Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
laptop bawah tiga ribu

11 Laptop Terbaik Bawah RM3000 di Malaysia 2024

Tak perlu bajet yang banyak untuk dapatkan laptop terbaik dan terkini!

Bajet untuk dapatkan laptop yang bagus dan laptop terkini boleh dikatakan agak tinggi, dan ada yang lebih daripada lima ribu ringgit.

Tapi itu semua bergantung pada jenis laptop, aspek keperluan dan penggunaan. 

Laptop sesuai untuk student dengan spec laptop terkini pun sebenarnya ada yang dalam lingkungan harga mampu milik.

Sekarang dengan harga bawah RM3000 anda dah boleh memiliki laptop baru dari jenama laptop terbaik.

Jom lihat senarai laptop paling bagus dengan harga laptop terkini, dan tentunya laptop terbaik bawah RM3000 khas untuk anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 11 Laptop Terbaik Bawah RM3000

Laptop bawah RM3000 untuk bisnes
DELL Inspiron 15 3510
Dell
DELL Inspiron 15 3510
From
RM1,129.00
Check DELL Inspiron 15 3510 price below:
add_circle Keyboard yang selesa dengan numeric pad
add_circle Penyambungan yang mudah
add_circle Prestasi pemprosesan terbaik
add_circle Bateri tahan lama
remove_circle Kualiti paparan kurang memuaskan
  • OS: Windows 10 Home (64bit)
  • Grafik: Intel® UHD Graphics 600
  • RAM: 4GB, 1x4GB, DDR4, 2400MHz
  • Storage: 256GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: Intel® Celeron® Processor N4020

Sebab menjadi pilihan utama:

Anda mungkin hanya memerlukan laptop yang tidak terlalu mahal untuk bisnes dan juga masih lagi mengekalkan kualiti terbaik seperti laptop mahal lain.

Mungkin laptop ini sesuai tujuan bisnes kerana turut mempunyai numeric pad bagi memudahkan anda memasukkan segala nombor dengan pantas dan mudah.

Ciri-ciri:

Laptop Dell ini menggunakan sistem operasi Windows 10 Home, namun masih lagi mengekalkan prestasi penggunaan terbaik dengan kemas kini keselamatan secara berkala. 

Dengan RAM 4G dan juga storan dalaman 256GB, cukup untuk penggunaan yang sederhana dan juga untuk bisnes.

Paling bagus, harga laptop ini juga sangat murah dan tidak sampai RM2,000, jadi memang sesuai sekiranya anda baru nak mulakan bisnes.

Selain mempunyai pemprosesan yang bagus, bateri laptop ini juga antara yang terbaik dan juga tahan lama untuk anda gunakan dalam tempoh yang panjang.

Saiz skrin laptop ini adalah sebesar 15.6 inci, cukup besar untuk penggunaan harian anda.

Untuk grafik, jangan risau anda akan dapat Intel® UHD Graphics 600 yang boleh memainkan video beresolusi tinggi, jadi lebih mudah untuk anda mencari idea dalam video.

Review:

"Dapat laptop warna hitam. Storage 225GB. Sesuai kalau student nak buat assignment semua."

Laptop bawah RM3000 nipis yang bagus
Huawei Matebook D15
Huawei
From
RM3,199.00
Check Huawei Matebook D15 price below:
add_circle Bezel-less screen yang minimal
add_circle Kamera Webcam yang terletak pada barisan FN
remove_circle Jangka hayat bateri singkat
  • OS: Windows 10
  • Grafik: Intel UHD Graphic
  • RAM: 8GB
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 15.6 inch 
  • CPU: Intel Core i5

Laptop Huawei Matebook D15 memberi fokus pada seluruh kegunaan untuk bekerja dan belajar ini.

Rekaannya sangat nipis sekaligus menjadikan reka bentuknya kelihatan futuristik.

Tambah pula, reka bentuk aerodinamik pada laptop ini sangat membantu agar pengguna tidak sakit tangan ketika menggunakan.

Laptop ini menggunakan processor Intel Core i5 yang baharu dan merupakan antara laptop yang terbaik pernah dikeluarkan oleh Huawei sendiri. 

RAM 8GB yang terdapat pada laptop ini sama sahaja dengan kebanyakkan laptop.

Namun apa yang menjadikan laptop ini terbaik ialah jenis storage yang digunakan iaitu SSD. 

Ruang simpanan laptop ini pula sebesar 512GB sudah cukup untuk pengguna menyimpan data dan fail penting dalam laptop ini. 

Jadi anda tak perlu lagi bawa HDD kemana-mana.

Skrin bezel-less yang terdapat pada laptop ini menjadikan laptop ini kelihatan lebih menarik serta menipiskan lagi reka bentuk laptop ini. 

Paparan yang jelas kerana graphic card yang digunakan ialah Intel UHD Graphic yang mampu mencapai resolusi yang tinggi sehingga 1920x1080. 

Walaupun laptop ini kelihatan sama seperti laptop lain, namun skrin laptop ini selebar 15.6 inci seakan padang bola menjadikan laptop ini berbeza dari yang lain.

Laptop bawah RM3000 dengan graphic card terbaik
MSI Modern 14
MSI
MSI Modern 14 B10MW-664MY
From
RM2,599.00
Check MSI Modern 14 price below:
add_circle Backlit Keyboard yang menawan
add_circle Bateri yang tahan sehingga 8 jam
remove_circle Tidak sesuai untuk task yang berat
  • OS: Window 10 Pro
  • Grafik: Intel UHD Graphic
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 512GB SDD
  • Skrin: 14” inch
  • CPU: Intel Core i5

Bila sebut brand MSI, pasti kebanyakan pengguna memikirkan laptop gaming yang cantik.

Dan disertakan dengan lampu RGB dan reka bentuk seolah sebuah gaming laptop yang lain.

Namun bukan untuk laptop ini kerana laptop MSI Modern 14 B10MW-664MY merupakan sebuah laptop khas.

Misalnya, digunakan untuk kegunaan pejabat atau kerja yang melibatkan bidang profesional.

Laptop ini dibekalkan dengan CPU Intel Core i5 seperti kebanyakkan laptop kerja yang lain.

Ini kerana CPU tersebut sangat stabil ditambah pula jika anda menggunakannya untuk tujuan task yang ringan. 

Selain itu, RAM 8GB dibekalkan pada laptop ini cukup untuk membantu laptop ini memproses dengan lebih lancar dan baik. 

Seterusnya, RAM pada laptop ini jenis DDR4 yang merupakan salah satu variasi RAM kegilaan ramai.

Laptop ini mempunyai storage 512GB yang boleh menyimpan banyak fail dan data di dalam.

Jadi, tak perlu dah nak bawa hard disk tambahan kalau nak simpan fail yang banyak.

Apa lagi menarik, storage tersebut merupakan SSD. Bukan lagi HDD yang dikatakan agak perlahan masa sekarang.

Paparan skrin pada laptop ini berkeluasan 14” dan resolusi 1920x1080 sangat terang serta jelas seakan kristal. 

Skrinnya yang lebar dan luas yang hampir menjadi frameless menjadikan laptop ini menjadi sangat menawan dan menarik.

Laptop 2 in 1 bawah rm3000
ASUS Vivobook 13 Slate OLED
ASUS
ASUS Vivobook 13 Slate OLED
From
RM2,875.00
Check ASUS Vivobook 13 Slate OLED price below:
add_circle Menggunakan skrin OLED
add_circle Papan kekunci berkualiti
add_circle Hadir bersama dengn pen stylus
remove_circle Processor kurang berkualiti
remove_circle Kualiti speaker yang rendah
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Intel® UHD Graphics
  • RAM: 8GB LPDDR4X on board 
  • Storage: 256GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
  • Skrin: 13.3'
  • CPU: Intel® Pentium® Silver N6000 Processor 1.1 GHz

Dengan spek yang terbaik, tablet ASUS Vivobook model ini merupakan pilihan alternatif buat guru, pekerja pejabat atau pelajar jurusan seni yang tidak mahu mengikuti trend memiliki Surface Pro.

Malah, tablet ini sangat mudah alih, ringan dan serba boleh untuk mereka yang kerap bergerak tetapi perlu menyiapkan kerja di mana-mana dengan bateri yang tahan sehari tanpa heavy usage. 

ASUS Vivobook 13 Slte OLED ini beroperasi menggunakan Windows 11 dengan paparan 13 inci, resolusi 1920x1080 piksel dan dikuasakan pemprosesan Intel Pentium Silver N6000.

Dari segi harga, model ASUS Vivobook ini agak mahal berbanding model yang lain.

Bagaimanapun, tablet ini tetap merupakan salah satu tablet Windows terbaik untuk anda mencurahkan idea-idea kreatif secara on-the-go.

Ditambah lagi mempunyai ciri fingerprint untuk mengelakkan kecurian maklumat dalam laptop, grafik terang dan kamera 5.0M serta 13.0M untuk perbualan video yang jelas. 

Selain itu, audionya dilengkapi teknologi audio Smart Amp dan speaker stereo built-in 4-way memberikan kualiti bunyi yang bagus.

Bahagian penyambungan pula, terdapat Wi-Fi 6(802.11ax) (Dual Band) dan dilengkapi dengan 2 port USB Type-C, satu 3.5mm Combo Audio Jack dan satu slot kad Micro SD. 

Dalam setiap pembelian, anda akan mendapat keyboard, sleeve, stand, stylus pen dan stylus holder.

Berbeza dengan laptop lain, laptop ini menggunakan skrin sentuh Oled 13.3 inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080) dan nisbah aspek 16:9. 

Imej yang tampil juga lebih jelas dan tajam membuatkan setiap visual kelihatan lebih hidup dan warna hitam yang sangat pekat memberikan kontras yang baik. 

Anda juga boleh menggunakan laptop ini berjam-jam tanpa menyebabkan mata letih kerana dilengkapi dengan teknologi penjagaan mata yang mengurangkan blue light sebanyak 70%.

Dengan keupayaan 120hz, pengalaman menonton sukan menjadi lebih lebih lancar.

Laptop bawah RM3000 bateri tahan lama
Lenovo Ideapad Slim 5
Lenovo Ideapad Slim 5
From
RM2,619.00
Check Lenovo Ideapad Slim 5 price below:
add_circle Menggunakan Dolby Audio speakers
add_circle Ada Privacy Shutter pada Webcam
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming
  • OS: Windows® 11 Home
  • Grafik: Integrated Intel® UHD Graphics
  • RAM: 16GB Soldered LPDDR5-4800
  • Storage: 512GB SSD M.2 2242 PCIe® 4.0x4 NVMe®
  • Skrin: 16.0 inch 
  • CPU: Intel® Core™ i5-12450H, 8C (4P + 4E)

Anda mungkin sedang mencari laptop dengan bateri tahan lama pada harga bawah RM3,000, dan inilah laptop yang sesuai dengan anda kerana baterinya boleh bertahan sehingga 14 jam penggunaan berterusan.

Memang sesuai sekiranya anda sering bekerja di luar kawasan seperti wartawan atau jurutera dan perlu menggunakan laptop dalam tempoh yang lama.

Laptop ini dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ i5-12450H, mempunyai 8 teras (4 prestasi dan 4 kecekapan) dengan kelajuan sehingga 4.4GHz untuk mengendalikan setiap tugas dengan lancar.

Untuk kualiti grafik, Lenovo Ideapad Slim 5 menggunakan grafik Intel® UHD dan 16GB memori LPDDR5-4800 untuk anda melakukan kerja multitask dengan lancar dan mendapat kualiti visual yang dinamik.

Storan dalaman SSD PCIe® 4.0x4 NVMe® 512GB juga cukup untuk penyimpanan data disamping mampu mengakses data-data anda dengan pantas.

Selain itu, laptop ini juga mempunyai papan kekunci backlight, kamera FHD dengan privasi, dan pembesar suara stereo yang dioptimumkan oleh Dolby® Audio™.

Laptop dari jenama Lenovo yang ditawarkan pada harga bawah RM3,000 ini pasti akan meningkatkan lagi produktiviti anda.

Kualiti paparan skrin laptop ini mengenakan paparan IPS WUXGA 16-inci, dengan teknologi anti-glare dan pensijilan TÜV Low Blue Light untuk pengalaman visual yang menakjubkan. 

Laptop bawah RM3000 untuk kerja
Acer Aspire Vero 15
Acer
Acer Aspire Vero 15
From
RM2,449.00
Check Acer Aspire Vero 15 price below:
add_circle Prestasi terbaik keseluruhan
add_circle Eco-friendly
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Port mencukupi
remove_circle Reka bentuk lama
remove_circle Kualiti keyboard yang biasa
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Intel® Iris® Xe Graphics
  • RAM: 8GB DDR4 RAM
  • Storage: 512GB PCIe NVMe SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: Intel® Core™ i5-1235U Deca-core (10 Core™)

laptop Acer ini memang sesuai untuk anda yang mencari laptop tahan lama untuk kerja, dan boleh digunakan dengan lancar setiap hari.

Dalam masa sama, pembelian laptop ini turut menyokong kepada usaha sustainability dalam pembelian barangan elektronik kerana Acer Aspire Vero 15 dihasilkan menggunakan bahan kitar semula.

Laptop ini merupakan jenis Ultrabook yang dilengkapi dengan kad grafik Intel® Iris® Xe Graphics yang mampu memberikan anda kualiti paparan terbaik.

Dengan menggunakan sistem operasi Windows 11 Home, anda akan dapat menikmati kemas kini terkini daripada Microsoft bersama dengan jaminan keselamatan.

Untuk RAM anda akan dapat 8GB DDR4 RAM, dan untuk storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD, memang cukup untuk penggunaan pekerja sepanjang waktu bekerja.

Berat laptop ini juga tidak terlalu berat, hanya 1.76 kg yang tidak akan membebankan anda untuk bawa laptop ini ke mana sahaja.

Untuk bateri anda akan dapat 56 Wh power supply dengan bateri 4-cell Li-ion, menjamin ketahanan bateri yang lama sehingga 9 jam penggunaan berterusan.

Pemproses bagi laptop ini yang berharga bawah RM3000 menggunakan Intel® Core™ i5-1235U Deca-core (10 Core™), cukup untuk penggunaan day-to-day.

Jika ada bajet lebih dan mahukan kuasa yang lebih untuk penggunaan berat, boleh beli model laptop ini yang menggunakan pemproses Intel Core i7.

Skrin pada laptop ini seluas 15.6” menggunakan teknologi IPS serta memberikan paparan Full HD. 

Anda juga akan dapat paparan IPS Acer ComfyViewTM LED-backlit dengan ratio 16:9 yang akan berikan anda kualiti paparan terbaik, serta tidak membuatkan mata berasa penat.

Laptop bawah RM3000 untuk gaming
MSI Modern 15 B7M-248MY
MSI
MSI Modern 15 B7M-248MY
From
RM2,899.00
Check MSI Modern 15 B7M-248MY price below:
add_circle Ringan
add_circle Sesuai untuk gaming
add_circle Kualiti pemprosesan terbaik
remove_circle Bateri kurang memuaskan
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: AMD Radeon™ Graphics
  • RAM: Onboard DDR IV 16GB (3200MHz)
  • Storage: 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: Ryzen 5 7530U

Anda mungkin sedang mencari laptop gaming yang terbaik dan berada pada harga berpatutan, MSI Modern 15 B7M-248MY menawarkan yang anda cari.

Laptop ini menggunakan pemprosesan terbaik yang tidak akan mengecewakan anda dan boleh bermain game dengan lancar.

MSI Modern 15 B7M-248MY dilengkapi dengan CPU Ryzen 5 7530U yang mampu berikan prestasi terbaik semasa gaming, menambahkan lagi kepuasan anda semasa bermain game.

Dengan menggunakan sistem operasi Windows 11 Home, laptop gaming ini menawarkan pengalaman operasi yang mesra pengguna bersama ciri keselamatan yang sentiasa dikemas kini.

Pada bahagian memori, anda akan dapat memori onboard 16GB DDR IV pada 3200MHz, akan memastikan anda dapat melakukan multitask dengan lancar.

Laptop gaming bajet ini juga dikuasakan oleh bateri 3 cell (39.3Whr) dan hadir bersama pengecas 65W untuk pengecasan yang cekap.

Bagaimanapun, bateri laptop ini kurang memuaskan kerana dikatakan dapat bertahan sehingga 5.5 jam sahaja penggunaan secara berterusan.

Berat laptop gaming ini juga hanya 1.75 kg dengan ukuran 359 x 241 x 19.9 mm jadi tidaklah berat dan terlalu besar untuk di bawa ke mana sahaja.

Anda boleh nikmati kualiti visual terbaik pada paparan FHD 15.6 inci dengan kadar penyegaran 60Hz dan kandungan warna NTSC sebanyak 45%.

Tambahan lagi, turut dikuasakan oleh Grafik AMD Radeon™ untuk jaminan kualiti grafik yang luar biasa pasti anda akan puas hati dengan grafik laptop ini.

Laptop bawah RM3000 untuk pelajar
HONOR MagicBook X15
Honor
HONOR MagicBook X15
From
RM2,129.00
Check HONOR MagicBook X15 price below:
add_circle Pemprosesan terbaik untuk video editing 1080p
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Paparan skrin berkualiti dengan filter blue rays
add_circle Reka bentuk moden dan cantik
remove_circle Tidak sesuai untuk gaming
  • OS: Windows 11 Home 64bit
  • Grafik: Intel® Iris® Xe Graphics (i5)
  • RAM: 8GB DDR4
  • Storage: 256 NVMe™️ SSD
  • Skrin: 15.6”
  • CPU: Intel® Core™ i5-1135G7

Laptop ini sesuai digunakan untuk pelajar yang mahukan laptop lancar untuk tugasan harian dari pensyarah di kolej atau universiti.

Anda akan dapat laptop dari jenama yang diyakini, dengan paparan yang berkualiti dan ciri keselamatan yang lebih terjamin, jadi tidak perlu risau jika laptop hilang.

Laptop ini menggunakan pemproses Intel®️ Core™️ i3-10110U yang berkualiti bagi menjamin anda dapat menjalankan kerja multitask tanpa sebarang masalah seperti lagging.

Dengan RAM 8GB DDR4 dan storan dalaman 256(i3) NVMe™️ SSD segala fail atau folder dapat diakses dengan mudah, dan tentu ia mencukupi untuk digunakan sehingga habis tempoh pembelajaran anda.

Dari segi grafik, anda tidak perlu risau kerana ia dilengkapi Intel® Iris® Xe Graphics yang akan menghasilkan kualiti paparan terbaik, memang sesuai untuk kerja video editing beresolusi 1080p.

Boleh juga digunakan untuk bermain game yang santai selepas penat belajar, namun tidak sesuai untuk game yang berat dan secara berterusan.

Laptop ini turut mempunyai ciri keselamatan ID yang hanya memerlukan cap cari anda sahaja.

Saiz skrin 15.6 inci pada laptop ini cukup untuk kepuasan paparan anda, dan ciri tambahan lain yang bagus adalah skrin turut mempunyai filter blue rays untuk melindungi mata anda.

Dell Latitude 3520
Dell
dell latitude 3520
From
RM2,899.00
Check Dell Latitude 3520 price below:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Boleh upgrade sehingga 32GB RAM
add_circle Prestasi pemprosesan terbaik
remove_circle Paparan skrin kurang memuaskan
remove_circle Tidak sesuai untuk penyuntingan video
  • OS: Windows 11 Pro
  • Grafik: Intel Iris Xe Graphics
  • RAM: 8 GB DDR4-3200 SDRAM
  • Storage: 512GB PCIe® NVMe™ SSD
  • Skrin: 15"
  • CPU: Intel® Core™ i5-1135G7

Sebut sahaja jenama Dell, kami yakin ada kalangan anda sudah menggunakan laptop jenama ini sejak bertahun-tahun. 

Malah, mungkin sudah membeli laptop ini buat kali ke-2.

Laptop ini memang sesuai untuk kegunaan pejabat atau pelajar universiti yang hanya perlu menyiapkan assignment, laporan harian dan lain-lain. 

Walaupun laptop ini hanya mempunyai RAM 8GB dan storage 512GB, anda juga boleh upgrade sehingga 32GB RAM dan 1TB SSD. Ini kerana terdapat dua slot SODIMM. 

Selain itu, Latitude 3520 dipasang pemproses Intel Core i5-1135G7 yang laju dengan grafik Intel Iris Xe. 

Terdapat juga kamera 720p HD, sambungan WiFi 6, Bluetooth 5.1, port USB Type-A dan Type-C.

Sistem operasi yang digunakan ialah Windows 11 Pro terkini dan bateri 3 sel 41W yang mampu bertahan sehingga 11 jam penggunaan.

Seperti laptop berjenama mahal, Dell Latitude 3520 menampilkan skrin 15 inci FHD yang memberikan paparan gambar yang jelas. 

Sesuai untuk mereka yang memerlukan paparan skrin besar untuk melakukan tugasan harian, zoom, melayari internet atau hanya bermain permainan dalam talian.

Acer Swift 3 GO
Acer
Acer Swift 3 Go
From
RM2,689.00
Check Acer Swift 3 GO price below:
add_circle Kamera web dengan pengurangan bunyi
add_circle Ada sensor cap jari
add_circle Keyboard ada lampu belakang
add_circle Skrin ComfyView
remove_circle Tidak boleh upgrade RAM & memori
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: AMD Radeon Graphics
  • RAM: 8 GB of onboard LPDDR4X Ram
  • Storage: 512GB PCIe NVMe Gen4 SSD
  • Skrin: 14.0"
  • CPU: AMD Ryzen™ 5 7530U processor

Laptop Acer Swift 3 Go ini pantas dan canggih dengan dengan kapasiti ram 8GB dan storage 512GB SSD yang sudah memadai untuk kegunaan harian.

Jangan risau, anda juga boleh menggunakan laptop dalam gelap kerana mempunyai fungsi backlit keyboard.

Acer Swift 3 Go dilengkapi processor AMD Ryzen 5 7530U generasi terbaru dengan kelajuan sehingga 4.5GHz dan kad grafik AMD Radeon.

Disyorkan untuk mereka yang bekerja dalam industri kreatif.

Selain itu, laptop ini membolehkan sambungan WiFi 6E tri-band dan Bluetooth 5.2 terkini serta pengecas USB Type-C 100W PD AC untuk pengecasan yang lebih cepat.

Turut dipasang sistem pengoperasian Windows 11 Home dan perisian MS Office Home & Student 2021 serta bateri 50Wh yang tahan lama.

Tiada lagi masalah untuk meeting atau streaming video dengan ciri kamera webcam FHD beresolusi 1080p dengan temporal noise reduction yang menjadikan pengalaman video call lebih jelas.

Ditambah lagi dengan DTS® Audio yang mengoptimunkan bass dan micro-speaker distortion prevention dengan teknologi Acer Purified serta ciri voice dengan dua mikrofon binaan untuk memberikan kualiti audio yang lebih jelas.

Terdapat juga port seperti USB 3.2 Gen 1, USB Type-C™, HDMI® 2.1, dan sensor cap jari pada power key.

Laptop ini dilengkapi skrin 14 inci dengan teknologi IPS dan resolusi Full HD 1920 x 1080 serta kecerahan tinggi (300nits).

Lindungi mata dari blue light dengan teknologi Acer ComfyView pada lapisan skrin. Anda juga boleh melihat dengan jelas walaupun di bawah cahaya matahari.

Kualiti imej dan warna sRGB 100% yang dihasilkan oleh skrin Acer ini sangat jelas dengan kontras yang baik dan selesa untuk penggunaan harian mahupun profesional.

Laptop bawah RM3000 yang bagus
Acer Aspire 3
Acer
Acer Aspire 3
From
RM1,999.00
Check Acer Aspire 3 price below:
add_circle Prestasi baik untuk tugasan harian
add_circle Storan SSD yang pantas
add_circle Skrin ComfyView™
remove_circle Tidak sesuai untuk kerja mencabar
  • OS: Windows 11 Home
  • Grafik: Intel®️ UHD Graphics
  • RAM: 4GB Onboard DDR4 RAM
  • Storage: 256GB PCIe NVMe SSD
  • Skrin: 14.0"
  • CPU: Intel® Celeron® dual-core processor N4500

Laptop Acer Aspire 3 sesuai digunakan untuk kerja pejabat seharian dan juga pelajar yang mencari laptop dengan harga mampu milik untuk tugasan biasa seperti menaip, spreadsheet, membuat slide, email dan lain-lain.

Hadir dalam reka bentuk slim dan ringan serta pilihan warna biru cerah yang menarik.

Bagi yang ingin lebih banyak RAM untuk memproses data dengan lebih laju, tidak perlu risau kerana anda boleh upgrade laptop sehingga 20GB.

Laptop ini dilengkapi processor Intel Celeron N4500 dual-core yang responsif dengan kelajuan sehingga 2.8GHz, ram 4GB dan storan SSD 256GB yang mencukupi untuk kegunaan asas.

Dengan grafik Intel® UHD, laptop ini menyokong OpenGL® 4.5, OpenCL™ 1.2, dan Microsoft® DirectX® 12 untuk pengalaman visual yang lebih menarik dan tonton video HD tanpa masalah

Kamera hadapan 640p pula membolehkan video call menggunakan Zoom atau Google Meet. 

Tambah lagi, sistem audio stereo Acer juga menghasilkan bunyi jelas semasa menonton filem. 

Laptop ini sentiasa dikemaskini dengan ciri-ciri keselamatan terkini dan bateri 37Wh yang mampu bertahan sehingga 6.5 jam.

Penyimpanan data dan kerja juga lebih selamat dalam SSD dan terdapat juga tempoh jaminan selama setahun oleh Acer Malaysia.

Laptop ini dilengkapi skrin saiz sederhana 14 inci Full HD 1920 x 1080 yang memaparkan imej tajam dan terang. 

Malah, lapisan skrin juga mempunyai Teknologi Acer ComfyView yang mengurangkan pancaran blue light dan silau. Skrin ini bukan jenis sentuh atau multi-touch.

Paparan teks dan grafik serta tontonan video berkualiti HD juga lebih jelas dengan resolusi tinggi 1080p dan LED-backlit TFT LCD. 


Tips Beli Laptop Yang Bagus

Sebenarnya susah untuk mencari laptop yang bagus kerana bergantung pada bajet, kehendak dan juga keperluan. 

Walaupun dalam video telah beritahu bagaimana membeli laptop.

Tapi kami senaraikan aspek-aspek penting yang lain yang perlu lihat sebelum membeli laptop terbaik bawah RM3,000:

  • Pilih sistem operasi yang BIASA anda gunakan seperti Windows, Chrome OS atau MacBook OS X.
  • Skrin laptop terkini didatangi dengan pelbagai jenis. Antara ciri yang perlu diambil perhatian adalah saiz skrin, resolusi, jenis paparan (display), skrin sentuh (touch screen).
  • Papan kekunci (keyboard) dan touchpad laptop pastikan pilih keyboard yang ada ciri-ciri ergonomik untuk memudahkan anda melakukan kerja dengan, selesa dan efektif.
  • Spesifikasi laptop yang dipilih, haruslah bersesuaian dengan tugasan anda seperti sistem pemprosesan (Intel), pemprosesan AMD, RAM, HDD/SSD (Hard Disk Drive/Solid-States Drive), cip grafik, pemacu DVD/Blu-Ray. 

**Jika anda jenis yang kurang berpengetahuan tentang teknologi, langkah ini boleh skip. Penting, memori dan ruang penyimpanan haruslah memadai untuk menyimpan segala data.**

  • Ports dan connectivity; slot USB, thunderbolt, HDMI dan slot kad media. Pastikan slot ini semua boleh digunakan.
  • Ketahanan bateri; jika anda banyak melakukan tugasan menggunakan laptop seperti grafik dan tugasan kuliah/kerja, pilihlah laptop yang mempunyai bateri tahan lama sehingga 12 – 16 jam tanpa perlu dicas.
  • Pastikan jaminan laptop baru lama iaitu sehingga 2-3 tahun.

Sudah tentu perkara yang perlu diambil kira semasa memilih adalah jenama laptop itu sendiri atas sebab jaminan yang disediakan. 

Pilihlah jenama yang terkenal atau dipercayai keutuhannya. Apa pun, pilihan di tangan anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article