Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tips & trick Galaxy S23 Ultra (2)

Tahu Tak Ada Tricks Bila Nak Guna Kamera Samsung Galaxy S23 Ultra

Banyak lagi ciri tersembunyi yang anda tak tahu

Mungkin ada yang beranggapan keluaran Samsung Galaxy S23 Ultra kali ini lebih kurang dengan model yang lain tapi sebenarnya tidak.

Kalau anda mengenali lebih mendalam S23 terutama pada bahagian kamera, anda boleh jadi jurugambar professional, dengan syarat kena tahu cara guna.

Jadi kalau anda memang gemar ambil gambar untuk kenangan, wajib baca beberapa tips and tricks menggunakan kamera Galaxy S23 Ultra supaya dapat memanfaatkan dengan baik.


Penyunting

5 Cara Memanfaatkan Kelebihan Kamera Galaxy S23 Ultra

- Cuba bermain dengan resolution

Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy S23 menggunakan sensor kamera terbesar diantara model Samsung yang lain iaitu 200MP.

Ditambah dengan sensor ISOCELL HP2 dimana dapat beri perbezaan yang lagi besar berbanding generasi model yang sebelumnya dimana hanya 108MP.

Cuma ingin diingatkan apabila megapiksel lebih besar, akan makan banyak ruang storan.

Tapi nasib baik S23 Ultra mempunyai pixel-binning yang akan menggabungkan semua piksel yang ada supaya imej yang terhasil tidak memakan ruang storan yang banyak.

Selain itu, kamera Galaxy S23 Ultra membolehkan pengguna memilih megapiksel mana yang mereka inginkan sama ada 12MP, 50MP atau 200MP supaya anda dapat hasilkan imej yang anda inginkan.


- Zoom selagi boleh!

Kalau korang pernah baca artikel yang sebelum ini, perbandingan zom antara S22 vs S23, korang akan tahu yang Galaxy S23 Ultra jauh lebih bagus.

Malah, dilengkapi dengan dua kamera telefoto 10MP, dimana menggunakan kanta periskop  yang mampu zoom sehingga 100 peratus. Hebat bukan?

Jadi, dengan S23 anda boleh melihat dengan dekat walaupun subjek berada jauh dari mata.

Selain menggunakan kamera telefoto, anda juga boleh guna cara lain dengan shoot menggunakan mod ultrawide dengan 12MP.

Pada mod ini terdapat satu butang default pada kamera yang membolehkan pengguna melakukan zoom dekat dan jauh dengan lebih mudah hanya menggunakan hujung jari.

Jangan risau, pengguna juga tetap boleh guna cara biasa, pinch-to-zoom jika ingin melihat subjek lebih dekat atau jauh.


- Guna ExpertRAW

Kalau anda nak tahu, pihak Samsung menggunakan pengoptimal imej AI yang sangat hebat dalam perisian mereka cuma bagi sesetengah individu ciri ini mungkin tidak menarik.

Jika anda nak dapatkan imej asal yang belum di edit dan inginkan lebih banyak pengalaman gambar asal sebelum disunting, anda boleh gunakan ExpertRAW.

ExpertRAW boleh dimuat turun secara asing dari Galaxy Store tapi bila dah download, secara automatik akan set pada kamera.

Jadi dengan ExpertRAW akan membolehkan anda untuk adjust setiap setting apabila mengambil gambar dan imej akan disimpan sebagai fail RAW tanpa Samsung AI mojo supaya anda boleh edit semula mengikut kehendak anda.

Cara menggunakan ExpertRAW sangat mudah:

  1. Muat turun ExpertRAW dari Galaxy Store.
  2. Buka kamera dan tekan More.
  3. Pilih ExpertRAW dari menu productnation.

- Pilih Night Mode atau Astrophoto Mode?

Berita baik bagi anda yang sukakan gambar astrophotografi kerana anda boleh gabungkan ExpertRAW dan Astrophoto Mode yang ada dalam Samsung Galaxy S23 Ultra untuk hasilkan gambar yang gempak.

Malah kamera S23 juga dapat mengenalpasti buruj yang ada di langit dan anda boleh merakamnya.

Cuma ingin diingatkan, anda perlu guna  tripod jika menggunakan mode ini kerana kamera akan mengambil gambar agak lama supaya lebih banyak cahaya dapat diambil dan menghasilkan gambar yang sempurna.

Kemudian, mod Nightography dari Galaxy S23 Ultra mempunyai sensor yang lebih besar supaya dapat menghasilkan imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya malap.


- Terus edit lepas ambil gambar

Selalunya kalau nak edit gambar dari telefon untuk nampak lebih cantik dan kemas seperti jurugambar professional, guna editing software yang perlu dilanggan bulanan tapi dengan S23 tak perlu.

Ini kerana Samsung Gallery dapat bantu anda edit gambar seperti jurugambar professional tanpa perlu menggunakan apa apa editing software. 

Maksudnya, pengendalian daripada basic exposure, brightness, contrast dan saturation akan adjust secara automatik dari Galeri telefon sendiri.

Anda juga boleh menggunakan AI untuk memudahkan editing bahagian colour autocorrect dan  object removal supaya dapat mencantikkan lagi imej anda.

Kesimpulannya, Samsung Galaxy S23 Ultra boleh dikategori dalam smartphone kamera terbaik yang mana dapat berikan hasil gambar seperti jurugambar professional.

Dapatkan Galaxy S23 Ultra sekarang supaya anda dapat merasai sendiri kehebatan kameranya dengan menggunakan tips dan tricks dari kami ini.


Tawaran Masa Terhad Sehingga 4 Jun 2023

Dapatkan storage yang berganda dengan harga yang sama apabila anda membuat pembelian Galaxy S23 Series di Samsung Experience Stores atau Samsung Authorised Partner atau Samsung Malaysia’s official website.

Bukan itu saja, anda juga boleh dapat Galaxy Buds Live secara percuma yang bernilai RM549.

Jadi trade-in dan rebut penjimatan RM600 sekarang dand 5x mata ganjaran. Antara model yang terlibat adalah:

  • Galaxy S23 Ultra (1TB) - RM6,199 (RRP: RM7,199)
  • Galaxy S23 Ultra (512GB) - RM5,699 (RRP: RM6,199)
  • Galaxy S23+ (512GB) - RM4,699 (RRP: RM5,199)
  • Galaxy S23 (256GB) - RM3,899 (RRP: RM4,199)

[Artikel ini kerjasama bersama Samsung Malaysia]

Artikel Berkaitan 

End of Article