Ibu mana tak sayangkan kandungan lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut sudah menunggu lama kehadiran si kecil dalam rahim.
Jadi pasti si ibu ingin menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dengan pengambilan makanan sihat serta minuman tambahan susu ibu mengandung dalam pemakanan harian.
Malangnya, tak tahu mana satu susu pregnancy yang bagus dan mengandungi khasiat susu terbaik seperti manfaat susu almond yang tinggi kandungan antioksidan.
Pemilihan susu ibu mengandung amat penting untuk perkembangan janin, dan pastinya ini akan memberi kelebihan bagi program hamil anda.
Bagi memudahkan anda, kami menyenaraikan harga susu ibu mengandung yang paling bagus untuk anda jadikan sebagai minuman harian sepanjang tempoh mengandung.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Susu Ibu Mengandung Yang Paling Bagus
Sebab menjadi pilihan utama:
Susu Enfamama A+ ini dirumus secara saintifik untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan menyusu.
Ciri-ciri:
Malah susu ini bertindak melindungi fetus anda daripada jangkitan virus yang berbahaya.
Sesuai kepada ibu yang baru pertama kali hamil, yang berpengalaman serta yang menyusukan badan.
Ini kerana Enfamama A+ kaya dengan beberapa nutrisi penting. Antaranya;
- 100mg DHA yang dirumus secara saintifik untuk membantu memenuhi cadangan pengambilan DHA harian pakar.
- Tinggi Asid Folid - Asid Folid penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.
- Tinggi Kolin - Susu ibu dengan tahap Kolin tertinggi.
- Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
- Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
- Besi - Besi adalah faktor pembentukan sel darah merah.
- Inulin - Prebiotik (inulin) membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.
Review:
"Minum susu ni memang rasa bertenaga sikit berbanding kalau tak minum langsung. Badan dah tak rasa lesu."
Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, otak bayi mula terbentuk pada minggu ketiga pertumbuhannya.
Fasa ini adalah amat penting untuk melindungi DHA dalam sel otak kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak.
Jadi, susu Similac Mom ini mengandungi vitamin E Asli dan Lutein untuk menyokong perkembangan otak si manja ketika dalam kandungan.
Sebaiknya, amalkan susu dari jenama Similac untuk ibu mengandung ini supaya dapat menyokong pembelajaran yang lebih pantas.
Dalam masa yang sama juga, susu ini dapat membantu si ibu untuk mengawal kenaikkan berat badan yang melampau ketika mengandung.
Khasiat dalam susu susu Anmum ibu mengandung ini dapat menjadi sumber tenaga tambahan buat ibu hamil dengan keperluan AHA/DHA sebagai komponen penting dalam perkembangan membran sel otak janin.
Harus diingatkan bahawa bayi memerlukan nutrisi yang lengkap sejak dalam kandungan dan bukan hanya selepas lahir.
Nutrisi utama dalam susu ini seperti gangliosida, GA dan DHA yang mampu untuk membantu melancarkan lagi sistem peredaran darah pada ibu hamil.
Dalam pada itu, serat folat yang terkandung dalam susu ini seperti kalsium mineral dan zat besi penting untuk tulang.
Bagi para ibu yang baru sahaja mengandung di trimester pertama serta ingin mendapatkan khasiat pemakanan yang seimbang dan sihat, anda boleh cuba susu untuk ibu hamil keluaran Nestle ini.
Dirumus khas dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, kalsium, zat besi serta vitamin A dan C.
Protein yang dibekalkan di dalam susu ini mampu untuk menyokong keperluan tambahan buat bayi dalam kandungan.
Manakala bakteria Bifidus BL yang terkandung dalam susu ini baik untuk sistem pencernaan kerana ia dapat melindungi kesihatan usus anda.
Sesetengah daripada wanita hamil pasti ada masalah bacaan HB rendah dan ini menjadikan si ibu dalam kategori kandungan berisiko.
Bukan itu saja, badan mudah penat, rasa mual-mual sepanjang hamil dan tidak bertenaga.
Jadi susu ibu mengandung dari jenama Momma menghasilkan susu khas untuk golongan ini.
Dalam segelas susu ini mengandungi nutirisi pelbagai untuk si ibu dan anak. Antaranya;
- 3 macronutrient
- 14 vitamin dan mineral
- Omega-3
- Asid folik
Malah, susu yang diproses adalah 100% susu tanpa mengandungi krimer / maltodextrin dan 13 bahan semulajadi yang terpilih dan berkualiti premium.
Anda boleh dapatkan susu ini dalam perisa coklat atau vanila.
Susu dari Frisomum Gold ini bukan saja untuk ibu mengandung tapi sesuai untuk ibu menyusu.
Diformulasi dengan nutrien penting DualCare+ untuk menyokong perubahan fisiologi semasa kehamilan dan menyediakan asas yang baik untuk si manja.
Malah, formula Frisomum Gold DualCare+ ini didatangkan dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Indeks ini untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan mereka.
Selain itu, terdapat lebih 6 nutrisi penting untuk si ibu yang mengandung antaranya vitamin B, B12, D, kalsium, iodine, asid folik, magnesium, DHA, choline, prebiotik dan banyak lagi.
Jangan risau, tidak mengandungi sukros tambahan jadi bagus untuk ibu yang mengalami diabetes.
Cukup dengan pengambilan 2 kali sehari sudah dapat membekalkan ibu mengandung nutrien penting untuk menampung keperluan sepanjang hari.
Ini kerana setiap gelas anda minum, terdapat banyak kelebihan yang anda peroleh. Antaranya:
- Menambahkan tenaga
- Dapat menguatkan tulang dan gigi.
- Menyokong penghasilan sel darah merah.
- Membantu tumbesaran dan perkembangan.
Malah dengan kandungan Vitamin A dapat membantu penglihatan dan Vitamin C menyokong penyerapan zat besi daripada makanan.
Manakala Vitamin D dapat membantu penyerapan kalsium sekaligus memberi tulang lebih kuat.
Bagi ibu mengandung yang mencari susu kambing, pilihlah susu Karihome Mama.
Ini kerana mengandungi khasiat lengkap untuk ibu mengandung dan ibu menyusu badan.
Malah, dirumus dengan susu kambing tulen dari New Zealand dan protein susu kambing Karihome hanya 1/3 daripada saiz protein susu lembu biasa.
Lagipun kaya dengan 8 nutrien utama untuk bantu ibu lebih bertenaga dan anak dalam keadaan sihat.
Antara nutrien yang ada adalah protein, folat, kolin, DHA, kalsium, zat besi, zink dan multivitamin.
Semua nutrien ini bagus untuk anak dan ibu jadi, pengambilan susu ini sebaiknya dari awal hamil sehingga tamat tempoh penyusuan badan.
Susu dari jenama tempatan, Mamadil ini menghasilkan susu dalam bentuk tablet dimana para ibu tidak perlu bancuh.
Walaupun dalam bentuk tablet tapi nutrisinya sama seperti susu dari jenama lain malah mengandungi bahan pemakanan sunnah.
Antaranya susu kambing, ekstrak kurma, buah zaitun, madu, kismis dan habbatus sauda.
Setiap bahan ini mempunyai fungsi yang berbeza jadi satu tablet ini dapat memberi kebaikkan yang pelbagai.
Antaranya, menambahkan tenaga, memberi kecantikan kulit, meningkatkan daya tumpuan, mengelakkan masalah sembelit dan lain-lain lagi.
Paling penting, kaya dengan vitamin & mineral yang sangat bagus untuk ibu hamil dan menyusu.
Jangan risau, produk ini telah mendapat kelulusan dari pihak Jakim dan KKM.
Susu Wildan khas untuk ibu mengandung ini juga sesuai diminum oleh ibu yang sedang menyusukan anak.
Antara kebaikan susu Wildan ini adalah ia boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil, sekaligus memberi kesihatan yang baik pada kandungan.
Selain itu, ia juga boleh meningkatkan ingatan ibu, menambah tenaga dan juga melancarkan sistem penghadaman.
Manfaat tambahan susu ini adalah boleh menguatkan tulang serta gigi ibu hamil.
Kesihatan tulang dan gigi juga perlu di jaga oleh ibu hamil agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat dan juga sihat.
Susu penuh krim dari Nestle Nespray ini bukan sekadar susu bancuh yang biasa kerana mengandungi sumber nutrien penting untuk menyokong perkembangan dan kesihatan ibu mengandung.
Diperkaya dengan protein yang memberi tenaga untuk anda mengharungi hari-hari anda tanpa gangguan.
Sementara itu, kandungan kalsium yang mencukupi membantu menguatkan tulang dan gigi sebagai persiapan untuk kehidupan yang sihat dan aktif.
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, susu ini membantu dalam pembentukan sel darah merah, meningkatkan lagi vitaliti dan kesejahteraan kesihatan anda.
Vitamin B1 dan B12 pula akan membantu pelepasan tenaga dari karbohidrat dan protein bagi memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.
Selain itu, turut mengandungi Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber-sumber bukan daging dan mengoptimumkan pengambilan nutrien.
Susu tepung untuk ibu mengandung yang membekalkan nutrien dan vitamin penting untuk khasiat harian seisi sekeluarga.
Antaranya:
- Kalsium - Untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat.
- Vitamin A - Penting untuk penglihatan.
- Zat Besi - dalam sel darah merah membantu pengangkutan oksigen dalam badan.
- Vitamin C - membantu penyerapan zat besi dari makanan.
Nutrien dalam susu ini penting untuk mengelakkan kelahiran bayi pramatang dan mengurangkan risiko anemia ketika hamil.
Bukan sahaja ibu mengandung, kanak-kanak dan orang dewasa lain juga boleh minum segelas susu tepung ini untuk badan yang sihat dan minda yang aktif.
Rasanya berkrim dengan sedikit rasa manis dan tidak berbau langsung sesuai untuk minuman pagi harian.
Bagi ibu mengandung yang tak suka minum susu, kurang bertenaga atau mual, boleh cuba Calla Milk.
Bukan je sedap, malah sangat bagus untuk mereka yang mempunyai HB rendah dan masalah kulit.
Antaranya kulit gatal-gatal, kering, kasar, ekzema, kudis, luka, parut, jerawat, alergik dan tumit merekah.
Turut mempunyai makanan sunnah seperti krismis, kurma, madu dan beetroot yang tinggi dengan asid folik.
Produk ini juga boleh banyakkan susu ibu, elakkan kuning bayi dan tiada gula putih yang kurang selamat untuk ibu mengandung yang mengalami GDM.
Susu yang sesuai untuk ibu mengandung, warga emas, ibu menyusu, ibu berpantang, lelaki dan kanak-kanak seawal usia 3 tahun.
Namun, jarakkan 2 jam kalau ada ambil apa-apa jenis ubat selepas minum susu.
Susu yang sesuai untuk ibu mengandung dan seisi keluarga termasuk ibu menyusu dan kanak-kanak dari umur 1 tahun.
Diperbuat daripada 100% susu segar dan kurma yang kaya dengan zat besi untuk pembangunan sel darah merah ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
Apa yang menarik, susu ibu hamil ini juga boleh membantu mengurangkan masalah mual atau morning sickness, sekaligus membuatkan anda lebih selesa.
Malah, membekalkan kalsium dan protein yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan.
Paling penting, susu ini tak perlu bancuh, rasanya sedap berlemak dan mengenyangkan.
Jenis Susu Ibu Mengandung
Ibu hamil disarankan membuat pilihan susu yang sesuai untuk keperluan nutrisi diri dan bayi dalam kandungan.
Berikut antara jenis-jenis susu yang sesuai untuk ibu mengandung:
- Susu lembu
Antara susu kegemaran ramai dan boleh didapati dalam pelbagai perisa.
Kaya dengan kalsium, Vitamin A, dan asid amino untuk membantu perkembangan sel badan bayi dalam kandungan.
- Susu Soya
Tiada kolesterol, tinggi serat dan kalsium. Tahap kandungan protein sama seperti susu lembu.
Terdapat kandungan lemak yang boleh mencegah penyakit kardiovaskular dan antioksidan untuk mencegah kanser.
- Susu Kambing
Tinggi protein, Vitamin B2 dan rendah lemak.
Membantu menurunkan kolesterol, meningkatkan antibodi dan metabolisme.
- Susu Badam (campuran almond dan air)
Susu yang bebas kolestrol dan lemak sertah rendah kalori.
Tinggi kandungan asid folik, protein, Vitamin E dan B, serat, kalsium, zat besi dan antioksidan untuk membantu sistem imun badan.
- Susu Oat
Antara susu terbaik untuk ibu mengandung kerana boleh mencegah sembelit ibu hamil, mengawal paras gula darah dan menyalurkan oksigen dengan baik.
Turut tinggi kandungan Vitamin B dan A.
- Susu Beras
Rendah lemak dan protein tetapi tinggi dengan antioksidan.
Tidak sesuai untuk ibu mengandung mempunyai penyakit diabetis kerana kandungan karbohidrat yang tinggi di dalamnya.
Waktu Bila Sepatutnya Ibu Hamil Minum Susu Mengandung?
Semua para ibu ingin memberikan yang terbaik pada kandungan mereka jadi tidak hairanlah jika para ibu menjaga corak pemakanan mereka.
Selain daripada mengamalkan makanan sihat dan seimbang, pengambilan susu sebagai minuman tambahan juga diperlukan.
Ini kerana susu merupakan minuman paling bergizi kerana kaya dengan nutrisi A, B1, B2, B12, D, kalsium dan magnesium yang merupakan sumber protein yang terbaik untuk ibu hamil.
Ingin diingatkan untuk amalkan minuman susu ketika hamil perlu minum pada waktu yang tepat.
Menurut pakar perubatan tradisional dari India, Dr Ashutosh Gautam mengatakan ibu hamil yang ingin minum susu untuk kesihatan diri dan bayi perlu amalkan pada waktu pagi.
Malah untuk dapatkan tidur yang selesa dan berkualiti, ibu hamil boleh minum susu sebelum masuk waktu tidur.
Dan sebaiknya jika si ibu sudah tahu ada kandungan dalam rahim, terus dapatkan susu yang sesuai untuk perkembangan anda dan bayi.
Lagi satu, apa saja jenis susu yang diminum oleh si ibu pastikan minum dengan jumlah yang betul supaya dapat nutrisi penting yang secukupnya.
Apa pun jom kita lihat cara penjagaan kesihatan ketika first trimester menerusi video di bawah.
Apakah Kepentingan Si Ibu Minum Susu Semasa Mengandung?
Aspek pemakanan yang melibatkan makan dan minum bagi seorang individu sedang hamil adalah amat penting.
Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk dirinya sendiri serta bayi di dalam kandungan.
Seorang ibu sedang hamil memerlukan jumlah kalsium yang tinggi untuk memastikan pertumbuhan tulang bayi sempurna selama 9 bulan dalam kandungan.
Malah, terdapat kajian mengatakan ibu hamil memerlukan lebih 1,000 miligram kalsium setiap hari.
Kebiasaannya keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengamalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung.
Lagipun pengambilan susu hamil dapat memberi banyak manfaat dan dapat mengelakkan serta pengurangan risiko penyakit diabetes jenis 2 bagi si ibu.
Selain itu, dapat mengurangkan risiko osteoporosis pada si manja apabila meningkat usia dan membantu meningkatkan IQ anak.
Sebaiknya, amalkan pengambilan susu sepanjang tempoh hamil untuk kebaikan anda dan si manja.
Artikel Berkaitan
- 7 Susu Untuk Ibu Hamil Diabetes di Malaysia 2024 (Tanpa Gula)
- 7 Set Berpantang Terbaik di Malaysia 2024 (Bagus & Berkesan)
- Review: Mustela, Produk Stretch Marks Selamat Untuk Ibu & Anak
- 9 Susu Terbaik untuk Orang Tua & Dewasa 2024
- 18 Produk Kecantikan Selamat untuk Ibu Mengandung (2024)
- Nipple Cream Terbaik