Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
krim malam malaysia

17 Krim Malam Terbaik di Malaysia 2024 (Kulit Cerah & Glowing)

Pakai krim malam yang betul boleh bantu kulit jadi lebih sihat.

Bukan saja waktu siang kita perlu menjaga kulit tapi waktu malam pun perlu pakai krim atau skincare malam untuk pastikan kulit wajah kekal sihat.

Lagipun krim malam akan bantu untuk memperbaiki kerosakan kulit, mengekalkan kelembapan dan penjanaan semula sel kulit ketika tidur.

Jadi, kulit akan lebih kelihatan lebih segar apabila bangun pagi tapi mana satu krim malam yang bagus?

Jom kita lihat night cream terbaik atau krim malam terbaik di Watsons yang sesuai untuk kulit wajah anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 17 Krim Malam Terbaik

Krim malam terbaik secara keseluruhan
Bio-essence Bio-Gold Night Cream
Bio-essence Bio-Gold Night Cream
From
RM99.90
Check Bio-essence Bio-Gold Night Cream price below:
add_circle Mengurangkan garis halus pada leher
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Kulit lebih berseri
add_circle Merangsang pembaharuan sel kulit
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Diperkaya dengan Ginkgo, krim malam Bio-essence ini boleh memperbaiki kulit yang rosak.

Ciri-ciri:

Krim malam ini mampu menghidratkan dan menyegarkan kulit kerana mengadungi Aloe dan jus daun Barbadensis. 

Malah dengan kandungan Bio-Gold sebanyak 98% kepingan emas dalam krim ini boleh mempertingkatkan metabolisme kulit. 

Jangan risau, boleh hilangkan kedutan pada leher anda dengan syarat sapu pada leher juga.

Barulah wajah kelihatan awet muda dan anjal lepas ini. 

Review:

"Cepat meresap ke dalam kulit dan tak melekit. Lepas pakai, kulit rasa lembut je. Memang dah lama guna krim malam ni dan boleh rasai sendiri perbezaan kulit sebelum dan selepas."

Krim malam anti aging terbaik
Safi Rania Gold Krim Pelembap Malam (40g)
Safi
From
RM22.40
Check Safi Rania Gold Krim Pelembap Malam (40g) price below:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Mudah meresap ke dalam kulit
add_circle Sesuai untuk kulit matang / wanita berusia

Krim malam dari Safi ini ternyata menjadi kegemaran para wanita berusia kerana produk ini target kepada kulit matang untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. 

Diperkaya dengan Nano Gold 24K dan Royal Jelly bagi memberi kelembapan pada kulit berpanjangan.

Serta kelebihan partikel emas dapat memperkuatkan lapisan epidermis kulit agar wajah anjal dan awet muda.

Manakala nutrisi Royal Jelly dalam krim malam ini membantu merawat dan memastikan sel kulit diperbaharui.

Hasil kulit terasa lebih tegang, lembut dan bebas dari sebarang cela.  

Krim bertekstur gel ini dapat menyerap pantas ke dalam dan mudah disapu pada keseluruhan wajah dan leher. 

Krim malam untuk lelaki
Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream (50g)
Himalaya Herbals
From
RM22.00
Check Himalaya Herbals Revitalizing Night Cream (50g) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Bebas alkohol, bebas paraben
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit

Dengan harga yang murah, krim ini sangat bagus dalam memberi hidrasi sambil mengekalkan lembapan dan membaikpulih kerosakan pada kulit wajah anda.

Krim malam ini bukan sahaja sesuai untuk perempuan, malah sesuai untuk kegunaan kaum lelaki.

Ciri menarik lainnya, anda juga dapat memperbaharui sel kulit wajah anda dalam 1 malam sahaja kerana teksturnya mampu untuk menyerap jauh ke lapisan kulit paling dalam. 

Paling penting, krim ini selamat untuk digunakan kerana telah diuji oleh ahli dermatologi serta bebas alkohol dan paraben.

Krim bersifat non-comedogenic serta antioksidan ini diperkaya dengan buah tomato dan Water Lily yang menghalang kulit dari radikal bebas merosakkan sel kulit anda.

Krim malam untuk kulit sensitif
Simple Vital Vitamin Night Cream (50ml)
Simple
From
RM38.40
Check Simple Vital Vitamin Night Cream (50ml) price below:
add_circle Bebas paraben, bebas pewangi, bebas alkohol
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Hanya melembap kulit semata-mata

Krim pelembap ini dapat membaikpulih kulit anda yang bermasalah dan menjadikannya kembali lembut dan berseri.

Produk dari jenama Simple ini semestinya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya dan bebas daripada pewangi tiruan. 

Diformulasi dengan Pro-Vitamin B5, Vitamin E, Vitamin F, Glycerin, Allantoin dan Bisabolol yang berfungsi untuk membekalkan lembapan agar kulit hidrasi sepanjang hari.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif. Disarankan untuk anda menggunakannya sebelum tidur. 

Krim malam terbaik untuk usia 40
L'oreal Paris Dermo Expertise Revitalift Night Cream (50ml)
L'oreal Paris
From
RM63.06
Check L'oreal Paris Dermo Expertise Revitalift Night Cream (50ml) price below:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Diuji secara dermatologi
add_circle Kulit kembali anjal
add_circle Mengandungi Vitamin E
add_circle Melawan tanda-tanda anti penuaan
remove_circle Harga mahal

Sudah pasti wajah akan timbul garis halus jika anda dah mula menjengah usia 40-an.

Usah risau, gunakan krim malam L’Oreal ini untuk penghasilan semula sel kulit wajah. 

Tambah pula kandungan bahan Pro-Retinol A dan Centella Asiatica dalam krim ini dapat mengurangkan kedutan. 

Dalam masa yang sama bagus untuk mencerahkan semula tona kulit dan mengurangkan bintik hitam. 

Krim yang tidak melekit ini juga akan menghalang kulit daripada gelap kerana diformulasikan dengan SPF 17PA++ yang akan melindungi wajah daripada UVA dan UVB.

Krim malam glowing terbaik
Sukin Purely Ageless Restorative Night Cream (120g)
Sukin
sukin night cream
From
RM62.18
Check Sukin Purely Ageless Restorative Night Cream (120g) price below:
add_circle Mampu mengurangkan tompok pigmentasi
add_circle Bebas paraben, bebas pewangi
add_circle Sesuai untuk kulit matang / wanita berusia
remove_circle Harga agak mahal

Produk dari jenama Australia, Sukin ini menepati ciri-ciri krim malam yang membaiki masalah tanda penuaan secara drastik sehingga 78% keberkesanan dalam masa 14 hari. 

Turut mengandungi dari bahan-bahan semulajadi seperti Macadamia Oil, Cocoa Butter, White Hibiscus dan Baobab dimana diformulasi bersama memberi hasil kulit yang lembap dan meningkatkan keanjalan kulit. 

Kulit akan dirangsang ketika anda sedang tidur, supaya tidak terdedah dari sebarang partikel merbahaya yang boleh merosakkan kulit.

Lebih-lebih lagi pembentukan pigmentasi dan melanin yang tidak terkawal. 

Ternyata setiap pagi, kulit lebih lembut, gebu dan berseri dengan pemakaian yang konsisten dari krim malam Sukin. 

Kulit anda akan terasa segar, cerah dan berseri selepas bangun dari tidur keesokkan harinya. 

Krim malam terbaik untuk usia 50
NUTOX Youth Restoring Night Cream 30ml
Nutox
nutox_youth_restoring_night_cream
From
RM61.51
Check NUTOX Youth Restoring Night Cream 30ml price below:
add_circle Membaiki kulit ketika tidur
add_circle Merata tona kulit
add_circle Memperbaiki keanjalan kulit
remove_circle Harga agak mahal

Walaupun anda miliki kulit sensitif, anda tetap boleh gunakan krim malam dari Nutox Youth Restoring Night Cream ini.

Bahan yang digunakan dalam krim ini telah diformulasikan untuk meningkatkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit. 

Hasilnya, produk ini boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan. 

Sebaiknya sapu krim ini pada wajah dan leher setiap malam selepas mencuci muka dan memakai toner. 

Krim malam untuk mencerahkan wajah
Safi Perfect White Replenishing Night Cream
Safi Perfect White Replenishing Night Cream
From
RM24.36
Check Safi Perfect White Replenishing Night Cream price below:
add_circle Halal
add_circle Tidak berminyak
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle Ada Niacinamide & glycerin
remove_circle Mungkin tak sesuai dengan semua jenis kulit

Krim malam ini dirumus khas untuk memperbaiki dan melembapkan kulit sepanjang malam. 

Malah, boleh membantu mengelakkan masalah kulit kering jadi jika wajah anda kusam sebaiknya, gunakan produk ini.

Dengan tekstur Nano Bio White yang mudah meresap jauh ke dalam lapisan kulit dapat mengurangkan bintik hitam. 

Manakala kandungan Kakadu Plum dari sumber vitamin C 100x lebih banyak daripada buah oren bakal memberi anda kulit yang lebih sihat dan berseri.

Krim malam terbaik untuk jeragat
Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream
Cetaphil
Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream
From
RM89.90
Check Cetaphil Bright Healthy Radiance Night Comfort Cream price below:
add_circle Bebas pewangi
add_circle Menghidratkan kulit
add_circle Tidak merengsakan
add_circle Meratakan tona kulit
remove_circle Harga mahal

Jika anda mengalami masalah bintik hitam atau jeragat, sebaiknya guna krim malam Cetaphil ini dengan konsisten.

Disebabkan kandungannya diperkaya dengan Niacinamide (Vitamin B3) iaitu anti oksidan yang kuat untuk mencerahkan kulit. 

Sekaligus dapat mengurangkan bintik hitam dan hiperpigmentasi. Kulit pun kelihatan sihat.

Manakala bahan Natural White Sea Daffodil (ekstrak tumbuhan) pula mampu menghalang penghasilan melanin secara berlebihan dalam kulit. 

Sesuai untuk kulit sensitif dan kering kerana formula krim ini lembut pada kulit dan hypoallergenic

Krim malam untuk kulit kusam
Wardah Crystal Secret Bright Activating Night Cream
Wardah Crystal Secret Bright Activating Night Cream
From
RM34.90
Check Wardah Crystal Secret Bright Activating Night Cream price below:
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
add_circle Ada SPF 35 PA ++
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Tidak menyebabkan jerawat
remove_circle Kuantiti hanya 30g

Krim malam terbaik dari Wardah ini bagus untuk membantu mencerahkan kulit wajah yang kusam akibat cuaca, stres dan pencemaran udara. 

Ini kerana produk ini diperkaya dengan ekstrak Edelweiss yang boleh melindungi lapisan perlindungan kulit. 

Malah bukan saja melembapkan kulit pada waktu malam tapi turut mengandungi Alpha Arbutin, Niacinamide dan peptida untuk mencerahkan dan meratakan warna tona kulit. 

Sekaligus boleh melambatkan produksi melanin berlebihan yang menyebabkan kulit gelap. 

Masalah bekas jerawat dan bintik hitam juga boleh diselesaikan dengan penggunaan krim secara konsisten.

Krim malam yang ada retinol
OLAY Regenerist Retinol 24 Night Moisturizer
OLAY
OLAY Regenerist Retinol 24 Night Moisturizer
From
RM76.93
Check OLAY Regenerist Retinol 24 Night Moisturizer price below:
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Mencerahkan bintik hitam
add_circle Bebas pewangi & pewarna
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
remove_circle Harga mahal

Gunakan produk Olay ini pada setiap malam pada wajah dan leher sebelum tidur kerana tidak akan mengeringkan kulit. 

Dengan formulasi Retinoid dan Niacinamide, dapat mencerahkan semula kulit yang kusam.

Selain itu dapat melembapkan kulit selama 24 jam dan memperbaharui semula sel kulit ketika anda sedang tidur. 

Rasai perubahan kulit yang semakin anjal selepas 28 hari menggunakan krim malam yang bagus dari Olay ini.

Krim malam untuk kulit berminyak
Sukin Moisture Restoring Night Cream
Sukin Moisture Restoring Night Cream
From
RM47.92
Check Sukin Moisture Restoring Night Cream price below:
add_circle Melembapkan kulit ketika tidur
add_circle Terdapat Shea Butter
add_circle Kulit lebih lembut
add_circle Boleh disapu pada leher
remove_circle Harga sedikit mahal

Night cream terbaik dari Australia ini boleh membaiki masalah kulit kering kerana mengandungi campuran bahan yang berkhasiat untuk kulit seperti Jojoba dan Avocado. 

Selain itu, turut diperkaya dengan Evening Primerose dan Rosehip. Jadi, memang sesuai dengan semua jenis kulit. 

Paling best, dapat mengembalikan semula keremajaan kulit kerana mengandungi vitamin E dan Borage yang kaya dengan asid lemak penting. 

Hasilnya, tekstur kulit jadi lebih cantik sebab tahap kelembapan kulit telah diperbaiki oleh produk ini.

Krim malam untuk kulit kering
Nano White Double Action Restorative Night Cream
Nano White Double Action Restorative Night Cream
From
RM54.72
Check Nano White Double Action Restorative Night Cream price below:
add_circle Mengandungi vitamin E
add_circle Kulit lebih berseri dalam 4 hari
add_circle Membaiki kulit yang rosak
remove_circle Harga mahal

Untuk yang tercari-cari krim malam untuk jeragat di Watson, kami sarankan anda untuk dapatkan segera produk Nanowhite.

Bahannya diformulasi daripada Arbutin yang boleh mencerahkan bintik hitam, mengurangkan parut jerawat serta menghalang pembentukan melanin dalam kulit. 

Malah, boleh mencerahkan semula kulit ini jadi boleh disapu pada wajah dan leher, barulah tona kulit leher dan wajah sekata. 

Turut mengandungi Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit dalam masa semalaman.

Sesuai untuk kulit normal dan kering.

Krim malam terbaik untuk memutihkan wajah
ALIA Whitening Night Moisturiser
ALIA
ALIA Whitening Night Moisturiser
From
RM26.90
Check ALIA Whitening Night Moisturiser price below:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mengandungi Habbatus Sauda
add_circle Menghalang melanin berlebihan
remove_circle Stok terhad

ALIA Whitening Night Moisturiser ini diperkaya dengan Habbatus Sauda, digabungkan dengan Jeju Tangerine dan Vitamin B3. 

Bahan-bahan ini bekerjasama untuk menghalang pemindahan melanin, menghalang pengeluaran melanin berlebihan, dan meningkatkan ketahanan kulit anda terhadap pigmentasi baru. 

Selain itu, pelembap malam ini berkesan mengurangkan penampilan perubahan warna dan dalam masa yang sama menguatkan kelembapan kulit.

Ia juga dapat menghasilkan tona kulit yang lebih cerah, tanpa cela dan kelihatan lebih berseri.

Krim ini sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan mahu mencerahkan kulit.

Krim malam untuk kulit kombinasi
Hada Labo Kouji Treatment Cream
Hada Labo
Hada Labo Kouji Treatment Cream
From
RM125.00
Check Hada Labo Kouji Treatment Cream price below:
add_circle Mengembalikan keanjalan kulit wajah
add_circle Rendah kerengsaan
add_circle Melembap secara mendalam
remove_circle Harga agak mahal

Hada Labo Kouji Treatment Cream dihasilkan daripada ekstrak beras yang difermentasi, kaya dengan vitamin, asid amino, mineral, dan bahan pelembap semula jadi untuk menjaga keremajaan kulit anda.

Tekstur krim yang ringan dan lembut ini melembapkan dan menyuburkan secara mendalam, menjadikan kulit anda licin, tegang, dan berseri. 

Selain itu, ia diperkaya dengan Ekstrak Daun Beras Hidrolisis yang boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit.

Dengan formula rendah iritasi, Hada Labo Kouji Treatment Cream bebas dari bahan pengawet, pewangi, pewarna, dan minyak mineral, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

Krim malam Vitamin C
GARNIER White Speed Yoghurt Sleeping Mask
Garnier
From
RM34.90
Check GARNIER White Speed Yoghurt Sleeping Mask price below:
add_circle Mengandungi Vitamin C
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Krim terasa ringan pada wajah
remove_circle Saiz kecil

Garnier White Speed Yoghurt Sleeping Mask merupakan krim malam yang direka untuk meremajakan kulit anda semasa tidur. 

Diperkaya dengan Ekstrak Probiotik Yogurt Soya, Ekstrak Lemon, Vitamin C, dan Serum White Speed™, formula yang berkuasa ini berfungsi merawat wajah anda serta mencerahkan. 

Ia berkesan mengurangkan kekusaman, mengelupas sel kulit mati, dan mencerahkan bintik hitam serta tona kulit yang tidak sekata. 

Krim malam ini sesuai untuk anda yang mahukan tona kulit yang lebih cerah dan sekata.

Krim malam untuk kulit berjerawat
SKINTIFIC 5% Panthenol Acne Calming Water Facial Moisturizer Gel Day Night Cream
SKINTIFIC
SKINTIFIC 5% Panthenol Acne Calming Water Facial Moisturizer Gel Day Night Cream
From
RM65.00
Check SKINTIFIC 5% Panthenol Acne Calming Water Facial Moisturizer Gel Day Night Cream price below:
add_circle Mengurangkan iritasi jerawat
add_circle Sesuai untuk kulit minyak dan jerawat
add_circle Mengekalkan kesihatan skin barrier
remove_circle Harga sedikit mahal

Skintific 5% Panthenol Acne Calming Water Gel Moisturizer sangat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. 

Diperkaya dengan 5% Panthenol, pelembap ini sangat berkesan dalam mengurangkan iritasi jerawat dan mengurangkan kemerahan. 

Tekstur gel yang ringan dan seperti air ini dapat diratakan dengan mudah, memberikan penghidratan serta-merta dan kesan menenangkan. 

Diperkuat dengan Ectoin dan 5X Ceramide, ia membantu mengekalkan penghalang kulit yang sihat, menjadikan kulit anda licin dan terhidrat dengan penggunaan harian. 

Manfaat utama pelembap ini termasuk menenangkan dan meredakan jerawat, melegakan kulit yang sedikit teriritasi, dan mengawal lebihan minyak.


Fungsi Krim Malam

Krim malam memainkan peranan penting dalam rutin penjagaan kulit harian. 

Jika anda mahu tahu secara mendalam apakah fungsi krim malam, berikut adalah beberapa fungsi utama krim malam:

  • Menghidrasi Kulit

Krim malam biasanya mempunyai tekstur yang lebih tebal dan kaya dengan bahan pelembap untuk mengunci kelembapan dalam kulit semasa tidur, jadi kulit anda tidak terasa kering semasa bangun tidur.

  • Memperbaiki Kulit

Pada waktu malam, kulit menjalani proses pemulihan semula jadi. Krim malam membantu dalam memperbaiki kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinar UV, pencemaran, dan faktor luaran lain.

  • Anti-Penuaan

Banyak krim malam mengandungi bahan anti-penuaan seperti retinol, peptida, dan antioksidan yang membantu mengurangkan garis halus, kedutan, dan meningkatkan keanjalan kulit.

  • Menyokong Proses Pemulihan Kulit

Krim malam mengandungi bahan aktif yang membantu dalam proses pemulihan kulit dengan mempercepatkan pembaharuan sel dan memperbaiki tisu kulit yang rosak.

  • Mengurangkan Keradangan

Beberapa krim malam mempunyai sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit.

  • Mencerahkan Kulit

Krim malam juga boleh mengandungi bahan pencerah seperti Vitamin C dan niacinamide yang membantu memudarkan bintik-bintik gelap serta mencerahkan tona kulit secara keseluruhan.

  • Menguatkan Penghalang Kulit (skin barrier)

Penggunaan krim malam membantu menguatkan skin barrier, menjadikannya lebih tahan terhadap kerosakan dan kekeringan.

Dengan menggunakan krim malam secara konsisten, anda boleh mencapai kulit yang lebih sihat, berseri, dan muda.


Apakah Kebaikan Krim Malam?

Jangan ingat krim pelembap dan krim malam ini sama kerana setiap krim mempunyai manfaatnya yang tersendiri pada kulit.

Setiap krim juga dirumus khas untuk jenis kulit berbeza misalnya kering, sensitif, berminyak dan normal.

Jadi antara manfaat penggunaan krim malam ialah:

  • Meratakan tona & tekstur kulit 
  • Mengurangkan tanda penuaan seperti kedutan & garis halus 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen 
  • Melembapkan kulit 
  • Mengembalikan keanjalan kulit 
  • Melegakan iritasi kulit
  • Menghidratkan kulit ketika tidur  

Apa pun, jom lihat perbezaan krim malam dan siang menerusi video berikut.


Teknik Betul Pakai Krim Malam 

Sama seperti cara pakai produk penjagaan kulit yang lain, anda perlulah mencuci muka dan pakai toner terlebih dahulu sebelum pakai krim malam. 

Kemudian, sapu krim tersebut pada wajah menggunakan hujung jari dan elakkan daripada sapu pada kawasan berhampiran mata. 

Jangan lupa juga untuk sapu krim malam pada kawasan leher agar lebih berkesan.

Anda disarankan untuk pakai krim malam 30 minit sebelum anda masuk tidur. 


Bila Kita Patut Mula Pakai Krim Malam? 

Disebabkan krim malam ini bagus untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis-garis halus.

Sebaiknya mula pakai produk ini sejurus sahaja memasuki umur pertengahan 20-an. 

Tapi, jika anda masih muda pun, tiada masalah untuk pakai krim malam asalkan anda tahu pilih krim malam yang sesuai dengan jenis dan masalah kulit serta usia anda.


Artikel Berkaitan 

End of Article