Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Selipar terbaik.webp

12 Selipar/Sandal Terbaik di Malaysia 2024 (Lelaki & Perempuan)

Lelaki atau perempuan, pemakaian selipar sudah menjadi trend terkini.

Keselesaan pada kaki ketika berjalan menjadi sebab utama kenapa ramai memilih untuk memakai selipar terutamanya lelaki.

Selipar dipakai untuk pelbagai situasi berbeza seperti anda boleh pakai bila ke kedai, aktiviti rekreasi atau sekadar berjalan-jalan di taman. 

Tidak kira lelaki atau perempuan, pemakaian selipar sudah menjadi trend terkini sehinggakan ada yang sanggup beli selipar viral.

Terdapat pelbagai saiz selipar lelaki dan wanita, daripada selipar Jepun hingga selipar sandal yang lebih moden. 

Jom lihat senarai jenama selipar terbaik atau sandal Malaysia untuk lelaki dan perempuan terkini.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Selipar Terbaik di Malaysia

Sandal terbaik secara keseluruhan
DC Home Men Buttery Soft Comfort Sandals
Dr. Cardin
DC Home Men Buttery Soft Comfort Sandals
From
RM119.00
Check DC Home Men Buttery Soft Comfort Sandals price below:
add_circle Sangat ringan dipakai
add_circle Kalis air & anti-slip
add_circle Tapak tebal
remove_circle Piihan warna pastel sahaja

Sebab menjadi pilihan utama:

Sandal Dr. Cardin Home Men Buttery Soft Comfort dihasilkan dengan teknologi Buttery Soft yang eksklusif kami, memberikan rasa lembut pada setiap langkah.

Ciri-ciri:

Dengan berat hanya kira-kira 150g bagi setiap sandal, anda tidak akan rasa beban semasa memakainya.

Direka untuk kegunaan praktikal, sandal ini juga kalis air dan anti-slip, sempurna untuk berjalan di permukaan yang basah.

Selain itu, ia juga mudah dibersihkan dan memberikan cengkaman yang baik, memastikan kestabilan dan keselamatan sepanjang anda berjalan.

Tidak hanya sandal ini menawarkan keselesaan dan cengkaman yang bagus, tetapi ia juga bergaya dipakai.

Paling menarik, anda akan nampak tinggi dengan ketinggian tambahan sebanyak 4CM semasa memakai sandal ini.

Review:

"Harga berpatutan dan cantik sedap mata memandang. Sangat-sangat lembut dan selesa masa pakai berjalan. Harga pun murah sebab ada diskaun."

Selipar fipper muslim friendly
Fipper Slipper Basic Lite Comfort Unisex Adult
Fipper Slipper Basic Lite Comfort Unisex Adult
From
RM14.90
Check Fipper Slipper Basic Lite Comfort Unisex Adult price below:
add_circle Sesuai untuk lelaki & wanita
add_circle Tidak mudah tergelincir
add_circle Pelbagai warna
remove_circle Saiz agak kecil

Selipar jenama Fipper tahan lasak, rekaan yang disediakan adalah unisex dan mesra muslim membolehkan anda memakainya ketika mengambil wuduk. 

Selipar dwi lapisan ini sangat sesuai untuk anda pakai ketika berehat, bersantai atau lakukan aktiviti harian seperti membeli barangan rumah atau dijadikan selipar extra di pejabat.

Ia diperbuat daripada 100% getah asli menjadikan ia sangat sesuai untuk orang yang mempunyai kaki panjang dan lebar.

Kami sarankan anda membeli satu saiz lebih daripada biasa jika kaki anda panjang dan lebar untuk keselesaan yang optimum. 

Dilengkapi corak elegan yang bergaya pada tali dan ia tersedia dari saiz UK5 hingga UK11.

Selipar jepun
EVA Unisex Flip Flop
EVA Unisex Flip Flop
From
RM2.79
Check EVA Unisex Flip Flop price below:
add_circle Murah
add_circle Kalis air
add_circle Tahan bau
remove_circle Tapak mudah nipis

Selipar EVA Unisex Flip Flop berbiji ini ringan, mudah dibasuh dan mempunyai ciri tahan bau sesuai untuk kegunaan harian. 

Ia diperbuat daripada bahan EVA yang akan memberikan rasa lembut dan selesa pada tapak kaki anda.

EVA Unisex Flip Flop sangat sesuai dipakai di bilik mandi atau tandas kerana ia tahan air dan anti licin.

Jadi selipar ini selamat untuk dipakai ketika anda berjalan dalam keadaan laluan lantai yang basah atau licin.

Terdapat pelbagai pilihan saiz, warna dan dengan harga yang murah membolehkan anda beli banyak untuk keluarga atau kawan.  

Selipar jamban
Japanese Comfortable Sole Shower Slippers
Japanese Comfortable Sole Shower Slippers
From
RM4.99
Check Japanese Comfortable Sole Shower Slippers price below:

Selipar keluaran negara Jepun ini sesuai untuk kegunaan harian atau anda boleh memakainya di dalam dan luar rumah. 

Ia diperbuat daripada bahan EVA dan reka bentuk selipar ini anti-gelincir membuatkannya sangat sesuai untuk digunakan di permukaan licin.

Bukan sahaja tapak tebal, malah selipar ini juga anti-bau, mudah dibersihkan, cepat kering dan selesa dipakai. 

Jangan risau, tiada bunyi berdecit semasa berjalan jika selipar anda berjalan di lantai basah atau kaki anda dalam keadaan basah.

Setiap titik urut pada selipar juga boleh menekan titik akupunktur pada bahagian tapak kaki anda untuk berikan keselesaan pada kaki.

Selipar lelaki
Caspia Men Lifestyle Sprint Sandal CB-1003
Caspia Men Lifestyle Sprint Sandal CB-1003
From
RM12.90
Check Caspia Men Lifestyle Sprint Sandal CB-1003 price below:
add_circle Padding tebal
add_circle Kalis air
add_circle Ultra flexible
remove_circle Mudah mengecut jika terdedah di bawah cahaya matahari terlalu lama

Dengan rekaan tali yang baru, selipar jenama Caspia ini memberikan kesesuaian yang lebih baik untuk pelbagai jenis kaki, terutamanya kaki lebar.

Mempunyai pad tebal dan tepi atas bergulung, memberikan keselesaan dan sentuhan selesa pada bahagian atas kaki. 

Tambah lagi, ia dilengkapi foam yang lebih lembut dan tebal serta corak cengkaman pada tapak luar. 

Selain dipakai untuk luar rumah, anda juga boleh menggunakannya untuk aktiviti indoor atau hanya berehat di rumah.

Kami sarankan kepada anda untuk tidak meninggalkan sandal di bawah cahaya matahari terlalu lama kerana ia mudah mengecut jika terdedah kepada haba.

Selipar getah
Sanduc SR@Rubber Ladies Original Flip Flops
Sanduc SR@Rubber Ladies Original Flip Flops
From
RM16.80
Check Sanduc SR@Rubber Ladies Original Flip Flops price below:
add_circle Elastik
add_circle Anti bakteria
remove_circle Corak agak feminin

Setiap logo pada selipar ini direka secara teliti dengan warna emas, menjadikan setiap pasang selipar ini unik dan istimewa.

Ia diperbuat daripada getah yang tahan lasak dan fleksibel untuk keselesaan pemakai menggunakan untuk berjalan di atas permukaan yang berbatu atau kasar.

Dakwat cetakan digunakan adalah jenis non-toxic printing ink jadi ia selamat untuk digunakan dan kawalan kualiti dijalankan pada setiap pasang sebelum ia dihantar kepada pembeli.

Menariknya lagi, selipar ini mempunyai perlindungan anti bakteria yang membantu melindungi kaki daripada pelbagai jenis mikroorganisma.

Ketebalannya sesuai untuk aktiviti harian, ia tidak berat dan membuatkan kaki anda mudah sakit ketika berjalan.

Selipar tinggi
Footlink Model AO 00200
Footlink Model AO 00200
From
RM229.00
Check Footlink Model AO 00200 price below:
add_circle Mengurangkan sakit lutut
add_circle Sesuai untuk pekerja berdiri lama
add_circle Ringan
remove_circle Harga mahal

Selipar Footlink ini diperbuat daripada kulit sintetik dan tapak luar getah asli.

Ia mempunyai System Dual Density Orthotic (DDOS) untuk membantu menyokong kaki anda.

Tambah lagi, mempunyai "arch support" untuk memberikan sokongan untuk lengkungan kaki dan berat badan. 

Footlink Cushioning Technology juga ada untuk mengelakkan anda terasa kejutan di kaki semasa digunakan.

Terdapat banyak kebaikan  jenama Footlink, termasuk mengurangkan sakit sendi, sakit belakang, sakit tumit, kelesuan kaki dan sakit lutut.

Selipar Footlink sangat sesuai untuk pesakit Osteoartritis, pesakit alergi tapak kaki, warga emas dan mereka yang perlu berdiri lama ketika bekerja. 

Walaupun harganya agak tinggi, tetapi kebaikan dan manfaat selipar ini sangat berbaloi untuk anda.

Selipar skechers
Skechers Men On-The-GO GO Consistent Synthwave Walking Sandals
Skechers
Skechers Men On-The-GO GO Consistent Synthwave Walking Sandals
From
RM179.00
Check Skechers Men On-The-GO GO Consistent Synthwave Walking Sandals price below:
add_circle Ringan dan lembut macam span
add_circle Tahan lasak
add_circle Beri kestabilan semasa jalan
remove_circle Harga sedikit mahal

Selipar atau sandal Skechers Men On-The-GO GO Consistent Synthwave ini mempunyai rekaan yang estetik, sesuai untuk lelaki yang mengutamakan gaya dan keselesaan.

Selain itu, ia mempunyai bahagian cushion yang sangat lembut, menggunakan teknologi Ultra Light bagi memastikan setiap langkah ibarat berjalan di atas awan.

Tapak kaki yang selesa, Skechers Goga Mat® memberikan sokongan dan penyerapan lebih baik, memastikan kaki anda tetap selesa walaupun berjalan lama sepanjang hari.

Tambahan lagi, tapak getah sandal ini memastikan ia dapat bertahan lama dan boleh digunakan untuk tempoh yang panjang.

Sama ada anda berjalan di pantai atau berjalan-jalan di bandar, sandal ini melengkapkan setiap pakaian kasual dengan penampilan yang minimalis yang bergaya.

Selipar Nike
NIKE Mens Offcourt Slides
Nike
NIKE Mens Offcourt Slides
From
RM145.00
Check NIKE Mens Offcourt Slides price below:
add_circle Rasa premium
add_circle Bergaya dan selesa dipakai
add_circle Beri rasa semula jadi semasa jalan
remove_circle Harga agak mahal

Sandal NIKE Men's Offcourt dihasilkan dengan Revive Foam, sebuah foam lembut yang direka untuk membantu anda berjalan tanpa rasa penat.

Foam dwi-lapisan yang inovatif dan lapisan corak mewah memastikan kaki anda sentiasa selesa semasa memakainya dan juga kekal bergaya.

Dengan rasa premium, anda akan lebih yakin berjalan menggunakan sandal ini, ditambah pula dengan kebolehan penyerapan hentakan dan kestabilan semasa memakainya.

Selain itu, sandal ini juga dapat disesuaikan dengan kaki anda secara semula jadi, menawarkan rasa yang lancar dan tidak terhalang dalam setiap pergerakan. 

Tambahan pula, tapak kaki yang menyediakan cengkaman dan sokongan tambahan ini akan membuatkan anda lebih yakin semasa berjalan jauh.

Yang penting sandal Nike ini adalah original!

Sandal lelaki
Asadi Unisex Sandal Comodo Series
Asadi
asadi Unisex Sandal Comodo Series
From
RM39.00
Check Asadi Unisex Sandal Comodo Series price below:
add_circle Fleksibel dan lembut
add_circle Ringan dipakai
add_circle Tidak menghasilkan bau
add_circle Kalis air
remove_circle Warna hitam sahaja

Sandal Unisex Asadi Siri Comodo ini direka dengan bahan terbaik Ethylene Vinyl Acetate (EVA) 

Yang mampu beri keselesaan terbaik pada kaki anda.

Sandal ini bukan sekadar sandal yang dipakai pada kaki dengan selesa, tetapi ia juga mempunyai ketahanan yang baik.

EVA, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan kasut Asadi, menawarkan pelbagai manfaat yang dapat meningkatkan pengalaman pemakaian anda. 

Sandal ini mudah dicuci, tidak berbau, kalis air, dan juga mesra alam, sandal ini memberi keutamaan kepada keselesaan anda dan dalam masa yang sama menyumbang kepada kelestarian alam.

Selipar crocs
Crocs women's shoes outside wear soft bottom non-slip
Crocs
Crocs women's shoes outside wear soft bottom non-slip
From
RM34.60
Check Crocs women's shoes outside wear soft bottom non-slip price below:
add_circle Menyerap kesan hentakan
add_circle Kalis air
add_circle Cepat kering
remove_circle Lebih sesuai untuk wanita

Sandal Crocs pernah menjadi kegilaan satu ketika dahulu, dan kini ada pelbagai reka bentuk sandal jenama Crocs ini.

Sandal Crocs ini dihasilkan dengan ketepatan pada fungsi dan reka bentuk yang unik, menjadikan ia sandal yang lain daripada lain di pasaran.

Bahan tapak luar sandal ini diperbuat daripada resin croslite, menyediakan cengkaman dan daya tahan yang sangat baik.

Dengan pelbagai fungsi penting, termasuk penyerapan hentakan, tidak licin, tahan luntur, kalis air, breathable, cepat kering, dan ringan, sandal ini sesuai dipakai untuk sebarang aktiviti luar.

Sama ada anda sedang mendaki laluan yang sukar, meneroka kawasan penuh air, atau hanya berjalan-jalan di bandar, sandal ini memberikan sokongan dan kebolehpercayaan yang anda perlukan.

Selipar capal
MOZO Men's Capal Sandal
Mozo
MOZO Men's Capal Sandal 40003
From
RM139.90
Check MOZO Men's Capal Sandal price below:
add_circle Bahagian tapak tahan lasak
add_circle Dari bahan Faux Leather
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Hanya untuk lelaki

Jika anda peminat dengan selipar bercorak tradisional, anda boleh dapatkan selipar capal ini dari jenama Mozo.

Ia dibina dengan bahan berkualiti Faux Leather pada bahagian atas dan bahagian tapak daripada PVC yang tahan lasak.

Selain itu, capal ini turut mempunyai heels yang akan membuatkan anda sedikit tinggi semasa memakainya.

Dengan harga yang berpatutan, anda boleh dapatkan capal yang bergaya ini dan boleh disesuaikan dengan pakaian baju melayu semasa menghadiri majlis atau semasa Hari Raya.


Cara Memilih Sandal / Selipar

Pakai sandal atau selipar yang tepat bukan hanya memberi keselesaan kepada si pemakai, malah ia kini menjadi trend dikalangan GenZ.

Bagaimana nak pilih sandal yang sesuai dengan anda? Berikut beberapa tips untuk anda ketika membeli selipar.

  • Saiz

Pilih sandal yang sesuai dengan saiz kaki kerana lebar kaki juga memberi kesan dalam pemilihan selipar. 

Jika anda mempunyai jari kaki yang panjang, pilih selipar dengan bentuk yang lebih lebar supaya kaki anda tidak terasa sakit atau sempit ketika memakainya.

  • Rekaan

Terdapat banyak pilihan rekaan, corak dan warna yang menarik sesuai untuk pelbagai usia dan jantina.

Pilih sandal yang memiliki warna dan rekaan yang sesuai mengikut gaya dan keselesaan anda.

  • Reka bentuk

Pilih reka bentuk selipar yang sesuai dengan kaki anda untuk berikan sokongan yang cukup pada tapak kaki. 

Ini sangat penting bagi elakkan bahagian kaki anda sakit, melecet atau tumit menjadi merah ketika berjalan.

  • Kegunaan

Jika anda mencari sandal atau selipar untuk kegunaan harian, pastikan ia ringan dan selesa untuk dipakai setiap hari.

Jika anda mahu menggunakannya di tempat yang basah dan lantai licin, elakkan membeli selipar dengan tapak yang licin dan nipis.

  • Bahan

Dapatkan selipar yang diperbuat daripada bahan tahan lama dan mudah dibersihkan seperti kulit atau EVA. 

Anda juga boleh dapatkan sandal atau selipar yang diperbuat daripada bahan yang lembut supaya tidak mudah melecet. 


Artikel Berkaitan

End of Article