Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Toner Terbaik Yang Berkesan Untuk Kulit Berminyak Buat Wanita Asia

Hapuskan minyak berlebihan pada kulit wajah

Toner adalah salah satu produk penjagaan kulit wajah selepas pencuci muka. Toner merupakan pembersih wajah ringan yang dapat memberikan beberapa manfaat utama untuk kecantikan kulit iaitu sebagai penyegar, membersih, memberikan manfaat lebihan kepada kulit wajah, membantu perlindungan UV, mengelakkan kulit kering dan kasar serta membantu mempercepatkan penyerapan krim pada kulit wajah anda. Toner adalah terbaik untuk kulit berminyak dan tidak digalakkan wanita yang mempunyai kulit kering menggunakannya. 

Manfaat yang terdapat pada toner seperti mengurangkan kadar penghasilan minyak atau sebum berlebihan pada kulit wajah, mengecilkan liang pori dan memberi efek kesegaran agar kulit dapat bernafas dengan lebih sempurna. Ingin tahu produk toner terbaik untuk kulit berminyak? Berikut beberapa jenis toner yang sesuai;

Toner untuk menyeimbangkan pH kulit wajah
Etude House
mulai
RM47.00
Semak Etude House Wonder Pore Freshener harga dibawah:

Toner dari Etude House ini merupakan penyegar yang terbaik keluaran Etude House. Produk ini mengandungi bahan anti pore-dex dan astringentlex untuk membersihkan minyak dan kotoran hingga ke dalam liang pori dengan tambahan estrak peppermint. 

Selain itu, ia membantu menyeimbangkan pH kulit wajah anda dan menjadikannya lembut dan anjal bak kulit bayi. Penggunaan Etude House Wonder Pore Freshner secara teratur dapat membantu untuk mengecilkan pori-pori dan membuatkan kulit anda bebas dari minyak.

Pengawalan sebum lebih berkesan dengan penyegar ini
Nature Republic
mulai
RM38.90
Semak Nature Republic Bee Venom Toner  harga dibawah:

Penyegar ini digunakan selepas mencuci muka untuk membuang sebarang sisa lebihan dan kotoran pada wajah yang boleh menyumbat liang pori anda. Ianya akan membantu mengawal sebum, kulit berminyak dan kulit bermasalah agar menjadi lebih sihat. Sesuai bagi yang berkulit sensitif kerana fungsinya untuk merawat pori dan membuang sel kulit mati di wajah. 

Diformulasi dengan air glasier (mineral, oksigen aktif) mampu melindungi kulit daripada persekitaran yang berbahaya dan memastikan tiada minyak berlebihan pada kulit wajah. Toner jenis air ini yang menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan cepat dan tidak melekit.

Terbaik untuk melawan dan menghalang kesan jerawat
Garnier
mulai
RM13.48
Semak Garnier Pure Active Toner harga dibawah:

Garnier Pure Active Purifying Toner memberi hasil kulit kelihatan jelas dan bersih kerana formula penyuciannya berfungsi dengan tindakan berganda yang segera melawan bintik-bintik hitam dan kesan jerawat pada kulit wajah. 

Toner ini akan membantu menghilangkan kotoran, melawan minyak, jerawat, blackheads, bintik merah dan membersihkan kulit serta menyeimbangkan pH bagi mengembalikan kulit wajah menjadi normal. Diperkaya dengan Salicylic Acid dan herba organik untuk merawat, sudah semestinya dijamin halal. Sangat disyorkan untuk anda yang memiliki kulit jenis berminyak.

Toner dengan kandungan citrus – untuk menyegarkan kulit
Nano White
mulai
RM18.00
Semak Nano White Refining Treatment Toner harga dibawah:
add_circle Dirumuskan dengan nanotechnology
add_circle Menggunakan ekstrak bilberry
add_circle Tidak memedihkan
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Size botol agak besar

Toner ini membantu mengecilkan liang  dan menghalang penghasilan sebum yang berlebihan. Ia mengandungi Omega putih-C, Allantoin, ekstrak jeruk, ekstrak Lemon dan ekstrak Bilberry untuk mengimbangi dan menghidrat kulit. 

Penyegar dari jenama Nanowhite ini juga mengandungi Witch Hazel yang berfungsi sebagai astringen bagi meminimumkan liang pori terbuka dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Kulit wajah anda akan bebas minyak dan menghindari dari jerawat.

Toner terbaik untuk menjaga kelembapan kulit wajah anda
Klairs
mulai
RM66.00
Semak Klairs Supple Preparation Toner harga dibawah:

Toner dari jenama Klairs ini mampu menghidrat dan menenangkan kulit anda serta mengekalkan lembapan pada tekstur kulit untuk melancar sambil mengembalikan keseimbangan pH bagi membantu penyerapan krim. Dengan penyerapan yang lebih cepat serta penghidratan yang lebih baik toner ini sangat sesuai juga untuk kulit yang sensitif dan kering.

Ianya juga dapat membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan pada wajah dan sudah semestinya membuatkan kulit anda tidak berminyak walaupun sepanjang hari.

Sesuai untuk menghapuskan kulit bermasalah
Naruko
mulai
RM42.00
Semak Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner harga dibawah:

Toner yang ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang jerawat dan berminyak. Ianya mampu untuk mengawal minyak yang keluar berlebihan dari kulit, bagi mengelakkannya kemunculan jerawat dan masalah lain. 

Penyegar ini dapat memberikan sensasi penyegaran pada kulit terutamanya pada musim panas dan menghapuskan 6 masalah besar kulit iaitu berminyak dan berjerawat, sensitif, kegatalan, pori tersumbat, ketegangan kulit dan parut jerawat.

Toner ini berkesan untuk menghapuskan sel-sel kulit mati
Toner Korea terbaik untuk kulit berminyak dan kombinasi
mulai
RM120.00
Semak LANEIGE Essential Power Skin Refiner Light 200ml harga dibawah:

Toner pelembap bertekstur likat ini mampu melembap kulit kering dan melicinkannya. Bahan kandungan seperti mineral air, berkesan dalam memberikan tenaga pelembap kepada kulit dengan cepat. Selain itu, bahan seperti Vitamin B3 yang mempromosi dan membaik pulih, menjadikan kulit lebih lembap di dalam dan berseri sambil menghapuskan sel-sel kulit mati.

Sangat sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi, kerana ia memberikan kesempurnaan yang diperlukan untuk kulit anda. Penyegar ini juga tidak akan menyebabkan kulit menjadi iritasi atau kemerahan. 

Toner multifungsi 2-dalam-1, mengekalkan keanjalan kulit wajah
Dermalogica
mulai
RM82.00
Semak Dermalogica Breakout Clearing All Over Toner harga dibawah:

Toner 2-dalam-1 iaitu toner dan penyembur ini mampu mengawal minyak yang berlebihan serta membantu menghilangkan jerawat di muka dan badan. Ekstrak menyegarkan dalam toner ini membantu kulit berasa sejuk dan menghidupkan semula keremajaan wajah. Bahan seperti asid Salicylic digabungkan dengan ekstrak benih bijan untuk membantu mengurangkan minyak pada permukaan kulit yang menyebabkan jerawat. 

Diformulasi dengan Lavender, Camellia Sinensis dan Argan yang berfungsi untuk meminimumkan kemerahan dan gangguan kulit akibat jerawat. Serai dan oren sebagai efek penyegaran, memberi tenaga dan memulihkan kulit agar lebih bermaya dan tidak berminyak.

Toner bertekstur ringan – melembutkan kulit wajah
Innisfree
mulai
RM55.00
Semak Innisfree No Sebum Toner harga dibawah:

Toner yang memberi kelembutan pada kulit wajah agar sentiasa dapat memastikan kulit bebas minyak dan tidak mengeringkan kulit. Tekstur toner ini yang ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit membuatkan anda tidak terasa melekit semasa memakainya. 

Toner yang berasal dari Kepulauan Jeju ini mengandungi bahan seperti mineral dan pudina untuk menjaga kestabilan asid pada kulit wajah dan menyeimbangkan pH secara optimum. Mampu untuk menyerap minyak sehingga ke dalam liang pori dan memastikan tekstur kulit yang segar dan lembap berpanjangan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article