Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Tingkatkan Keserian Kulit Dengan 7 Krim Pelembap Sesuai Untuk Badan dan Wajah

Hari demi hari, kulit semakin sihat dan berseri

Langkah penjagaan kulit wajah dengan sempurna adalah mengikut aturan yang telah ditetapkan seperti mencuci muka, memakai toner dan pelembap. Jangan skip langkah penggunaan krim pelembap kerana kulit akan kehilangan lembapan optimum, lebih-lebih lagi kulit wajah yang sering terdedah pada keadaan cuaca dan sekeliling. Ianya merupakan salah satu rejim kecantikan yang tidak asing lagi dalam penjagaan kulit.

Fungsi utama krim pelembap adalah mengekalkan dan memberi kelembapan pada kulit serta menghalang dari penghasilan minyak yang berlebihan. Namun dengan teknologi masa kini, kulit bermasalah yang dihadapi oleh sebahagian golongan wanita dapat diatasi dengan krim pelembap yang dirumus khas untuk setiap kategori masalah kulit.

Kini anda boleh tampil dengan kulit cantik, sihat dan berseri dengan 7 krim pelembap berikut.

Krim pelembap muka terbaik - mesra wudhu  
Wardah White Secret Day Cream SPF35
Krim pelembap muka terbaik - mesra wudhu
From
RM36.00
Check Wardah White Secret Day Cream SPF35 price below:

Pengunaan krim pelembab siang Wardah White Secret mampu untuk mencerah dan menyerikan kulit wajah dengan sempurna. Dirumus khas dengan Vitamin B3 dan ekstrak Licorice yang bertindak sebagai agen pencerahan. Krim ini diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, asid Hyaluronik serta Pro-Vitamin B5 yang mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit berpanjangan. Mendapat pengiktirafan status halal, produk ini boleh digunakan tanpa was-was.

Pelembap krim dari drugstore terbaik untuk kulit kering
Safi Dermasafe Hydrate & Recover Night Moisturiser
Terbaik untuk kulit muka kering dari drugstore
From
RM25.68
Check Safi Dermasafe Hydrate & Recover Night Moisturiser price below:

Masalah kulit wajah kering boleh diatasi dengan penggunaan krim pelembap dari Safi Dermasafe Hydrate & Recover Night Cream. Sebelum tidur, pastikan anda memakainya kerana krim ini dapat melembap serta memulihkan masalah kulit secara menyeluruh. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile dan Licorice yang mampu memberi kelembapan berpanjangan serta melindungi kulit dari kekeringan dan kemerahan.

Kulit wajah anda terasa segar sebaik sahaja bangun dari tidur!

Krim pelembap terbaik untuk kulit kaki merekah
Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream
Aiken
Krim pelembap terbaik untuk kulit kaki merekah
From
RM21.89
Check Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream price below:
add_circle Mengurangkan rekahan
add_circle Melembabkan kulit kering
add_circle Melembutkan permukaan kulit
remove_circle Jauhi dari kanak-kanak

Kulit kaki anda kering dan merekah? Produk dari jenama Aiken ini, ada penyelesaiannya. Dengan kandungan ekstrak Purslane, satu sumber kaya dengan asid lemak yang essential dan penyerapan segera ke dalam kulit agar dapat memberikan keselesaan berpanjangan.

Kekalkan kelembapan sambil menguatkan dan memulih lapisan kulit kaki yang bermasalah. Tumit kaki anda akan tampil lebih sihat, lembut dan licin. Anda juga tidak akan berasa segan semasa membuka kasut nanti.

Krim pelembap terbaik atasi masalah berjerawat
Himalaya Herbals Acne & Pimple cream
Himalaya Herbals
Krim pelembab terbaik atasi masalah berjerawat
From
RM26.50
Check Himalaya Herbals Acne & Pimple cream price below:
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Bebas paraben
add_circle Tidak diuji terhadap haiwan
add_circle Kurangkan keradangan kulit
remove_circle Harga mahal

Kulit wajah bermasalah seperti berjerawat dapat diselesaikan dengan menggunakan Himalaya Acne & Pimple cream. Krim ini mengandungi Silk Cotton Tree dan Five-Leaved Chaste Tree yang mampu bertindak untuk mencegah, menyembuh dan mengurangkan jerawat pada kulit. Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera yang juga berfungsi melembab dan melembutkan kulit.

Terbaik untuk kulit wajah berminyak
Garnier Light Oil Control Cream (40ml)
Terbaik untuk kulit wajah berminyak
From
RM9.39
Check Garnier Light Oil Control Cream (40ml) price below:

Krim pelembab Garnier ini berfungsi untuk mengatasi masalah kusam, lebihan minyak dan kesan parut di wajah. Ia menjadikan kulit muka lebih cerah dan dan tidak berminyak sehingga 8 jam selepas pengunaan. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri tanpa minyak, sangat selamat untuk kegunaan harian.

Pelembap terbaik untuk kulit yang mengalami masalah eczema
Eucerin Eczema Relief Body Crème
Pelembap terbaik untuk kulit yang mengalami masalah eczema
From
RM95.00
Check Eucerin Eczema Relief Body Crème price below:

Krim pelembab Eucerin Eczema Relief Body diperkaya dengan dengan bahan dari Oat, Ceramide-3 dan Licochalcone yang dapat membantu menyelesaikan masalah kulit. Diuji secara klinikal dan terbukti mampu menghilang serta menyembuhkan masalah kulit eczema.

Sesuai untuk kulit kering, gatal dan cenderung eczema, ianya boleh digunakan untuk semua peringkat umur terutama bayi yang mengalami masalah kulit melepuh. Tekstur krimnya jenis tidak melekit, boleh digunakan setiap hari kerana produk ini dirumus khas untuk melembap serta memperbaiki kulit anda dari terus bermasalah.

Halus dan licin dengan krim tangan dari Korea
The Face Shop Daily Perfumed Hand Cream
Krim penghalus tapak tangan
From
RM17.90
Check The Face Shop Daily Perfumed Hand Cream price below:

Krim tangan dari The Face Shop ini diterbangkan khas dari Korea. Krim ini dirumus khas dengan kandungan 10% Shea Butter yang berfungsi untuk melembut dan melembapkan kulit tangan.

Teksturnya cepat menyerap ke dalam lapisan kulit dan tidak melekit, sesuai untuk penggunaan yang kerap demi mendapatkan kulit tangan lebih halus. Terdapat dalam 10 jenis haruman menarik untuk dipilih. Cubalah sekarang!  

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article