Mendapatkan kad memori yang baik adalah merupakan suatu kemestian terutamanya kepada pengguna telefon, GoPro dan tablet kerana mereka sering kehabisan memori untuk tujuan menangkap gambar-gambar yang menarik.
Oleh itu memilik memory card adalah cukup penting buat meeka untuk mengelakkan kehabisan memori ketika sedang beraksi.
Terdapat begitu banyak kad memori di pasaran yang memiliki pelbagai fungsi dan ciri-ciri menarik bersesuaian dengan jenis peranti yang anda miliki tidak kira GoPro, kamera aksi mahupun telefon pintar dan ada pelbagai jenama yang boleh dipercayai untuk anda mendapatkan kad memori yang berkualiti. Antara ciri-ciri yang anda boleh dapati adalah kalis air dan tahan lama,di mana cukup menepati citarasa pemotret profesional.
Berikut merupakan antara pilihan kad memori yang berada di pasaran yang boleh anda dapati dengan harga bawah RM 50.
Kad memori yang ideal untuk kegunaan action kamera mahupun GoPro kerana anda boleh mengambil gambar yang lebih jelas dan menarik serta mengambil video berdefinisi tinggi. Anda boleh menggunakan kesempatan ini dengan kepantasannya dalam menyalin gambar yang terkandung di dalam kamera anda ke dalam komputer riba anda dengan sangat pantas.
Mencari sekeping kad memori yang bersesuaian untuk telefon pintar Samsung yang anda miliki? Sekarang lebih mudah kerana kad memori ini sesuai untuk kegunaan keduanya dengan kepantasan transfer sehingga 80MB. Selain itu ia juga disertakan dengan kepantasan dalam mengendalikan video berdefinisi tinggi serta menangkap gambar yang beresolusi tinggi untuk kepuasan jurugambar amatur seperti anda.
Dunia sedang bertukar perlahan-lahan dari dunia berbentuk analog kepada bentuk digital dan segala-galanya daripada gambar, data, kontak, muzik dan video kini telah pun mula disimpan dalam bentuk digital. Simpan ia dalam bentuk digital dengan selamat dengan produk hebat dan boleh dipercayai daripada Kingston.
Kad memori keluaran Toshiba ini benar-benar memberikan kepada anda simpanan dengan kapasiti yang tinggi sehingga 128 GB dalam pakej yang kecil dan padat. Juga terdapat adapter yang diselitkan bersama untuk memberikan anda begitu banyak pilihan kerana kini anda mampu menyimpan begitu banyak gambar, audio dan video di dalamnya. Selain itu ia juga diciptakan untuk menghadapi rintangan yang lasak.
Solusi memori premium dengan kad memori keluaran Lexar ini yang sesuai untuk perakam video, tablet dan smartphone. Menggunakan teknologi UHS-I dengan bijak untuk kelajuan transfer selaju 45MB. Selain itu ia juga disertakan dengan adapter SD dan didapati cukup sesuai dengan GoPro kerana tahan lasak dengan keadaan yang mencabar. Dengan jaminan seumur hidup yang terhad untuk adapter.
Kadangkala data boleh secara tidak sengaja dipadamkan kerana kesalahan sendiri dan penyelamat fail adalah alat penting untuk mengelakkan kehilangan fail itu berlaku. Boeh merakam hampir 4K video pada sesuatu masa termasuk gambar pegun dengan definisi tinggi dan memiliki daya tahan yang kuat untuk menahan keadaan yang lasak. Ia juga boleh menyalin walaupun fail yang paling besar dengan begitu pantas ke komputer anda.
Transcend 16GB Class 10 Premium 400X UHS-U1 Micro SD With Adaptor
Dari RM 45.00
Terbaik untuk kamera mirrorless
Sesuai digunakan untuk merakam video berdefinisi tinggi dengan begitu mudah. Selain itu ia juga merupakan kemaskini yang ideal untuk tablet, smartphone dan juga kamera digital. Turut disertakan pembetulan kod ralat untuk mengesan dan membetulkan ralat ketika menyalin data. Ia juga sangat ideal untuk suasana yang mencabar kerana kalis gegaran dan kejutan.