Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
BB cushion

7 BB Cushion Terbaik Di Malaysia 2024 - Harga & Review

Hasilkan natural look atau no make up supaya anda bersiap dengan lebih mudah!

BB Cushion berfungsi memudahkan anda tanpa perlu mix and match dengan foundation dan compact powder

Erti kata lain, BB Cushion ini mudah dan senang dan 2-dalam-1 fungsinya, siapa je yang tak nak jimat masa kan?

Selain itu, BB Cushion mampu menutup cela di wajah dengan ciri litupan menyeluruh (high coverage).

Ciri-ciri ini menjadi sesuai untuk wanita yang bekerjaya dan ingin kelihatan kemas.

Jom dapatkan BB Cushion terbaik yang sesuai dengan kulit wajah anda melalui senarai berikut.


Penyunting

Senarai 7 Jenis BB Cushion Terbaik

BB cushion terbaik secara keseluruhan
SilkyGirl Magic BB Cushion
From
RM39.92
Check SilkyGirl Magic BB Cushion price below:
add_circle Pengawalan minyak sehingga 12 jam
add_circle Mengandungi anti oksidan
add_circle Mempunyai spf50
remove_circle Pilihan kod warna terhad

Sebab menjadi pilihan utama:

Silky Girl Magic BB Cushion yang dihasilkan gabungan daripada bahan pencerah dengan harga mampu milik.

Ciri-ciri:

Dengan campuran ekstrak bunga Eldelweiss yang mengandungi anti oksidan dapat melindungi kulit anda dari bahaya sinaran matahari.

Bukan itu sahaja bahannya diperkaya mineral semulajadi. 

Selain itu, BB Cushion ini juga memiliki SPF50 dan mampu mengawal pembentukan minyak di wajah sehingga 12 jam. 

Dirumus khusus untuk kulit wajah Asia, produk BB Cushion ini adalah sesuai untuk kegunaan para remaja. 

Review:

‘Kesan parut jerawat hitam pada wajah, mampu ditutup hanya dengan BB Cushion ini! Tak perlukan makeup yang tebal pun, kulit juga kelihatan glowing.’

BB cushion high end terbaik
YSL Le Cushion Encre De Peau Luminous Matte Cushion Foundation
YSL Le Cushion Encre De Peau Luminous Matte Cushion Foundation
From
RM218.90
Check YSL Le Cushion Encre De Peau Luminous Matte Cushion Foundation price below:
add_circle Anti kusam
add_circle Menjadikan kulit tidak berminyak
add_circle Dapat melindungi kulit dari sinar UV
add_circle Coverage sehingga 24 jam
remove_circle Harga mahal

YSL Cushion diformulasikan anti kusam, dimana kulit anda kelihatan glowing dan flawless.

Dengan campuran bahan titanium dioxide yang mempunyai spf sekaligus dapat melindungi kulit rosak akibat sinar UV. 

Kebiasaannya produk ini menyebabkan kulit anda berminyak tapi YSL Cushion ini dapat mengawal minyak.  

Bagi anda yang menginginkan ketahan yang lama bila pakai BB cushion, anda patut gunakan jenama YSL ini kerana mampu memberikan ketahanan sehingga 24 jam.

BB cushion coverage terbaik
NURRAYSA Perfect Glow Cushion Foundation
NURRAYSA Perfect Glow Cushion Foundation
From
RM28.90
Check NURRAYSA Perfect Glow Cushion Foundation price below:
add_circle Dirumuskan dengan Jojoba Oil
add_circle Menutup lingkaran hitam bawah mata
add_circle Melindungi kulit dari sinaran matahari
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak

Apa yang menariknya tentang BB Cushion Nurraysa ini, ia dirumus dengan bahan jojoba oil. 

Jojoba oil baik untuk merawat masalah jerawat serta melembapkan kulit wajah jadi sesuai untuk jenis kulit kering. 

Paling menarik, jika anda ada masalah ‘panda eyes’ bb cushion ini mampu menyelesaikan masalah tersebut. 

Jadi bila dah make up cantik-cantik, lingkaran hitam bawah mata pun hilang tau. 

Dah la mencantikkan dan bagi kesan glowing, mampu juga beri perlindungan matahari untuk kulit juga.

BB cushion terbaik untuk remaja
Doll Skin BB Cushion Sendayu Tinggi
Doll Skin BB Cushion Sendayu Tinggi
From
RM39.90
Check Doll Skin BB Cushion Sendayu Tinggi price below:
add_circle Hyaluronic acid untuk mengunci kelembapan kulit
add_circle Memberikan full coverage pada wajah
add_circle Mempunyai spf50
add_circle Bebas paraben
remove_circle Perlu pakai pelembap untuk kulit kering

Bila pakai make up dan jenis suka bersiap dengan cepat, BB cushion dari Sendayu tinggi ini memang sesuai untuk anda. 

Ini kerana lapisan BB cushion sahaja dah cukup memberikan coverage pada kulit wajah anda, tak perlu dah nak oles compact powder dah. 

Walaupun produk ini ada yanng mengatakan dapat melembapkan wajah, tetapi bagi anda yang kulit kering sangat disarankan untuk pakai pelembap dahulu untuk hasil yang terbaik. 

Tekstur yang ringan pada wajah dan tidak melekit, rasa sejuk je bila apply dekat muka. 

Sesuai nak pakai secara harian kerana ada spf50 dan bebas paraben. 

BB cushion full coverage, terbaik untuk kulit kering
Pixy Make It Glow Dewy Cushion 301 Medium Beige
Pixy
From
RM46.66
Check Pixy Make It Glow Dewy Cushion 301 Medium Beige price below:
add_circle Mengandungi ekstrak botanikal
add_circle Coverage sehingga 10 jam
add_circle Mempunyai spf
remove_circle Tidak bertahan sehingga 10 jam seperti yang diklaimkan

Bagi penggemar natural look, BB cushion ini amat popular dalam kalangan yang berkulit sawo matang atau kuning langsat. 

Lagipun tekstur BB cushion ini, ringan dan glowy finish yang membuatkan wajah anda tampak segar dan tidak bercapuk.

Cushion yang memberikan full coverage selama 10 jam dan mengandungi esktrak botanikal seperti minyak zaitun dan minyak jojoba.

Bukan itu sahaja, ekstrak yuzu yang membantu menyihatkan kulit dari dalam. 

Mengandungi SPF 23 & PA ++ sebagai pelindungan optimal terhadap sinar UVB & UVA.

BB cushion terbaik untuk kulit kombinasi
Laneige Neo Cushion Glow SPF50+
Laneige
Laneige Neo Cushion Glow SPF50+
From
RM85.00
Check Laneige Neo Cushion Glow SPF50+ price below:
add_circle Mengunci kelembapan 24 jam
add_circle Anti darkening sehingga 12 jam
add_circle Diamond radiant coverage
add_circle Mempunyai spf 50
remove_circle Perlu pakai pelembap jika kulit kering

Jika anda memiliki kulit wajah jenis berminyak, produk BB Cushion dari jenama Laneige sesuai untuk anda. 

BB Cushion istimewa dari Korea ini memiliki sistem kawalan minyak yang mampu memberi kemasan matte pada wajah dan mengekalkan hidrasi pada lapisan bawah kulit.

Tambah menarik, produk ini mampu mencerah dan membuat wajah tampak licin tanpa cela. 

Tekstur BB cushion ini lebih kepada natural looks yang simple dan mengekalkan warna sebenar kulit wajah. 

Jika anda mahukan BB cushion yang tidak terlalu heavy, dan simple. Wajib beli dan cuba tau!

BB cushion terbaik Korea
Etude House Double Lasting Cushion Glow
Etude House
Etude House Double Lasting Cushion Glow
From
RM63.38
Check Etude House Double Lasting Cushion Glow price below:
add_circle Menjadikan wajah kelihatan natural
add_circle Memberikan ketahanan yang lama
add_circle Double glowing technology
remove_circle Tidak mampu mengawal minyak pada kulit
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering

Untuk dapatkan looks natural ini bukan mudah ye, memerlukan teknik untuk hasil yang terbaik. 

Tapi mudah dengan Double Lasting Cushion dari Etude House dan anda dah boleh dapat natural looks!

Lagipun natural looks dapat membuatkan kulit lebih berseri, menutup cela pada wajah secara minimal dan mencerahkan wajah anda.

Double glowing technology ini yang menjadikan kulit anjal, licin dan berseri sepanjang hari.

Sesuai untuk kegunaan hari kerana tekstur ringan dan nipis memberikan ruang pengudaraan pada kulit anda. 


Bagaimana Nak Pilih BB Cushion?

Okay sebenarnya, nak pilih BB Cushion juga sama macam anda nak pilih serum muka, toner ataupun mana-mana skincare yang anda mahu. 

Cuma benda wajib yang ada perlu buat untuk pilih BB Cushion adalah:

  • Pastikan jenis kulit wajah anda
  • Mahukan full coverage atau sebaliknya
  • Pilih tekstur yang ringan
  • Pastikan bahan-bahannya tidak menyebabkan liang pori tersumbat (non-condemic) 
  • Mempunyai spf untuk perlindungan UV

Tak susah pun, sama je macam nak pilih compact powder atau foundation

Paling utama anda tahu masalah kulit dan kelebihan yang anda nak pada BB cushion tersebut. 


Apakah Perbezaan BB Cushion & BB Cream?

Perbezaan antara kedua produk ini secara fizikalnya sangat ketara, kerana BB cream dalam bentuk tube, manakala BB cushion dalam bentuk compact yang ada cushion

Secara asasnya, kedua produk ini mempunyai kelebihan masing-masing dan fungsinya. 

BB Cushion memberikan looks yang lebih ringan dan boleh menyamakan tona seluruh wajah anda. 

Tetapi BB Cream mempunyai tona yang lebih terang dan memberikan coverage yang lebih berbanding BB Cushion. 

Jika anda yang gemarkan natural looks, seeloknya anda cuba BB cushion berbanding bb cream. 

Kebaikkan untuk merawat kulit anda itu semua tidak berkesan sebenarnya, kerana tahap bahan-bahan yang ada semua rendah dan tidak mampu memberikan kesan pada kulit. 

Tidak ada banyak perbezaan antara dua produk ini, cuma berbezaan bila kegunaan dan keperluan anda ketika menggunakannya. 


Artikel Berkaitan

End of Article