Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
fat burner

12 Suplemen Fat Burner (Pembakar Lemak) Terbaik Malaysia 2024

Pastikan beli fat burner mengikut pelan diet sendiri.

Produk fat burner supplement atau supplement untuk kurus semakin popular terutama sekali dalam kalangan mereka yang ingin mengurangkan berat badan dalam tempoh masa yang singkat.

Kalau lihat di pasaran, memang banyak fat burner terbaik yang ditawarkan dan kadang-kadang kita pun tak tahu mana satu produk ubat pecah lemak paling berkesan.

Malangnya, kebanyakan produk kuruskan badan atau fat burner di pasaran menjejaskan kesihatan dalam tempoh jangka masa panjang.

Sebaiknya, ambillah fat burner paling berkesan yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk memudahkan anda membeli dan membuat pilihan, kami sediakan senarai fat burner lulus KKM dan juga ubat kurus paling berkesan untuk anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Produk Fat Burner Terbaik

Fat burner terbaik secara keseluruhan
Dr.Elizabeth's Body Fat Cut
Dr.Elizabeth
Dr.Elizabeth's Body Fat Cut
From
RM75.00
Check Dr.Elizabeth's Body Fat Cut price below:
add_circle Bakar lemak semasa tidur
add_circle Jangka hayat 24 bulan
remove_circle Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Anda mencari suplemen fat burner yang boleh bantu anda bakar lemak semasa tidur? Jangan risau, Dr. Elizabeth's Body Fat Cut adalah penyelesaiannya.

Sekarang waktu anda tidur pun dah boleh bakar lemak dengan berkesan!

Ciri-ciri:

Formula unik suplemen ini menggunakan kesan sinergi Xanthigen, gabungan kuat yang diperoleh daripada rumpai laut (Fucoxanthin) dan buah delima (Punic Acid). 

Bahan-bahan semula jadi ini bekerja bersama untuk meningkatkan metabolisme anda dan meningkatkan haba badan semasa tidur, membolehkan badan anda membakar sehingga 400 kcal dalam satu malam. 

Setiap kapsul dipenuhi dengan sifat pembakaran lemak, menjadikannya suplemen tambahan ideal untuk anda turunkan berat badan.

Hanya ambil satu kapsul sebelum tidur dan biarkan Dr. Elizabeth's Body Fat Cut berfungsi semasa anda sedang lena.

Dengan 30 kapsul sebotol, suplemen ini menawarkan bekalan sebulan pembakaran lemak yang mudah.

Review:

"Saya dah cuba produk body fat cut ni, memang berkesan dan akan terasa badan ringan. Mantaplah produk ni langsung tak ada kesan negatif."

Fat burner terbaik untuk wanita
Medik Halia Bara 80 Kapsul Dan Losyen Perut Pati HALIA
Medik Halia Bara 80 Kapsul Dan Losyen Perut Pati HALIA
From
RM48.00
Check Medik Halia Bara 80 Kapsul Dan Losyen Perut Pati HALIA price below:
add_circle Tidak rasa ubat
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Perlu konsisten untuk dapatkan hasil

Bahan yang digunakan berasaskan bahan semula jadi, iaitu halia bara yang menjadi pilihan sejak turun-temurun untuk mengurangkan berat badan.

Losyen badan daripada halia bara ini juga boleh merupakan krim pecah lemak paling berkesan untuk anda yang mahu kurus, jadi boleh juga dijadikan sebagai losyen pecah lemak di paha.

Produk ini datang dalam bentuk losyen dan kapsul yang diperbuat daripada halia bara.

Memang sesuai untuk mereka yang ingin bakar lemak dan badan langsing.

Terdapat 80 biji kapsul untuk proses penghadaman supaya dapat membuang angin toksik dalam badan.

Manakala losyen perut pati halia pula dapat membantu anda yang mengidamkan perut yang kempis dan kurus.

Jika diamalkan secara konsisten, anda akan nampak kesannya.

Jangan risau, jenama bakar lemak ini telah mendapat kelulusan dari pihak KKM (MAL20040059TC).

Fat burner cream & pills
Lemontab kurus Langsing Pure Lemontab Original
Lemontab kurus Langsing Pure Lemontab Original
From
RM100.00
Check Lemontab kurus Langsing Pure Lemontab Original price below:
add_circle Mengawal selera makan
add_circle Meningkat metobolisme
add_circle Buang toksin dalam badan
add_circle Menstabilkan hormon
add_circle Menurunkan kolestrol
remove_circle Harga mahal

Teringin untuk mendapatkan bentuk badan ideal anda kembali? Segera dapatkan Lemontab original plus sebelum kehabisan stok!

Produk keluaran HQ Fereena Beauty ini dapat membantu mengawal metabolisme.

Malah dapat membuang toksin dan membakar lemak jahat tanpa kesan sampingan yang memudaratkan badan anda. 

Antara keistimewaan produk ini adalah kerana ianya diperbuat daripada bahan campuran semulajadi, jadi anda tidak akan merasa seperti memakan ubat.

Disamping itu, asam keping yang ada dalam produk ini dapat membantu menghilangkan sakit kepala.

Dalam pada masa yang sama anda dapat juga menghilangkan berat badan anda pada bahagian perut, pinggul dan peha.

Produk ini juga menawarkan pakej bersama krim bakar lemak yang anda boleh dapatkan dengan harga berpatutan.

Jangan khuatir, produk ini telah mendapat kelulusan dari KKM dengan nombor siri (MAL20172980TC).

Fat burner terbaik di Watsons
Blackmores Lecithin
Blackmores
Blackmores Lecithin
From
RM38.78
Check Blackmores Lecithin price below:
add_circle Merendahkan kolestrol
add_circle Melindungi sel dari kerosakan
add_circle Meningkatkan fungsi otak
add_circle Membantu proses penurunan berat badan
remove_circle Tidak sesuai untuk ibu menyusu

Fat burner terbaik ini anda boleh dapatkan di Watson. 

Blackmores Lecithin 1200 ini diformulasi dari kacang soya dan sesuai dijadikan konstituen semulajadi untuk tubuh badan. 

Malah dapat mengawal berat badan anda dengan mengamalkan fat burner daripada Blackmores ini.

Selain dapat membantu anda mencapai berat badan ideal, produk ini dapat melarut kolesterol dan mengurangkan PMS dan monopos.

Ini kerana lecithin mengandungi bahan istimewa bagi bertindak untuk masalah di atas.

Produk ini telah mendapat kelulusan KKM - MAL22016048NCR.

Fat burner green tea
Beauxlim Botanical Tea with Garcinia Cambogia
Beauxlim Botanical Tea with Garcinia Cambogia
From
RM16.50
Check Beauxlim Botanical Tea with Garcinia Cambogia price below:
add_circle Meningkatkan proses pencernaan
add_circle Meningkatkan immunity
add_circle Membantu meningkatkan mood dan lebih tenang
add_circle Membantu meningkatkan proses bakar lemak dan metabolisme
remove_circle Rasa teh tidak sedap

Pembakar lemak tapi dalam bentuk uncang teh? Memang sesuai bagi mereka yang tidak gemar menelan kapsul ataupun mengamalkan sapuan losyen.

Walaupun hanya dengan uncang teh tapi fungsinya tetap boleh menurunkan berat badan.

Botanical Tea ini mengandungi garcinia cambogia, daun teh hijau, serai, daun stevia dan pelbagai ramuan tradisional lain yang sesuai untuk turunkan berat badan. 

Memang tak ada gula langsung tapi daun stevia yang terdapat dalam produk ini dijadikan sebagai pengganti gula pasir.

Daun stevia tidak mempunyai kalori, kolesterol serta karbohidrat sama sekali menjadikan minuman ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah diabetes.

Produk ini telah diluluskan dan dibenarkan berada dalam pasaran oleh pihak KKM dengan nombor siri (MAL18036177T).

Pil meningkatkan metabolisme di farmasi
Shaklee Lecithin
Shaklee Lecithin
From
RM85.80
Check Shaklee Lecithin price below:
add_circle Melindungi hati
add_circle Membakar lemak dan kolestrol
add_circle Menyembuhkan alergi

Produk fat burner keluaran Shaklee antara produk yang popular di pasaran kini. 

Tahukah anda Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian?

Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Selain itu lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.

Sebab itu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yg mengeras. 

Antara keistimewaan lain lecithin kerana ia dapat membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati, jadi ia memang sesuai untuk lelaki.

Usah khuatir, produk ini mendapat kelulusan penuh dari KKM dengan nombor siri (MAL21026103NC).

Keto fat burner
Keto Actives Ultimate Keto Fat Burning
Keto Actives
Keto Actives
From
RM26.50
Check Keto Actives Ultimate Keto Fat Burning price below:
add_circle 100% natural
add_circle Mengurangkan rasa lapar
add_circle membekalkan tenaga
remove_circle Tidak berperisa

Kapsul Keto ini mengandungi asid linoleik, kafein, ekstrak jintan manis dan bahan lain sebagai komponen utamanya, menjadikan ia sebagai produk bakar lemak 100% semula jadi.

Produk ini sangat sesuai jika anda sedang menjalani diet Keto dan mahukan kesan yang lebih efisen.

Keto Actives ini akan mengaktifkan pembakaran lemak yang akan mengurangkan lemak terkumpul, dan juga meningkatkan tahap metabolisme badan. 

Selain itu, ia turut membantu membekalkan tenaga yang diperlukan untuk anda menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang gangguan.

Lebih menarik, keinginan anda untuk menguyah sebarang snek ringan akan berkurangan kerana produk ini turut berfungsi mengurangkan nafsu makan.

Fat burner terbaik untuk lelaki
Cobra Labs The Ripper Fat Burner
Cobra Labs
Cobra Labs The Ripper Fat Burner
From
RM88.80
Check Cobra Labs The Ripper Fat Burner price below:
add_circle Ada pelbagai perisa
add_circle Tindak balas pantas
add_circle Bekal tenaga sepanjang hari
add_circle Mengawal selera makan
remove_circle Kurang sesuai untuk wanita

Anda merupakan kaki gym dan mahu bina badan menjadi lebih sasa?

Ini mungkin jadi produk fat burner powder yang berkesan untuk anda ambil sebelum memulakan rutin gym anda.

Apa yang bagus tentang produk bakar lemak ini adalah ia memberi tindak balas yang segera, sebaik sahaja selepas anda mengambilnya.

Selain itu, anda juga akan dapat mengawal selera makan anda selepas mengambil produk ini.

Anda juga tidak perlu risau dengan tenaga harian anda disebabkan anda diet dan kurang makan, kerana fat burner ini akan bekalkan tenaga yang diperlukan seharian.

Untuk hasil yang lebih cepat dan berkesan, anda boleh sertakan produk ini dalam diet plan anda dan konsisten mengambilnya untuk tempoh 2 bulan berturut-turut.

Fat burner powder
21st Century Fat Burner Powder
21st Century
21st Century Fat Burner Powder
From
RM59.21
Check 21st Century Fat Burner Powder price below:
add_circle Mengandungi fiber
add_circle Rendah kalori
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Perlu bancuh dengan air

Kalau anda mencari pembakar lemak jenis serbuk, boleh je dapatkan 21st Century Fat Burner Powder ni.

Formula pembakar lemak dan pengganti makanan rendah kalori ini direka untuk membantu anda mengurangkan berat badan dengan mudah. 

Diperkaya dengan serat penting, ia akan membuatkan perut anda terasa penuh, secara tak langsung mengurangkan rasa lapar dan menghalang anda daripada mengambil makanan berlebihan.

Salah satu cabaran terbesar semasa diet adalah rasa lapar yang berterusan yang boleh menyebabkan anda sentiasa terasa nak makan.

Segelas Weight Loss Powder ini dapat mengurangkan rasa lapar, membolehkan anda kekal konsisten dengan program diet dengan mudah.

Susu fat burner terbaik
One Shot Nutrition Fat Burner BurnX
One Shot Nutrition
One Shot Nutrition Fat Burner BurnX
From
RM79.00
Check One Shot Nutrition Fat Burner BurnX price below:
add_circle Tingkatkan kadar metabolisme
add_circle Menguatkan stamina dan tenaga
add_circle Mengawal selera makan
remove_circle Perlu bancuh dengan air

One Shot Nutrition Fat Burner BurnX direka untuk meningkatkan metabolisme anda dan juga menggandakan kadar pembakaran lemak dalam badan anda. 

Sama ada anda ingin meningkatkan prestasi senaman atau menghilangkan berat badan yang susah untuk turun, BurnX adalah pilihan terbaik anda. 

Formula uniknya bukan sahaja meningkatkan stamina dan tahap tenaga, ia juga boleh dijadikan suplemen pra-senaman terbaik.

Dalam masa yang sama, fat burner ini akan membantu mengawal selera makan anda, mengurangkan keinginan makan berlebihan dan mempromosikan tabiat makan yang lebih sihat. 

BurnX berkesan menukar lemak kepada tenaga, memberikan punca tenaga kepada badan anda dan membantu anda memfokuskan kawasan degil seperti perut, paha, lengan, dan dagu. 

Selain itu, ia menyekat penyerapan gula dan karbohidrat, menghalangnya daripada menjadi lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak keseluruhan dalam badan anda.

Fat burner lelaki dan wanita
FBX Burn Fat Booster Fat Burner Xtreme
FBX
FBX Burn Fat Booster Fat Burner Xtreme
From
RM130.00
Check FBX Burn Fat Booster Fat Burner Xtreme price below:
add_circle Sesuai untuk lelaki dan wanita
add_circle Diperakui KKM
add_circle Menukar lemak menjadi tenaga
remove_circle Perlu bancuh dengan air

FBX Burn Fat Booster Fat Burner Xtreme merupakan suplemen pembakar lemak yang direka untuk mengubah metabolisme dan tahap tenaga anda. 

Formula fat burner ini membantu menukar lemak menjadi tenaga, walaupun anda tidak bersenam. 

Memang seronok tak perlu bersenam tapi dapat bakar lemak!

Sama ada anda berjalan, berdiri, atau bekerja sambil duduk, FBX Burn mengaktifkan metabolisme anda, memastikan semua lemak diproses menjadi tenaga. 

Ini menghasilkan rasa bertenaga yang berterusan dan menghalang makanan daripada mudah disimpan sebagai lemak. 

FBX Burn bukan sahaja mempercepatkan pembakaran lemak, tetapi juga meningkatkan prestasi senaman anda, memastikan anda berpeluh dan membakar lebih banyak kalori semasa bersenam.

Produk fat burner terbaik
BluePink - Fat Meltz
BluePink
BluePink - Fat Meltz
From
RM411.17
Check BluePink - Fat Meltz price below:
add_circle Diperakui KKM
add_circle Meningkatkan tenaga
add_circle Mengawal penggunaan lemak & gula
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung

BluePink - Fat Meltz direka untuk mengatur metabolisme badan anda, memastikan lemak dan gula digunakan secara berkesan untuk pengeluaran tenaga dan bukannya disimpan. 

Selain itu, suplemen ini bukan sahaja membantu dalam penurunan berat badan dengan mengoptimumkan cara badan anda memproses lemak dan gula, tetapi juga memberikan peningkatan tenaga yang ketara.

Ia akan memastikan anda sentiasa aktif dan bermotivasi sepanjang hari. 

Walau bagaimanapun, produk ini tidak sesuai untuk semua orang. 

Ia tidak boleh diambil oleh golongan yang hamil atau menyusukan anak, mengalami masalah kesihatan yang serius, mempunyai penyakit buah pinggang atau hati, atau mengambil ubat preskripsi khas seperti ubat psikotropik.

Anda boleh dapatkan dahulu nasihat doktor sebelum mengambil apa jua jenis suplemen pembakar lemak.


Sebenarnya Fat Burner Untuk Apa?

Fat burner atau pembakar lemak merupakan suplemen atau zat makanan tambahan.

Jika anda mengamalkan suplemen fat burner, suplemen ini akan:

  • Meningkatkan metabolisme lemak (termogenesis).
  • Memecahkan lemak (lipolisis).
  • Menahan nafsu makan.

Fat burner sebenarnya bukanlah membakar lemak secara terus tapi bertindak dengan merangsang proses pembakaran lemak tubuh.

Malangnya ramai yang beranggapan ia membakar lemak secara langsung.

Untuk fahamkan lebih lanjut, jom dengarkan penjelasan menerusi video dibawah.


Ada Tak Kesan Sampingan Fat Burner?

The Food and Drug Administration (FDA) sudah menetapkan kuantiti sesuatu kandungan dalam pengambilan suplemen. 

Jadi anda boleh rujuk bahan yang terkandung sesuatu produk dari botol produk bagi memastikakan bahan digunakan adalah selamat.

Jika anda tidak meneliti isi kandungan sesuatu produk sama ada bahaya atau tidak, anda berpotensi untuk mendapat kesan sampingan.

Antaranya:

  • Berisiko mengalami kegagalan hati jika mengambil kuantiti yang berlebihan.
  • Mudah berasa cemas, gelisah, atau kelelahan.
  • Mudah merasa mual, serangan panik, dan tekanan darah tinggi.
  • Meningkatkan berat badan secara terlampau jika terlalu banyak mengkonsumsi produk suplemen terutama yang mengandung gula tambahan.

Tapi, jika produk tersebut telah mendapat kelulusan dari KKM, anda tidak perlu risau lagi.

Cuma, jika anda ibu menyusu sila dapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu.


Cara Makan Fat Burner

Bagi anda yang mempunyai masalah untuk turunkan berat badan, tentu anda perlukan suplemen tambahan untuk membantu perjalanan diet anda seperti fat burner.

Fat burner adalah suplemen yang direka untuk membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan lebih cepat. 

Kalau anda kurang pasti cara pengambilan fat burner, boleh ikut beberapa panduan umum tentang cara mengambil fat burner dengan betul ini.

  1. Sentiasa baca dan ikut arahan yang terdapat pada label produk. Setiap jenama mungkin mempunyai cadangan dos yang berbeza.
  2. Telan kapsul atau tablet fat burner dengan segelas air penuh untuk memastikan penyerapan yang baik dan mengelakkan dehidrasi.
  3. Fat burner biasanya diambil sebelum sarapan atau sebelum bersenam. Ini kerana kandungan kafein dan bahan perangsang lain boleh membantu meningkatkan tenaga dan prestasi semasa bersenam.
  4. Elakkan mengambil fat burner pada waktu malam kerana kandungan perangsang boleh mengganggu tidur anda, kecuali jika dinyatakan ia boleh diambil pada waktu malam sebelum tidur.
  5. Jika anda baru menggunakan fat burner, mulakan dengan dos yang rendah untuk melihat tindak balas tubuh anda. Kemudian, anda boleh meningkatkan dos secara beransur-ansur mengikut keperluan.
  6. Untuk hasil yang terbaik, gabungkan penggunaan fat burner dengan diet yang sihat dan rutin senaman yang konsisten.
  7. Anda juga boleh perhatikan bagaimana tubuh anda bertindak balas terhadap fat burner. Jika terdapat kesan sampingan yang tidak diingini, hentikan penggunaan dan berunding dengan doktor.
  8. Jika fat burner anda mengandungi kafein, elakkan mengambil kafein tambahan dari sumber lain seperti kopi atau minuman tenaga untuk mengelakkan kesan sampingan seperti kegelisahan atau gangguan tidur.

Bagaimanapun, adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan sebelum mengambil fat burner supaya anda tahu pengambilan yang betul dan juga amalan yang perlu dilakukan sepanjang pengambilan fat burner.


Adakah Fat Burner Selamat Untuk Diambil?

Sebelum mengambil apa-apa jenis suplemen, tentu anda tertanya-tanya adakah ia selamat untuk anda.

Begitu juga dengan pengambilan fat burner, keselamatannya bergantung kepada beberapa faktor termasuk bahan-bahan yang digunakan dalam produk, dos yang diambil, dan keadaan kesihatan individu. 

Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil fat burner adalah memastikan bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan yang tidak diketahui atau yang mempunyai rekod kesan sampingan yang serius.

Baca dahulu label yang tertera dan perhatikan bahan-bahan yang digunakan dalam fat burner tersebut.

Selain itu, fat burner mungkin tidak sesuai untuk individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, masalah hati atau buah pinggang. 

Buat ibu mengandung juga adalah tidak dinasihatkan untuk mengambil fat burner kerana boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Jika anda mempunyai sebarang keadaan kesihatan yang serius, adalah penting untuk berunding dengan doktor sebelum mengambil fat burner.

Selain itu, banyak fat burner mengandungi kafein atau bahan perangsang lain yang boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kegelisahan, peningkatan kadar degupan jantung, dan gangguan tidur. 

Jika anda sensitif terhadap kafein, pilih fat burner yang tidak mengandungi bahan perangsang.

Paling penting, pilih fat burner daripada jenama yang dipercayai dan yang telah melalui ujian klinikal untuk memastikan kualiti dan keselamatannya.

Kesimpulannya, fat burner adalah selamat untuk diambil jika digunakan dengan betul dan oleh individu yang sesuai. 

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk melakukan penyelidikan, membaca label dengan teliti, dan berunding dengan profesional kesihatan sebelum memulakan pengambilan sebarang suplemen baru.


Artikel Berkaitan

End of Article