Kesihatan & Kecergasan

11 Jenama Raket Badminton Terbaik di Malaysia 2026

Pening buat pemilihan raket badminton? Ini senarai jenama raket badminton, jenis raket badminton dan raket badminton terbaik di Malaysia!


Editor · Updated 12 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Jenama Raket Badminton Terbaik di Malaysia 2026

Jawapan ringkas: raket badminton terbaik di Malaysia bergantung pada tahap kemahiran anda. Untuk pemain baharu dan pertengahan, APACS Nano Fusion Speed 722 (dari RM89 di Shopee Malaysia, ringan dan jualan tertinggi dalam kategori ini) adalah pilihan popular. Untuk pemain yang lebih mahir dan mahukan kawalan lebih baik, Yonex Arcsaber 11 Play (dari RM207.65 di Shopee Malaysia) menawarkan keseimbangan antara kawalan dan kuasa. Harga disemak pada 12 Ogos 2026.

Bagi pemain badminton profesional atau mereka yang suka bermain badminton, pasti sudah tahu jenama raket badminton mana yang sesuai dengan tahap skill mereka. 

Kandungan

Tapi, bagi yang baru saja berjinak dengan sukan badminton, mungkin pening lalat nak beli jenis raket badminton yang mana satu.

Bukan apa, pemilihan raket badminton terbaik dan sesuai dengan tahap skill kita perlu betul supaya anda rasa selesa ketika bermain badminton apabila menggunakan berat dan ukuran raket badminton yang sesuai.

Nak mudah pergi je beli peralatan badminton di kedai raket badminton, tapi harga raket badminton yang berkualiti bersama dengan beg raket badminton agak mahal.

Jadi jom lihat senarai jenama raket badminton terbaik dan mungkin dengan pembelian dalam senarai kami ini, skill anda meningkat.


Senarai 11 Jenama Raket Badminton Terbaik

Felet Airlighter 58 Badminton Racket
Raket terbaik secara keseluruhan 1 daripada 11
Felet Airlighter 58 Badminton Racket
Dari RM299.99
Ketegangan tali maksima 32lbs
Ada 4 pilihan ketegangan tali & warna
Saiz grip besar
1 lagi
Sesuai untuk beginner & pro

Sebab menjadi pilihan utama:

Raket ini sangat membantu untuk melakukan aksi tangkas dan pantas ketika bermain kerana saiz frame raket lebih lebar.

Ciri-ciri:

Buat yang inginkan raket ringan, raket jenama Felet model Airlighter 58 ini adalah pilihan yang tepat.

Mempunyai berat 9U:58 gram dan bahagian dinding tiub tengah pada shaft (batang) sangat kuat sekaligus membantu pemain untuk memukul bulu tangkis dengan baik. 

Manakala bahagian pemegangnya juga ringan kerana diperbuat daripada material karbon penuh. 

Binaan frame raket lebih kukuh dengan material grafit karbon dan saiz grip raket ini; G1 iaitu bersaiz X-Large. 

Selain itu, balancing point raket Felet 340mm yang merupakan jenis head-heavy.

Hasilnya, anda boleh menyerang pemain lawan dengan baik jika menggunakan skill yang betul.

Review:

“Sangat ringan dan selesa digunakan ketika beraksi di court. Sangat sesuai untuk permainan pantas.”

CARLTON Badminton Racket
Raket badminton bawah RM100 2 daripada 11
CARLTON Badminton Racket
Dari RM39.90
Mudah dikendalikan
Ideal untuk buat pukulan tepat
Kurang sesuai untuk pemain pemula
1 lagi
Diperbuat daripada aluminium

Raket jenama Carlton membantu pemain untuk menggunakan teknik pukulan tepat kerana mempunyai kelebihannya tersendiri.

Raket badminton ini direka khas untuk bermain dengan selesa dengan gaya offensive.

Dengan ciri dan spesifikasi yang ada pada raket ini, pasti anda akan menjadi lebih mahir dalam membuat servis badminton. 

Raket ini mempunyai half cover khas yang berfungsi untuk melindungi raket dari calar. 

Jadi ketika anda tidak bermain, simpan raket dalam sarung supaya raket anda tidak mudah rosak. 

Li-Ning Turbo 99 (For Smash) Black (Original) Badminton Racket
Raket badminton terbaik untuk smash 3 daripada 11
Li-Ning Turbo 99 (For Smash) Black (Original) Badminton Racket
LI-NING
Dari RM250.23
Badan raket diperbuat daripada grafit-karbon penuh
Mampu kurangkan rintangan udara
Tempoh waranti hanya 2 minggu
1 lagi
Batang raket (shaft) jenis fleksibel

Li-Ning merupakan raket badminton pilihan ramai kerana dilengkapi dengan ciri titik keseimbangan 300mm jenis head-heavy.

Dengan spek ini, raket ini dapat membantu anda bermain dengan lebih hebat dan selesa ketika melakukan teknik.

Malah, frame jenis Dynamic Optimum dan teknologi TB Nano juga akan membantu anda merasakan kestabilan ketika memukul bulu tangkis.

Tali raket ini memerlukan ketegangan tali kurang daripada 30 lbs kerana direka untuk mereka yang aggressive.

ALP RR 2pcs 4U G5 Badminton Racket
Raket badminton untuk beginner 4 daripada 11
ALP RR 2pcs 4U G5 Badminton Racket
Dari RM22
Sesuai untuk lelaki & perempuan
Handle G4
Tempoh jaminan hanya 1 bulan
1 lagi
Raket diperbuat daripada karbon penuh

Raket badminton dari China ini pilihan terbaik jika anda berkongsi bersama pasangan kerana jenis unisex.

Ketegangan tali yang perlu anda gunakan untuk raket ini perlulah berada di antara 22-28 lbs.

Tambahan pula, raket ini mempunyai balance point yang seimbang; 290mm. Memang selesa ketika membuat pukulan.

Bagi yang mementingkan warna pada peralatan sukan, tidak perlu fikir panjang untuk beli raket ALP sebab mempunyai beberapa jenis pilihan warna.

Antaranya hitam, merah, emas, ungu dan perak. Pilih saja!

Berat raket ini pula 4U (80-84 gram) dan kualitinya tidak kurang hebat seperti raket berjenama lain.

Yonex Arcsaber 11 Badminton Racket (Unstrung)
Raket badminton terbaik untuk double 5 daripada 11
Yonex Arcsaber 11 Badminton Racket (Unstrung)
Yonex
Dari RM249.99
Fleksibiliti jenis stiff, sesuai untuk pemain advanced
Diperbuat di Jepun
Harga agak mahal

Jika anda sering bermain dengan gaya defensive, dapatkan sahaja raket Yonex model Arcsaber 11 ini kerana memiliki spesifikasi frame yang diperbuat daripada sonic metal, grafit dan Neo CS Carbon Nanotube.

Manakala bahagian batang raket atau shaft pula direka dengan menggunakan material grafit dan Ultra PEF (Ultra Poly Ethylene Fiber) yang berkualiti. 

Untuk ketegangan tali pula, sesuai diantara 19-24 lbs  manakala untuk raket berat 3U dan 20-25 lbs untuk raket 2U. Hasilnya, anda boleh mengawal raket dengan baik.

Setiap pembelian raket ini, terdapat tempoh waranti selama 2 hingga 3 bulan. 

Untuk pengetahuan anda, raket ini pernah digunakan oleh pemain badminton terkenal di luar negara seperti Taufik Hidayat dan Viktor Axelsen.

ASTAR Badminton Racket
Raket badminton murah 6 daripada 11
Astar Badminton Racket Twins Pack set 8008 sport series
Astar
Dari RM19.90
Harga murah
Dapat 2 raket
Bukan untuk tournament

Dengan harga yang murah, anda boleh dapat dua pasang raket badminton bersama bag siap lengkap dengan tali.

Besi yang digunakan untuk bingkai raket badminton ini adalah bahan logam menjadikan sesuai untuk kegunaan aktiviti bermain badminton di dalam dan di luar.

Raket ini sesuai untuk mereka yang main badminton untuk hobi kerana tak sesuai untuk professional yang bermain badminton kerap dan lasak.

raket badminton
Raket badminton paling ringan 7 daripada 11
PROTECH Badminton Racket - MATRIX NANO X (4UG1)(MAX 36LBS)
PROTECH
Dari RM339.90
Ultra slim
Bingkai Aero-Force
Harga mahal
1 lagi
Tahan lasak

Raket badminton ini dibina dengan bahan Toray Graphite berkualiti tinggi akan membolehkan anda melakukan pukulan dengan lebih kuat dan jauh dan rasa lebih yakin semasa bermain.

Bingkai raket dengan ciri Aero-Force yang memberikan gabungan pukulan padu dan hayunan lebih pantas.

Selain itu, mempunyai ciri Ac-Zone untuk tangkapan yang lebih tepat semasa dalam permainan. Saiz bingkai juga lebih kecil dan boleh mengurangkan rintangan udara yang tidak diingini.

Dengan ciri T-Curate, akan membantu memberikan pukulan raket yang lebih tepat, stabil dan meningkatkan ketepatan arah shuttle.

Paling penting, mempunyai ciri 65 Extra Slim Shaft yang dapat memberi pukulan yang lebih kuat.

Ini menjadikan sesuai untuk mereka yang sudah professional dalam permainan badminton atau sering bermain badminton. 

REIZ Racket Budak Kanak kanak
Raket badminton kanak-kanak 8 daripada 11
REIZ Racket Budak Kanak kanak
Dari RM17
Tali diikat kemas
Pemegang & frame raket ada cover lembut
Jaring mudah longgar
1 lagi
Raket ringan

Anak anda mula tunjuk minat bermain badminton sebagai aktiviti petang atau rekreasi? Jom dapatkan raket ringan untuk kanak-kanak ini!

Dengan harga bawah RM20 sahaja, anda boleh dapat pasang raket badminton kanak-kanak bersama bag lengkap dengan tali dan shuttlecocks plastik. 

Selain itu, jenis besi yang digunakan untuk bingkai raket badminton ini adalah bahan logam menjadikannya sesuai untuk kegunaan aktiviti bermain badminton di dalam dan di luar.

Paling penting, raket ini selamat digunakan untuk kanak-kanak kerana mempunyai cover lembut di bahagian pemegang dan sekeliling frame raket. 

APACS NANO FUSION SPEED 722
Raket badminton untuk perempuan 9 daripada 11
APACS Nano Fusion Speed 722
Apacs
Dari RM102.63
Sesuai untuk pertahanan
Mengurangkan rintangan angin
Lebih sesuai untuk perempuan
1 lagi
untuk pemain yang mahu kelajuan

Buat pemain wanita yang tidak mempunyai kekuatan tangan yang kuat dan baru mula nak bermain badminton, raket APACS Nano Fusion Speed 722 pilihan terbaik.

Dengan berat hanya 76g +/- 3 (6U), raket ultra ringan ini direka untuk kelajuan dan ketangkasan, sesuai dalam permainan ofensif dan defensif serta ideal untuk pukulan pantas.

Rangka Aerodinamik Nano Fusion Speed Frame mengurangkan rintangan udara, membolehkan hayunan lebih pantas dan kuasa tolakan yang lebih tinggi. 

Diperbuat daripada grafit modulus tinggi untuk rangka dan batang, raket ini memastikan ketahanan dan prestasi terbaik. 

Rangka ini direka untuk menyerap kejutan dan impak, meningkatkan daya tolakan dan menyediakan kemampuan membuat pukulan dengan pantas. 

Sementara itu, dengan penarafan fleksibiliti 8-9, keseimbangan pada 285mm +/- 5, dan ketegangan maksimum 30lbs, raket ini menawarkan kawalan dan ketepatan yang cemerlang.

Decathlon Badminton Racket (Lightweight) (Max 22lbs) - Perfly
Raket badminton untuk intermediate 10 daripada 11
Decathlon Badminton Racket (Lightweight) (Max 22lbs) - Perfly
Decathlon
Dari RM79
Jaminan 24 bulan
Tahan lasak
Stok terhad
1 lagi
Keseimbangan yang bagus

Raket dari Decathlon ini sangat sesuai untuk anda yang sudah mempunyai kemahiran asas badminton dan mahu mantapkan lagi kemahiran sedia ada.

Ia merupakan raket yang mampu berikan anda power, dan keseimbangan semasa permainan.

Dengan berat hanya 90 gram, raket ini beri kelebihan dalam menghasilkan pukulan yang kuat. Bentuk kepala isometriknya membantu mengurangkan pukulan tidak tepat, memastikan ketepatan dan kawalan yang lebih baik semasa bermain. 

Titik keseimbangan neutral pada 290 mm menawarkan pengendalian yang luar biasa, menjadikannya lebih mudah untuk dikendalikan dan melakukan pelbagai pukulan. 

Diperbuat sepenuhnya daripada 100% grafit, raket ini menggabungkan ketahanan dengan prestasi ringan. 

Dengan ketegangan tali maksimum 22 lbs, raket ini sesuai untuk pemain intemediate yang mahu meningkatkan tahap skill, menawarkan gabungan kuasa dan ketepatan.

Dunlop Z-Star Control 88 / 78 (3U / 5U)
Raket badminton terbaik untuk profesional 11 daripada 11
Dunlop Z-Star Control 88 / 78 (3U / 5U)
Dunlop
Dari RM399
Kawalan tepat
Sesuai untuk pemain professional
Bukan untuk pemain beginner
1 lagi
Ringan dan sedap semasa smash

Raket badminton Decathlon Perfly Z-STAR CONTROL ini adalah pilihan sempurna untuk pemain profesional yang mencari gabungan antara kelajuan, kuasa, dan ketepatan. 

Direka dengan teknologi Sonic Core Infinergy, raket ini memberikan kuasa tolakan yang luar biasa dan kawalan yang tepat, membolehkan anda menambah kelajuan dalam permainan sambil mengimbangkan serangan dan pertahanan dengan berkesan. 

Diperbuat daripada grafit modulus tinggi, raket ini mempunyai reka bentuk yang ringan, memudahkan anda lakukan pukulan smash. 

Keseimbangan kepala beratnya memastikan pukulan yang kuat, sementara batang fleksibel menawarkan kawalan yang lebih baik. 

Raket ini boleh tahan ketegangan tali maksimum 28 lbs (13 kg), menjadikannya sesuai untuk permainan berintensiti tinggi. 

Sama ada anda menyerang atau bertahan, Decathlon Perfly Z-STAR CONTROL memberikan kelebihan untuk menguasai gelanggang dengan prestasi terbaik.


Bagaimanakah Cara Pegang Raket Badminton?

Memegang raket dengan betul bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi anda dalam permainan, malah boleh mengurangkan risiko kecederaan pada tangan dan lengan anda.

Untuk memulakan, pastikan anda memegang raket dengan tangan dominan anda iaitu tangan yang anda gunakan untuk aktiviti harian seperti menulis, memegang sesuatu atau melakukan sesuatu.

Bagi kebanyakan orang, tangan kanan adalah tangan yang dominan.

Namun, bagi individu kidal, maka tangan kiri hendaklah digunakan untuk memegang raket.

Langkah pertama, anda perlu letakkan ibu jari anda di bahagian belakang pemegang raket terlebih dahulu.

Seterusnya, letakkan tiga jari yang lain di hadapan pemegang raket.

Pastikan jari anda menggenggam erat raket dan masukkan kesemuanya ke dalam lubang pada pemegang raket.

Selepas itu, buat bentuk V dengan jari anda dengan mengasingkan ibu jari anda dari jari yang lain.

Ibu jari anda hendaklah membentuk sudut 45 darjah dengan pemegang raket dan jari anda yang lain hendaklah membentuk sudut 90 darjah dengan pemegang raket.

Ini akan memberi anda kawalan yang lebih baik terhadap raket anda semasa permainan.

Pastikan anda menggenggam bentuk raket badminton dengan cekap tetapi tidak terlalu kuat.

Anda mesti mempunyai kebebasan untuk memegang dan mengayun raket anda, tetapi pada masa yang sama jangan biarkan ia terlepas dari tangan anda.

Akhir sekali, pastikan anda memegang raket dengan cara yang selesa dan natural untuk anda.

Jangan terlalu fokus mengikuti teknik yang anda pelajari, tetapi pastikan anda memegang raket dengan cara yang selesa dan terbaik untuk anda.

Dengan melakukan ini, dapat meningkatkan prestasi anda dan memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan ketika bermain badminton.


Bagaimana Cara Pilih Raket Badminton?

Selain skill dan teknik permainan yang bagus, pemilihan jenis raket badminton juga memainkan peranan penting .

Disarankan, sebelum membuat sebarang pembelian badaminton anda perlu tahu sedikit sebanyak cara memilih raket dengan spesifikasi terbaik yang sesuai. 

Perkara utama yang perlu diambil berat sebelum membeli raket ialah ketegangan tali. Bagi kebanyakan pemain, sunken depth sebanyak 1mm merupakan angka yang paling sesuai. 

Selain itu, perhatikan juga jenis pemegang atau grip pada raket yang anda mahukan kerana terdapat dua jenis badminton grip; towel dan sintetik. 

  • Grip jenis towel - Mampu menyerap peluh tapi dalam masa yang sama ia boleh menyebabkan bahagian tersebut cepat kotor akibat bakteria.
  • Grip jenis sintetik -  Tidak mudah kotor, jadi anda tak perlu menukarnya dengan kerap. Tapi, disebabkan tak mampu menyerap peluh, grip tersebut akan menganggu ketika bermain kerana licin.

Seterusnya, berat raket badminton juga main peranan membuat pemilihan raket.  Raket yang bagus selalunya mempunyai berat sekitar 80 gram sehingga 100 gram.

Jika anda baru sahaja berjinak-jinak dalam permainan badminton, penting juga untuk anda ketahui bahawa simbol ‘U’ digunakan untuk melambangkan kategori berat sesebuah raket itu. 

Jangan lupa untuk pilih raket dengan titik keseimbangan (balance point) dan saiz grip badminton yang paling sesuai untuk kegunaan yang selesa. 


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Raket Badminton?

Setiap pemain mesti mempunyai raket kegemaran, tetapi adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan raket badminton?

Pertama, antara kelebihan raket ialah boleh membantu meningkatkan prestasi permainan anda.

Raket yang ringan dan seimbang memberikan anda kekuatan dan kestabilan apabila memukul bulu tangkis.

Raket badminton juga dapat memberi keselesaan semasa bermain dan raket yang mempunyai grip yang selesa boleh mengurangkan keletihan tangan dan mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

Oleh itu, pilih raket dengan grip yang selesa dan sesuai dengan saiz tangan anda.

Tambah lagi, raket yang sesuai dengan teknik permainan anda juga boleh membantu anda menghasilkan pukulan yang lebih tepat dan efektif.

Tapi, kekurangan utama raket badminton ialah harganya yang tinggi. Raket berkualiti tinggi boleh menjadi sangat mahal, dan tidak semua pemain mampu membelinya.

Jadi, sebagai pemain, anda perlu menentukan bajet anda sebelum membeli raket.

Selain itu, pemilihan raket yang salah juga boleh menjejaskan teknik anda dalam permainan.

Sebagai contoh, jika cengkaman terlalu besar atau terlalu kecil, anda mungkin tidak dapat memegang raket dengan betul, menyebabkan kecederaan pada tangan dan lengan anda.



Soalan Lazim

Apakah jenama raket badminton terbaik?

Antara jenama raket badminton terbaik yang popular di Malaysia ialah Yonex, APACS, Felet, Li-Ning dan Dunlop. Yonex dan Li-Ning lebih digemari pemain pertengahan hingga profesional kerana kualiti dan teknologi frame yang lebih tinggi, manakala APACS dan Felet menawarkan pilihan berpatutan dan tahan lasak untuk pemain baharu. Pemilihan jenama terbaik akhirnya bergantung pada bajet dan gaya permainan anda.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation