Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
toner terbaik watson

8 Toner Jeragat Terbaik di Watson Malaysia 2024

Fungsi toner adalah untuk mengecilkan lubang pori supaya mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Toner merupakan skincare asas dimana dipakai mengikut kebergantungan keadaan kulit individu.

Ini kerana toner fungsi utama toner adalah menutup liang pori yang terbuka sewaktu menggunakan cleanser

Jadi, kali ini kita akan mengenali toner untuk jeragat di watson. 

Bukan apa, jeragat tak akan hilan tapi kalau pakai produk yang betul memang dapat dikurangkan.

Jadi jom kenali toner terbaik di watson.


Penyunting

8 Toner Untuk Jeragat Di Watsons

Toner untuk jeragat terbaik secara keseluruhan
Garnier Light Milky Lightening Dew Toner
Garnier
Garnier Light Milky Lightening Dew Toner
From
RM15.75
Check Garnier Light Milky Lightening Dew Toner price below:
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mencerahkan kulit wajah
remove_circle Mempunyai pewangi

Sebab menjadi pilihan utama:

Garnier merupakan pilihan jenama yang mudah didapati dalam pasaran dan produknya juga mementingkan unsur mencerahkan kulit.

Ciri-ciri:

Garnier Light Complete Milky Dew Toner mampu membuatkan kulit anda mulus seperti susu. 

Sewaktu pakai toner ini mungkin berlaku pengelupasan kulit atau exfoliating, jangan risau proses ini untuk mengurangkan jeragat pada wajah. 

Ini kerana terdapat bahan Capryloyl salicylic acid yang memberi kesan pengelupas kulit wajah dan menggalakkan penghasilan tekstur kulit baru.

Selalunya apabila terjadi pengelupasan, kulit wajah mungkin akan menjadi lebih kering.

Tapi tidak akan terjadi, kerana mengandungi Butylene glycol yang dapat mengekalkan tahap kelembapan pada kulit wajah anda sepanjang hari. 

Review:

‘Walaupun teksturnya yang sedikit milky tapi tidak membuatkan kulit wajah anda melekit. Malah menyerap dengan pantas kedalam kulit,”

Toner untuk kulit jeragat dan berminyak di watson
Some By Mi Yuja Niacin Brightening Toner
Some By Mi
SOMEBYMI Yuja Niacin Brightening Toner
From
RM34.43
Check Some By Mi Yuja Niacin Brightening Toner price below:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Mengurangkan jeragat
add_circle Dapat bekalkan nutrisi pada wajah
add_circle Terdapat 12 vitamin
remove_circle Harga mahal

Bahan utama yang terdapat dalam toner ini adalah Goheung Yuja Ekstrak yang memberikan kulit wajah ‘clear’ serta membekalkan nutrisi yang baik untuk wajah. 

Tanpa perlu risau, kulit wajah kekal lembap tanpa mengeringkan kulit wajah anda. 

Bila kulit yang berjeragat, anda wajib cari bahan seperti Niacinamide bagi mengurangkan jeragat pada wajah. 

Ini kerana Niacinamide membantu mencerahkan kulit dan juga mengecilkan liang pori pada wajah. 

Kulit juga nampak lebih bersih dan sihat dengan adanya Gluthione dan Arbutin.

Teksturnya yang menyerap dengan pantas dan memberikan kesegaran serta tidak membuatkan kulit melekit. 

Exfoliating toner watson
L'Oreal Paris Aura Perfect Toner
L'Oreal Paris
L’Oreal Paris Aura Perfect Toner
From
RM23.90
Check L'Oreal Paris Aura Perfect Toner price below:
add_circle Bahan seperti Citric Acid sebagai bahan pengelupasan semulajadi
add_circle Melembapkan kulit dengan Caprylyl glycol
add_circle Hydroxyethylpiperazine menyingkirkan sel kulit mati
remove_circle Boleh menyebabkan kulit kering dan iritasi

L’oreal menggunakan bahan Citric acid yang berfungsi berbagai fungsi terutama untuk pengelupasan kulit yang baru. 

Bukan itu sahaja, berkesan apabila terdapat 2 bahan pengelupasan.

Antaranya Hydroxyethylpiperazine menyingkirkan sel kulit mati menjadikan jeragat juga makin berkurang. 

Kulit juga menjadi lebih lembut dan lembap dengan kebaikkan yang dibekalkan oleh Caprylyl glycol. 

Anda yang nak kurangkan jeragat, anda wajib cuba toner terbaik ini dari L’Oreal.

Toner untuk kulit jeragat sensitif
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
Cetaphil
Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner
From
RM35.58
Check Cetaphil Bright Healthy Radiance Brightness Refresh Toner price below:
add_circle Bahan dari White Sea Daffodil
add_circle Mengandungi Niacinamide dan Vitamin B3
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Bebas Hypoallergenic
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set lengkap

Cetaphil merupakan jenama bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan ini merupakan toner pertama dari rangkaian jenama Cetaphil. 

Keluaran toner ini memberi focus bagi anda yang ingin kulit cerah mulus tetapi mempunyai masalah kulit sensitif. 

Dirumuskan dengan gentle bright technology yang sememangnya berkesan untuk memudarkan kesan tompok hitam pada wajah. 

Manakala niacinamide (vitamin B3), membantu mencerahkan kulit wajah anda dan tiada lagi masalah kulit kusam. 

Walaupun begitu, anda tidak perlu risau dengan tahap kelembapan kulit kerana akan melindungi dari masalah kulit kering. 

Jika mahukan hasil yang terbaik, cuba gunakan set lengkap skincare ini. 

Toner untuk kulit jeragat dan kering di watson
Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Calming Toning Water
Cosmoderm
Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Calming Toning Water
From
RM19.46
Check Cosmoderm Niacinamide Salicylic Acid Calming Toning Water price below:
add_circle Mengecilkan saiz pori
add_circle Tanpa paraben & SLS/SLES
add_circle Terdapat minyak pudina
add_circle Melegakan iritasi kulit
add_circle Menyamarkan parut jerawat
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Diformulasikan daripada bahan niacinamide menjadikan toner ini sangat baik untuk mencerahkan kulit dan menyamarkan warna bintik hitam pada wajah anda. 

Selain itu, masalah warna tona kulit yang tak sekata boleh diperbaiki dan dapat menyegarkan kulit muka.

Tekstur toner ini lembut dan cair jadi dapat meresap ke dalam kulit dengan cepat.

Bagi yang menghadapi masalah blackheads, whiteheads dan pori tersumbat sangat sesuai guna toner ini.

Malah dengan kandungan BHA dan salicylic acid yang akan membantu mencantikkan semula kulit anda. 

Toner untuk kulit jeragat kombinasi
Eucerin Pro Acne Toner
Eucerin Pro Acne Toner
From
RM52.00
Check Eucerin Pro Acne Toner price below:
add_circle Mengurangkan kesan dan jerawat
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Mampu melawan bakteria
remove_circle Ada bahan menyebabkan liang pori tersumbat

Jika anda ingin kan kulit bebas jerawat dan mengurangkan jeragat, sebaiknya gunakan set lengkap dari Eucerin bagi hasil terbaik. 

Bahan yang terkandung dalam produk ini dapat menghasilkan kulit yang licin, lembut dan mampu mengurangkan jeragat. 

Malah, dengan adanya lactic acid, Eucerin dapat menyingkirkan sel kulit mati.

Bukan itu sahaja, kesan kedutan, garis halus pada wajah juga mampu dikurangkan.

Untuk jerawat pula, bahan Phenoxyethanol akan melawan bakteria yang boleh menyebabkan jerawat pada wajah. 

Toner untuk kulit jeragat dan kusam
Wardah Crystal Secret Exfoliating Toner
Wardah Crystal Secret Exfoliating Toner
From
RM23.13
Check Wardah Crystal Secret Exfoliating Toner price below:
add_circle Mengekalkan kelembapan kulit
add_circle Dapat membuang sel kulit mati dan lebihan minyak
add_circle Mampu membaiki kulit rosak akibat radikal bebas
remove_circle Boleh menyebabkan kemerahan dan kulit menjadi mengelupas

Pengelupasan itu penting bagi memberikan kulit baru yang sihat pada wajah anda. 

Bahan seperti Gluconolactone akan membantu membuang sel kulit mati serta lebihan minyak pada wajah anda.

Buka itu sahaja, ianya juga mengurangkan garis halus serta menyamakan toner kulit wajah anda agar lebih sekata. 

Acer Saccharum Extract membaiki kulit rosak akibat radikal bebas seperti mengurangkan jeragat dan menghalang masalah kulit berminyak serta kedutan dari berlaku. 

Formulasi bahan yang terdapat dalam toner terbaik ini akan membuang segala masalah kulit kusam dan sekaligus mencerahkan wajah anda. 

Natural AHA+PHA pula menyingkirkan sel kulit mati bagi memberikan ruang baru agar kulit lebih cerah, sihat dan licin.

Hydrating toner watson
Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml
Simple
Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml
From
RM11.82
Check Simple Kind to Skin Soothing Facial Toner 200ml price below:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Niacinamide mengurangkan jeragat dan mencerahkan kulit
remove_circle Tidak berkesan ke atas jerawat teruk

Toner wajah dari Simple ini mampu memberikan ketenangan pada kulit wajah dimana formulasi dari bahan yang terdapat pada toner ini

Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, atau mudah iritasi tak perlu risau keran ianya selamat digunakan untuk anda.

Ini kerana gabungan khas baik dengan toning yang mengandungi Pro-Vitamin B5, Chamomile, Witch Hazel, Allantoin dan Niacinamide.

Niacinamide yang terkandung membantu mengecilkan liang pori serta mengurangkan jeragat pada wajah anda. 

Bukan itu sahaja, kulit juga menjadi lebih cerah dan tidak berminyak tau. 


Cara Memilih Toner Untuk Kulit Jeragat

Apa sebenarnya bahan atau komponen wajib yang perlu ada bila nak beli toner untuk jeragat? 

Tapi sebelum itu, ketahui dulu bagaimana jeragat boleh terjadi pada bahagian wajah.

Puncanya kulit sering terdedah pada kotoran udara dan sinar UV. Anda pula tidak menjaga kulit dengan baik dengan memakai sunblock atau sunscreen.

Jadi, sinaran UV yang menyebabkan terjadinya jeragat. 

Jadi jom kenali 5 asas utama yang perlu ada pada toner untuk jeragat.

Vitamin C: Befungsi menghalang penghasilan melanin yang boleh menyebabkan jeragat.

Kojic Acid: Sama seperti vitamin C yang kaya dengan antioksidan.

Niacinamide: Terhasil dari vitamin B3 yang akan mengganggu penghasilan sel jeragat dengan memberikan kesan pencerahan pada kawasan wajah anda.

Azelaic Acid: Bahan organik yang terdapat dalam bijirin, mampu mengurangkan penghasilan melanin pada wajah. 

Wajah yang terdapat jeragat dapat dikurangkan jika terdapat bahan ini.

Arbutin: Bahan ini dianggap sebagai hydroquinone (komponen pencerah semulajadi) yang mencerahkan wajah anda. 

Bukan sahaja dapat mencerahkan, masalah jeragat juga makin berkurang.

Ingin diingatkan tidak semestinya bahan ini perlu ada, tetapi untuk hasil terbaik, wajib ada salah satu dari bahan diatas dalam toner untuk jeragat anda. 

Apa pun jom lihat video di bawah cara mencegah 


Artikel Berkaitan

End of Article