Foundation merupakan make up asas untuk memberi kesan kulit yang flawless dan terdapat banyak jenis mengikut kesesuaian jenis kulit.
Antaranya, foundation untuk kulit sensitif supaya individu ini tidak mempunyai masalah kulit yang lebih teruk apabila mengoles make up.
Jadi, kami kongsi dengan anda jenama make up terbaik bagi foundation yang bagus untuk kulit sensitif.
Penyunting
Table of Contents
8 Jenama Foundation Yang Bagus Untuk Kulit Sensitif
Sebab menjadi pilihan utama:
Pilihan tona warna yang banyak memudahkan untuk mix and match dengan tona kulit wajah.
Ciri-ciri:
Anda boleh gunakannya tanpa ragu-ragu kerana sudah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi.
Foundation ini bersifat non-comedogenic yang mana tidak akan menyebabkan pori tersumbat.
Malah, foundation terbaik untuk kulit berminyak yang hadir dalam kuantiti sebanyak 30ml ini turut boleh mengawal kilauan wajah kerana menyerap minyak.
Kesannya, kulit anda tetap kelihatan cantik walaupun dah pakai untuk tempoh lama hingga 16 jam.
Selain itu, ia turut memberikan wajah anda kemasan matte yang licin dan semula jadi kerana ketidaksempurnaan kulit telah disembunyikan.
Review:
“Tekstur foundation ini tidak terlalu tebal, ringan dan mudah diratakan pada kulit wajah. Liang pori juga kelihatan berkurangan bila apply foundation pada wajah,”
ALHA ALFA merupakan jenama tempatan yang tidak asing dalam dunia kecantikkan.
Lagipun foundation keluaran jenama ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Bila pakai foundation semestinya kita nak full coverage, jadi foundation ini adalah pilihan tepat untuk anda yang ingin menutup cela pada kulit wajah.
Bagi anda yang ada panda eyes sebaiknya guna foundation ini sebab mampu menutup lingakaran bawah mata.
Selain itu, foundation ini mengandungi air liur raja lebah yang mampu untuk mencantikkan kulit muka, mengecilkan pori dan mengecutkan jerawat di muka anda.
Bila terdapat masalah kulit sensitif, perkara yang wajib dicari adalah produk yang lulus ujian dermatologist, barulah yakin nak gunakan.
Jadi foundation ini telah lulus ujian dermatologist dan mempunyai 8 jenis pilihan tona untuk kesesuain mengikut kulit wajah.
Selain itu foundation ini di formulasi bebas bakteria sekaligus menjadikan kulit wajah kelihatan lebih selamat dari sebarang masalah.
Foundation ini mempunyai spf30 untuk perlindungan UV. Maknanya walaupun anda tak oles sunblock sebelum pakai foundation pun tak jadi masalah.
Kebanyakkan foundation mempunyai tekstur yang tebal dan boleh menyebab liang pori tersumbat, tapi tidak pada foundation ini kerana jenis non acnegenic.
Apa yang menarik dengan foundation ini ianya powder foundation yang menjadikan make up akan tahan dengan lebih lama.
Diformulasi dengan oil free untuk menyerap lebihan minyak, sesuai untuk kulit wajah berminyak atau kombinasi.
Bisabolol adalah bahan yang baik untuk anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, ini kerana bisabodol akan membantu mengurangkan iritasi pada wajah.
Diperkaya dengan vitamin E yang bagus untuk memlembapkan serta menghalang penuaan, mengurangkan garis halus.
Foundation dari L’Oreal ini memberikan full coverage dan bertahan sehingga 24 jam pada wajah.
Dengan kandungan bahan oxygen technology dapat memberikan kesan pada tekstur foundation dengan lebih ringan dan breathable pada kulit.
Foundation ini juga mempunyai non-comedogenic yang tidak menyebabkan liang pori tersumbat.
Foundation dari jenama O.TWO.O sememangnya terkenal dengan harga yang murah dan memberikan looks yang cantik kepada sang pengguna.
Harganya yang murah tetapi mempunyai bahan-bahan yang baik untuk masalah kulit sensitif, berjerawat dan berminyak.
Pakai foundation risau liang pori tersumbat, sebab itu anda kena cari foundation yang ada non comedogenic untuk mengelakkan pori tersumbat ye.
Kulit sensitif ini mudah terjadinya iritasi, tapi dengan bahan bisabolol, dapat membantu mengurangkan keradangan pada kulit.
Siapa kata harga murah ini tak berkualiti, tak semua macam tu ye.
Foundation yang diperkaya dengan vitamin sebenarnya jarang ditemui kerana kebanyakannya lebih fokus untuk menutup cela pada wajah atau menjadi base pada makeup sahaja.
Tapi foundation ini diperkaya dengan B3, Pro-B5, E sebagai anti penuaan untuk wajah anda.
Maksudnya bukan hanya kulit menjadi flawless tapi dapat melindungi dari tanda penuaan.
Paling utama untuk kulit sensitif adalah lulus ujian dermatologist, formulasi non comedogenic yang tidak membuatkan liang pori tersumbat.
Walaupun mempunyai satu jenis pilihan tona dan warna sedikit gelap, tapi bila blend in dekat kulit wajah tidak menjadi gelap malah sekata dengan tona kulit anda.
Kulit cantik dan tidak lagi ada masalah iritasi!
Ini merupakan foundation keluaran muslim yang terkenal dengan produk makeup mesra wuduk, jadi tak perlu risau nak remove makeup waktu nak solat.
Bahan-bahan dicampurkan tidak memudaratkan kulit. Antaranya bebas silikon dan non comedogenic (tidak membuat pori tersumbat).
Bukan apa, jika bahan ni terdapat dalam foundation, ini akan menyebabkan kulit wajah kusam dan beberapa masalah kulit lain.
Bukan itu sahaja, diperkaya dengan bahan jojoba oil, olive oil dan vitamin e. Bukan sahaja untuk mencantikkan tapi kaya dengan kebaikkan lain juga.
Garis halus, kulti kusam, kesan parut jerawat semuanya boleh ditutup dengan menggunakan foundation ini.
Nak tahu berkesan ke tak, kenalah cuba sendiri kan.
Boleh Ke Kulit Sensitif Menggunakan Make Up Pada Wajah?
Kulit sensitif sangat mudah terjadi akibat terdedah kepada pancaran sinar UV, kotoran, radikal bebas dan bahan kimia yang membahayakan.
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa makeup mineral adalah pilihan terbaik bagi mereka yang cenderung berjerawat.
Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif, mereka perlu menitik beratkan kandungan yang terdapat pada skincare dan bahan make up supaya kulit tidak menjadi lebih teruk.
Jika mahukan hasil yang terbaik, pastikan foundation wajah anda bebas salicylic acid dan benzoyl peroxide kerana dua bahan ini menyebabkan masalah jerawat.
Jom kita dengarkan penerangan menerusi video YouTube di bawah cara mengawasi dan mengatasi kulit sensitif.