Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

16 Baju Raya Lelaki Moden 2025 (Baju Melayu, Kurta, Jubah)

Menjadi tumpuan yang mampu mencuit hati para wanita!

Mengenakan baju melayu lelaki baru bukan sahaja tradisi pada hari raya Aidilfitri tetapi merupakan amalan sunnah yang digalakkan.

Bukan sahaja wanita, lelaki juga digalakkan untuk mengenakan fesyen baju melayu lelaki terkini bagi menambahkan keceriaan pada pagi Aidilfitri.

Tidak kira jenama kurta lelaki yang eksklusif, ataupun baju melayu moden lelaki, pasti akan kelihatan lebih segak di pagi raya.

Kini bukan saja ada baju pakaian tradisional melayu lelaki, malah terdapat juga style baju melayu terkini moden seperti jubah dan fesyen kurta lelaki terkini.

Anda pasti tercari-cari jenama baju melayu terkenal di Malaysia dan pasti mahukan warna baju melayu yang sedondon.

Jadi jom kita lihat senarai jenama baju melayu terbaik dengan pelbagai pilihan colour baju Melayu yang mampu membuatkan anda kelihatan segak bergaya di pagi raya.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 16 Baju Raya Lelaki Melayu Bawah RM200

Baju melayu paling murah
ANYSON Wear Baju Melayu Como Crepe Tailor Fit Plus Size 7XL Lelaki Dewasa - Pelbagai Warna
Anyson
ANYSON Wear Baju Melayu Como Crepe Tailor Fit Plus Size 7XL Lelaki Dewasa - Pelbagai Warna
From
RM64.99
Check ANYSON Wear Baju Melayu Como Crepe Tailor Fit Plus Size 7XL Lelaki Dewasa - Pelbagai Warna price below:
add_circle Kain premium tidak panas
add_circle Tidak mudah kedut atau gelebeh
add_circle Banyak pilihan warna & saiz
remove_circle Butang tidak disediakan
remove_circle Warna hanya plain, tiada corak

Baju Melayu Tailor Fit menawarkan gabungan keselesaan dan gaya moden dengan potongan yang berada di antara slim fit dan regular fit.

Menggunakan kain Premium Como Crepe, fabrik ini tidak panas, tidak mudah berkedut, dan kekal terletak kemas sepanjang hari.

Dengan jahitan yang rapi serta kemasan berkualiti, ia sesuai untuk pelbagai acara formal atau santai.

Tersedia dalam 18 pilihan warna yang elegan serta saiz dari S hingga 7XL, baju ini memenuhi keperluan pelbagai bentuk badan.

Selain itu, fabriknya yang ringan memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa rasa melekit.

Walaupun butang tidak disediakan, pemakai boleh memilih butang mengikut citarasa sendiri untuk gaya lebih peribadi.

Dengan reka bentuk plain colour tanpa corak, Baju Melayu ini memberi penampilan moden dan kemas.

Namun, perlu diingat bahawa ukuran mungkin mempunyai sedikit perbezaan sekitar 1-3cm kerana proses pengukuran manual. 

Baju melayu Qayraa
QAYRAA Burgundy Baju Melayu Soft Cotton Slim Fit Cekak Musang
Qayraa
QAYRAA Burgundy Baju Melayu Soft Cotton Slim Fit Cekak Musang
From
RM89.90
Check QAYRAA Burgundy Baju Melayu Soft Cotton Slim Fit Cekak Musang price below:
add_circle Kain sejuk dan selesa
add_circle Tidak mudah luntur warna
add_circle Potongan slim fit moden
remove_circle Material ringan, mungkin nipis
remove_circle Disarankan cuci guna tangan

Baju Melayu dari Qayraa ini menawarkan gabungan keselesaan dan gaya moden, sesuai untuk lelaki dewasa serta kanak-kanak.

Diperbuat daripada 100% Soft Cotton, material ini ringan, sejuk, dan selesa dipakai sepanjang hari.

Dengan potongan slim fit untuk saiz XS hingga XL serta rekaan berpesak bagi saiz 2XL ke atas, baju ini memastikan kesesuaian yang kemas dan bergaya.

Rekaannya menampilkan leher cekak musang yang eksklusif dengan butang baju Melayu percuma, manakala poket yang praktikal di bahagian atas kiri dan bawah baju.

Seluar dilengkapi separa getah di bahagian belakang untuk keselesaan tambahan, dengan zip dan cangkuk di hadapan serta poket sisi kiri dan kanan.

Untuk kanak-kanak, saiz 0 direka dengan leher teluk belanga dan seluar pinggang penuh getah, manakala saiz 2 hingga 14 menampilkan leher cekak musang dengan seluar berzip dan cangkuk.

Baju melayu Bulan Bintang
Tema Hijau - Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang X Kahf 2025
Bulan Bintang
Tema Hijau - Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang X Kahf 2025
From
RM177.20
Check Tema Hijau - Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang X Kahf 2025 price below:
add_circle Jenama popular
add_circle Kualiti kain yang bagus
add_circle Nampak kemas dan smart
remove_circle Harga sedikit mahal

Tema Hijau - Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang X Kahf 2025 menggabungkan rekaan tradisional dengan sentuhan moden untuk keselesaan dan gaya yang lebih kemas.

Bahagian atas baju berlengan panjang ini dilengkapi dengan tiga poket depan, kolar cekak musang, serta butang khas Bulan Bintang yang menyerlahkan identiti eksklusifnya.

Ciri unik seperti lengan berzip dan fabrik pengembangan dengan zip di bahagian sisi memberikan keselesaan tambahan tanpa menjejaskan gaya.

Diperbuat daripada kain Royal Versa, material ini menawarkan keseimbangan antara ketahanan dan kelembutan.

Bahagian seluar direka dengan potongan moden, menampilkan separa getah di bahagian pinggang untuk keselesaan sepanjang hari.

Dengan bukaan hadapan dan dua poket sisi, ia mengekalkan fungsi praktikal tanpa mengorbankan estetika.

Direka untuk mereka yang mengutamakan gaya dan keselesaan, koleksi ini sesuai untuk pelbagai acara, daripada majlis rasmi hingga sambutan perayaan.

Baju melayu Johor style
Lubna Homme BUDI Baju Melayu Set
baju melayu teluk belanga
From
RM179.00
Check Lubna Homme BUDI Baju Melayu Set price below:
add_circle Dua poket tampal
add_circle Garis leher bulat dan tidak bergaris
remove_circle Tidak sesuai untuk badan besar

Lubna Homme menawarkan baju melayu gabungan elemen klasik dengan gaya moden tanpa kolar dari campuran polister dan beberapa pilihan warna cantik untuk baju raya lelaki.

Bahagian atas baju melaju ala teluk belanga dengan garis leher bulat dan tidak bergaris.

Tambahan pula, mempunyai pengikat butang, lengan panjang dan dua poket tampal yang memudahkan si pemakai menyimpan telefon pintar.

Seluar baju melayu pula tidak bergaris dengan dua poket sisi dan pengancing zip fly.

Sesuai dipakai orang dewasa dan remaja untuk nampak simple dan menarik di hari raya.

Baju cekak musang lelaki
John Master Baju Melayu Cekak Musang Modern Fit 5614P-2307
John Master Baju Melayu Cekak Musang Modern Fit
From
RM149.00
Check John Master Baju Melayu Cekak Musang Modern Fit 5614P-2307 price below:
add_circle Cepat kering
add_circle Mudah iron
remove_circle Asingkan pakaian gelap ketika mencuci

Baju melayu moden lelaki John Master membuatkan si pemakai kelihatan bergaya dan kemas.

Diperbuat daripada bahan 100% poliester yang lebih baik daripada kapas kerana bahan ini lebih tahan lama, tahan kedut dan bernafas pada kulit.

Perincian baju raya lelaki yang bergaya dengan kolar cekak musang dan 3 poket yang termasuk 2 di bawah, 1 di bahagian atas dada kiri dan 5 butang di dalam plaket.

Selain itu, fabriknya cepat kering, mudah iron dan modern fit yang tiada pesak.

Pilihan warna baju melayu antara ungu muda, merah ungu dan hitam.

Kurta cekak musang
Kurta Raya Plus Size Exclusive Premium Cotton Al Emirate
Kurta lelaki plus size
From
RM129.00
Check Kurta Raya Plus Size Exclusive Premium Cotton Al Emirate price below:
add_circle Kain sejuk dan lembut
add_circle Cutting besar dan labuh
add_circle Ada poket kiri kanan dan belahan
remove_circle Perlu padankan dengan seluar lain

Kalau anda belum jumpa lagi baju raya yang sesuai untuk suami atau ayah tersayang, beli je baju kurta ni.

Memang sesuai untuk sedondon satu keluarga dan anak yang berbadan besar.

Bermaterial kapas premium import yang sejuk dan potongan pun terletak elok kat badan.

Terdapat poket di dada, kiri dan kanan yang memudahkan anda untuk menyimpan tasbih, kunci, dan telefon bimbit.

Boleh pakai untuk pergi masjid, kenduri, makan-makan, dan semua majlis.

Pilih mana-mana s️aiz dari S hingga 5XL dan dah sekali beli ayah mungkin minta repeat kali kedua!

Baju melayu slim fit
Baju Melayu Elrah Exclusive 2025
Elrah Exclusive Baju Melayu Ultimate 2.0
From
RM189.00
Check Baju Melayu Elrah Exclusive 2025 price below:
add_circle Percuma sampin dan 4 barang lain
add_circle Banyak pilihan warna
add_circle Kain sejuk
remove_circle Harga sedikit mahal

Hadir dalam kotak eklusif dan hadiah percuma termasuk sampin cantik yang boleh dipakai semasa Hari Raya.

Fabrik dari bahan Abloh Crepe yang berkualiti tinggi dan tidak panas bila dipakai serta mudah digosok.

Potongan slim fit yang sangat sesuai untuk mereka yang berbadan sederhana dan bajunya mempunyai butang eksklusif, logo Elrah, poket kecil dan zip disisi.

Seluarnya pula mempunyai 2 cangkuk, poket disisi, tulang belakang dan pinggang bergetah disisi yang selesa.

Belikan satu baju melayu untuk suami atau anak bujang, biar nampak lagi handsome dan bergaya.

Menurut seorang pelanggan, dia dah 8 tahun pakai Elrah dan sangat suka dengan baju Melayu ni.

Kurta slim fit
Ammar Amran Kurta Azhar Slim Fit Premium Cotton
Ammar Amran Kurta Azhar Slim Fit Premium Cotton
From
RM129.00
Check Ammar Amran Kurta Azhar Slim Fit Premium Cotton price below:
add_circle Minimun seterika
add_circle Kolar mandarin
add_circle Jahitan kemas
add_circle 20 warna pilihan
remove_circle Perlu cari seluar lain

Kurta Azhar salah satu koleksi kurta dengan ciri sederhana tapi bergaya yang wajib ada dalam almari anda.

Diperbuat daripada bahan Italian Cotton premium yang selesa dipakai dan tidak perlu seterika terlalu kuat dan lama.

Jadi, menjimatkan masa dan usah risau lambat bersiap di pagi Hari Raya.

Baju kurta lelaki moden juga kurang berkedut, mudah dicuci, dan mempunyai jahitan yang kemas.

Menampilkan kelainan dari kurta jenama lain kerana mempunyai kolar mandarin yang elegen dan butang hadapan.

Walaupun potongan slim fit tapi masih sesuai untuk badan yang sedikit berisi dan pilih je saiz dari XXS hingga XXL.

Pada hari-hari biasa, anda boleh kenakan baju kurta ini bersama dengan seluar kurta lelaki.

Jubah lelaki moden
Jubah Lelaki Lengan Pendek Ikaf
Jubah lelaki lengan pendek Ikaf
From
RM59.00
Check Jubah Lelaki Lengan Pendek Ikaf price below:
add_circle Jenama jubah terkenal di tanah Arab
add_circle Kain cotton berkualiti tinggi
add_circle Selesa dan sejuk dipakai
remove_circle Kain cotton mudah kusut waktu dipakai

Selain baju melayu, pakaian gaya arab juga antara menjadi pilihan di hari raya.

Ikaf merupakan antara jenama jubah yang terkenal di tanah Arab dan anda boleh membelinya dengan hanya dalam talian.

Jubah ini mengenakan material kain cotton berkualiti tinggi dan loose cutting menjadikan kain sangat selesa dan sejuk apabila dipakai.

Sesuai dipakai semua lelaki kerana terdapat pelbagai saiz badan.

Dari segi rekaan, jubah ini mempunyai Grid embroidery yang sangat unik dan ditambah pula jahitannya kemas dan rapi.

Manakala rekaan pada bahagian leher bulat dan berbutang.

Jubah ini bukan saja sesuai untuk hari raya tapi sesuai untuk pergi ke haji, umrah atau kegunaan casual.

Baju melayu lengan pendek
Kurta Abu Dhabi SIMALA Premium Osaka Cotton Short Sleeves
Kurta Abu Dhabi SIMALA Premium Osaka Cotton Short Sleeves
From
RM44.00
Check Kurta Abu Dhabi SIMALA Premium Osaka Cotton Short Sleeves price below:
add_circle Kain berkualiti tinggi
add_circle Selesa dipakai
add_circle Tidak panas
add_circle Mudah iron
remove_circle Cutting slim fit tidak sesuai untuk orang yang berbadan gempal

Serlahkan hari raya anda dengan fesyen baju raya terkini dari dengan baju kurta lengan pendek dari Simala. 

Baju raya ini sememangnya mengikut style terkini dengan warna yang moden serta mengikut cita rasa terkini.

Rekaan bahagian tengkuk butang berkolar, lengan pendek dan mempunyai satu poket.

Sesuai untuk lelaki berbadan fit kerana mempunyai cutting slim fit, pastinya menyerlahkan badan anda yang sado pada hari raya nanti.

Bukan itu saja kainnya juga jenis Osaka Cotton jadi mudah di iron, susah renyuk, selesa dan sejuk apabila dipakai sepanjang hari raya 

Terdapat pelbagai pilihan saiz dari dewasa dan kanak-kanak.

Mempunyai 9 pilihan warna iaitu hitam, putih, kelabu, Navy Blue, Baby Blue, Emerald Green, Coklat, Maroon dan Purple. Pilih saja!

Baju melayu lelaki moden
Baju Melayu Moden Slim Fit Pazze
Baju Melayu Moden Slim Fit Pazze
From
RM99.90
Check Baju Melayu Moden Slim Fit Pazze price below:
add_circle Rekaan ringkas
add_circle Zip mesra wuduk
add_circle Kain stretchable
add_circle Tak mudah berkedut
add_circle Tidak panas
remove_circle Tidak sesuai untuk badan besar

Walaupun nampak simple tapi pasti akan kelihatan segak kerana cutting slim fit.

Bagi mereka yang sukakan baju melayu plain dan moden sememangnya baju melayu daripada Pazze memang pilihan yang tepat.

Baju Melayu ini juga direka dengan mempuyai 2 zip disisi bahagain badan dan lengan untuk memudahkan berwuduk.

Jangan risau, jenis kain yang digunakan jenis stretchable tapi kesannya bila lama-kelamaan akan mengembang jika kerap dipakai.

Material kain baju melayu ini jenis Koshibo dimana warna kain tidak berkilat, selesa, tidak panas dan tak mudah berkedut.

Baju melayu lengkap
Baju Melayu Moden Hitam Set Ayah Anak
Baju Melayu Moden Hitam Set Ayah Anak
From
RM119.00
Check Baju Melayu Moden Hitam Set Ayah Anak price below:
add_circle Mudah matching
add_circle Regular fit
add_circle Kain tidak mudah kedut
add_circle Mudah digosok
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Mungkin menyebabkan anda panas dan berpeluh

Jika anda peminat warna hitam atau pening untuk matching warna, baju melayu ini pilihan yang sesuai. 

Baju raya ini masih mengekalkan elemen tradisional cekak musang tetapi diberi sentuhan moden.

Kainnya pula jenis Sakura dengan campuran cotton dan satin.

Jadi mudah digosok, tak mudah kedut dan selesa dipakai

Potongan baju ini regular fit yang lebih sesuai dan selesa untuk semua jenis bentuk badan.

Ditambah dengan set penuh siap sampin (dijual berasingan) beserta songkok pastinya memberi gaya seakan seorang pahlawan Melayu atau lelaki Melayu terakhir.

Bagi yang berkeluarga, baju raya ini mempunyai saiz dewasa dan kanak-kanak untuk keluarga yang inginkan warna yang sedondon.

Baju melayu cotton
Baju Melayu Johor Teluk Belanga Simala
From
RM95.70
Check Baju Melayu Johor Teluk Belanga Simala price below:
add_circle Mengekalkan ciri tradisional
add_circle Kain selesa, lembut dan tidak panas
add_circle Mudah digosok
add_circle Tak perlu beli butang baju Melayu
remove_circle Kain cotton mudah kedut

Zaman sekarang agak sukar untuk mencari baju Melayu yang masih mengekalkan elemen tradisional.

Namun harus diingat masih ramai lagi yang mementingkan aspek tradisi di hari raya.

Walaupun baju melayu ini rekaan asal dari Johor tapi tidak terhad hanya warga Johor saja pakai tapi boleh dipakai masyarakat di negeri lain juga. 

Pada bahagian leher sangat selesa kerika dipakai berbanding cekak musang.

Butangnya pula sudah siap dijahit sekali pada baju berbanding cekak musang yang adakala memerlukan anda untuk membeli butang secara berasingan.

Baju raya ini menggunakan fabrik Premium Japan Cotton yang selesa, lembut dan tidak panas apabila dipakai serta mudah di gosok.

Walaupun masih mengekalkan ciri pakaian tradisional, ia juga turut diberi sentuhan warna yang menarik dan moden.

Jangan risau, terdapat saiz dewasa dan kanak-kanak. Mudah anak dan ayah nak sedondon.

Baju melayu murah
Baju Melayu Slim Fit Sakura Nude Champagne By MOFF COLLECTION
Baju Melayu Slim Fit Sakura Nude Champagne By MOFF COLLECTION
From
RM100.00
Check Baju Melayu Slim Fit Sakura Nude Champagne By MOFF COLLECTION price below:
add_circle Kain berkualiti tinggi
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Warna terhad

Baju melayu bertemakan nude daripada Moff Collection mungkin antara yang sesuai untuk anda bergaya di hari raya.

Jika anda tidak tahu apa itu warna nude, warna nude merupakan warna gabungan antara putih dan coklat.

Sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sawo matang.

Baju raya ini menggunakan kain jenis sakura cotton, jadi anda akan rasa selesa.

Potongan jubah ini adalah slim fit dan rekaan bahagian tengkuk cekak musang dan paling penting mempunyai poket

Baju kurta lelaki
Men Casual Kurta Shirts Long Sleeve Slim Fit
Men Casual Kurta Shirts Long Sleeve Slim Fit
From
RM27.99
Check Men Casual Kurta Shirts Long Sleeve Slim Fit price below:
add_circle Design yang ringkas
add_circle Potongan baju yang cantik
add_circle Kain yang berkualiti tinggi
add_circle Selesa dipakai
add_circle Tidak panas
remove_circle Kain nipis
remove_circle Mudah berkedut

Sekali pandang seakan baju melayu kerana bentuk bahagian kolar bercirikan cekak musang, tetapi sebenarnya kurta.

Walaupun rekaannya ringkas tapi mampu membuat anda kelihatan bergaya dan eksklusif.

Ini kerana baju ini mempunyai potongan slim fit dan berlengan panjang.

Tambahan lagi design kurta ini bukan saja sesuai untuk digayakan di hari raya, tetapi sesuai untuk pelbagai acara.

Material kain kurta ini adalah jenis Como Crepe yang berkualiti tinggi dan selesa dipakai.

Tapi ingin diingatkan berhati-hati ketika menggosok baju ini kerana berisiko untuk rosak jika menggunakan suhu terlalu tinggi.

Baju melayu untuk orang gemuk/plus size
Baju Melayu Premium Plus Size 2023/2024 (Baju sahaja)
Baju Melayu Premium Plus Size 2021 (Baju sahaja)
From
RM55.00
Check Baju Melayu Premium Plus Size 2023/2024 (Baju sahaja) price below:
add_circle Kain lembut
add_circle Senang gosok
add_circle Tahan lama
add_circle Harga murah
add_circle Kain berkualiti tinggi
remove_circle Hanya untuk plus size
remove_circle Hanya baju saja

Kebiasaannya baju melayu untuk anda yang memiliki saiz badan plus size agak mahal, tetapi sebagai alternatif anda boleh membeli baju sahaja.

Kemudian menggayakannya dengan seluar jeans atau slack

Walaupun baju saja tapi kain baju melayu ini sangat berkualiti tinggi.

Material kain pula lembut, mudah digosok dan tidak panas.

Rekaan pada bahagian tengkuk berkonsepkan elemen tradisional cekak musang.

Baju melayu ini hadir dengan pilihan saiz besar iaitu 2XL sehingga 5XL.

Terdapat pelbagai warna yang menarik untuk anda bergaya di hari raya.


Pemilihan Baju Raya Lelaki Mengikut Warna Kulit 

Memilih baju raya yang sesuai bukan hanya membuatkan anda kelihatan bergaya semasa merayakan Aidilfitri, malah ia juga mampu menyerlahkan warna kulit semula jadi anda.

Berikut adalah beberapa tips untuk memilih baju mengikut warna kulit:

  • Warna kulit putih atau cerah

Bagi lelaki tone kulit cerah, anda bertuah! Hampir semua warna baju raya sesuai untuk anda.

Warna ceria dan terang seperti merah, hijau pucuk pisang, biru terang dan hitam mampu menyerlahkan penampilan.

Jauhi warna pudar seperti kelabu, beige, atau coklat kerana ia akan membuatkan si pemakai nampak pucat.

  • Warna kulit sawo matang

Warna kulit kebanyakan orang Melayu ini lebih sesuai dengan warna seperti maroon, dark blue, ungu, atau perak.

Elakkan memakai baju berwarna coklat gelap atau hijau gelap, kerana warna kulit anda akan lebih tenggelam.

Kalau nak menonjol, pilih warna navy blue, burgundy, pastel lembut atau beige.

  • Warna kulit gelap

Warna baju melayu untuk lelaki kulit gelap dan hitam manis pula lebih sesuai dengan warna bumi dan warna lain seperti putih, biru laut, peach dan merah jambu.

Namun, elakkan warna yang terlalu kontras dengan warna kulit seperti ungu, biru tua, coklat gelap, hijau atau oren.

Bagi yang kurang arif pasal warna kulit dan warna apa yang paling sesuai, nasihat kami pilih je warna universal seperti hitam dan putih.


Jenis Baju Melayu

Walaupun terdapat pelbagai baju raya untuk lelaki seperti kurta atau jubah tapi tak dapat dinafikan, baju melayu masih menjadi pilihan di hari raya. 

Jadi, jom kenali fesyen baju melayu trendy yang anda boleh pilih.

  • Baju melayu lelaki moden 

Mempunyai reka bentuk moden berbanding pola yang bercirikan rekaan asli.

Malah, mempunyai pelbagai teknik dan corak terkini yang diterapkan dalam pakaian bagi mengikut trending fesyen.

  • Baju melayu lelaki terkini

Mempunyai corak songket pada sampin yang terkini mengikut trend.

Material kain pula menggunakan kain yang dihiasi sedikit corak misalnya sulaman pada bahagian kocek baju.

Jom lihat video ringkas perbezaan antara dua jenis fesyen baju melayu ini.

  • Kurta

Pada awalnya mungkin ada yang beranggapan kurta adalah pakaian tradisi orang india.

Tapi lama-kelamaan, baju raya kurta diterima masyarakat melayu untuk dipakai ketika hari raya.

Ini kerana mudah dipakai, rekaan yang simple, selesa dan kebanyakannya dijual pada harga yang murah.


Artikel Berkaitan

End of Article