Automotif

11 Baju Hujan Terbaik di Malaysia 2026 (Tahan Lasak)

Baju hujan terbaik di Malaysia: Givi RRS07 Rider Tech Raincoat, RM231.00 (disemak 17 Ogos 2026). 11 pilihan baju hujan motosikal, hiking dan kanak-kanak lain turut disemak.


Editor · Updated 17 Aug 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

11 Baju Hujan Terbaik di Malaysia 2026 (Tahan Lasak)

Jawapan ringkas: baju hujan terbaik di Malaysia ialah Givi RRS07 Rider Tech Raincoat, RM231.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 17 Ogos 2026), jenama yang turut disebut sebagai pilihan popular untuk penunggang motosikal kerana kalis air dua lapisan dan tahan lasak. Ia lebih mahal berbanding poncho pakai buang, jadi kurang sesuai jika anda hanya perlukan perlindungan sekali sahaja.

Cara Memilih Baju Hujan

Kalis air dua lapisan

Pilih baju hujan dengan jahitan kalis air (sealed seams) supaya air tidak menembusi bahagian jahitan semasa hujan lebat.

Ciri keselamatan waktu malam

Cari jalur pemantul cahaya (reflective) pada bahagian belakang dan lengan, penting untuk penunggang motosikal yang balik lewat malam.

Ketat boleh laras

Velcro atau getah di bahagian pergelangan kaki dan tangan mengelakkan air masuk semasa menunggang dalam hujan lebat.

Jenis kegunaan

Penunggang motosikal harian memerlukan baju hujan tahan lasak dua lapisan, manakala aktiviti sekali-sekala seperti hiking boleh guna poncho yang lebih ringan dan mudah alih.

Harga mengikut bajet

Poncho pakai buang bermula bawah RM20, manakala baju hujan motosikal berjenama seperti Givi atau Foxdry berharga sekitar RM150 hingga RM250.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai taburan hujan yang tinggi setiap tahun berikutan negera kita terletak di garisan Khatulistiwa.

Lihat sajalah sejak akhir-akhir ini, beberapa negeri kerap mengalami cuaca hujan agak ekstrem sehingga berlaku banjir.

Waktu ini, baju hujan yang bagus amat diperlukan untuk melindungi badan daripada terkena hujan lebih-lebih lagi mereka yang menaiki motosikal.

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan dalam situasi ini kita kena sediakan baju hujan yang berkualiti!

Jom lihat senarai jenis baju hujan terbaik atau raincoat terbaik untuk anda dapatkan secara online dengan mudah!


Senarai 11 Baju Hujan Yang Berkualiti

Givi RRS07 Rider tech Raincoat
Baju hujan terbaik secara keseluruhan 1 daripada 11
Givi RRS07 Rider tech Raincoat
Dari RM99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Tebal dan tahan lasak
Terdapat pantulan cahaya
Mahal
2 lagi
Kalis air sehingga 3000mm water column
Terdapat produk tiruan di pasaran

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama Givi antara salah satu brand yang dikenali dengan kualiti dan keupayaan kalis air yang bagus, selesa dipakai serta mempunyai reflector untuk keselamatan.

Ciri-ciri:

Givi RRS07 Rider Tech ini merupakan salah satu baju hujan yang berkualiti dengan lapisan kain yang tebal dan tahan lasak.

Malah keupayaan kalis air sehingga 3000mm water column bagi memastikan anda tidak basah atau sejuk ketika menunggang dalam cuaca hujan.

Zip baju hujan ini juga dilengkapi dengan pelindung kalis air untuk mengelakkan daripada air hujan masuk melalui zip baju hujan ini.

Terdapat juga pengudaraan pada bahagian belakang untuk meningkatkan transpirasi dan anda tidak akan rasa panas.

Bahagian dalam mempunyai lapisan pelapik jaring dalaman untuk memastikan anda selesa ketika memakainya.

Baju hujan ini terdapat dari saiz S hingga XXXL, anda juga dinasihatkan untuk membeli di pengedar yang sah untuk memastikan ketulenan produk.

Baju hujan ini turut mempunyai pantulan cahaya sebagai ciri keselamatan untuk memastikan anda mudah dilihat ketika hari hujan dan gelap.

Review:

“Produk yang berkualiti, berbaloi dengan harga, penghantaran pantas, servis terbaik.”

Motorcycle Rain Coat Waterproof Raincoat
Baju hujan murah 2 daripada 11
Motorcycle Waterproof Raincoat
Dari RM10.49
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Ringan semasa hujan
Bukan heavy duty
1 lagi
Ada strip reflektif keselamatan

Baju hujan motosikal yang murah ini direka untuk kegunaan yang optimum dalam keadaan basah. 

Set baju hujan berkualiti tinggi ini didatangkan bersama dengan seluar yang ringan, memastikan anda kekal selesa dan kering tanpa rasa berat walaupun basah. 

Sesuai untuk penunggang motosikal dan mereka yang bekerja di persekitaran yang terdedah kepada air.

Baju hujan ini menawarkan perlindungan jahitan yang sepenuhnya untuk mengelakkan kemasukan air, menjamin anda kekal kering. 

Selain itu, reka bentuknya membolehkan wap kelembapan daripada peluh keluar, meningkatkan keselesaan semasa penggunaan jangka panjang.

Yamaha X QUAT Raincoat
Baju hujan poncho 3 daripada 11
Yamaha X QUAT Raincoat (poncho)
Yamaha
Dari RM19.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga murah
Saiz bebas
Tak tahan lasak
1 lagi
Material jenis Polyester/PVC

Mahukan baju hujan jenis poncho? Anda boleh dapatkan baju hujan Poncho daripada Yamaha ini. 

Ianya saiz bebas, jadi anda tidak perlu risau tersalah beli saiz atau takut baju hujan tidak muat untuk dipakai.

Baju hujan ini jenis polyester/PVC, jadi ianya sudah tentu kalis hujan.

Mudah dipakai dan murah dibeli, sesuai untuk anda yang mahukan baju hujan simple dan murah.

GOTO Motorcycle Raincoat Three Layers Waterproof
Baju hujan windrunner 4 daripada 11
GOTO Motorcycle Raincoat Three Layers Waterproof
Goto
Dari RM199
Lihat harga di Shopee Malaysia
100% kalis hujan
Ada jalur reflektif
Harga agak mahal
1 lagi
Nipis dan ringan

GOTO Motorcycle Raincoat merupakan baju hujan kalis air tiga lapisan premium yang direka untuk penunggang motosikal.

Set baju hujan ini termasuk jaket, seluar, dan beg penyimpanan yang mudah dibawa dan disimpan. 

Tersedia dalam warna hitam, kelabu, jingga, dan hijau, serta saiz dari M hingga 3XL.

Baju hujan ini iperbuat daripada 210T Polyester Waterproof Fabric yang tahan lama dengan lapisan kalis air 100% dan pelapik PVC mesh poliester, ia menjamin perlindungan walaupun dalam hujan lebat. 

Jahitan disulami dengan pita PU untuk mengelakkan kebocoran, dan jalur reflektif 3M meningkatkan keterlihatan dan keselamatan semasa menunggang pada waktu malam. 

Topi baju hujan ini boleh disembunyikan apabila tidak digunakan, memberikan kemudahan semasa menunggang biasa, dan seluar dilengkapi dengan penutup kasut bersepadu untuk perlindungan 360 darjah. 

Dengan penilaian kalis air 10000mm H2O dan tahap kalis air gred 4, baju hujan ini sangat sesuai digunakan pada waktu hujan lebat.

Arai RRS04 2 layer Raincoat
Baju hujan heavy duty 5 daripada 11
Arai RRS04 2 layer Raincoat
Dari RM116.05
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tebal
Tahan lasak
Terdapat produk tiruan di pasaran
4 lagi
Keupayaan kalis air sehingga 5000 water column
Mempunyai reflector
Selesa dipakai
Mahal

Arai RRS04 merupakan salah satu baju hujan yang bagus dengan keupayaan kalis air sehingga 5000 water column. 

Bahagian zipnya mempunyai pelindung kalis air berganda untuk mencegah air hujan daripada masuk melalui zip.

Malah, baju hujan ini juga mempunyai ruang pengudaraan di belakang untuk meningkatkan transpirasi.

Material baju hujan ini diperbuat daripada nylon yang tahan lasak dan terdapat pelapik jaring dalaman untuk memberi keselesaan.

Bahagian lengan, leher dan buku lali juga elastik serta mempunyai pengancing cangkuk dan gelung serta boleh dilaras mengikut keselesaan anda.

Sebagai ciri keselamatan, baju hujan ini turut mempunyai reflector untuk memastikan anda mudah dilihat ketika cuaca hujan dan gelap.

Decathlon Quechua HikingCamping Raincoat
Baju hujan untuk hiking 6 daripada 11
Decathlon Quechua Hiking/Camping Raincoat
Dari RM39
Lihat harga di Shopee Malaysia
Murah
Mudah dibawa
Tidak disertakan dengan seluar
2 lagi
Mudah digunakan
Kalis air sehingga 2000mm

Kepada kaki hiking atau trekking di hutan, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli salah satu baju hujan yang bagus dari Decathlon.

Baju hujan ini mempunyai tahap kalis air sehingga 2000mm dan disertakan dengan hood untuk melindungi kepala.

Baju hujan ini juga ringan dengan berat hanya 175g, mudah digunakan dan zip boleh dibuka dengan mudah walaupun anda memakai sarung tangan.

Baju hujan ini juga mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengurangkan kondesasi atau pengewapan 

Traffic Reflective Fluorescent green Rain coat
Baju hujan polis 7 daripada 11
Traffic Reflective Fluorescent green Rain coat
Dari RM75.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tahap pantulan cahaya yang tinggi
Mempunyai penutup zip
Sukar untuk jumpa saiz kecil di pasaran
2 lagi
Material yang berkualiti tinggi
Sesuai untuk pelbagai kegunaan

Dengan warna fluorescent green yang mempunyai tahap pantulan cahaya yang tinggi, baju hujan ini membuatkan anda mudah dilihat dalam keadaan gelap.

Baju hujan ini diperbuat daripada material PVC dan Oxford yang kalis air, berkualiti tinggi dan membuatkan anda tidak rasa sejuk semasa cuaca hujan.

Baju hujan ini turut disertakan dengan seluar serta mempunyai hood untuk melindungi kepala.

Bahagian zip turut mempunyai penutup dengan buckle untuk mengelakkan daripada air hujan masuk melalui zip.

Baju hujan ini juga turut mempunyai pengudaraan untuk mengurangkan pengewapan dan kurangkan rasa panas untuk bahagian dalam badan anda.

Foxdry 04 Raincoat
Baju hujan tahan lasak 8 daripada 11
Foxdry 04 Raincoat
Dari RM100
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terdapat pelindung zip
Mempunyai reflector
Warna kurang menarik
3 lagi
Harga berpatutan
Tahan lasak
Ada poket

Baju hujan jenama Foxdry merupakan salah satu baju hujan yang semakin mendapat tempat dikalangan rider delivery berikutan kualiti dan harga yang berpatutan.

Baju hujan ini bukan sahaja kalis air tetapi turut direka dengan ciri ketahanan terhadap angin apabila cuaca hujan.

Bahagian zipnya mempunyai penutup dengan pelekat velcro untuk menghalang air hujan daripada masuk melalui zip.

Malah baju hujan ini juga mempunyai poket untuk menyimpan barangan peribadi anda. 

Sebagai ciri keselamatan, baju hujan ini turut mempunyai reflector untuk memastikan anda mudah dilihat apabila cuaca hujan.

Disposable Ponchos raincoat
Baju hujan plastik (pakai buang) 9 daripada 11
Disposable Ponchos raincoat
Dari RM2.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Murah
Mudah digunakan
Hanya boleh digunakan sekali sahaja
2 lagi
Mudah dibawa
Sesuai untuk pelbagai kegunaan

Sekiranya anda inginkan baju hujan bajet atau hanya menggunakan baju hujan sekali sekala sahaja, baju hujan pakai buang adalah pilihan sesuai.

Selain dari harga yang murah, kelebihan baju hujan pakai buang ini mudah disimpan dan mudah digunakan.

Erti kata lain, anda tidak perlu melipat semula sebaliknya terus buang selepas digunakan.

Walaupun murah, baju hujan ini mampu melindungi diri anda daripada basah dan sejuk ketika anda melakukan aktiviti di waktu hujan.

Baju hujan ini juga free size dan sesuai untuk semua saiz badan.

MotoWolf Rain Coat
Baju hujan motor/untuk rider 10 daripada 11
MOTOWOLF show cover rain coat motorcycle
MOTOWOLF
Dari RM118.75
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kain breathable
Sesuai untuk kegunaan harian
Perlu ambil up 1 size
2 lagi
Ada sarung kasut
Hood baju hujan boleh buka

Baju hujan MOTOWOLF ini menggunakan jenis fabrik 100D, polyester dan PU yang sangat breathable, selasa dan ringan ketika dipakai.

Ciri ini memberikan keselesaan pada pengguna ketika hujan kerana apabila fabriknya terkena air hujan tidak akan memberi kesan berat pada badan anda.

Baju hujan ini mempunyai pilihan saiz S,M,L,XL dan XXL serta ada 6 pilihan warna menarik, jika anda nak nampak menyerlah boleh pilh warna oren atau hijau. 

Baju hujan ini bukan sahaja sesuai digunakan ketika menunggang motorsikal biasa, juga sesuai untuk motocross, berbasikal, memburu, camping and hiking.

Dengan memilik kain yang berkualiti, baju hujan ini ada poket dan hood yang boleh ditanggalkan jika anda tidak menggunakannya serta getah bahagian lengan dan kaki boleh di laras dengan mudah.

Milando kids rain coat
Baju hujan kanak-kanak 11 daripada 11
MILANDO Kid Children Rain Coat
MILANDO
Dari RM9.49
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada bag simpanan
Baju hujan tebal
Susah nak butang
1 lagi
Rekaan menarik

Baju hujan comel ini 100% waterproof diperbuat daripada eco-friendly PVC, polyester dan eco-friendly EVA sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

Dengan saiz ukuran 65cm x 45cm x 53cm, baju hujan ini sesuai dipakai oleh kanak-kanak berusia 3 hingga 8 tahun dengan anggaran ketinggian 90cm hingga 130cm.

Baju hujan ini juga sesuai digunakan ketika hiking, camping dan aktiviti sukan luar kerana mudah disarung pada badan dan senang disimpan kerana mempunyai bag kecil.

Selain mempunyai rekaan yang menarik, baju hujan ini ada poket dan hood kepala untuk lindungi kepada kanak-kanak dengan baik.


Apakah Jenis-Jenis Baju Hujan?

Baju hujan merupakan barang keperluan wajib untuk setiap penunggang motosikal jadi haruslah memilih baju hujan yang berkualiti.

Tapi sebelum tu, ketahui jenis baju hujan yang sesuai untuk kegunaan harian anda supaya pembelian yang berbaloi.

  • Trenchcoat 

Baju hujan ini diperbuat daripada kapas gaberdine halus yang dirawat dengan bahan kimia supaya dapat menangkis air hujan.

Asalnya baju hujan ini direka untuk askar sewaktu Perang Dunia Pertama tetapi selepas perang, jenis baju hujan ini mendapat tempat dalam dunia fesyen.

Trenchcoat mempunyai lapel dan kolar dengan dua butang di hadapan dan tali pinggang kain.

  • Ponchos

Ponchos direka untuk memastikan anda kekal kering diwaktu hujan lebat.

Ponchos kebiasaannya mempunyai hood untuk melindungi kepala dan panjang sehingga ke paras pinggang atau lutut.

  • Jacket Hujan

Seperti jaket biasa, kebiasaannya pendek hingga ke paras pinggang, mempunyai pelbagai reka bentuk, ada yang berkolar, mempunyai penutup kepala, berzip ataupun hanya berbutang

Cuma sedikit berbeza, jaket hujan dapat melindungi daripada sejuk dan mempunyai fungsi kalis air.

  • Waterproof raincoat

Merupakan jenis baju hujan yang paling efektif dengan material yang berfungsi menghalang air sepenuhnya daripada meresap ke dalam fabrik ketika hujan lebat.

  • Water-resistant raincoat

Baju hujan jenis ini sesuai untuk melindungi anda apabila hujan yang tidak terlalu lebat atau terlalu lama.

Cuma apabila hujan terlalu lebat atau tempoh yang lama, air akan meresap ke dalam fabrik dan membuatkan anda basah

  • Water-repellent raincoat

Baju hujan jenis ini mempunyai gred DWR yang bermaksud kalis air dan tahan lama.

Direka dengan kemasan khas untuk memberi perlindungan hujan yang efektif.

  • Breathable raincoat  

Baju hujan ini bukan sahaja mempunyai fungsi kalis air dan perlindungan hujan, malah material baju hujan ini tidak memerangkap habas.

Ini menjadikan anda tidak terasa panas apabila anda memakainya.

  • Windproof Jacket

Sesetengah baju hujan mempunyai fungsi windproof kerana bukan sahaja menghalang anda daripada basah ketika hujan tapi turut berfungsi melawan rintangan angin yang kuat.

Sangat sesuai dipakai ketika cuaca hujan lebat atau angin yang kuat. 

Misalnya ketika anda menunggang motosikal, angin kuat boleh mengganggu penunggangan dan membahayakan anda.

Jadi dengan fungsi windproof, dapat  memberi lebih keselamatan ketika waktu hujan.


Baju Hujan Diperbuat Daripada Apa?

Baju hujan kebiasaannya diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang kalis air dan direka untuk keselesaan serta perlindungan maksimum.

Bahan yang paling biasa digunakan dalam pembuatan baju hujan termasuk:

  1. Poliester, jenis kain yang ringan, tahan lama, dan kalis air. Ia sering dilapisi dengan lapisan kalis air untuk meningkatkan keupayaannya menolak air.
  2. Nylon, bahan yang juga ringan dan kuat yang sering digunakan dalam baju hujan.
  3. PVC (Polyvinyl Chloride), sejenis plastik yang benar-benar kalis air. Baju hujan PVC biasanya lebih berat dan bukan jenis breathable, menjadikannya sesuai untuk penggunaan jangka pendek dalam hujan lebat.
  4. Gore-Tex, bahan berprestasi tinggi yang terkenal dengan sifat kalis air, angin, dan jenis breathable. Ia sering digunakan untuk baju hujan premium.
  5. EVA (Ethylene Vinyl Acetate), bahan yang fleksibel dan tahan lama yang digunakan dalam beberapa jenis baju hujan. Ia ringan dan kalis air, sering digunakan dalam ponco dan jaket hujan ringan.

Selain itu, dalam baju hujan terdapat juga ciri seperti hud, manset, dan kelim yang boleh disesuaikan, serta jalur reflektif untuk meningkatkan visibility dan keselamatan dalam keadaan malap.


Soalan Lazim

Apakah jenama baju hujan terbaik?

Jenama popular di Malaysia termasuk Givi (seperti siri RRS07), Benkia, Foxdry, OneDry dan Dryco, semuanya dikenali kerana kalis air yang kuat dan rekaan kemas pada bahagian leher dan kaki untuk elak air masuk.

Berapakah harga baju hujan?

Harga baju hujan di Malaysia bermula sekitar RM15 hingga RM20 untuk poncho pakai buang, dan RM150 hingga RM250 untuk model motosikal berjenama dua lapisan seperti Givi RRS07, RM231.00 di Shopee Malaysia (disemak 17 Ogos 2026).


Artikel Berkaitan

Kandungan

Lagi daripada ProductNation