggunakan kekuatan tulang belakang. 

Sakit tulang belakang atau ‘slipped disc’ antara yang sering menyerang tidak kira warga emas ataupun orang muda. 

Jadi, anda boleh ikhtiar mengelakkan dari sakit belakang dengan menitikberatkan beberapa perkara. Antaranya:

Jenis tilam

Anda disyorkan memilih tilam yang diperbuat dari memory foam atau latex (getah) kerana dua bahan ini lembut jadi mampu menyokong tulang belakang.

Selain itu, anda juga boleh memilih tilam label medium soft – medium firm. 

Ketebalan tilam

Ukuran ketebalan paling minima untuk tilam sekurang-kurangnya 8 inci. Elakkan membeli tilam kurang dari itu.

Biasanya tilam yang lebih tebal akan memberi kesan lembut dan selesa pada tubuh.

Jadi ketika membuat pembelian tilam pastikan anda pilih tilam tebal 8 inci ke atas.

Anda boleh lihat penerangan ringkas dari video berikut.


Apa Punca Sakit Belakang?

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit belakang antaranya faktor berat badan, posisi tidur yang tidak betul atau suka mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah.

Tapi sebelum tu, jom dengarkan punca dan penyebab sakit belakang dari doktor Ikram.

Terdapat juga punca lain. Jadi jom kenal pasti terlebih dahulu dan baru mencari cara menyelesaikan masalah.

Posisi tidur

Posisi tidur menjadi aspek utama anda sering sakit belakang walaupun pekerjaan anda tidak memerlukan mengangkat barang yang berat.

Apa yang anda boleh lakukan adalah tidur bersandarkan bantal yang banyak dari hujung kaki sehingga kepala supaya tubuh badan anda kurang membuat pergerakan ketika tidur. 

Pekerjaan

Tidak semestinya mengangkat berat boleh menyebabkan sakit belakang tapi duduk terlalu lama di pejabat juga boleh menjadi punca kerana menyebabkan ketegangan otot dan sakit tengkuk.

Berat badan

Masalah berat badan bukan saja terjadi pada mereka yang mempunyai badan gempal tapi wanita hamil turut boleh terdedah dengan sakit pinggang.

Ini kerana tulang belakang cuba menampung berat bayi yang semakin meningkat.

Terdapat juga mereka yang mengalami sakit tulang belakang akibat trauma kemalangan, penyakit genetik, jangkitan kuman atau lebih serius kanser tulang belakang. 


Apakah Perbezaan Antara Tilam Memory Foam Dan Spring?

Kalau lihat di pasaran, terdapat dua jenis tilam yang sering ditawarkan iaitu jenis busa memori (memory foam) dan jenis tilam dalam pegas (spring).

Kedua-kedua jenis tilam ini sangat berbeza dari segi reka bentuk dan bahan binaan yang digunakan, jadi baca lanjut untuk tahu apa perbezaan kedua-dua jenis tilam ini.

Reka Bentuk

Tilam memory foam menggunakan bahan viscoelastic foam yang mempunyai tindak balas terhadap suhu badan dan berat badan pengguna. 

Ia beransur-ansur menyesuaikan bentuk tilam kepada bentuk badan anda dan memberikan sokongan yang disesuaikan serta mengurangkan tekanan pada titik-titik tertentu.

Manakala tilam spring terdiri daripada lapisan luar yang diperbuat daripada fabrik atau bahan sintetik, dengan spring dalam yang memberikan sokongan pada badan semasa tidur.

Tilam spring memanfaatkan kekuatan spring untuk menegakkan tubuh dan memberikan sokongan terbaik.

Sokongan

Tilam memory foam memberikan sokongan yang sesuai dengan bentuk badan, mengurangkan tekanan pada sendi-sendi dan titik-titik tekanan tertentu.

Ia juga membantu mengurangkan kesakitan pada bahagian badan yang sensitif, jadi lebih sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah belakang badan.

Untuk tilam spring pula, ia menggunakan rangkaian spring untuk memberikan sokongan yang seimbang ke seluruh badan. 

Ini boleh memberikan perasaan sokongan yang lebih "berangin" berbanding dengan tilam memory foam.

Pergerakan

Dari segi pergerakan, tilam memory foam cenderung untuk mengurangkan pergerakan gelombang atau berombak, bermaksud jika seseorang bergerak di satu bahagian tilam, pergerakan tidak akan terasa oleh orang lain pada bahagian tilam yang lain.

Manakala tilam spring mungkin mempunyai lebih banyak pergerakan daripada tilam memory foam kerana spring dalam tilam boleh memberikan lebih banyak "getaran" sehingga membuatkan orang sebelah terasa pergerakan kita.

Harga dan Ketahanan

Tilan jenis memory foam lebih mahal berbanding tilam jenis spring kerana ia boleh tahan lebih lama dan struktur tilam juga boleh tahan lama.

Tilam spring mungkin murah sedikit berbanding tilam memory foam tetapi ia mempunyai jangka hayat yang pendek dan memerlukan penggantian lebih kerap.

Keputusan memilih antara tilam memory foam dan tilam spring bergantung kepada keperluan dan kesesuaian peribadi.

Sesetengah individu mungkin menemui tilam memory foam sebab lebih sesuai untuk kesihatan tulang belakang dan keselesaan, manakala yang lain mungkin lebih selesa dengan tilam spring yang memberikan sokongan kukuh badan badan.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Tilam Untuk Sakit Belakang?

Kelebihan Tilam Sakit Belakang:

  • Meredakan sakit belakang

Tilam sakit belakang direka dengan teknologi khas yang membantu mengurangkan sakit belakang.

Sekaligus dapat memberi sokongan pada bahagian belakang badan semasa tidur dan membantu mengurangkan ketidakselesaan.

  • Meningkatkan kualiti tidur

Dengan meredakan sakit belakang anda, tilam sakit belakang membantu meningkatkan kualiti tidur anda.

Anda dapat tidur nyenyak dan bangun dengan badan segar setiap pagi.

  • Membantu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang

Ini dapat membantu mengurangkan risiko cedera dan mempercepat pemulihan dari kecederaan.

 

Kekurangan Tilam Sakit Belakang:

  • Harga tilam mahal

Tilam sakit belakang memerlukan pelaburan yang lebih besar berbanding dengan tilam biasa.

Oleh itu, ia bukan pilihan yang sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet terhad.

  • Pilihan terhad

Tilam sakit belakang tidak mempunyai pelbagai pilihan seperti tilam biasa.

Jadi anda mungkin sukar dalam memilih tilam yang sesuai dengan keperluan anda.

  • Masa penyesuaian

Semasa pertama kali menggunakan tilam sakit belakang, anda perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sokongan dan reka bentuknya. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk beberapa individu pada awalnya.

Kesimpulannya, tilam sakit belakang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Sekiranya anda sedang mengalami sakit belakang, tilam jenis ini antara pilihan terbaik untuk bantu meredakan kesakitan dan meningkatkan kualiti tidur anda.


Bagaimana Saya Boleh Memanjangkan Jangka Hayat Tilam Saya?

Semasa membuat pembelian tilam, tentu anda tertanya-tanya sama ada anda boleh panjangkan jangka hayat tilam ataupun tidak walaupun anda mendapat warranty selama 10 - 15 tahun.

Sebenarnya boleh, anda dapat lakukan beberapa perkara untuk panjangkan jangka hayat tilam agar boleh guna lebih lama lagi.

  1. Walaupun tilam anda adalah jenis anti bakteria dan anti debu, menggunakan cadar yang bagus juga akan memberi pelindungan berganda pada tilam anda, sekaligus dapat menjaga kualiti tilam.
  2. Anda boleh pusingkan tilam secara berkala bagi membantu mencengah satu bahagian menjadi cepat lusuh. Namun, bergantung pada jenis tilam sebab ada tilam yang tidak perlu dipusingkan.
  3. Bersihkan tilam secara berkala juga akan membantu memastikan tilam sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bebas bakteria atau debu yang akan merosakkan fabrik tilam.
  4. Anda juga perlu menggunakan katil yang betul dan stabil agar tilam sentiasa berada dalam posisi yang betul, dan tidak membuatkan sesetengah bahagian mendapat lebih beban berbanding bahagian lain. 
  5. Jika anda mempunyai anak kecil, anda perlu elak daripada membenarkan anak-anak anda lompat di atas katil. Ini akan mengurangkan keanjalan coil tilam dan membuatkan ia cepat rosak.

Sekiranya anda mahu tilam anda tahan lebih lama, anda boleh ambil langkah-langkah yang dicadangkan dan boleh jimatkan duit anda dengan tidak perlu menbukar tilam baru dengan kerap.


Bagaimana Cara Membersihkan Tilam Saya Di Rumah?

Bila dah beli tilam yang mahal-mahal, atau yang murah sekali pun, tentu anda mahu pastikan tilam anda sentiasa dalam keadaan bersih.

Tilam bersih daripada kuman, hama dan bakteria adalah penting agar anda sentiasa dapat kualiti tidur yang terbaik, tapi anda pula tak pasti bagaimana cara bersihkan tilam dengan betul.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk membersihkan tilam anda:

  • Vacuum Tilam

Gunakan alat penyedut untuk menyedut habuk, serpihan makanan, rambut, dan bahan organik lain dari permukaan tilam.

Ini akan membantu menghilangkan kotoran kasar sebelum mencuci tilam.

  • Kurangkan Kotoran Besar

Jika terdapat sebarang kotoran yang agak besar pada tilam, gunakan campuran air dan detergen ringan untuk membersihkannya terlebih dahulu.

Anda boleh menggunakan sikat atau berus lembut untuk membuang kotoran dengan lembut. 

Pastikan untuk membersihkan kotoran secepat mungkin untuk mengelakkan penyerapan yang lebih mendalam ke dalam fabrik.

  • Bersihkan Kotoran Kering

Jika tilam anda terkena cecair seperti air kencing atau minuman, gunakan kain yang lembap untuk menyerap sebanyak mungkin cecair.

Jangan menggosoknya dengan kasar atau kuat, kerana ini boleh menyebabkan cecair menyerap lebih dalam ke dalam tilam.

  • Hilangkan Bau

Untuk menghilangkan bau tidak enak, taburkan baking soda ke atas permukaan tilam dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman sebelum menyedutnya.

Baking soda boleh menyerap bau dan memberikan kesegaran semula kepada tilam anda.

  • Mengeringkan Tilam

Pastikan tilam anda benar-benar kering sebelum digunakan semula. 

Anda boleh meletakkannya di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari langsung atau menggunakan kipas angin untuk membantu mengeringkan tilam.

  • Pusingan Berkala

Untuk menjaga kebersihan tilam anda, anda boleh memusingkannya secara berkala.

Ini membantu mengelakkan perkumpulan habuk dan kotoran serta menjaga tilam anda dalam keadaan yang bersih dan segar.

Bagaimanapun, tidak semua jenis tilam boleh diterbalikkan, jadi perlu rujuk kepada pegawai pemasaran tilam tersebut sebelum melakukannya.

  • Gunakan Perlindungan Tilam

Untuk mencegah kotoran menembusi tilam anda, anda boleh guna penutup tilam yang diperbuat daripada bahan yang boleh dicuci secara berkala.

Ini akan melindungi tilam anda dan memudahkan proses pembersihan.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini secara berkala, anda boleh mengekalkan kebersihan tilam anda dan memastikan ia sentiasa segar dan selesa untuk tidur yang lebih baik.


Soalan lazim

Bagaimana cara melegakan slip disc?

Slip disc perlu dirawat oleh pakar perubatan, jadi jangan bergantung semata-mata kepada tilam untuk menanganinya. Walau bagaimanapun, tidur di atas tilam yang menyokong lengkung tulang belakang secara semula jadi (biasanya tahap sederhana keras) boleh membantu mengurangkan tekanan pada bahagian yang cedera semasa berehat. Elakkan tilam yang terlalu lembut kerana ia menyebabkan badan tenggelam dan memburukkan kedudukan tulang belakang. Sentiasa dapatkan nasihat fisioterapi atau doktor untuk rawatan sebenar.

Apakah tilam yang sesuai untuk orang tua?

Warga emas biasanya lebih selesa dengan tilam sederhana keras yang memberi sokongan pada sendi dan pinggul tanpa terlalu keras hingga menyukarkan pergerakan bangun dari katil. Tilam berasaskan pocket spring atau memory foam padat seperti yang disenaraikan di atas sering menjadi pilihan kerana ia mengurangkan tekanan pada bahagian badan yang sensitif. Tinggi tilam yang sesuai (tidak terlalu rendah) turut memudahkan orang tua naik dan turun katil dengan selamat.

Apakah jenama tilam yang bagus?

Antara jenama tilam yang popular dan dipercayai di Malaysia termasuk Dunlopillo, Vono, Goodnite dan Origin Mattress, selain jenama tempatan seperti SpinaRez dan Sonno yang turut disenaraikan dalam artikel ini. Jenama yang baik biasanya menawarkan waranti sekurang-kurangnya 5 hingga 10 tahun serta sijil keselamatan bahan seperti CertiPUR. Pilihan jenama terbaik bergantung kepada bajet dan keperluan sokongan belakang anda sendiri.

Apakah kebaikan tidur atas lantai?

Sesetengah orang mendapati tidur di atas lantai membantu mengekalkan tulang belakang lurus kerana permukaan yang keras tidak membenarkan badan tenggelam. Namun ini tidak sesuai untuk semua orang, terutamanya mereka yang mempunyai masalah sendi atau peredaran darah, kerana permukaan yang terlalu keras boleh menambah tekanan pada bahu dan pinggul. Tilam sederhana keras yang disenaraikan di atas biasanya memberikan keseimbangan yang lebih baik antara sokongan dan keselesaan berbanding tidur terus di atas lantai.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation