Probiotik adalah salah satu bakteria baik untuk menjaga kesihatan usus dan merupakan makanan untuk usus sihat.
Bakteria atau organisma hidup seperti Lactobacillus casei dan Lactiplantibacillus plantarum yang terdapat dalam minuman probiotik atau makanan probiotik memang baik untuk menjaga kesihatan usus kita.
Selain minuman, terdapat juga ubat probiotik atau vitamin probiotik yang anda boleh dapatkan di farmasi.
Jika anda tidak mahu mengambil ubat jenama bagus probiotik, anda juga boleh mengambil makanan tinggi probiotik seperti tempe, yogurt dan keju.
Penjagaan usus atau sistem pencernaan perlu dititikberatkan, terutama sekali ketika usia semakin meningkat.
Bagi mendapatkan probiotik yang bagus atau probiotik di farmasi pula, anda haruslah memastikan jenama produk tersebut disahkan oleh pihak KKM.
Jadi, disebabkan kami amat pentingkan penjagaan kesihatan anda, jom lihat senarai harga probiotik dan jenama probiotik yang bagus di bawah.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 17 Probiotik Terbaik & Berkesan
Sebab menjadi pilihan utama:
Dapat mengurangkan pertumbuhan kulat dan bakteria, serta membantu penghadaman laktosa (gula susu) dan protein dalam usus.
Ciri-ciri:
Probiotik jenama 21st Century ini mempunyai 4 jenis organisma hidup baik iaitu Lactobacillus Acidophilus, Lactobacillus Salivarius, Bifidobacterium Bifidum dan Streptococcus Thermophilus.
Semua kandungan ini dapat membersihkan saluran usus dengan menyingkirkan kolon dan menggalakkan pergerakan usus secara normal.
Produk ini juga dapat menghasilkan lactic acid yang mengimbangi kadar pH usus serta menghalang pertumbuhan H.Pylori yang menyebabkan masalah gastrik.
Cara pengambilannya mudah sahaja, iaitu sehari satu kapsul setiap kali selepas makan atau dapatkan saranan dari ahli farmasi atau doktor.
Paling penting probiotik 21st Century ini telah mendapat pengiktirafan KKM (MAL07050889XR).
Review:
“Dah cuba probiotik ni beberapa hari yang lepas. Memang sesuai dijadikan sebagai supplement tambahan untuk wanita, dan harganya juga murah.”
Lebih mudah kalau bagi probiotik pada bayi dalam bentuk cecair. Anda boleh bagi Enterogermina Liquid Probiotic ini pada bayi anda untuk kesihatan usus bayi.
Probiotik ini diformulasikan khas untuk mengekalkan keseimbangan flora usus yang tepat, mengembalikan keseimbangan bakteria dalaman.
Selain itu, ia juga membantu meningkatkan imuniti, dan memberikan penjagaan usus yang lembut untuk anak anda.
Enterogermina mengatasi punca masalah pencernaan seperti cirit-birit dengan mengembalikan keseimbangan semula jadi bakteria usus, serta mempromosikan pemulihan yang lebih cepat. Tambahan lagi, ia menyumbang kepada pembetulan dysvitaminosis, memastikan pengeluaran dan penyerapan vitamin yang betul.
Paling penting, formula supplement untuk usus ini bebas laktosa, bebas gula, dan bebas gluten, selamat untuk perut dan usus bayi anda.
Produk Lacto-5 ini mengandungi 5 strain bakteria baik iaitu Lactobacillus acidophilus, Bacillus subtillis, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium longum, dan Streptococcus thermophilus.
Kesemua bakteria ini sangat bagus untuk penjagaan usus yang sihat di samping mampu untuk merawat cirit-birit, sakit perut, perut kembung dan sembelit.
Cara penyimpanannya juga sangat mudah, tidak perlu masuk ke peti sejuk untuk tujuan penyimpanan.
Hanya perlukan ruang pada suhu bilik dan perlu sentiasa ditutup dengan rapat.
Cara pemakanan untuk produk ini adalah satu kapsul sehari selepas makan bagi dewasa dan kanak-kanak.
Jangan risau probiotik Lacto-5 ini telah mendapat pengiktirafan dari KKM (MAL09072807XC).
Bukan sahaja manusia yang menghadapi masalah penghadaman, haiwan juga mengalami masalah yang sama.
Jika ada di antara anda memelihara haiwan seperti anjing atau kucing dan mengalami masalah penghadaman, produk ini adalah jalan penyelesaiannya.
Ini kerana probiotik Borammy Pet Supplement ini dapat menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus si manja kesayangan anda.
Selain itu, probiotik ini juga dapat merawat masalah cirit-birit, muntah-muntah dan obesiti.
Cara pengambilan probiotik ini adalah 1-3 tablet sehari untuk anak kucing dan anak anjing.
Manakala untuk anjing dan kucing dewasa pula, 3-6 tablet sehari dan untuk anjing spesis yang bersaiz besar, 6-12 tablet sehari.
Probiotik dari jenama Blackmores ini sangat sesuai jika anda merupakan seorang lelaki yang mahu mengambil suplemen tambahan harian.
Blackmores Probiotics+ Daily Health ini juga mampu melawan bakteria H. pylori yang menjadi punca kepada masalah gastrik.
Selain membantu melegakan sakit gastrik, probiotik ini juga akan menggalakkan keselesaan sistem pencernaan dengan mengekalkan lapisan lendir dalam usus.
Walaupun harganya sedikit mahal, sebagai jenama yang dikenali, probiotik ini menjadi antara pilihan ramai sebagai probiotik harian yang dipercayai.
Jadi anda pun tak perlu ragu-ragu kerana ia juga diiktiraf KKM.
GKB Kids Probiotic+Vitamin C mengandungi probiotik iaitu Lactobacillus Paracasei yang ditingkatkan dengan Vitamin C.
Dalam bentuk tersedia untuk dimakan, setiap paket mengandungi 10 bilion probiotik hidup dan 100mg Vitamin C.
Probiotik + Vitamin C ini amat baik untuk mengatasi masalah Allergic Rhinitis, mengurangkan gejala alergi dan meningkatkan imuniti anak anda.
Probiotik ini boleh dimakan terus atau campur dengan air, cuma ambil 1 sachet setiap hari dan lebih baik diambil sebelum makan.
Probiotik ini sememangnya penyelamat bagi kanak-kanak yang mengalami alahan!
Lacto GG Probiotik adalah kapsul sayuran yang mengandungi 20 bilion bakteria hidup ''GG'' dan inulin, serat sayuran yang bertindak sebagai makanan untuk bakteria hidup.
Probiotik ini mengurangkan risiko jangkitan pada bayi lahir pramatang dan bayi kecil, serta membantu mencegah penyakit gastroenteritis pada kanak-kanak.
Selain itu, ia mengurangkan iritasi gastrik, menyembuhkan ulser gastrik dan memperbaiki tanda serta gejala masalah alahan seperti ekzema atopik (alahan kulit), alahan susu lembu (alahan makanan), dan resdung atau alahan hidung.
Sesuai untuk bayi baru lahir, kanak-kanak kecil, ibu hamil, ibu menyusu hingga individu berusia lebih dari 95 tahun.
Untuk kanak-kanak, ambil setengah atau satu kapsul sehari, kapsul perlu dibuka dan isinya dimasukkan terus ke dalam mulut kanak-kanak atau dicampur dengan susu pada suhu bilik.
GKB Probizyme diformulasikan dengan probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein, dan enzim lemak yang membantu merawat masalah pencernaan.
Setiap bungkusan mengandungi 4 bilion CFU dan memberikan pelbagai kebaikan kepada pengguna.
Antaranya termasuk meningkatkan ekologi flora usus, membantu masalah sembelit dan cirit-birit, serta menyokong fungsi usus.
Produk ini juga mampu menghidrolisis kanji dan karbohidrat, membantu dalam penghidrolisisan protein dalam pelbagai keadaan pH, serta menghidrolisis lemak menjadi monogliserida, digliserida, gliserin, dan asid lemak bebas.
Cukup ambil 1 bungkusan sekali sehari, lebih baik selepas makan dengan memasukkan 1 bungkusan ke dalam segelas air, kacau dengan baik, dan minum segera.
GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah sejenis probiotik yang dapat membantu dalam penurunan berat badan dan kesihatan usus.
Setiap kapsul mengandungi 40 bilion probiotik dengan penyerapan 10 kali ganda, membolehkannya berada lebih lama dalam usus untuk menyerap lemak dengan lebih efektif.
Selain itu, turut membantu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik yang meningkatkan metabolisme dan pencernaan.
Manfaatnya termasuk mengurangkan lemak badan, memperbaiki pergerakan usus, melegakan sembelit, mengurangkan selera makan, meningkatkan sistem imun, dan memperbaiki penampilan kulit.
Jangan risau, ia bukan steroid atau bahan rangsangan yang akan memberi kesan negatif, tetapi kami nasihatkan anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambilnya.
Sebut sahaja Amway Nutrilite, kami yakin anda pasti pernah mendengar tentang produk ini dan mempercayai jenama ini.
Nutrilite Mixed Probiotic ini mengandungi campuran eksklusif lima strain probiotik yang boleh menyeimbangkan dan mengekalkan mikrobiota usus serta menyumbang kepada persekitaran usus yang sihat.
Ia mengandungi serat tambahan untuk pertumbuhan bakteria dan Ekstrak Akar Chicory yang membekalkan serat prebiotik inulin untuk menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Probiotik ini sangat sesuai untuk anda yang sering mengembara, individu dengan diet yang tidak seimbang dan jadual padat, tetapi masih ingin menjaga kesihatan usus.
Anda boleh memilih untuk menuangkannya terus ke lidah atau menambahkannya ke dalam makanan atau minuman sejuk.
Life-Space Broad Spectrum Probiotic mengandungi 15 strain bakteria yang baik dan menyokong sistem pencernaan yang sihat.
Ia diformulasikan secara khusus untuk:
- Menyokong kesihatan dan kesejahteraan harian
- Mengekalkan kesihatan sistem imun
- Menyokong mikrobiom usus
- Menyokong fungsi usus yang sihat.
Produk ini juga sesuai untuk vegetarian dan tidak mengandungi susu, gluten, telur, pewarna atau perisa tiruan.
Dengan Life-Space Broad Spectrum Probiotic, anda dapat menjaga kesihatan badan serta usus dengan lebih baik.
Profido Granule Probiotik adalah campuran Isomalto-Oligosakarida (IMO) dengan Bifidobacteria.
Setiap sachet mengandungi 30 bilion CFU dan ia membantu mengekalkan tahap kesihatan usus, memang sesuai bagi anda yang sedang mencari probiotik dengan harga murah.
Bagi dewasa, boleh ambil 2 sachet sehari sebelum atau selepas makan, manakala kanak-kanak hanya perlu 1 sachet.
Anda boleh mengambilnya secara langsung atau campur dengan minuman pada suhu bilik, jadi ia sebenarnya mudah dan cepat untuk disediakan.
Bagaimanapun, diingatkan pengambilan berlebihan boleh memberi kesan julap atau cirit-birit.
Jika anda mencari vitamin tambahan yang mengandungi probiotik dan prebiotik dalam satu kapsul, anda boleh cuba MegaLive FloraMax Pro ini.
Setiap kapsul boleh menyalurkan 20 Billion CFU untuk menyokong kesihatan usus dan juga kesejahteraan kesihatan anda secara keseluruhan.
Antara kelebihan vitamin tambahan ini adalah ia mempunyai 19 strain probiotik dan 2 jenis prebiotik untuk meningkatkan fungsi sistem pencernaan anda.
Selain itu, formula setiap kapsul merangsang pertumbuhan bakteria yang baik, meningkatkan penyerapan mineral dan memperbaiki pergerakan usus untuk kesihatan usus yang optimal.
MegaLive FloraMax Pro sesuai untuk individu yang ingin mengekalkan mikroflora normal dalam perut dan untuk mereka yang menghadapi pelbagai masalah pencernaan, termasuk kembung perut, pembersihan kolon, kolesterol tinggi, ulser peptikum, cirit-birit, disfuimun, jangkitan kulat, dan alergi.
Paling penting, vitamin tambahan ini mendapat pengiktirafan KKM (MAL17126035NC).
GKB G-Pro Gold Probiotics dihasilkan dengan campuran 8 strain probiotik, dan setiap satunya dipilih khas untuk memastikan usus anda mendapat sokongan dan perlindungan optimal.
Dengan strain probiotik termasuk Bifidobacterium breve, Bifidobacterium bifidum, Lactobacillus brevis, dan lain-lain lagi, GKB G-Pro Gold Probiotics diformulasikan untuk menggalakkan keseimbangan pencernaan dan kesejahteraan kesihatan keseluruhannya.
Bagi setiap kapsul terdapat 80 billion probiotik yang hidup, jadi anda akan dapat keberkesanan maksimum untuk setiap pengambilan.
Jadi siapa yang sesuai ambil GKB G-Pro Gold Probiotics ini?
Probiotik ini sesuai untuk anda yang bekerja di bawah tekanan, atau yang ingin memperkuat kesihatan usus.
Ia juga sesuai untuk yang menghadapi sindrom usus bocor atau masalah pencernaan yang ketara.
Tambahan lagi, produk ini boleh menguruskan masalah seperti ulser gastrik, sindrom usus sensitif (IBS), kolitis ulseratif, dan jangkitan H. pylori.
Infinity Probiotics Plus dihasilkan untuk memulihkan dan menyokong kesihatan gastrointestinal anda.
Dengan gabungan yang kuat dari flora mikro yang bermanfaat, makanan tambahan ini mengatasi pelbagai gangguan gastrointestinal, termasuk halitosis (bau mulut busuk), sakit epigastrik, pedih ulu hati, kembung, ketidakselesaan pencernaan, intoleransi laktosa, cirit-birit, kolitis, dan sembelit.
Selain itu, Infinity Probiotics Plus juga bermanfaat untuk menguruskan jangkitan H. pylori dan komplikasinya, mengurangkan risiko sindrom usus sensitif (IBS), serta meningkatkan imuniti keseluruhan.
Ia boleh memberikan kelegaan dari penyakit alahan, asma, dan ekzema sambil menyokong kesihatan saluran kencing dan meningkatkan kesihatan alat kelamin wanita.
Sangat sesuai untuk kesihatan wanita secara keseluruhan.
Probiotik Flora Biotic ini boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan perut dan usus anda, serta mengatasi pelbagai masalah gastrointestinal.
Ia sesuai diambil oleh semua orang dewasa, terutamanya yang mengalami masalah pencernaan seperti cirit-birit, sembelit, kembung perut, dan ketidakselesaan perut.
Sama ada anda menghadapi intoleransi laktosa, jangkitan berkaitan dengan bakteria H. pylori, atau sindrom usus sensitif (IBS), Flora Biotic ini menyediakan kelegaan segera dan sokongan tambahan.
Selain itu, ia juga membantu mengawal jangkitan saluran kencing dan penyakit alahan seperti asma.
Eldon Nutrition Probiotics - Probiocare GI PLUS mempunyai gabungan unik enam strain probiotik HOWARU® yang terbukti secara klinikal.
Ia diformulasikan khas untuk mengatasi masalah pencernaan secara efektif.
Setiap sachet Probiocare GI PLUS menyampaikan rasa yogurt yang lazat bersama dengan 30 billion CFU, menyediakan sokongan optimal untuk sistem pencernaan anda.
Selain itu, setiap sanchet mudah diambil secara minuman atau dimakan terus, dan ia juga boleh bertindak sebagai antibiotik untuk badan.
Probiotik ini sesuai untuk individu yang mengalami sembelit, ketidakselesaan usus seperti masalah pencernaan, kembung, dan sakit perut, serta mereka yang mengalami sindrom usus sensitif (IBS) dan cirit-birit, termasuk cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik dan gastroenteritis (jangkitan perut).
Apa Itu Probiotik?
Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang terdapat pada dinding usus kita dan ia membantu menjadikan usus kita lebih kuat serta sihat.
Bakteria baik ini membantu menggalakkan kesihatan yang baik, dan juga membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
Tanpa khasiat probiotik yang mencukupi, anda mungkin akan terdedah dengan masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, obesiti dan masalah berkaitan usus yang lain.
Waktu Terbaik Makan Probiotik
Kebiasaannya waktu terbaik untuk mengambil probiotik adalah pada waktu malam sebelum tidur.
Hal ini kerana, pada waktu tidur sistem pencernaan anda dalam keadaan kurang aktif dan ini akan menjadikan lebih banyak bakteria probiotik dapat bertahan dalam usus anda.
Selain pada waktu malam, anda juga boleh makan probiotik pada waktu siang, iaitu 30 minit sebelum anda makan pagi atau tengah hari.
Adalah penting untuk memastikan probiotik yang diambil itu dapat bertahan lama dalam usus supaya ia boleh terurai dan meresap ke usus.
Tanda Anda Kurang Probiotik
Antara tanda anda kekurangan probiotik adalah seperti:
- Sukar tidur
- Mood swing
- Naik berat badan
- Mengalami masalah kesihatan usus
Itu antara petanda bahawa anda sebenarnya kekurangan probiotik yang diperlukan oleh badan.
Antara masalah kesihatan usus yang anda boleh hadapi adalah seperti cirit-birit, sembelit dan irritable bowel syndrome (IBS).
Selain pada usus, anda juga berkemungkinan akan menghadapi masalah pada bahagian kulit seperti kulit berjerawat dan ekzema.
Apakah Fungsi Probiotik Untuk Tubuh Badan?
Tak dapat dinafikan, ramai yang masih tidak tahu fungsi probiotik sebenar.
Mungkin pernah dengar, tapi tidak tahu apakah peranannya dalam kehidupan seharian kita.
Menurut sebuah akhbar portal online, probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita. Antaranya:
- Membantu mengekalkan kesihatan usus.
- Dapat menghasilkan vitamin B.
- Bantu menyingkirkan toksin dalam usus.
- Membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai dengan cekap.
- Dapat meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan.
Jadi, ahli penyelidik memberi fokus kepada penggunaan probiotik iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei yang mampu membantu individu yang mengalami irritable bowel syndrome (IBS)
Hasilnya, mereka dapati perubahan yang positif terhadap individu yang mengalami masalah IBS dan mengambil probiotik. Antaranya:
- 96% subjek kajian dilaporkan kurang mengalami simptom sembelit.
- 45% subjek kajian menghabiskan kurang daripada 10 minit dalam tandas.
- 36% subjek kajian kurang meneran semasa membuang air besar.
- 31% subjek kajian membuang air besar yang lebih lembut.
- 33% lebih pantas untuk masa transit usus daripada 20-45 jam dan dipercepatkan sebanyak 5-15 jam.
- 73% yang menghidap IBS mendapat manfaat untuk sistem imun yang lebih baik, di mana badan kurang menghasilkan bahan kimia pro-radang, lalu mengurangkan keradangan serta menambah baik sistem imun.
Menurut Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali, Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, PPUKM, setiap individu mestilah mengambil probiotik yang kerap bagi memastikan kesihatan penghadaman yang baik.
Beliau juga mengesyorkan makanan kaya probiotik sebahagian daripada diet harian, termasuk makanan yang ditapai.
Misalnya minuman susu berkultur, tempe, kimchi, yogurt buatan sendiri (tairu) atau pulut tapai.
Selain itu, beliau menasihati supaya berterusan menambah bakteria baik dalam usus anda untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang
**Ralat; Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali adalah Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi. Beliau tidak terlibat, dan tidak menyokong mana-mana jenama dan produk**
Apakah Perbezaan Prebiotik dan Probiotik?
Prebiotik dan probiotik, dengarkan bunyi perkataan saja sudah hampir sama tapi apakah kedua-duanya sama?
Sebenarnya, prebiotik dan probiotik merupakan dua komponen yang sama iaitu memberi kebaikan pada kesihatan tubuh badan terutama bahagian penghadaman.
Cumanya peranan mereka berbeza dimana prebiotik adalah makanan kepada bakteria baik manakala probiotik adalah bakteria baik yang hidup dalam usus. Faham?
Tak apa, jom kita tonton video ini terlebih dahulu.
Serat pemakanan prebiotik boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang.
Bagaimana Cara Pengambilan Probiotik?
Untuk pengetahuan anda, pengambilan probiotik tidak sama seperti vitamin atau mineral lain yang memerlukan cadangan.
Tapi, sebaiknya pastikan probiotik dari jenama yang telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak memberi kesan buruk terutama bahagian buah pinggang.
Bagaimanapun, menurut National Institutes of Health (NIH), dos probiotik yang tinggi tidak semestinya dapat meningkatkan keberkesanan atau lebih menyihatkan.
Artikel Berkaitan
- 8 Suplemen Kulit Terbaik 2022 (Kulit Putih, Cantik & Glowing)
- 16 Suplemen Kolagen Terbaik Untuk Kulit di Malaysia 2022
- 8 Jenis Ubat Batuk Terbaik di Malaysia 2024 (Paling Berkesan)
- Suplemen Fat Burner (Pembakar Lemak) Terbaik Malaysia 2024
- 9 Jenis Panadol Terbaik 2024 (Demam, Sakit Kepala & dll)
- Teh Detox Terbaik di Malaysia
- 14 Suplemen Kolagen Terbaik Untuk Kulit di Malaysia 2024