Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Shampoo Terbaik untuk Melebatkan Rambut di Malaysia 2023

Serlahkan keyakinan diri anda dengan rambut yang lebat dan cantik

Masalah keguguran rambut sering dihadapi oleh ramai orang tak kira lelaki atau perempuan.

Malah boleh menjadi mimpi ngeri jika masalah ini timbul dalam kalangan remaja.

Mana tidaknya, belum sampai usia 30-an, rambut dah nipis! 

Ini kerana berpunca dari beberapa punca antaranya kulit kepala kering, hormon, salah penggunaan shampoo, stres, kekurangan protein dan banyak lagi.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pastikan guna produk melebatkan rambut, tukar gaya hidup dan pemakanan seharian.


Senarai 15 Produk Shampoo Lebatkan Rambut

Shampoo melebatkan rambut terbaik secara keseluruhan
Schwarzkopf
Schwarzkopf Seborin Caffeine Energy Shampoo
Semak Schwarzkopf Seborin Caffeine Energy Shampoo harga dibawah:
add_circle Tiada silikon
add_circle Mengandungi vitamin B5
add_circle Sesuai untuk kegunaan harian
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Produk melebatkan rambut dengan kafein ini diformulasikan khas untuk anda yang mengalami masalah rambut nipis dan lemah hingga menyebabkan rambut gugur. 

Ciri-ciri;

Ini kerana syampu Seborin Caffeine boleh menggalakkan pertumbuhan dan menguatkan rambut dengan cara mengaktifkan akar rambut. 

Malah, boleh menguatkan akar rambut juga. Hasilnya, mahkota anda akan kelihatan lebih penuh dan lebat. 

Dengan isipadu syampunya yang sebanyak 250ml, jadi produk ini boleh digunakan 2-3 bulan. 

Review;

Bau wangi, cuma rambut jadi kering sikit, jadi kena rajin pakai conditioner. Kulit kepala pun rasa bersih betul lepas guna’

Shampoo yang sesuai untuk rambut rosak
Himalaya Herbals
HIMALAYA Protein Shampoo - Repair & Regeneration
Semak HIMALAYA Protein Shampoo Repair & Regeneration harga dibawah:
add_circle Mempunyai minyak argan
add_circle Terdapat kacang kuda
add_circle Kaya dengan protein
add_circle Melindungi rambut daripada rosak
add_circle Sesuai untuk masalah rambut kering
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis rambut

Rambut anda rosak akibat terlalu sering blow-dry atau buat rawatan dengan bahan kimia di salon? 

Usah risau, gunalah syampu Himalaya yang diformulasikan dengan herba ini. 

Boleh membaiki dan menguatkan rambut yang rosak kerana mengandungi bahan Amla serta Beach-almond yang boleh menambahkan volume rambut. 

Selain itu dapat bertindak seperti tonik rambut semula jadi dan kandungan licorice dalam syampu ini pula menggalakkan pertumbuhan rambut agar lebih lebat. 

Sesuai juga digunakan pada rambut yang kerinting kerana bebas paraben.

Shampoo lelaki untuk melebatkan rambut
Alpecin
Alpecin Caffeine Shampoo C1
Semak Alpecin Caffeine Liquid Hair Tonic harga dibawah:
add_circle Membantu menguatkan akar rambut
add_circle Kandungan 200ml
add_circle Bebas paraben & silikon
add_circle Sesuai untuk yang hadapi masalah gugur
remove_circle Harga mahal

Bagi lelaki yang pening kepala cari produk yang sesuai untuk lebatkan rambut.

Apa kata dapatkan segera syampu Alpecin yang bagus untuk membantu mengurangkan keguguran rambut. 

Bukan itu sahaja, berkesan untuk mengekalkan pertumbuhan rambut dan akar rambut juga akan dikuatkan ketika sedang dicuci. 

Ini kerana produk ini mengandungi Caffeine Complex. Cuma ketika mandi, biarkan syampu seketika selama 2 minit sebelum bilas rambut. 

Boleh digunakan setiap hari.

Syampu organik melebatkan rambut
Avalon Organics
Avalon Organics Scalp Normalizing Shampoo
Semak Avalon Organics Biotin B-Complex Thickening Shampoo harga dibawah:
add_circle Menguatkan helaian rambut
add_circle Tiada paraben & bahan pewangi
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Rambut lebih tebal
remove_circle Digalakkan untuk guna bersama perapi jenama sama

Shampoo lebatkan rambut jenama Avalon Organics ini sesuai digunakan mereka yang mengamalkan gaya hidup vegan.

Ini kerana shampoo ini diformulasikan dari bahan berasaskan tumbuhan seperti minyak pati. 

Kandungannya mengandungi biotin dan B Complex yang yang boleh membersihkan kepala serta merangsang kulit kepala untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Boleh digunakan dengan kerap sebab tidak mengandungi sebarang sulfates atau phthalates. 

Folikel dan akar rambut juga bakal lebih bersih dan segar.

Syampu yang tidak mengandungi SLS
The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo
Semak The Olive Tree Rosemary & Mint Shampoo harga dibawah:
add_circle Menghalang kelemumur
add_circle Melegakan kegatalan kulit kepala
add_circle Tiada sulphates (SLS/SLES)
add_circle Bau menyegarkan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil

Shampoo anti rambut gugur The Olive ini mengandungi pudina dan Rosemary yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Ini kerana mampu merangsang aliran darah ke kulit kepala dan sesuai digunakan pada kulit kepala yang tidak berminyak, gatal dan mengelupas. 

Jangan risau, diperbuat 100% daripada bahan berasaskan tumbuhan dan bebas daripada bahan kimia seperti silikon, pewangi sintetik & paraben. 

Yang penting, boleh menguatkan folikel rambut dan tambah volume pada rambut halus.

Shampoo yang wangi tahan lama
Grafen Root Booster Shampoo
Semak Grafen Root Booster Shampoo harga dibawah:
add_circle Terdapat 22 asid amino
add_circle Tiada paraben & silikon
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Sesuai untuk kulit kepala kering
remove_circle Harga mahal

Syampu dari Korea jenama Grafen ini diformulasikan tanpa sulfate, jadi anda boleh guna tanpa perlu risau dengan kesan sampingan. 

Menarik lagi, keberkesanannya anda boleh lihat dalam masa 4 minggu dimana rambut gugur berkurangan. 

Turut mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun, daun Perilla dan minyak biji Camellia.  

Memang sesuai untuk mereka yang ada rambut nipis dan lemah termasuklah wanita yang keguguran rambut akibat hormon. 

Rambut baru akan mula tumbuh jika digunakan dengan konsisten. Yang penting, baunya wangi dan menyegarkan.

Shampoo dengan salicylic acid
Select Anti-Aging Thickening Shampoo
Semak Select Anti-Aging Thickening Shampoo harga dibawah:
add_circle Mengandungi Rosemary
add_circle Rambut lebih sihat
add_circle Membantu menghasilkan kapilari baru
add_circle Menggalakkan pertumbuhan semula rambut
remove_circle Harga sedikit mahal

Shampoo melebatkan rambut keluaran jenama Select ini diformulasikan dengan Copper Peptides iaitu bahan anti-DHT. 

DHT ialah musuh utama manusia yang menyebabkan keguguran rambut akibat hormon. Jadi, produk ini boleh mengawal keguguran rambut. 

Turut mengandungi Omega 6, kayu Cedar dan multiprotein yang penting untuk memperkuat rambut yang nipis. 

Hasilnya, rambut lebih tebal dan kulit kepala juga dilindungi dari kekotoran.

Kandungan pudina dalam produk ini pula memberikan bau yang segar pada mahkota anda.

Syampu bayi untuk melebatkan rambut
Himalaya
Himalaya Gentle Baby Shampoo
Semak Himalaya Gentle Baby Shampoo harga dibawah:
add_circle Anti-kelemumur
add_circle Tidak memedihkan mata bayi
add_circle Bebas paraben & pewarna sintetik
add_circle Melembutkan & melembabkan rambut

Bahan utama dalam formula syampu bayi ini ialah bunga raya (Hibiscus) yang berkhasiat untuk pertumbuhan rambut. 

Diperkaya dengan kacang kuda dan beras yang berkesan untuk menyuburkan dan menyihatkan rambut si comel. 

Turut mengandungi rumput Khus yang terkenal dengan sifat antibakteria dan antikulat untuk membantu membersihkan kulit kepala.  

Dalam masa yang sama dapat menyejukkan kulit kepala bayi.

Semak Grace and Glow Secret Bombshell Anti Oil & Repair Solution Shampoo harga dibawah:
add_circle Menghalang rambut dari berminyak
add_circle Melembutkan rambut
add_circle Membaiki rambut rosak
add_circle Bau wangi bak perfume

Kami sarankan shampoo ini untuk anda yang tercari-cari kandungan yang mengandungi keratin.

Produk jenama Grace and Glow ini bukan sahaja ada keratin yang boleh menghitamkan dan menebalkan rambut, malah turut mengandungi karbon.

Kandungan ini berfungsi untuk menyerap minyak daripada kulit kepala dan menghalang kelemumur. 

Sekaligus dapat menguatkan akar rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut dengan ketiadaan mesealis.

Mahkota anda akan kelihatan lebih segar sepanjang hari dan tiada lagi masalah rambut kusut.

Syampu melebatkan rambut wanita & lelaki
MIDORI Secret Energy Hair Density Shampoo
Semak MIDORI Secret Energy Hair Density Shampoo harga dibawah:
add_circle Mengurangkan kelemumur
add_circle Kurangkan rambut gugur
add_circle Merawat masalah kulit kepala
add_circle Merangsang peredaran darah ke kulit kepala
remove_circle Harga mahal

Apa yang menarik tentang syampu Midori ini ialah ia boleh digunakan oleh kaum Adam dan Hawa. 

Jadi, tiada masalah untuk berkongsi produk ini dengan ahli keluarga. 

Selain boleh menyuburkan dan merangsang pertumbuhan rambut, shampoo ini juga dapat membersihkan kulit kepala dan rambut dengan mendalam. 

Malah boleh meneutralkan toksin dan radikal bebas sekali gus menyingkirkan DHT iaitu hormon yang boleh mengganggu kitaran pertumbuhan rambut jika ada berlebihan. 

Paling best, boleh menghalang pertumbuhan uban sebelum masanya.

Shampoo terbaik untuk wanita bertudung
Shampoo Santan MYHOMELAB
Semak Shampoo Santan MYHOMELAB harga dibawah:
add_circle Menghilangkan keguguran rambut
add_circle Elak rambut beruban
add_circle Tiada silikon
add_circle Ada vitamin E
add_circle Bebas paraben & SLS
remove_circle Harga agak mahal

Untuk wanita yang berhijab tapi mengalami masalah kelemumur dan nak lebatkan rambut.

Pilihan syampoo ini memang terbaik kerana diperkaya dengan santan dan minyak kelapa. 

Dalam masa yang sama boleh kurangkan gatal kepala dan juga merangsang pertumbuhan rambut baru kerana mengandungi pati Rosemary dan vitamin B5. 

Sesuai juga digunakan pada rambut bayi yang susah nak tumbuh kerana boleh dipakai oleh semua peringkat umur. 

Syampu pula berbau oren menyegarkan yang akan nyamankan mahkota wanita terutamanya yang bertudung.

Semak BAWANG Hair Straightening & Root Firming Ancient Herbs Shampoo harga dibawah:
add_circle Menguatkan rambut & akar
add_circle Elakkan kelemumur & rambut gugur
add_circle Menghitamkan rambut
add_circle Rambut lebih berkilau

Produk ini diperbuat daripada formula herba Cina seperti bunga Eclipta dan akar Salvia Miltiorrhiza yang bagus untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. 

Yang penting, bahan yang digunakan halal dan boleh digunakan oleh golongan Muslim.

Selain itu, turut mengandungi Ligustrum Lucidum dan Cynomorium Songaricum yang boleh menyeimbangkan kulit kepala dan menyihatkan rambut. 

Rambut juga akan jadi kurang gugur. Ramai pengguna kata syampu Bawang ini boleh lebatkan semula rambut mereka. 

Shampoo dengan tea tree oil
Select Tea Tree Oil Anti-Oxidant Shampoo
Semak Select Tea Tree Oil Anti-Oxidant Shampoo harga dibawah:
add_circle Terdapat Omega-6
add_circle Mengandungi Panthenol
add_circle Melegakan kulit kepala
add_circle Mengurangkan kelemumur

Kami galakkan anda yang mengalami masalah kulit kepala berminyak untuk cuba syampu Select yang khas untuk membersihkan bakteria pada kulit kepala ini. 

Lagipun bahannya kaya dengan minyak Tea Tree yang boleh membersihkan folikel rambut dan kurangkan jangkitan kulat. 

Dalam masa yang sama, produk ini turut boleh menumbuhkan semula rambut kerana ada kayu Cedar, Rosemary dan protein.

Semua bahan ini dapat meyihatkan mahkota wanita agar nampak lebih tebal dan sihat. 

Diformulasikan juga dengan Pro-Vitamin B5 untuk melembabkan setiap helaian rambut.

Shampoo terbaik untuk rambut rebonding
Herbal Essences
Herbal Essences Bio Renew Repair Argan Oil of Morocco Shampoo
Semak Herbal Essences Bio Renew Repair Argan Oil of Morocco Shampoo harga dibawah:
add_circle Ada minyak Argan
add_circle Tiada paraben
add_circle Bebas pewarna
remove_circle Mengandungi alkohol

Rambut rosak akibat stres atau rebonding? Jangan pening, gunakan syampu Herbal Essences ini.

Kandungannya kaya dengan asid lemak yang boleh membaiki semula kelembutan rambut anda. 

Bau campuran vanilla dan citrus yang wangi akan memberikan anda pengalaman mandi yang bukan sahaja boleh membersihkan kulit kepala, malah menenangkan fikiran. 

Turut mengandungi antioksidan aktif, aloe dan sea kelp (sejenis rumpai laut) untuk memberikan anda rambut yang sihat dan kulit kepala yang bersih. 

Shampoo untuk rambut gugur dan melebatkan rambut productnation
AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo
Semak AMWAY SATINIQUE Anti-Hairfall Shampoo harga dibawah:
add_circle Bahan utama dari ginseng dan mulberry leaf extracts
add_circle Arginine untuk melembabkan rambut dan kulit
remove_circle Mempunyai SLS

Ginseng sememangnya terkenal bagi memperkuatkan akar rambut dan gabungan mulberry leaf extract pula untuk melebatkan rambut anda. Membantu kulit kepala untuk menyerap bahan ini dengan baik.

Rambut tidak lagi rosak, bercabang dan gugur. Tambahan pula rambut gugur yang akan digantikan dengan rambut baru yang lebih sihat.

Bahan yang digunakan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Rambut nampak lebih sihat secara semula jadi!

Selain itu bahan seperti arginine membantu melembabkan kulit kepala serta rambut. Rambut yang sihat adalah rambut yang lembab tau! 


Tips Memilih Syampu Melebatkan Rambut 

Mungkin bagi sesetengah individu menganggap semua shampoo sama tapi sebenarnya tidak kerana setiap jenama menggunakan bahan dan formulasi yang berbeza.

Jadi tips pilih syampu melebatkan rambut adalah dengan mengelakkan daripada memilih produk rambut yang mengandungi sulfates.

Ini kerana boleh mengeringkan kulit kepala dan rambut terutamanya jika kulit anda jenis sensitif.

Jauhi juga syampu yang mengandungi pewangi tiruan atau sintetik, paraben dan alkohol kerana boleh menyebabkan kerengsaan. 

Sebaliknya pilih syampu yang diformulasikan dengan biotin, vitamin B3 dan bahan-bahan semula jadi seperti minyak jojoba, aloe vera atau ekstrak akar. 

Tapi tak guna juga kalau pakai syampu lebatkan rambut terbaik tapi tak jaga rambut dengan betul.

Jom lihat video di bawah penjagaan rambut dengan betul.


Ada Cara Yang Berkesan Tak Untuk Melebatkan Rambut?

Selain guna syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala, terdapat juga alternatif lain.

Anda boleh cuba cara-cara berikut untuk pertumbuhan rambut yang lebih lebat. 

  • Exfoliate kulit kepala 
  • Guna minyak kelapa / minyak zaitun
  • Cuba sapu gel aloe pada rambut 
  • Cuci rambut pada waktu pagi 
  • Elakkan dari guna alat pemanas rambut dengan kerap 
  • Pilih gaya rambut yang sesuai agar tak mudah rosak/gugur 
  • Makan diet yang seimbang supaya badan cukup vitamin & nutrisi 

Anda boleh ikut petua tradisional menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article