Teknologi

Sebelum Beli, Usya Dulu Apa Perbezaan Galaxy Tab S8 & S9


Editor · Updated 7 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sebelum Beli, Usya Dulu Apa Perbezaan Galaxy Tab S8 & S9

2023 pihak Samsung telah mengorak langkah dengan membuat revolusi dengan mengeluarkan Galaxy Tab S9 pada majlis Samsung Unpacked mereka.

Majlis ini dilancarkan bersama peranti baru yang lain iaitu 5th-generation Galaxy Z Fold dan Galaxy Watch6, ha peminat Samsung mesti dah tak sabar kan?

Kandungan

Tapi apa yang kami nak highlight dalam artikel kali ini adalah perbezaan Galaxy Tab S9 dengan S8 supaya sebelum nak upgrade, anda boleh tahu sama ada berbaloi atau tidak.


Pemprosesan

Galaxy Tab S8 menggunakan pemprosesan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang mana ketika itu tab ini dikatakan mempunyai processor agak hebat kerana dapat berikan kepuasan kepada pengguna.

Tapi untuk Galaxy Tab S9, pihak Samsung upgrade bahagian processor lagi dengan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2, supaya tab terkini ini dapat berfungsi dengan lebih efektif dan cepat.

samsung s9 promo (1)

Selain itu, jika anda suka lakukan penyuntingan video menggunakan tab, Galaxy Tab S9 merupakan peranti yang tepat untuk anda kerana ia dapat menjadi portfolio ketika anda bebas berkreativiti.

Tambahan pula, anda dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa menggunakan tab S9 ini.

Contoh situasi apabila anda guna panggilan melalui Google Meet bersama rakan yang lain, anda boleh tunjuk paparan skrin dan gunakan features Samsung Notes untuk tulis nota dalam satu masa yang sama bersama dengan mereka.


Ada Apa Dengan S Pen Yang Baru?

Jika anda pengguna Samsung Galaxy Tab S8 dan kerap guna S Pen, kami yakin anda mesti 'jatuh hati' dengan S Pen terbaru ini.

Ini kerana pihak Samsung upgrade beberapa bahagian untuk jadi lebih menarik dalam corak penggunaannya.

Antaranya S Pen boleh dicas pada dua bahagian dan boleh berfungsi dalam air kerana mempunyai ciri rated IP68.

Dengan ciri ini anda boleh bebas kembangkan kreativiti tidak kira dimana keberadaan anda. 

View this post on Instagram

A post shared by ProductNation MY (@productnationco)


Display

Seperti yang anda tahu, display Galaxy Tab S8 menggunakan Super AMOLED yang mana dapat memberi anda kepuasan ketika anda melihat paparan skrin.

Tapi dengan Galaxy Tab S9, Samsung telah menambahbaikan bahagian display dengan menggunakan Dynamic AMOLED 2X.

Display ini dapat mencapai ketepatan warna yang lebih tepat pada seluruh paparan skrin sekaligus mata anda dapat lihat skrin dengan lebih puas, jelas dan terang.


Samsung Galaxy Tab S9
1 daripada 3
Samsung Galaxy Tab S9
Samsung
Dari RM3,699
Lihat harga di Samsung Malaysia
Bateri besar dan tahan lama
Menyokong pengecasan pantas 45W
Tidak menyokong NFC
2 lagi
Menggunakan OS Android terkini (Android 13)
Tiada kamera ultrawide
Samsung Galaxy Tab S9+ (256GB)
2 daripada 3
Samsung Galaxy Tab S9+ (256GB)
Samsung
Dari RM4,599
Lihat harga di Samsung Malaysia
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra
3 daripada 3
Samsung Galaxy Tab S9 Ultra
Samsung
Dari RM5,999
Lihat harga di Lazada Malaysia
Skrin AMOLED 2X Dinamik untuk kualiti paparan terbaik
Kalis air dan debu
Harga mahal
1 lagi
Processor terbaik sesuai untuk gaming

Kod Eksklusif Samsung

samsung s9 promo

Bagi pengguna setia peranti Samsung, inilah masanya untuk anda dapatkan model terbaru dari Samsung dengan menggunakan kod eksklusif kami.

Perlu diingatkan bahawa kod eksklusif ini tidak boleh ditindan dengan e-baucar lain dan hanya sah untuk peranti yang disenaraikan di bawah.

Barangan promosi:

  • Samsung Galaxy Watch 6 / Samsung Galaxy Tab S9 - Diskaun RM100
  • Samsung Galaxy Flip5/ Samsung Galaxy TabS9+ - Diskaun RM200
  • Samsung Galaxy Fold5 / Samsung Galaxy Tab S9 Ultra - Diskaun RM400

Kod Eksklusif: PNGALAXY

Promosi eksklusif ini boleh ditebus bermula dari 7 malam, 26 Julai (Rabu) menerusi laman sesawang rasmi Samsung. Klik butang di bawah!

DAPATKAN PROMO

Artikal Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation