Kutu kepala adalah sejenis parasit yang menjangkiti manusia dengan menghisap darah dari kulit kepala.
Gigitan kutu akan menyebabkan rasa kegatalan dan tidak selesa kerana anda akan kerap rasa nak menggaru kepala.
Selain menggunakan sikat kutu, parasit ini juga boleh dihapus dengan menggunakan shampoo untuk hilangkan kutu.
Terdapat banyak shampoo anti kutu dan shampoo kutu rambut untuk dewasa di pasaran dengan harga yang mampu milik.
Jom lihat senarai ubat kutu rambut paling berkesan dan ubat kutu rambut untuk hilangkan parasit ini dengan cepat.
Penyunting
Table of Contents
Senarai 8 Syampu Kutu Untuk Rambut Terbaik
Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Syampu kutu buatan Malaysia ini bukan sahaja boleh membasmi kutu rambut dan telurnya, malah ia juga mampu menyuburkan rambut.
Ciri-ciri;
Menariknya, syampu kutu ini sesuai untuk kaum lelaki atau wanita yang menghadapi masalah rambut nipis tau.
Syampu kutu Sinjo akan menyihatkan, menyuburkan rambut dan mempercepat pertumbuhan rambut anda. Selepas penggunaan, akan banyak anak rambut tumbuh!
Cara penggunaan sangat mudah, anda hanya perlu syampu seperti biasa sehingga berbuih.
Kemudian, balut kepala yang disyampu tadi dengan tuala atau shower cap selama 20-30 minit sebelum dibilas.
Kepala akan rasa sejuk dan berangin ketika guna produk ini, jadi waktu mandi anda juga jadi lebih tenang dan nyaman.
Rambut anda juga akan jadi lebih sihat dan tebal tanpa kutu selepas habis penggunaan sebotol syampu ini.
Review;
‘Berkesan lepas beberapa kali guna, tiada lagi rasa gatal-gatal. Bau pun wangi. Kena guna banyak kali, baru semua kutu kat kepala anak mati,’
Dapatkan rambut yang lebih sihat dan bersih serta bebas daripada pembiakan parasit kecil di kepala dengan syampu kutu Platinum Beauty ini.
Selamat digunakan oleh semua peringkat umur termasuk ibu hamil dan kanak-kanak kerana tidak mengandungi bahan kimia bahaya.
Boleh juga digunakan sebagai syampu rambut harian kerana tidak akan mengeringkan kulit kepala dan rambut anda.
Menariknya, dengan penggunaan yang konsisten, masalah kegatalan kepala juga dapat dikurangkan sekaligus menjadikan rambut anda lebih lembut dan subur.
Walaupun murah, syampu kutu Zieya ini mampu mematikan kutu dan telurnya dalam masa kurang 30 minit sahaja. Sangat cepat!
Anda nak guna syampu ini setiap hari pun tiada masalah kerana akan melembutkan dan menyihatkan rambut berbanding keadaan sebelumnya.
Cara penggunaannya, anda hanya syampu rambut yang telah dibasahkan, biarkan dalam 30 minit dan terus bilas dengan air suam.
Syampu ini juga bagus untuk digunakan untuk menghalang kelemumur dan rambut gugur.
Diperbuat daripada herba semula jadi iaitu ekstrak Stemona Root, syampu ini mampu mengelakkan telur kutu daripada menetas.
Serbuk minyak kulit lemon dalam ubat kutu ini pula bagus untuk melegakan dan melembapkan kulit kepala yang sensitif atau iritasi.
Boleh digunakan juga oleh orang dewasa kerana bebas daripada bahan bahaya malathion dan pyrethroids yang dikatakan penyebab kanser dan gangguan hormon.
Guna produk ini pada rambut seperti syampu biasa sebanyak 3 hingga 5 kali seminggu agar kutu di kepala anda tak kembali membiak.
Shampoo kutu rambut ini bebas daripada bahan kimia bahaya seperti silikon dan paraben, jadi ia boleh digunakan oleh kanak-kanak tanpa masalah.
Paling penting, syampu kutu ini tidak akan merosakkan atau mengeraskan rambut anda selepas penggunaan tau.
Dengan cara yang betul, syampu kutu Jajja ini bukan hanya boleh hilangkan kutu hingga 99%, malah masalah kelemumur dan kegatalan kepala juga boleh dikurangkan.
Syampu ini mempunyai bau segar dan wangi membuatkanya sesuai digunakan untuk orang yang bekerja atau bersekolah membersihkan rambut setelah penat seharian.
Setiap botol syampu mampu bertahan sehingga sebulan penggunaan. Sangat jimat!
Anda stress tengok anak-anak tergaru-garu kepala sebab terkena jangkit kutu dengan kawan sekolah?
Ibu jangan bimbang, syampu yang diformulasikan daripada ekstrak beri biru dan pudina ini akan mematikan kutu dengan mudah.
Selain itu, syampu ini turut mengandungi garam bukit dan garam buluh yang mampu mengurangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala akibat kutu.
Menariknya lagi tentang syampu anti kutu ini ialah boleh membantu anda yang mengalami masalah keguguran rambut dengan cepat.
Produk HS Hair & Scalp Solution ini diformulasi dengan fungsi 2 dalam 1 iaitu sebagai syampu kutu dan conditioner rambut.
Selain itu, syampu ini bukan sahaja untuk menghapuskan kutu, malah kegatalan kulit kepala juga dapat dikurangkan.
Produk ini mengandungi dimethicone yang bagus bertindak sebagai pelincir rambut, jadi proses penyingkiran kutu dan telurnya akan jadi lebih mudah.
Penggunaan syampu ini turut akan menjadikan kulit kepala anda jadi lebih segar dan bersih selepas syampu.
Cara penggunaan sangat mudah, anda sikat rambut yang sudah dilembapkan dari akar ke hujung rambut, syampu rambut seperti biasa dan bilas dengan air suam.
Syampu ini boleh digunakan 2 kali sehari dan sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.
Shampoo anti kutu ini pula bagus digunakan untuk menghalang jangkitan kutu di kepala anak-anak anda dengan efektif!
Formula bahan Tea Tree, Neem, Lavender, Rosemary, pudina dan minyak Eucalyptus dalam syampu ini akan menyegarkan kulit kepala si manja dan mengurangkan rasa gatal.
Anda tak perlu ragu tentang keberkesanannya sebab telah terbukti secara klinikal berkesan hingga 97% untuk mematikan kutu kepala.
Paling menarik juga, syamou ini akan buatkan rambut anak anda lembut dan berkilat serta bebas daripada jangkitan kutu.
Cara hilangkan kutu
Kutu rambut boleh tersebar dari satu orang ke orang lain melalui kontak fizikal seperti kongsi sikat, tuala, bantal atau tempat tidur.
Tetapi, anda jangan risau sebab cara untuk hilangkan kutu rambut sangat mudah. Jom ikuti langkah ini.
-
Sikat rambut dengan sikat kutu khas untuk singkirkan kutu dan telurnya
Sebelum guna sikat kutu, anda perlu lumurkan minyak rambut terlebih dahulu supaya kutu lebih mudah melekat pada sikat apabila rambut basah atau lembap.
-
Lumur ubat kutu rambut pada seluruh kepala & balut kepala dengan tuala selama 2 hingga 3 jam
Selain guna ubat kutu yang boleh didapatkan di farmasi berdekat, anda digalakkan juga agar guna syampu untuk hilangkan kutu pada rambut juga.
-
Bersihkan tempat tidur & tukar cadar serta sarung bantal baru
Cadar dan sarung bantal yang kotor dan tidak ditukar boleh menjadi tempat kutu bersarang.
Jangan lupa untuk tukar cadar dan sarung bantal serta-merta selepas anda membersihkan rambut dengan syampu kutu.
-
Guna cara tradisional untuk hilangkan kutu
Anda boleh buat bancuhan cuka dan minyak kelapa untuk sapu di kepala atau lumurkan perahan lemon atau limau purut dan minyak kelapa.
Selain itu, anda boleh juga sapu minyak zaitun pada kepala dan seluruh rambut.
Paling penting, sapu bancuhan bahan-bahan tadi pada kepala dan pakai shower cap selama semalaman.
Kemudian, selepas bangun dari tidur, boleh basuh rambut hingga bersih. Selamat mencuba!
Berapa lama kutu rambut hilang?
Jika anda lakukan tips-tips yang kami kongsikan di atas dengan rajin dan konsisten, kutu boleh hilang dalam masa dua hingga tiga minggu.
Waktu yang diperlukan untuk menghilangkan kutu rambut bergantung pada jenis ubat kutu rambut atau syampu kutu rambut yang digunakan.
Penting untuk anda tahu yang penggunaan ubat kutu atau syampu kutu ini mungkin perlu dilanjutkan hingga tiada lagi telur kutu yang tinggal.
Setelah selesai dan anda bebas kutu, kami nasihatkan anda untuk jaga kebersihan diri supaya kutu rambut tidak kembali.