Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Samsung Galaxy S21 FE 5G

Pandangan Pertama Samsung Galaxy S21 FE 5G Terbaru

Menjadi kategori Smartphone 'Fan Edition' disebabkan mempunyai spek menarik & canggih.

Setelah lama pihak Samsung menangguhkan pengeluaran smartphone yang dinantikan-nantikan oleh peminat mereka.

Akhirnya, pembuka tirai tahun 2022 mereka mengeluarkan sebuah siri Smartphone flagship terbaru, S21 Fan Edition (FE) 5G.

Jom lihat lebih dekat reka bentuk samsung Galaxy S21 FE 5G.

Video ini diambil semasa salah seorang dari team kami bertuah untuk menghadiri majlis perlancaran Samsung Galaxy S21 FE 5G bersama team media.


Apa ada dalam kotak?

Bagi model terbaru samsung siri premium utama ini, pihak mereka memberi;

  • Sebiji telefon.
  • Wayar pengecas USB.
  • Pembuka kunci sim.
  • Manual.
  • Kad warranty.

Aksesori kepala pengecas perlu dibeli secara berasingan tapi jika dilihat dengan harga yang diberikan, memang berbaloi apa yang disediakan.


Tentang Galaxy S21 FE 5G

Telefon ini menjadi kategori 'Fans Edition' disebabkan mempunyai beberapa pilihan menarik yang dimuatkan dalam satu alat peranti canggih.

Kamera yang cantik, warna pilihan yang pelbagai, prestasi yang hebat dan paling penting harga mampu milik!

Badan Samsung Galaxy S21 FE 5G diperbuat daripada bahan binaan berasaskan kerangka aluminium dengan berat 177g, jadi bila dipegang memang sedap dan selesa. 

Seterusnya, smartphone ini mempunyai ciri ketersambungan ekosistem yang lancar, prestasi berkuasa tinggi,dan kamera pro-gred.

Kapasiti bateri telefon pintar ini adalah sebesar 4500mAh yang menyokong sehingga 25w pengecasan pantas.

Bahagian memori pula mampu menampung sehingga 8GB RAM dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 128GB dan 256GB.


Kamera S21 FE

Apa yang kami lihat kelebihan Galaxy S21 FE kali ini, Samsung menekankan pada bahagian kamera dimana pada bahagian belakang kamera mempunyai;

  • 12MP (wide)
  • 8MP (telephoto)
  • 12MP (ultrawide)

Menariknya lagi, kamera bahagian depan dengan mode potrait, anda boleh focus bahagian depan dengan memberi efek kabur di belakang.

Terdapat juga kelebihan lain seperti dual mode dimana anda boleh merakam video serentak depan dan belakang, memberi fokus terhadap rakaman, pewarnaan dan beberapa mode khas yang lain.

Selain itu, anda boleh menangkap gambar dari jarak jauh dimana mampu zoom sehingga 30x. Kalau nak ambil gambar pencuri taman sebelah pun boleh!


Samsung Galaxy S21 FE 5G
Samsung
Samsung S21FE
mulai
RM2,789.00
Semak Samsung Galaxy S21 FE 5G harga dibawah:
add_circle Kuasa pemprosesan yang memuaskan
add_circle Paparan skrin hebat
add_circle Hadir dengan 2 slot SIM
remove_circle Pengecasan yang perlahan
remove_circle Ambil masa yang lama untuk mengecas penuh
  • CPU: Octa-core
  • OS: Android 12
  • Berat: 177 g
  • Bateri: Li-Ion 4500 mAh

Tidak seperti keluaran smartphone Samsung yang lain, edisi Galaxy S21 FE 5G mempunyai pelbagai pilihan warna. Antaranya putih, Olive, Lavender dan Graphite.

Apa yang membezakan edisi smartphone Samsung kali ini dengan yang lain adalah bahagian chipset menggunakan 5nm bukan dari Snapdragon tapi Exynos 2100.

Melengkapkan smartphone ini apabila sistem operasi menggunakan One UI 4 yang membawakan pilihan theme customize, sokongan widget meluas dan sebagainya.

Spesifikasi bahagian skrin pula sebesar 6.4 inci FHD+ Dynamic AMOLED 2X yang menyokong sehingga 120Hz refresh rate.

Bahagian sistem data roaming pula, telefon in mampu memproses line connection 5G dimana line yang paling terkini.


Promosi Sedang Dijalankan

Bagi sesiapa yang berminat, Samsung Galaxy S21 FE 5G dijual pada harga RM2,899 untuk model 128GB.

Manakala, untuk model 256GB pula, RM3,099. Jadi, tunggu apa lagi?

Beli Smartphone Samsung S21 FE disini untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM50!

Detail Promo;

  • Promo kod: PNS21FE
  • Potongan sebanyak RM50.
  • Kod sah digunakan pada website Samsung saja.
  • Promo kod sah sehingga 6-31 Januari 2022.

Artikel Berkaitan

End of Article