Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pencerah terbaik watson

14 Produk Pencerah Kulit Terbaik di Watson Malaysia 2024

Pastikan produk anda guna selamat dan sesuai dengan jenis kulit anda.

Untuk cerahkan kulit atau muka hitam sebenarnya agak rumit sebab jika anda pakai satu produk sahaja kemungkinan besar susah nak dapatkan hasilnya.

Lebih-lebih lagi jika kulit asal bertona gelap, mungkin memerlukan skincare untuk kulit kusam dan gelap atau seluruh set produk muka hingga badan supaya kulit cerah dengan sekata. 

Ada boleh beli krim pencerah wajah terbaik di Watsons, pencuci muka untuk mencerahkan kulit di Watsons, krim muka terbaik di Watsons, suplemen pemutih kulit terbaik di Watsons dan produk memutihkan kulit badan di Watsons.

Kalau nak produk hilangkan sunburn di Watsons pun ada! Tapi, pastikan anda semak dahulu label dan pastikan bahan yang dipilih itu selamat dan khas untuk mencerahkan kulit. 

Bagi memudahkan kerja anda, jom lihat senarai produk mencerahkan kulit dan produk Watsons untuk putihkan kulit.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Produk Pencerah Kulit Watson

Suplemen pemutih kulit terbaik di Watson
VitaHealth L-Glutathione Plus
Vitahealth
VitaHealth L-Glutathione Plus
From
RM137.90
Check VitaHealth L-Glutathione Plus price below:
add_circle Mencerahkan kulit wajah
add_circle Mengurangkan pigmentasi
add_circle Mengekalkan kulit muda
add_circle Rasa sedap
remove_circle Satu botol tahan sebulan sahaja

Sebab menjadi pilihan utama:

VitaHealth L-Glutathione Plus mengandungi formula pencerah kulit yang boleh memudarkan parut dan melambatkan proses penuaan dengan 100mg Setria L-glutathione dan 6 antioksidan untuk mencerahkan kulit.

Ciri-ciri:

Suplemen ini memberikan perlindungan menyeluruh daripada sinar UV yang merosakkan kulit, membantu mengurangkan pigmentasi, mengekalkan keanjalan kulit serta merawat kulit dari dalam.

Produk memutihkan kulit paling berkesan yang mengandungi bahan-bahan termasuk:

  • L-cysteine dari Jepun yang telah terbukti secara klinikal untuk meningkatkan tahap glutation dalam badan.
  • Astaxanthin bertindak sebagai pelindung matahari dalaman yang melindungi kulit daripada UV serta mencegah tanda-tanda penuaan kulit.
  • Alpha lipoic acid (ALA), antioksidan kuat yang menjana semula glutathione kembali ke bentuk aktifnya.
  • Ekstrak biji anggur mengandungi oligomeric proanthocyanidins (OPCs), sejenis antioksidan yang membantu menyekat pengeluaran melanin.
  • Vitamin C meningkatkan tahap L-glutathione dalam badan.
  • Zink melindungi kulit daripada bahan yang berbahaya dan menggalakkan kesihatan kulit secara menyeluruh.

Jadi, inilah produk putihkan kulit yang paling berkesan yang anda boleh beli.

Cukup ambil 1 tablet sekali sehari selepas makan untuk kulit yang lebih cerah, lembut, licin, anjal dan tegang.

Review:

“Botol ke 4-5 dah, berkesan hilangkan parut jerawat, kulit terasa lembap dan lebih cerah, jerawat baru jarang muncul.”

Losyen untuk cerahkan kulit
Nivea Extra White Radiant and Smooth Cream
Nivea
Produk pencerah kulit lotion badan
From
RM21.70
Check Nivea Extra White Radiant and Smooth Cream price below:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Aroma harum dan wangi
add_circle Sesuai untuk kulit kering & kusam
remove_circle Kesan hasil yang makan masa

Pencerah Wajah NIVEA Extra White Radiant and Smooth Cream ini sesuai untuk remaja yang masih belum mempunyai masalah kulit.

Deep White Essence ini mampu membaikpulih dan menyuburkan sel kulit menjadi lebih terang serta berseri dari dalam.

Pada mereka yang sukakan aktiviti luar, tak perlu takut dengan masalah kulit kering atau berjerawat kerana krim Nivea ini mempunyai Vitamin C.

Pelembab ini juga dapat menghalang sinaran UV daripada menembus masuk ke dalam kulit sekaligus dapat menyelesaikan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.

Bahan yang digunakan dalam krim mampu menyerap pantas ke dalam lapisan kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan misalnya, melekit atau kemerah-merahan.

Hasilnya, kulit anda menjadi lembut, segar dan berseri jika penggunaan secara konsisten. 

Pencuci muka untuk cerahkan wajah remaja
Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml)
Wardah
From
RM12.40
Check Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml) price below:
add_circle Mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acid)
add_circle Tiada masalah kulit kusam
add_circle Melembutkan kulit wajah
add_circle Liang pori tidak tersumbat lagi
remove_circle Kulit wajah akan terasa tegang sementara
remove_circle Bau wangian yang agak kuat

Pembersih muka Wardah ini sangat sesuai bagi remaja yang sering memakai makeup seharian.

Ini kerana pencuci muka ini dapat membersih wajah anda sehingga ke dalam lubang pori tanpa menyebabkan iritasi.

Bagi yang ingin mencuba produk ini, anda tidak perlu risau memikirkan jenis kulit kerana Wardah White Secret Facial Wash with AHA ini sesuai untuk setiap jenis kulit tidak kira normal, kering atau berminyak.

Bahan utama yang digunakan Asid Laktik dan AHA Semulajadi yang mampu menyegarkan, melembutkan dan mencerahkan kulit wajah.

Cara penggunaan, anda hanya gunakannya 2 kali sehari pada setiap hari untuk kesan yang lebih baik.

Scrub untuk cerahkan kulit
Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub 200g
Good Virtues Co.
Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub
From
RM16.11
Check Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub 200g price below:
add_circle Mencerahkan kulit badan
add_circle Mempunyai black seed oil
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Estrak Himalayan
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit nipis

Garam yang dijadikan sebagai scrub ini lebih mudah larut berbanding gula. 

Tekstur scrub dari Good Virtues Co ini halus dan mampu membuang sel kulit mati serta memberikan kelembutan pada kulit. 

Dengan hanya basahkan badan, scrub ini akan tanggal dan menjadikan kulit lebih licin dan bersih. 

Dengan formulasi dari black seed oil sememangnya bagus kesihatan kulit serta mencerahkan kulit badan.

Selain itu, black seed oil sangat kaya dengan sumber nutrisi yang asli dan antioksidan untuk membaiki tekstur kulit. 

Jangan risau, scrub ini mudah didapati di pasaran dan harga berpatutan. 

Serum untuk mencerahkan wajah
Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum (30ml)
Safi
Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum (30ml)
From
RM22.93
Check Safi Perfect White Hyaluron Brightening Serum (30ml) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk kulit kering
add_circle Tiada bahan pewangi
add_circle Tekstur ringan & mudah menyerap
remove_circle Keberkesanan tidak ketara

Bagi anda yang mengalami masalah bekas jerawat pada kulit kering, serum dari Safi ini boleh membantu mengurangkannya. 

Tekstur serum ini ringan dan dapat meresap jauh kedalam kulit supaya dapat melembapkan kulit dan menjaga kelembutan kulit dari hari ke hari. 

Dengan teknologi Ultra White iaitu komponen ekstrak Nano BioWhite dan Kakadu Plum untuk mencerahkan kulit yang kusam dan tona tidak sekata. 

Kalau anda pakai secara konsisten, satu botol cukup untuk 2 bulan setengah jadi ini sangat menjimatkan sambil mengekalkan kulit kekal cantik. 

Minuman mencerahkan kulit
Kitsui Korean Whitie
Kitsui
kitsui
From
RM36.70
Check Kitsui Korean Whitie price below:
add_circle Berfungsi sebagai anti penuaan
add_circle Rasa buah yang sedap
add_circle Hilangkan bintik hitam pada wajah & badan
remove_circle Perlu bancuh dengan air suam

Bagaimana nak cerahkan kulit dan pada masa yang sama lambatkan kesan penuaan seperti jeragat?

Anda boleh amalkan pengambilan satu sachet Kitsui Korean Whitie sehari dengan konsisten.

Fungsi supplemen ini untuk mencerahkan kulit, memudarkan kesan penuaan, menutup liang pori dan menghilangkan jerawat.

Tambah lagi, tidak ada masalah jika anda ada kencing manis kerana produk ini tidak mengandungi gula tambahan.

Menariknya, rasanya yang sedap dan harganya yang berpatutan memudahkan anda untuk sentiasa ada produk.

Pencuci muka untuk mencerahkan kulit di Watson
AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G
AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G
From
RM11.90
Check AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G price below:
add_circle Harga murah
add_circle Perbaiki warna tona kulit
add_circle Mengurangkan bintik merah
remove_circle Guna set penjagaan kulitnya untuk hasil terbaik

Rangkaian produk Aiken memfokuskan untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan sensitif.

Ini adalah ciri menarik tentang produk terbaru Aiken - boleh digunakan pada wajah yang berminyak dan juga kulit sensitif dan telah pun lulus ujian dermatalogis.

Kandungannya mengandungi vitamin C sehingga 65x ganda berbanding produk biasa yang pastinya menjadikan kulit wajah anda cerah dalam masa 5 hari sahaja. 

Bukan itu sahaja produk ini dapat membekalkan antioksidan pada kulit wajah anda dan mencerahkan juga parut hitam akibat jerawat. 

Kulit anda makin cerah dan jerawat juga makin berkurang dan terbukti secara klinikal berkesan seawal 3 hari penggunaan. 

Dengan bahan Tea Tree Oil dari Australia ini berfungsi membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada wajah. 

Miliki kulit cerah, sihat dan bebas jerawat ini dengan hasil terbaik jika menggunakan set penuh dari Aiken.

Sheet mask untuk mencerahkan wajah
Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece
Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece
From
RM5.90
Check Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece price below:
add_circle Mempunyai Niacinimide
add_circle Bahan seperti Arbutin, serta vitamin C
add_circle Bebas pewangi
add_circle Menstabilkan pH pada wajah
remove_circle Hasil terbaik jika dipakai 3-4 kali seminggu

Mask wajah ini mengandungi vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit wajah kerana membekalkan pelbagai kebaikan untuk mengekalkan kesihatan wajah.

Malah, Premium Hada Labo Face mask ini direka khusus untuk mencerahkan wajah anda. 

Mengandungi arbutin yang tinggi bagi melawan kesan tompokkan dan mengembalikan keanjalan serta menstabilkan tona wajah. 

Dengan kandungan vitamin C, face mask ini dapat mencerahkan dan membaiki kulit yang terkesan akibat sinaran UV. 

Hasilnya, kulit wajah kelihatan cerah dan segar sepanjang hari. 

Jangan risau, mask ini sesuai jika anda mempunyai masalah kulit sensitif. 

Krim pencerah wajah terbaik di Watson
L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer
L'Oreal Paris
L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer
From
RM73.63
Check L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Day Cream Moisturizer price below:
add_circle Mengandungi spf17
add_circle Membuang sel kulit mati
remove_circle Harga mahal

Moisturiser terbaru dari L’Oreal ini dirumus khas untuk anda yang inginkan kulit wajah yang bersih, cerah dan berseri. 

Walaupun moisturiser, ianya mempunyai spf17 bagi melindungi kulit wajah pada sinaran UV. 

Bahan paling utama yang berfungsi untuk mencerahkan, mengurangkan tompok hitam pada wajah adalah glycolic acid. 

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga akan dapat diatasi. Hanya dengan sekali penggunaan, kulit anda akan kelihatan glowing dan kekal lembap.

Jika digunakan secara berterusan, pasti dapat hasil kulit lebih cerah, berseri dan anjal. 

Krim malam untuk cerahkan kulit
Bio White Pro Whitening Night Cream
Bio White Pro Whitening Night Cream
From
RM44.79
Check Bio White Pro Whitening Night Cream price below:
add_circle Teknologi Mela-D System untuk mencerahkan
add_circle Bio Energy Complex bagi penyerapan pada lapisan kulit untuk mencerahkan
add_circle Mempunyai ekstrak Tanaka untuk mencerahkan dan menyejukkan kulit
remove_circle Lebih berkesan jika digunakan dengan set lengkap

New Bio White ini menggunakan teknologi dari Mela-D System dan Ekstrak Tanaka  yang berfungsi untuk mencerahkan dan melembapkan kulit.

Malah, bahan ini telah pun terbukti secara klinikal mengurangkan penghasilan melanin.

Terdapat juga bahan Bio Energy Complex bagi penyerapan pada lapisan kulit untuk mencerahkan. 

Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai masalah kulit, krim malam ini dapat membaiki keadaan kulit.

Jadi kulit yang bermasalah akan digantikan dengan keadaan kulit yang baru secara semula jadi.

Selain itu produk pencerah ini dapat membantu meningkatkan kadar oksigen pada kulit wajah sekaligus dapat menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya.

Bahan Bunga Camelia pula untuk memberikan kelembutan dan juga mencerahkan kulit.

Krim tangan
ALIA Brightening AntiAgeing Hand Body Lotion
Hand Body Lotion
From
RM9.52
Check ALIA Brightening AntiAgeing Hand Body Lotion price below:
add_circle Kecil dan mudah dibawa
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Dapat melembabkan kulit
add_circle Dapat menganjalkan kulit
remove_circle Hanya boleh didapati di Watsons

Kulit tangan biasanya kawasan yang paling mudah terdedah pada cahaya, jadi nak sunburn itu mudah. 

Sebab itu anda wajib guna hand cream untuk mencerahkan kembali kulit tangan anda kerana terdapat campuran habbatus sauda. 

Pastinya kulit tangan akan lebih lembut, wangi bila pakai hand cream ini. 

Bauan seperti floral dan manis ini pastinya membuatkan anda lebih yakin. 

Mango butter dan Vitamin E, untuk melembabkan kulit dan Esktak soybean whey plus untuk memberikan keanjalan. 

Saiz yang mudah dibawa, simpan je dalam beg dan boleh pakai sahaja bila-bila masa. 

Sabun pemutih badan di Watson
Shokubutsu Shower Foam 900G Sakura Whitening
Shokubutsu Shower Foam 900G Sakura Whitening
From
RM20.60
Check Shokubutsu Shower Foam 900G Sakura Whitening price below:
add_circle Wangi dan boleh buang bau badan
add_circle Tekstur jenis senang nak lumur
add_circle Rasa bersih dan licin kulit

Diperkaya dengan 100% ekstrak protein beras organik yang kaya dengan amino asid dan Vitamin E, mandian Shokubutsu akan membantu mengembalikan kecerahan semula pada kulit anda selepas setiap kali mandi. 

Rasakan kesegaran aroma lembut bunga sakura yang menenangkan dan memulihkan mood anda.

Formula buih yang mewah dan mudah bilas ini diperbuat 100% dari bahan-bahan semulajadi terpilih. 

Ekstrak daun sakura dalam kandungannya akan membantu mencerahkan kulit anda secara semula jadi untuk kelihatan lebih putih dan berseri.

Mandian ni lembut je baunya dan melekat pulak tu. Bilik mandi pun wangi je!

Produk memutihkan kulit lelaki di watson
NIVEA FOR MEN Extra Bright C&HYA Age Defense Vitamin Foam (100g)
NIVEA FOR MEN
From
RM22.90
Check NIVEA FOR MEN Extra Bright C&HYA Age Defense Vitamin Foam (100g) price below:
add_circle Mengandungi vitamin C
add_circle Mengurangkan kedutan pra-penuaan
add_circle Mengurangkan liang-liang pori
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit sensitif

Pencuci muka untuk lelaki ini mengandungi Vitamin C yang 100 kali lebih pekat membantu mengurangkan 99% bintik-bintik gelap dan memberikan kulit yang berseri dan licin.

Ditambah pula dengan Hyaluron yang membantu mengurangkan kedutan pra-penuaan dan mengurangkan liang-liang pori.

Dalam tempoh 2 minggu sahaja, anda akan melihat kesan yang ketara untuk kulit yang lebih cerah, segar dan sekata.

Teksturnya yang ringan lagi lembut akan membersihkan wajah dengan menyeluruh tanpa rasa berminyak atau kering.

Toner untuk cerahkan kulit
SOME BY MI Yuja Niacin 30 Days Miracle Brightening Toner 150ml
SOME BY MI Yuja Niacin
From
RM45.11
Check SOME BY MI Yuja Niacin 30 Days Miracle Brightening Toner 150ml price below:
add_circle Mengandungi niacinamide, glutathione, arbutin
add_circle Tiada wangian tiruan

Dengan 90% ekstrak Yuja Goheung yang kaya dengan nutrisi, toner ini akan membantu menjaga kulit anda agar kekal cerah, lembap dan berseri.

Kandungan 5% Niacinamide pula membantu mengatasi masalah kemerahan, kedutan dan noda pada kulit.

Kombinasi Glutathione dan Arbutin membantu menyerlahkan kelembutan dan kecerahan kulit anda, manakala 12 jenis vitamin serta ekstrak Lotus membantu menenangkan kulit sensitif dan mengembalikan keanjalan kulit.

Bahan-bahan premium ini dipilih khas dari ladang di Korea dan tanpa sebarang bahan pewangi tiruan, toner ini hanya mengandungi wangian semulajadi Yuja yang menyegarkan.


Cara Cerahkan Kulit Muka Yang Gelap Secara Semulajadi 

Wanita mana yang tak inginkan kulit yang putih, cerah, berseri dan awet muda.

Namun, tak semua mampu membeli produk memutihkan kulit atau kosmetik yang mahal. 

Jadi, ikuti je tips yang kami kongsikan di bawah untuk memutihkan kulit secara semulajadi.

1. Tomato

Belah tomato menjadi dua, sapukan ke seluruh kulit muka dan biarkan selama 30 minit sebelum dibasuh. 

Alternatif lain, kisar tomato sehingga halus, tuang ke dalam tray ais dan dibekukan menjadi kiub ais. 

Selepas mandi, ambil satu kiub dan sapu seluruh muka anda.

la bukan sahaja akan memutihkan kulit malah membantu menutup pori-pori yang terbuka.

2. Aloe vera

Belah aloe vera sehingga isi jernihnya terdedah. Sapukan terus isi aloe vera ke seluruh wajah, biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih. 

Anda juga boleh kisar isi aloe vera sehingga halus, ratakan di wajah, dan biarkan selama 30 minit. 

Malah, anda boleh kisar isi aloe vera dan bekukan sehingga menjadi kiub ais. 

Sapu je alovera gel pada kulit sebelum tidur atau kiub ais tersebut bila sampai rumah selepas terdedah kepada matahari.

Kandungan aloe vera yang semulajadi akan melembapkan dan melindungi kulit anda dari terkena sunburn.

3. Minum air masak

Perkara paling asas yang seringkali kita ambil mudah ialah pengambilan air sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari.

Ini membantu memastikan sistem dalaman berfungsi dengan baik dan membantu mengganti sel-sel mati, sekaligus menjadikan kulit anda lebih cerah.

Penjual water filter pun dah lama sedar bahawa dengan minum air bersih, ia adalah cara mudah untuk dapatkan kulit yang sihat dan glowing.

4. Guna air beras

Nak kulit putih dan berseri macam pelakon drama Korea? Guna air beras je!

Hanya dengan merendam kulit anda dengan air basuhan beras terakhir selama 15 minit dua kali sehari, anda boleh melihat kulit lebih cerah dalam beberapa minggu.

Selain jimat, ia juga semulajadi dan selamat untuk kulit.

5. Yogurt & susu segar

Ambil satu sudu besar yogurt asli, kemudian campurkan dengan sedikit susu segar. 

Aduklah bahan-bahan ini sehingga dapat konsistensi yang pekat untuk menjadi masker.

Selepas itu, simpan campuran ini di dalam peti sejuk selama 5 minit dan sapukan campuran ke seluruh wajah selama 30 minit sebelum dibasuh.

6. Susu segar & susu tepung

Campurkan susu tepung dan susu segar, gaul sebati sehingga dapat konsistensi yang sesuai. 

Sejukkan di peti ais sekejap, kemudian sapu rata di wajah. Biarkan selama setengah jam, kemudian bilas bersih. 

Dijamin kulit nampak lebih halus, lembut, dan berseri-seri.

7. Betik

Buah ini bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu mencerahkan kulit terutamanya mereka yang selalu berjemur di bawah matahari.

Ambil 3 inci betik, lenyekkan, dan jadikan ia sebagai pelembap muka semulajadi. Sapu rata pada wajah, biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas bersih. 

8. Limau nipis

Squeeze sedikit limau segar dan sapukan dengan lembut ke bahagian kulit yang anda ingin cerahkan. 

Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam dan kemudian bilas bersih. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya dalam masa beberapa minggu.

Vitamin C semulajadi dari limau akan membantu mencerahkan dan menyamarkan tona kulit anda.

9. Kunyit, yogurt, madu

Anda perasan tak, orang India selalunya ada kulit wajah yang cerah dan berseri, walaupun mereka berkulit gelap? Rahsia mereka? Kunyit! 

Kunyit bukan sekadar rempah untuk masakan, malah ia juga boleh digunakan untuk mencerahkan dan menghaluskan tekstur kulit. 

Manakala madu dan yogurt pula berfungsi menenangkan dan melembapkan kulit. 

Ambil separuh inci kunyit segar, campurkan dengan satu sudu kecil madu dan satu sudu kecil yogurt. 

Kacau hingga sebati, kemudian sapukan ke seluruh wajah dan dibiarkan selama 30 minit sebelum dibilas.


Bahan-Bahan Yang Perlu Ada Jika Anda Inginkan Kulit Cerah

Produk yang terdapat dalam pasaran kebanyakkan sudah mempunyai target dan kelebihan yang pengguna mahukan. 

Kali ini, jom kita lihat apakah komponen yang wajib ada jika anda mahukan kulit yang cerah. 

Vitamin C: Berfungsi mengurangkan hiperpigmentasi dengan mengurangkan hasil melanin.

Malah vitamin C juga kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit dari rosak akibat sinaran UV atau pencemaran lain.

Niacinamide: Merupakan sumber dari vitamin B3 yang melibatkan dari sel metabolism. 

Secara tidak langsung, B3 ini akan mengganggu penghasilan pigmentasi. 

Bukan itu sahaja, ianya juga merawat jerawat dan mengatasi masalah parut.

Arbutin: Boleh diperolehi dari buah blueberry kering, bearberry, dan daun pear. 

Arbutin ini boleh dikira sebagai hydroquinone( kimia yang mencerahkan kulit) sebagai pencerah semula jadi.

Retinol: Komponen dari vitamin A yang menjadikan kulit lebih sihat, memberikan sel kulit yang baru dan membuang sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit kusam.

Tak perlu ada kesemua bahan ini, tetapi cukup untuk anda pilih salah satu bahan agar terkandung pada produk yang ingin di beli. 

Anda boleh juga dengarkan 3 bahan penting yang boleh mencerahkan kulit menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article