Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pencerah terbaik watson

12 Produk Pencerah Kulit Terbaik di Watson Malaysia 2024

Pastikan produk anda guna selamat dan sesuai dengan jenis kulit anda.

Untuk cerahkan kulit sebenarnya agak rumit sebab jika anda pakai satu produk sahaja kemungkinan besar susah nak dapatkan hasilnya.

Lebih-lebih lagi jika kulit asal bertona gelap, mungkin memerlukan seluruh set produk muka hingga badan supaya kulit cerah dengan sekata. 

Ada boleh beli krim pencerah wajah terbaik di Watsons, pencuci muka untuk mencerahkan kulit di Watsons, krim muka terbaik di Watsons, suplemen pemutih kulit terbaik di Watsons dan produk memutihkan kulit badan di Watsons.

Kalau nak produk hilangkan sunburn di Watsons pun ada! Tapi, pastikan anda semak dahulu label dan pastikan bahan yang dipilih itu selamat dan khas untuk mencerahkan kulit. 

Bagi memudahkan kerja anda, jom lihat senarai produk mencerahkan kulit dan produk Watsons untuk putihkan kulit.


Senarai 12 Produk Pencerah Kulit Watson

Krim badan
Vaseline Brightening Gel Fresh Radiant Rice Water
Vaseline
Vaseline Brightening Gel Fresh Radiant Rice Water
mulai
RM13.90
Semak Vaseline Brightening Gel Fresh Radiant Rice Water harga dibawah:
add_circle 10x mencerahkan
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mempunyai Niacinamide
add_circle Diformulasikan dari Jelly
add_circle 100% asli dari rice water
remove_circle Mudah kehabisan stok

Sebab menjadi pilihan utama:

Teksturnya tidak melekit dan mudah menyerap sememangnya menjadi pilihan utama.

Ciri-ciri:

Mencari lotion badan bukan mudah, terutama untuk mencerahkan kulit tapi dengan Vaseline rice water gel ini,  anda boleh dapat hasil hanya dalam masa 2 minggu sahaja.

Paling menarik, teksturnya yang mudah menyerap dan tidak melekit ini sangat sesuai bagi cuaca di negara kita. 

Diformulasi dengan jelly dan diperkaya dengan rice water asli bagi memberikan kelembutan dan kelembapan pada kulit wajah. 

Bukan itu sahaja, kaya dengan vitamin dengan 10x ganda mencerahkan kulit anda.

Malah dengan kandungan Micro Droplets ini yang akan mengekalkan kelembapan pada wajah anda. 

Paling best, anda boleh pakai di wajah juga ye. Memang sejuk je kulit wajah bila pakai. 

Tambah pula, cuaca negara kita agak panas dan mudah berpeluh. Bila gunakan vaseline rice water gel ini memang kulit tidak berminyak walaupun berpeluh. 

Review:

‘Kulit lebih anjal, sihat dan liang pori juga mengecil jika dipakai pada wajah. Tekstur gel dari rice water ini mudah menyerap dan tidak menjadikan badan anda melekit ’

Suplemen cerahkan kulit
Kitsui Korean Whitie
Kitsui
kitsui
mulai
RM36.70
Semak Kitsui Korean Whitie harga dibawah:
add_circle Berfungsi sebagai anti penuaan
add_circle Rasa buah yang sedap
add_circle Hilangkan kesan bintik hitam seluruh wajah & badan
remove_circle Perlu bancuh dengan air suam

Bagaimana nak cerahkan kulit dan pada masa yang sama lambatkan kesan penuaan seperti jeragat?

Anda boleh amalkan pengambilan satu sachet Kitsui Korean Whitie sehari dengan konsisten.

Fungsi supplemen ini untuk mencerahkan kulit, memudarkan kesan penuaan, menutup liang pori dan menghilangkan jerawat.

Tambah lagi, tidak ada masalah jika anda ada kencing manis kerana produk ini tidak mengandungi gula tambahan.

Menariknya, rasanya yang sedap dan harganya yang berpatutan memudahkan anda untuk sentiasa ada produk.

Pencuci muka untuk cerahkan wajah remaja
Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml)
Wardah
mulai
RM12.40
Semak Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acid)
add_circle Tiada masalah kulit kusam & liang pori tersumbat
add_circle Melembutkan kulit wajah
remove_circle Kulit wajah akan terasa tegang sementara
remove_circle Bau wangian yang agak kuat

Pembersih muka Wardah ini sangat sesuai bagi remaja yang sering memakai makeup seharian.

Ini kerana pencuci muka ini dapat membersih wajah anda sehingga ke dalam lubang pori tanpa menyebabkan iritasi.

Bagi yang ingin mencuba produk ini, anda tidak perlu risau memikirkan jenis kulit kerana Wardah White Secret Facial Wash with AHA ini sesuai untuk setiap jenis kulit tidak kira normal, kering atau berminyak.

Bahan utama yang digunakan Asid Laktik dan AHA Semulajadi yang mampu menyegarkan, melembutkan dan mencerahkan kulit wajah.

Cara penggunaan, anda hanya gunakannya 2 kali sehari pada setiap hari untuk kesan yang lebih baik.

Produk pencerah kulit lotion badan
Nivea Extra White Radiant and Smooth Cream
Nivea
Krim pencerah wajah yang sesuai untuk remaja
mulai
RM21.70
Semak Nivea Extra White Radiant and Smooth Cream harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Aroma harum dan wangi
add_circle Sesuai untuk kulit kering & kusam
remove_circle Kesan hasil yang makan masa

Pencerah Wajah NIVEA Extra White Radiant and Smooth Cream ini sesuai untuk remaja yang masih belum mempunyai masalah kulit.

Deep White Essence ini mampu membaikpulih dan menyuburkan sel kulit menjadi lebih terang serta berseri dari dalam.

Pada mereka yang sukakan aktiviti luar, tak perlu takut dengan masalah kulit kering atau berjerawat kerana krim Nivea ini mempunyai Vitamin C.

Pelembab ini juga dapat menghalang sinaran UV daripada menembus masuk ke dalam kulit sekaligus dapat menyelesaikan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.

Bahan yang digunakan dalam krim mampu menyerap pantas ke dalam lapisan kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan misalnya, melekit atau kemerah-merahan.

Hasilnya, kulit anda menjadi lembut, segar dan berseri jika penggunaan secara konsisten. 

Produk pencerah kulit pencuci muka
AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G
AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G
mulai
RM11.90
Semak AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Perbaiki warna tona kulit
add_circle Mengurangkan bintik merah
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set penjagaan kulitnya

Rangkaian produk Aiken memfokuskan untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan sensitif.

Ini adalah ciri menarik tentang produk terbaru Aiken - boleh digunakan pada wajah yang berminyak dan juga kulit sensitif dan telah pun lulus ujian dermatalogis.

Kandungannya mengandungi vitamin C sehingga 65x ganda berbanding produk biasa yang pastinya menjadikan kulit wajah anda cerah dalam masa 5 hari sahaja. 

Bukan itu sahaja produk ini dapat membekalkan antioksidan pada kulit wajah anda dan mencerahkan juga parut hitam akibat jerawat. 

Kulit anda makin cerah dan jerawat juga makin berkurang dan terbukti secara klinikal berkesan seawal 3 hari penggunaan. 

Dengan bahan Tea Tree Oil dari Australia ini berfungsi membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada wajah. 

Miliki kulit cerah, sihat dan bebas jerawat ini dengan hasil terbaik jika menggunakan set penuh dari Aiken.

Scrub
Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub 200g
Good Virtues Co.
mulai
RM16.11
Semak Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub 200g harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit badan
add_circle Mempunyai black seed oil
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Estrak Himalayan
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit nipis

Garam yang dijadikan sebagai scrub ini lebih mudah larut berbanding gula. 

Tekstur scrub dari Good Virtues Co ini halus dan mampu membuang sel kulit mati serta memberikan kelembutan pada kulit. 

Dengan hanya basahkan badan, scrub ini akan tanggal dan menjadikan kulit lebih licin dan bersih. 

Dengan formulasi dari black seed oil sememangnya bagus kesihatan kulit serta mencerahkan kulit badan.

Selain itu, black seed oil sangat kaya dengan sumber nutrisi yang asli dan antioksidan untuk membaiki tekstur kulit. 

Jangan risau, scrub ini mudah didapati di pasaran dan harga berpatutan. 

Serum untuk memutihkan kulit wajah
Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml)
Bio Essence
mulai
RM59.08
Semak Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Memperbaiki tona kulit yang kusam
add_circle Kulit lebih berseri
add_circle Melindungi kulit dari sinaran UV
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk semua jenis kulit

Rumusan terbaru produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol.

Malah kandungan ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex berkesan dalam menghapus bintik gelap.

Selain itu dapat mengurangkan jeragat pada kulit sambil membekal hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.

Produk ini juga dapat menghalang pembentukan bintik gelap, mengurangkan parut degil dan pembentukan ekstra melanin.

Jadi dapat beri semula keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.

Sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan yang digunakan bersifat anti-iritasi dan rengsaan.  

Face mask
Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece
Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece
mulai
RM5.90
Semak Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece harga dibawah:
add_circle Mempunyai Niacinimide
add_circle Bahan seperti Arbutin, serta vitamin C
add_circle Bebas pewangi
add_circle Menstabilkan pH pada wajah
remove_circle Hasil terbaik jika dipakai 3-4 kali seminggu

Mask wajah ini mengandungi vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit wajah kerana membekalkan pelbagai kebaikkan untuk mengekalkan kesihatan wajah.

Malah, Premium Hada Labo Face mask ini direka khusus untuk mencerahkan wajah anda. 

Mengandungi arbutin yang tinggi bagi melawan kesan tompokkan dan mengembalikan keanjalan serta menstabilkan tona wajah. 

Dengan kandungan vitamin C, face mask ini dapat mencerahkan dan membaiki kulit yang terkesan akibat sinaran UV. 

Hasilnya, kulit wajah kelihatan cerah dan segar sepanjang hari. 

Jangan risau, mask ini sesuai jika anda mempunyai masalah kulit sensitif. 

Moisturizer
L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer
L'Oreal Paris
L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer
mulai
RM73.63
Semak L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer harga dibawah:
add_circle Mengandungi spf17
add_circle Membuang sel kulit mati
remove_circle Harga mahal

Moisturiser terbaru dari L’Oreal ini dirumus khas untuk anda yang inginkan kulit wajah yang bersih, cerah dan berseri. 

Walaupun moisturiser, ianya mempunyai spf17 bagi melindungi kulit wajah pada sinaran UV. 

Bahan paling utama yang berfungsi untuk mencerahkan, mengurangkan tompok hitam pada wajah adalah glycolic acid. 

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga akan dapat diatasi. Hanya dengan sekali penggunaan, kulit anda akan kelihatan glowing dan kekal lembap.

Jika digunakan secara berterusan, pasti dapat hasil kulit lebih cerah, berseri dan anjal. 

Krim malam
Bio White Pro Whitening Night Cream
Bio White Pro Whitening Night Cream
mulai
RM44.79
Semak Bio White Pro Whitening Night Cream harga dibawah:
add_circle Teknologi Mela-D System untuk mencerahkan
add_circle Bio Energy Complex bagi penyerapan pada lapisan kulit untuk mencerahkan
add_circle Mempunyai ekstrak Tanaka untuk mencerahkan dan menyejukkan kulit
remove_circle Lebih berkesan jika digunakan dengan set lengkap

New Bio White ini menggunakan teknologi dari Mela-D System dan Ekstrak Tanaka  yang berfungsi untuk mencerahkan dan melembapkan kulit.

Malah, bahan ini telah pun terbukti secara klinikal mengurangkan penghasilan melanin.

Terdapat juga bahan Bio Energy Complex bagi penyerapan pada lapisan kulit untuk mencerahkan. 

Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai masalah kulit, krim malam ini dapat membaiki keadaan kulit.

Jadi kulit yang bermasalah akan digantikan dengan keadaan kulit yang baru secara semula jadi.

Selain itu produk pencerah ini dapat membantu meningkatkan kadar oksigen pada kulit wajah sekaligus dapat menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya.

Bahan Bunga Camelia pula untuk memberikan kelembutan dan juga mencerahkan kulit.

Krim tangan
ALIA Brightening AntiAgeing Hand Body Lotion
ALIA Brightening AntiAgeing Hand Body Lotion
mulai
RM9.52
Semak ALIA Brightening AntiAgeing Hand Body Lotion harga dibawah:
add_circle Kecil dan mudah dibawa
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Dapat melembabkan kulit
add_circle Dapat menganjalkan kulit
remove_circle Hanya boleh didapati di Watsons

Kulit tangan biasanya kawasan yang paling mudah terdedah pada cahaya, jadi nak sunburn itu mudah. 

Sebab itu anda wajib guna hand cream untuk mencerahkan kembali kulit tangan anda kerana terdapat campuran habbatus sauda. 

Pastinya kulit tangan akan lebih lembut, wangi bila pakai hand cream ini. 

Bauan seperti floral dan manis ini pastinya membuatkan anda lebih yakin. 

Mango butter dan Vitamin E, untuk melembabkan kulit dan Esktak soybean whey plus untuk memberikan keanjalan. 

Saiz yang mudah dibawa, simpan je dalam beg dan boleh pakai sahaja bila-bila masa. 

Toner
Safi Sensitive Care Probiotics Niacinamide Toner
Safi Sensitive Care Probiotics Niacinamide Toner
mulai
RM9.15
Semak Safi Sensitive Care Probiotics Niacinamide Toner harga dibawah:
add_circle Membaiki masalah kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mengurangkan keradangan kulit merah
remove_circle Tidak mempunyai logo halal bagi kaum muslim untuk membelinya

Toner terbaru dari Safi ini sesuai bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif kerana bahannya bebas alkohol. 

Tekstur toner ini tidak melekit dan mudah menyerap seperti air pada kulit wajah.

Diperkaya dengan bahan kelembapan untuk membekalkan hidrasi pada kulit, membersihkan liang pori serta wajah lebih glowing

Malah terdapat juga bahan advanced skinbiotics technology yang membantu memperkuatkan dan membaiki sel kulit agar wajah kelihatan lebih sihat. 

Terdapat juga bahan Niacinamide yang dapat membantu mencerahkan kulit wajah anda serta membantu mengecilkan liang pori.


Bahan-Bahan Yang Perlu Ada Jika Anda Inginkan Kulit Cerah

Produk yang terdapat dalam pasaran kebanyakkan sudah mempunyai target dan kelebihan yang pengguna mahukan. 

Kali ini, jom kita lihat apakah komponen yang wajib ada jika anda mahukan kulit yang cerah. 

Vitamin C: Berfungsi mengurangkan hiperpigmentasi dengan mengurangkan hasil melanin.

Malah vitamin C juga kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit dari rosak akibat sinaran UV atau pencemaran lain.

Niacinamide: Merupakan sumber dari vitamin B3 yang melibatkan dari sel metabolism. 

Secara tidak langsung, B3 ini akan mengganggu penghasilan pigmentasi. 

Bukan itu sahaja, ianya juga merawat jerawat dan mengatasi masalah parut.

Arbutin: Boleh diperolehi dari buah blueberry kering, bearberry, dan daun pear. 

Arbutin ini boleh dikira sebagai hydroquinone( kimia yang mencerahkan kulit) sebagai pencerah semula jadi.

Retinol: Komponen dari vitamin A yang menjadikan kulit lebih sihat, memberikan sel kulit yang baru dan membuang sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam.

Tak perlu ada kesemua bahan ini, tetapi cukup untuk anda pilih salah satu bahan agar terkandung pada produk yang ingin di beli. 

Anda boleh juga dengarkan 3 bahan penting yang boleh mencerahkan kulit menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article