Automotif

11 Pilihan Wiper Kereta Terbaik di Malaysia 2026

Dalam artikel ini, disenaraikan pilihan terbaik untuk wiper kereta yang tahan lama dan tahan panas untuk kereta seperti Myvi, Bezza dan Axia


Editor · Updated 18 Apr 2025

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Pilihan Wiper Kereta Terbaik di Malaysia 2026

Bagi memastikan bahagian cermin hadapan kereta atau windshield sentiasa kelihatan jelas, pemilihan pengelap cermin kereta atau wiper yang betul adalah penting. 

Di Malaysia, terdapat pelbagai pilihan wiper kereta yang bagus, dari jenis rubber blades yang konvensional hingga jenis terkini yang menggunakan silikon.

Kandungan

Wiper kereta datang dalam pelbagai saiz yang boleh disesuaikan dengan pelbagai model kereta, manakala harga wiper kereta pula berbeza bergantung kepada jenama dan bahan. 

Wiper getah adalah pilihan yang lebih konvensional dan jimat dari segi kos, manakala wiper silikon lebih terkenal kerana ketahanan dan jangka hayat yang lebih lama. 

Ramai pemandu memilih jenama wiper kereta terbaik kerana kualiti yang dipercayai dan prestasi yang mantap.

Sebelum dapatkan wiper kereta yang terbaik, anda perlu faham dahulu keperluan dan keadaan pemanduan anda, serta melihat saiz wiper kereta anda.

Sesetengah pemandu lebih suka wiper terbaik untuk kereta yang menawarkan pembersihan tanpa kesan pada cermin dan ketahanan yang bagus terutamanya semasa hujan lebat.

Khususnya wiper kereta silikon yang semakin popular kerana prestasinya dan ketahanannya yang membuatkan ia boleh guna lama.

Jom lihat senarai dan jenis wiper kereta terbaik yang menjadi pilihan ramai dan untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat.


Senarai 11 Wiper Kereta Terbaik di Malaysia

U-Hook Boneless Original Wischer Nano-BOND Wiper
Wiper kereta terbaik keseluruhan 1 daripada 12
U-Hook Boneless Original Wischer Nano-BOND Wiper
Dari RM19.25
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Pelbagai saiz
Senang untuk dipasang
Warranty hanya 1 tahun
3 lagi
Mampu menahan suhu tinggi
Sesuai dengan ratusan jenis model kereta
Getah disalut dengan lapisan grafit

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Struktur aerodinamik pada wiper kereta Wischer akan memastikan pergerakan kedua-dua bilah pengelap cermin ini seragam agar tekanan yang dikenakan pada cermin depan kereta juga sama. 

Ciri-ciri:

Rangka kelulinya telah dilengkungkan untuk memastikan wiper boleh membersihkan keseluruhan cermin depan kereta. 

Dengan ini, barulah cermin tersebut akan bersih dan berkilat tanpa meninggalkan tompok-tompok kotoran. 

Selain tidak bergetar ketika berfungsi, wiper yang diperbuat daripada getah gred AAA ini juga tidak menghasilkan bunyi kuat meskipun kereta dipandu laju dalam hujan. 

Antara kereta yang sesuai dengan wiper ini ialah Myvi, Axia, Alza, Bezza, Aruz, Persona, Proton Ertiga, Toyota Vios, Avanza, Hilux dan Honda Jazz.

Review:

“Sesuai dengan kereta Proton, ukuran memang tepat macam yang dah diukur. Wiper bergerak lancar, tak bising dan tak rosakkan cermin kereta.”

Kamatto Wiper
Wiper kereta Saga 2 daripada 12
Kamatto Wiper Proton Saga (2016-Present) Hydrophobic Silicone Water Repelling Coating
Kamatto
Dari RM100
Lihat harga di Shopee Malaysia
Klip kuat, tak mudah tercabut
Kesan sapuan lebih bersih
Harga mungkin lebih tinggi
2 lagi
Tahan haba dan sinaran UV
Getah sensitif jika cuci kasar

Kamatto Hydrophobic Silicone Wiper V2 direka khas untuk memenuhi keperluan pemanduan dalam cuaca Malaysia yang sering berubah-ubah.

Berbanding versi sebelumnya, model baharu ini dilengkapi dengan struktur klip yang lebih kukuh bagi memastikan wiper kekal terpasang walaupun ketika hujan lebat atau angin kuat.

Kelebihan utama wiper ini ialah getah silikon hidrofobik yang bukan sahaja tahan panas dan sinaran UV, malah mampu melapisi cermin hadapan secara berperingkat, menjadikan titisan air lebih mudah meluncur keluar.

Reka bentuk tanpa bingkai yang aerodinamik pula membantu memberikan tekanan sekata bagi sapuan yang lebih bersih dan kurang kesan calar.

Jangka hayatnya juga 30% lebih lama daripada versi terdahulu, dan sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih tahan daripada wiper silikon biasa.

Bosch Advantage BA2114 Wiper For Windscreen
Wiper kereta tahan lama 3 daripada 12
Bosch Advantage BA2114 Wiper For Windscreen
Dari RM21
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mudah dipasang sendiri
Tidak berbunyi ketika bergerak
Tempoh jaminan hanya 1 bulan
1 lagi
Tahan lasak & lama

Wiper jenama Bosch bersaiz 21 inci dan 14 inci ini bukan sahaja sesuai digunakan pada kereta Perodua Axia dan Bezza, malah boleh dipasang juga pada kereta Nissan Almera dan Proton Ertiga. 

Diperbuat daripada formula getah tropika yang terbaik, wiper kereta ini mampu mengelap air hujan yang turun pada cermin hadapan kenderaan dengan sempurna. 

Sekali gus menjamin pandangan yang baik terutama dalam perjalanan ketika cuaca buruk seperti hujan lebat.

Paling penting, harga untuk sepasang pengelap cermin kereta ini sangat murah dan boleh digunakan oleh semua golongan. 

Trapo Hydrophobic Car Wiper Blades
Wiper kereta tahan panas 4 daripada 12
Trapo Hydrophobic Car Wiper Blades
Dari RM69.95
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sapuan air di permukaan cermin sangat sekata
Tahan sehingga 2 tahun penggunaan
Harga mahal
2 lagi
Tak perlu tukar setiap 6 bulan
Senang untuk dipasang

Buat anda yang mahukan wiper jenis silikon, pengelap cermin kereta Trapo ini memang untuk anda. 

Wiper hydrophobic ini direka untuk menghasilkan lapisan kalis air pada cermin hadapan kereta apabila ia digunakan ketika hujan. 

Jadi, air akan mengalir turun pada cermin hadapan kereta dalam bentuk manik (water-beading effect), sekali gus penglihatan anda ketika pemanduan cuaca buruk akan tetap jelas dan tidak terganggu. 

Lagi bagus, bilah wiper ini mampu menahan suhu panas sehingga 250℃, jadi anda tak perlu angkat wiper jika kereta diparkir di bawah terik matahari. 

Sesuai dengan semua jenis kereta termasuklah Perodua, Proton, Honda, Toyota, Hyundai, Subaru, Mitsubishi dan Lexus. 

Japan Silicone Car Wiper
Wiper kereta Myvi 5 daripada 12
Japan Silicone Car Wiper
Dari RM19.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tempoh jaminan 12 bulan
Terdapat dalam pelbagai saiz
Tidak sesuai dengan kereta Perodua Viva
2 lagi
Tidak menghasilkan bunyi bising
Sesuai dengan pelbagai jenis kereta Honda & Nissan

Tarikan utama wiper silikon ini ialah ia mampu membersihkan cermin hadapan kereta 10 kali lebih bersih dan tahan 2 kali lebih lama berbanding wiper getah biasa lain. 

Bilah wiper kereta ini juga direka dalam bentuk aerodinamik yang boleh dibengkokkan mengikut kesesuaian cermin kenderaan anda. 

Sesuai dengan kebanyakan jenis kereta seperti Toyota, Perodua, Suzuki, Proton, Hyundai dan Mazda. 

Bukan hanya mudah dipasang, malah tahan haus dan tidak mudah reput meskipun sering terdedah kepada cahaya matahari dan UV.  

Setiap kali ia bergerak, wiper ini akan menghasilkan lapisan kalis air pada cermin depan, sekali gus tidak mengganggu pandangan ketika memandu dalam hujan.

Trapo Hydrophobic Car Wiper Blades
Wiper kereta Trapo untuk Myvi 6 daripada 12
Trapo Hydrophobic Car Wiper Blade Perodua Myvi
Trapo
Dari RM139.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mempunyai kesan hydrophobic
Jaminan 12 bulan
Hanya sesuai untuk Myvi
1 lagi
Mudah dipasang

Buat owner Myvi di luar sana, usah pening kepala mencari wiper kereta terbaik untuk Myvi kesayangan anda sebab anda boleh cuba wiper untuk Myvi dari Trapo ini.

Wiper hydrophobic ini direka untuk menghasilkan lapisan kalis air pada cermin hadapan kereta apabila ia digunakan ketika hujan, jadi setiap leretan akan membuatkan cermin kereta kalis air. 

Air akan mengalir turun pada cermin hadapan kereta dalam bentuk manik (water-beading effect), sekali gus penglihatan anda ketika pemanduan cuaca buruk akan tetap jelas dan tidak terganggu.

Anda juga tidak perlu risau kalau terpaksa parking kereta di bawah cahaya matahari kerana wiper ini mampu menahan suhu panas sehingga 250℃.

Memang sesuai untuk kereta Myvi kesayangan anda dan turut mendapat jaminan sehingga 12 bulan.

MONDES High Quality Silicone Wiper Honda
Wiper kereta Honda 7 daripada 12
MONDES High Quality Silicone Wiper Honda
Dari RM16.75
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengurangkan bunyi angin ketika pemanduan
Diperbuat daripada silikon berkualiti
Tempoh jaminan hanya 1 bulan
3 lagi
Tidak berbunyi ketika digunakan
Tahan lama & selamat
Mudah dilenturkan

Untuk pemilik kereta jenama Honda pula, kami sarankan untuk guna wiper berkualiti keluaran Mondes ini untuk kenderaan kesayangan anda.

Boleh dipasang dengan mudah dan sesuai dengan semua model kereta Honda baru mahupun lama seperti CRV, City, Civic, Jazz, HR-V, BR-V, Accord, Odyssey dan Stream. 

Harga wiper kereta Mondes ini juga cukup berpatutan dan mampu milik. 

Paling penting, pemasangannya sangat mudah meskipun anda tak pernah pasang alat ini sendiri sebelum ini. 

Dengan wiper ini, pemanduan anda tetap selamat dan lancar meskipun ketika cuaca buruk kerana pandangan depan tidak terjejas. 

MR.DIY Silicone High Performance Wiper
Wiper kereta 14 inch 8 daripada 12
MR.DIY Silicone High Performance Wiper
Dari RM17.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Mudah didapati
Sesuai dengan sesetengah jenis kereta
2 lagi
Teknologi kalis air
Mempunyai lapisan coating berkualiti

Jika saiz wiper kereta anda ialah 14 inci, boleh guna pengelap cermin kereta keluaran MR.DIY ini. 

Diperbuat daripada silikon, wiper kereta murah ini dijamin dapat membersihkan air hujan pada cermin depan kenderaan anda dengan bersih dan lancar tanpa ada masalah tersekat-sekat atau bergetar. 

Usah risau jika anda tak pernah tukar bilah wiper kereta sendiri sebelum ini kerana produk ini mudah dipasang meskipun baru sahaja memiliki kereta.

HELLA Nanotechnology Graphite-coated Premium 2.0 Wiper Blade (All Size)
Wiper kereta 24 inch 9 daripada 12
HELLA Nanotechnology Graphite-coated Premium 2.0 Wiper Blade (All Size)
Dari RM11.07
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai adaptor universal yang sesuai dengan kebanyakan kereta
Telah menjalani ujian ketahanan
Tempoh jaminan hanya 1 bulan
2 lagi
Penglihatan jelas ketika hujan
Tak mudah haus

Untuk kereta yang menggunakan cangkuk U pada bilah wiper cermin, memang sesuai guna pengelap cermin jenama HELLA ini. 

Ia hadir dalam pelbagai saiz wiper iaitu dari saiz 12 inci (300mm), 24 inci (600mm) hingga 26 inci (650mm). 

Wiper kereta kualiti premium ini diperbuat daripada getah yang disalut dengan lapisan grafit nanoteknologi yang berkualiti.

Lapisan grafit pada wiper mampu mengurangkan geseran antara bilah wiper dengan cermin depan kereta sekaligus memastikan wiper dapat bergerak lancar tanpa menghasilkan bunyi aneh. 

Manakala rangka wiper pula diperbuat daripada keluli padu agar dapat tahan lama.  

3M Frameless Wiper Blades UV Resistant Rubber
Wiper kereta Bezza 10 daripada 12
3M Frameless Wiper Blades UV Resistant Rubber
Dari RM43.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mampu menahan suhu tinggi ketika cuaca panas
Membersihkan air, habuk & serangga
Mungkin tidak sesuai dengan kereta jenama lain
3 lagi
Tidak menghasilkan bunyi bising
Rekaan aerodinamik
Harga berpatutan

Pemilik kereta Perodua Bezza yang mahu mengganti pengelap bilah cermin kereta yang sudah reput boleh dapatkan wiper kereta 3M yang tahan sinaran UV ini. 

Sesuai untuk model kereta Bezza tahun 2016 hingga model Bezza keluaran terbaru. 

Diperbuat daripada getah berkualiti yang selamat dan lembut, jadi cermin depan kereta tak tercalar. 

Apa yang menarik tentang wiper ini ialah bilahnya boleh melengkung untuk memastikan cermin kereta dapat dilap dengan bersih secara sekata. 

Jika digunakan dengan kerap, wiper kereta Bezza ini hanya perlu ditukar selepas 1 tahun penggunaan, jadi tak perlu tukar selepas 6 bulan seperti kebanyakan wiper kereta lain. 

International Denso Wiper
Wiper kereta 16 inch 11 daripada 12
International Denso Wiper
Dari RM9
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat dari bahan tidak berkarat
Sesuai dengan kebanyakan kereta buatan Asia
Mungkin tidak tahan suhu panas yang terlalu tinggi
3 lagi
Mempunyai lapisan grafit
Kurang geseran
Murah

Wiper kereta jenama Denso yang mudah dipasang ini sangat sesuai dengan pelbagai jenis kereta termasuklah kenderaan keluaran Proton, Perodua, Honda, Kia, Nissan dan Mazda. 

Selain saiz 16 inci, ia turut hadir dalam pelbagai saiz lain termasuklah 12 inci, 14 inci, 20 inci, 24 inci, 28 inci dan banyak lagi. 

Wiper yang menggunakan cangkuk U ini mampu mengelap cermin dengan sempurna sehingga berkilat. 

Pemilik kereta turut akan mendapat 2 bulan tempoh jaminan, jadi tak perlu risau tentang kerosakan ketika awal penggunaan wiper ini.

WipeOut Hybrid NanoDry Silicone Wiper Blade
Wiper kereta Axia 12 daripada 12
WipeOut Hybrid NanoDry Silicone Wiper Blade
Dari RM49.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rekaan aerodinamik
Mempunyai lengan cangkuk U
Kurang sesuai dengan kereta jenama lain
2 lagi
Tidak menghasilkan bunyi bising
Mengelap cermin dengan bersih & lancar tanpa tersekat

Wiper WipeOut ini diperbuat daripada silikon yang mampu menahan keadaan cuaca ekstrem kerana boleh menahan suhu dari -40°C hingga 100°C.

Jadi, tiada masalah jika kereta anda diparkir di kawasan terbuka sekali pun, wiper tetap mampu bertahan. 

Turut diperbuat daripada teknologi NanoDry di mana wiper akan memberi lapisan kalis air kepada cermin depan kereta apabila ia dilap. 

Lapisan tersebut akan menyebabkan rintik air hujan yang membasahi cermin kereta tidak akan mengaburi penglihatan ketika memandu. 

Tambahan pula, wiper kereta Bezza dan Axia ini turut mempunyai tempoh warranty 1 tahun. 

Ia juga telah terbukti mampu bertahan 60% lebih lama berbanding wiper getah jenama lain.


Masalah Wiper Kereta Yang Kerap Terjadi 

Untuk pemandu kereta yang baru sahaja memiliki kenderaan, anda perlu tahu masalah wiper kereta yang sering terjadi agar ia boleh mengurangkan risiko kemalangan ketika cuaca buruk. 

Jika masalah-masalah berikut terjadi, pastikan anda segera menukar wiper kereta. 

  • Wiper tersekat atau lambat bergerak ketika digunakan 

Jika masalah ini berlaku, ia berkemungkinan disebabkan oleh kekotoran pada bahagian dalam sistem penggerak wiper. Jadi, bahagian tersebut perlulah dibersihkan. 

  • Berlaku kerosakan pada dynamo wiper 

Jika dynamo wiper rosak, segeralah ganti wiper kereta yang baru. 

  • Getah wiper haus 

Getah wiper yang telah haus akan membuatkan pengelapan cermin menjadi tidak efektif, lagi-lagi semasa cuaca hujan yang akan menggangu penglihatan anda.

  • Wiper tidak bergerak langsung

Masalah yang lebih besar adalah wiper tidak bergerak langsung, jadi anda perlu segera ke bengkel untuk membaikinya kerana boleh membahayakan pemanduan anda ketika cuaca hujan.

Untuk lebih mudah, jika berlaku kerosakan sebegini, anda disarankan untuk segera ke bengkel kereta yang dipercayai atau mekanik bertauliah agar wiper boleh dibaiki atau diganti dengan segera. 


Tips Penjagaan Wiper Kereta 

Walaupun kedengaran mudah, namun masih ramai pemandu atau pemilik kenderaan yang abaikan penjagaan wiper kereta. 

Kalau nak wiper berfungsi dengan baik ketika hujan dan bertahan lama, anda wajib ikuti cara-cara berikut:

  • Pastikan cermin hadapan kereta dan bilah wiper sentiasa bersih 

Jika ada kotoran seperti najis burung, debu atau serangga yang melekat pada cermin depan kereta, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu sebelum wiper digunakan agar ia tidak tersekat. 

  • Elakkan dari menggunakan wiper ketika keadaan kering 

Seperti yang kita tahu, wiper kereta hanya digunakan ketika hujan atau keadaan basah, jadi ketika cuaca baik, jangan gunakan wiper kerana boleh menjadikan ia semakin haus. 

Jika mahu bersihkan cermin depan dengan wiper, jangan lupa untuk guna fungsi pancuran air yang ada pada kereta untuk membasahkan permukaan cermin terlebih dahulu.

  • Jalankan pemeriksaan berkala pada getah wiper 

Tanda-tanda kerosakan pada wiper dapat dikesan lebih awal jika pemeriksaan berkala dilakukan. 

Pemilik kereta juga perlu ganti getah wiper pada cermin kereta jika ia kelihatan lusuh, pecah atau rosak. 

Lebih baik jika ia ditukar setiap 6 bulan hingga setahun penggunaaan. 

Sekiranya ada bunyi-bunyi aneh seperti getaran dan sapuan tidak sekata ketika wiper berfungsi  ia mungkin menandakan bahawa ia sudah rosak.

  • Disarankan untuk angkat wiper jika kereta diparkir di tempat yang terbuka 

Terutamanya ketika musim panas, anda perlu lakukan langkah ini agar getah wiper tidak mengeras akibat suhu tinggi yang melampau.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation