Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Teh Detox Terbaik di Malaysia 2023 (Berkhasiat & Berkesan)

Bukan sahaja perempuan, lelaki pun boleh cuba!

Minuman teh detox sangat terkenal bagi amalan membersihkan toksin dalam badan.

Lagipun, testimoni teh detox mengatakan mampu memberi kesan penurunan berat badan.

Dengarkan dua kelebihan ini ramai yang mula ‘dahagakan’ teh detox, maklumlah siapa je tak nak bentuk badan yang cantik dan kesihatan dalam keadaan baik.

Tak pelik kenapa sekarang ada banyak jenis teh detox tapi yang mana satu minuman detox terbaik dan paling berkesan?

Jadi kami bantu anda senaraikan beberapa jenis minuman teh detox terbaik untuk kesihatan anda. Jom lihat!


Senarai 10 Minuman Teh Detoks Terbaik

Teh detox terbaik secara keseluruhan
Teh Daun Sanna
Semak Teh Daun Sanna harga dibawah:
add_circle Membantu sembelit
add_circle Harga murah
add_circle Bebas gula
remove_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Sebab menjadi pilihan:

Produk boleh membantu masalah sembelit dan mudah disediakan.

Ciri-ciri:

Dengan harga di bawah RM10, anda boleh menjaga kesihatan dan menyelesaikan masalah sembelit.

Produk mudah disimpan dan tahan lama. Dihasilkan 100% dari daun senna asli dan tanpa campuran bahan lain seperti gula.

Tidak disyorkan untuk ibu menyusu, wanita hamil dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Penyediaan minuman detox ini cukup mudah, hanya perlu masukkan 1 uncang ke dalam cawan yang mengandungi air panas.

Review:

“Setakat yang saya dah cuba ni buang air besar dia biasa je compare dengan daun teh tanpa uncang lebih bagus lebih 'keluar' semua & rasa puas….”

Teh detoks untuk buah pinggang
Ahmad Tea
Ahmad Tea Detox Cleanse (20’s)
Semak Ahmad Tea Detox Cleanse (20’s) harga dibawah:
add_circle Bebas kafein
add_circle Disahkan halal
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak berapa sedap

Produk teh detox jenama Ahmad Tea ini membantu menyegarkan badan anda.

Ini kerana mengandungi herba, akar dan gabungan bunga-bungaan seperti bunga adas, dandelion dan birch.

Semua bahan ini telah terbukti efektif dalam membantu sistem buah pinggang berfungsi dengan lebih lancar dan mencegah masalah batu karang. 

Halia dan peppermint yang ditambah akan memberikan rasa segar pada teh yang membuatnya begitu menyenangkan di lidah. 

Tambah pula dengan kandungan rosemary, halia dan nettle leave dapat mengembalikan tenaga dan meningkatkan kecergasan anda. 

Tiada kafein jadi anda boleh minum pada bila-bila masa yang anda perlukan.

Teh detoks untuk kurangkan jerawat
Total Image
Semak Total Image Beauty Tea Detox (20’s) harga dibawah:
add_circle Mencapai berat badan ideal
add_circle Disahkan halal dan selamat
add_circle Kulit semakin sihat
remove_circle Mungkin menyebabkan ciri-birit

Teh detoks Total Image adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin mencapai berat badan ideal dan kulit yang lebih sehat dan berseri. 

Diperbuat dari 5 herba asli, vitamin e dan licoflavan yang mana teh ini membantu menyahtoksin dalam badan.

Selain itu, dapat melambatkan proses penuaan dan memudarkan garis halus serta pigmentasi. 

Teh ini juga selamat dan disahkan oleh National Pharmaceutical Control Bureau, sertifikasi HALAL, GMP, HACCP dan ISO 9001:2000. 

Cara penggunaannya sangat mudah, cukup rendam 1-2 sudu teh dalam air panas selama 15 menit setelah makan dan minum secara rutin. 

Jangan risau, teh detox ini tanpa kafein, gula tambahan, pewarna atau julap.

Teh hijau detox
NH Detoxlim
Semak NH Detoxlim Natural Clenx Tea (20’s) harga dibawah:
add_circle Tiada gula tambahan
add_circle Mendapat kelulusan KKM
add_circle Diperbuat dari teh hijau organik
remove_circle Rasa kurang sedap

Anda seorang pengemar teh hijau? Boleh dapatkan teh detoks dari NH Detoxlim Natural Clenx Tea. 

Teh hijau organik ini juga teh detoks pelangsing tanpa sebarang gula tambahan, julap atau kesan sampingan. 

Mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sijil Halal dari JAKIM.

Siapa yang inginkan perut langsing inilah teh yang paling terbaik kerana dapat menyingkirkan toksin dalam badan.

Kualiti terjamin, tidak menyebabkan cirit-birit dan paling penting 100% dari bahan organik semulajadi.

Teh detox untuk ibu menyusu
WOWA LADYCLEANSE DETOX TEA
Semak Wowa Ladycleanse Detox Tea harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi bahan kimia
add_circle Rasa sedap
add_circle Setiap uncang boleh diguna 2 kali
remove_circle Tidak digalakkan untuk wanita hamil

Teh detox ini adalah pilihan yang bagus bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan kerana mengandungi 100% dari bahan semulajadi.

Antaranya asam gelugur (Garcinia), daun gelenggang, stevia dan teh hijau. 

Semua bahan ini dapat mengawal selera makan dalam masa yang sama dapat menurunkan berat badan. 

Selain itu dapat mengatasi masalah sembelit, kempiskan perut, mengurangkan bau nafas, membuang angin dalam badan, dan melancarkan sistem pencernaan. 

Selamat untuk diminum oleh semua orang termasuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas, wanita yang menyusukan bayi, pesakit diabetes dan gastrik. 

Dihasilkan di kilang yang mematuhi standard GMP & SO (9001/22716) dan telah diiktiraf oleh MELAKA BIOTECH CORP yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pembelian teh ini sangat berbaloi kerana setiap uncang boleh diguna sebanyak 2 kali.

NUTRABLISS OLEH WATSONS D'tox Tea [20s]
Semak Nutrabliss Oleh Watsons d'tox tea (20s) harga dibawah:
add_circle Berbau wangi
add_circle Membantu pembuangan toksin dalam badan
add_circle Rasa sedap
remove_circle Harga sedikit mahal

Produk teh detox ini mengandungi pelbagai herba yang dipilih dengan teliti untuk mencipta rasa herba yang menyegarkan dan berbau wangi. 

Mengandungi bahan-bahan seperti teh hijau, bunga chamomile, kulit kayu buckthorn, slippery elm, akar mashmallow, rooibos organik, daun senna, dan kayu manis.

Semua bahan ini sangat baik untuk kesihatan kerana mampu menyingkirkan toksi dan bahan buangan yang berbahaya.

Dalam masa yang sama dapat memberikan asimilasi yang baik untuk menghasilkan nutrien penting.

Sangat mudah di digunakan dengan arahan yang jelas. Minum teh detox setiap pagi, selepas bersenam, sebelum atau selepas makan. 

Tambah madu mentah, susu atau lemon untuk meningkatkan rasa. Nasihat kami minum 1 bungkus sekali sehari.

Detox Slimming Tea Skinny Leg & Slimmy Body
Semak Detox Slimming Tea Skinny Leg & Slimmy Body harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk wanita & lelaki
add_circle Bantu kawal darah tinggi
add_circle Merawat kencing manis
add_circle Melancarkan haid
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil

Bagi anda yang nak kurus, tapi perut boroi dan buncit, boleh dapatkan detox jenama Meirose Tea ini.

Terdapat dua jenis detox untuk dipilih iaitu green tea untuk slimmy body dan red tea untuk skinny leg.

Ini kerana red tea dirumus khas daripada 100% herba kering, tanpa gula dan bahan kimia. 

Bukan sahaja, mengecilkan peha dan lengan, malah boleh membuang air berlebihan dalam badan dan melawaskan kencing dengan rasa seperti rebina masam tanpa gula.

Green tea pula mempunyai pelbagai khasiat lain seperti melangsingkan badan, mengempiskan perut, membersih usus, melancarkan haid dan lain-lain.

Anda yang mempunyai toksik atau angin dalam badan, perlu cuba detox red tea ini. Rasanya seperti teh biasa dan tidak kelat.

Cara penyediaan juga cukup mudah, hanya perlu rendam uncang dalam air panas dan boleh ulang berkali-kali sehingga hilang rasa dan warna.

Teh detox untuk ibu berpantang
TEH HERBA ORGANIK oleh Dr Q
Semak TEH HERBA ORGANIK oleh Dr Q harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu dan berpantang
add_circle Melawaskan pembuangan air besar
add_circle Campuran 4 herba asli
remove_circle Membuatkan cirit-birit

Selain dapat menurunkan berat badan, detox ini mampu mengimbangkan tekanan darah tinggi, mengatasi masalah kolestrol, merawat penyakit kencing manis dan melancarkan peredaran darah.

Ini kerana bahannya terdiri daripada daun senna, mahkota dewa, cengkih dan Japan Mountain Fuji Shizuoka Green Tea.

Malah anda yang mempunyai masalah susah tidur atau ingin menghilangkan masalah bau mulut busuk perlu cuba detox ini.

Selain itu, sangat sesuai untuk mereka yang selalu emosi atau moody kerana rasa dan bauyang dihasilkan dapat menenangkan fikiran anda.

Teh detox ini boleh di minum pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan.

Hanya masukkan 1 uncang ke dalam air panas dan tutup untuk 2-3 minit.

Timbang berat badan anda sebelum minum dan selepas minum sekurang-kurangnya 3-4 hari.

Healthy Beauty Slimming Detox Fresh Dried Fruit
Semak Healthy Beauty Slimming Detox Fresh Dried Fruit harga dibawah:
add_circle Tidak perlu direbus
add_circle Boleh dibancuh berulang kali hingga tawar
add_circle Diperbuat dari buah-buahan asli

Apa yang menariknya, detox ini dihasilkan dari 100% buah kering dan tanpa pengawet.

Mempunyai pelbagai perisa buah kering seperti jeruk nipis, lemon madu, nanas, oren, longan, mulberi dan peppermint.

Teh markisa limau kumquat kaya dengan asid amino, vitamin dan bahan-bahan lain. 

Teh memberi kesan menyegarkan, melegakan keletihan, menggalakkan metabolisme badan, menyuburkan usus dan perut, memberikan selera makan dan menggalakkan penghadaman.

Buah-buahan asli tulen dikeringkan di udara pada suhu rendah untuk membuat teh buah kering. 

Mudah dibancuh, hanya 3 langkah. Buka bungkusan, bilas dengan air sejuk dahulu, kemudian masukkan air panas, dan biarkan ia selama 10 minit.

Teh detox untuk merawat sembelit
RAFANIA Teh sanna original 100%
Semak RAFANIA Teh sanna original 100% harga dibawah:
add_circle Mengempiskan perut
add_circle Melangsingkan badan
add_circle Merawat kencing manis
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita hamil
remove_circle Tidak sesuai untuk pesakit G6PD

Tiada campuran lain, hanya daun senna sahaja. Selain mengempiskan perut, teh detox ini boleh melangsingkan badan, membuang lebihan lemak, merawat sembelit, kencing manis atau kebas kaki dan tangan.

Dapat menggurangkan kolestrol, tahap depresi dan membersihkan darah kotor. Disarankan minum 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan malam sebelum tidur untuk tempoh 7 hari. 

Dengan cara ambil 1 sudu makan daun dan campurkan pada air masak, kemudian biarkan ia suam dan berubah warna kemudian ditapis dan minum atau boleh merebusnya.

Boleh digunakan sebanyak 2 kali dalam tempoh masa 4 jam dan tanpa perlu tambah gula.

Kesan setelah minum sekitar 5 - 8 jam sahaja dan disyorkan berada dirumah. Boleh guna beberapa kali sehingga hilang warna dan rasa.

Tapi dilarang untuk wanita hamil, pesakit G6PD (alahan pada bau, makanan dan kulit), kanak kanak dibawah umur 6 tahun atau mereka yang telah melakukan bypass jantung, pembedahan usus & dialisis.


Kebaikan Teh Detox

Teh detox adalah minuman yang dibuat dari bahan-bahan semula jadi seperti daun teh, herba, buah-buahan, dan rempah-rempah. 

Semua bahan ini mempunyai kebaikan tersendiri untuk kesihatan, antaranya:

  1. Mengurangkan keracunan: Teh detox dapat membantu membersihkan sistem pencernaan dan membuang racun yang terakumulasi dalam tubuh.
  2. Menurunkan berat badan: Beberapa jenis teh detox mengandung bahan-bahan yang dapat membantu menurunkan berat badan, seperti teh hijau yang kaya akan antioksidan.
  3. Meningkatkan tenaga: Teh detox dapat membantu memperbaiki metabolisme dan meningkatkan energi secara alami.
  4. Meningkatkan sistem imunisasi: Teh detox mengandung bahan-bahan yang dapat memperkuat sistem kekebalan tubuh, seperti vitamin C dan antioksidan.
  5. Meredakan stres: Beberapa jenis teh detox mengandung bahan-bahan seperti lavender yang dapat membantu meredakan stres dan meningkatkan kualiti tidur.
  6. Menurunkan tekanan darah: Teh detox mengandungi antioksidan yang boleh membantu dalam menurunkan tekanan darah.
  7. Memperbaiki sistem penghadaman: Teh detox mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu dalam meningkatkan pergerakan usus dan mengeluarkan toksin dari badan.
  8. Menyegarkan badan: Teh detox dapat meningkatkan sistem imun dan membuang toksin yang terkumpul dalam badan sekaligus menjadikan badan anda terasa lebih segar.
  9. Melegakan sakit kepala: Teh detox juga dapat melegakan sakit kepala dan migrain kerana ia mengandungi bahan-bahan yang dapat mengurangkan tekanan dalam otak.

Adakah Boleh Minum Teh Detoks Setiap Hari?

Minum teh detox biasanya tidak membahayakan. Namun, minum teh detox secara kerap atau setiap hari boleh menyebabkan risiko kesihatan yang tidak selesa atau serius. 

Walaupun memperoleh kehilangan berat badan yang cepat dan perut yang rata, anda perlu tahu bahawa bahaya jika minum terlalu banyak. 

Sesetengah orang mencadangkan untuk minum teh detox satu kali seminggu atau sekali sebulan. Jika anda mengalami keletihan, sembelit, atau perut buncit, detox adalah pilihan yang bagus.

Jangan lupa untuk memantau tindak balas tubuh anda dan berbincang dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau memberikan masalah kepada kesihatan anda.  


Adakah Teh Detoks Lebih Baik Panas Atau Sejuk?

Anda boleh minum teh detoks sama ada panas atau sejuk, dan anda akan mendapat manfaat kesihatan yang sama.

Masa terbaik untuk minum teh detoks adalah pada waktu pagi sebelum anda makan. Ini kerana bila minum pada perut kosong, ia akan membantu mempercepat detoksifikasi. 

Tapi ada juga yang mencadangkan untuk minum teh detox selepas makan untuk mencegah kesan sampingan seperti muntah dan sakit perut.

Selain itu, minum teh detoks di tengah hari boleh membuatkan anda terpaksa ke bilik air dengan lebih kerap dan elakkan minum teh detoks pada waktu malam. 

Ini kerana ia boleh mempengaruhi kualiti tidur dan menganggu tidur anda. 

Teh detoks bertujuan untuk membantu membersihkan toksik dalam badan anda. Pastikan anda minum banyak air untuk membantu anda mengekalkan kelembapan.


Artikel Berkaitan

End of Article