Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
jbl speaker bluetooth

10 Speaker JBL Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Apa jua irama dan lagu pasti lebih sedap didengar dengan sistem audio JBL!

Mereka yang gemar mendengar lagu, muzik atau podcast semestinya inginkan kualiti audio dari sebuah speaker jelas dan kuat

Namun, lambakan pelbagai jenis dan jenama speaker yang ada di pasaran boleh membuatkan anda pening kepala untuk membuat pilihan. 

Jangan risau, sebab kali ini kami senaraikan 11 speaker terbaik jenama JBL yang bakal memberikan kualiti bunyi yang terbaik untuk anda.


Penyunting

Senarai 10 Speaker JBL Terbaik & Terbaru di Malaysia

Speaker JBL Mini
JBL Clip 4
JBL
JBL Clip 4
From
RM259.00
Check JBL Clip 4 price below:
add_circle Kalis air & kalis debu
add_circle Ada fungsi Bluetooth
add_circle Bateri tahan 10 jam
remove_circle Tiada fungsi speakerphone

Kecil namun berbisa, itulah gambaran produk ini. Dengan berat hanya 0.239 kg, speaker ini boleh dibawa ke mana-mana. 

Jika anda gemar mendengar lagu atau podcast sambil melakukan aktiviti, JBL mini ini adalah pilihan tepat.

Ini kerana dilengkapi dengan carabiner atau cangkuk. Jadi, pengguna boleh menggantung speaker mini ini pada beg.

Selain itu, tak perlu risau jika anda sering membawa speaker ketika berenang di sungai atau di kolam renang kerana kalis debu dan kalis air IP67. 

Maksudnya, speaker ini mampu berfungsi sekurang-kurangnya selama 30 minit jika berada dalam air sedalam 15 cm hingga satu meter. Hebat bukan? 

Masa pengecasan pula hanya mengambil 3 jam sahaja dan boleh bertahan sehingga 10 jam untuk setiap penggunaan.

Speaker JBL untuk karaoke
JBL PartyBox On-The-Go
JBL
JBL PartyBox On-The-Go
From
RM1,899.00
Check JBL PartyBox On-The-Go price below:
add_circle Perlindungan IPX4 Splashproof
add_circle Ada built-in microphone
add_circle Mempunyai input untuk gitar
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Berat

Bagi yang gemar mendengar muzik atau berkaraoke ketika berkelah atau berkumpul bersama rakan dan keluarga model PartyBox On-The-Go paling sesuai dijadikan pilihan.

Menariknya, speaker ditambah hiasan lampu yang menyala mengikut rentak lagu yang dipasang.

Sesuai dengan konsep parti, audio speaker ini cukup jelas dan kuat sehingga 20 KHz. 

Tak perlu susah-susah juga untuk beli mic kerana wireless microphone sudah disertakan dengan speaker.

Menariknya, mic boleh digunakan walaupun anda berada jauh sehingga 10 meter daripada JBL PartyBox On-The-Go ini. 

Speaker ini disertakan dengan tali untuk menggalas, senang untuk anda membawa kemana tanpa perlu diletakkan didalam kotak. 

Selain dilengkapi Bluetooth, pengguna juga boleh plug je pendrive ke dalam port USB speaker ini untuk memainkan muzik yang diinginkan. 

Jangka hayat baterinya pula boleh bertahan enam jam setelah dicas.

Speaker JBL untuk PC
JBL Link Music
JBL
JBL Link Music
From
RM749.00
Check JBL Link Music price below:
add_circle Boleh digunakan bersama aplikasi Google Home
add_circle Senang dipasang
add_circle Menyokong penggunaan Wi-Fi
remove_circle Tidak kalis air

Walaupun saiz kecil dengan berat 730 gram, audio speaker ini boleh didengari di setiap sudut rumah anda. 

Hanya dari arahan suara ‘Hey Google’ anda boleh mengawal pilihan lagu yang ingin dimainkan.

Tapi jangan lupa untuk sambungkan speaker ini dengan aplikasi Google Asisstant. 

Bunyi yang dihasilkan oleh pembesar suara ini juga cukup sedap didengar memandangkan mempunyai transduser yang mempunyai liputan sehingga 360 darjah dengan kekuatan tindak balas bunyi sehingga 60Hz - 20kHz! 

Kalau anda tiada liputan internet pun tak mengapa, masih boleh digunakan bersama fungsi Bluetooth dan sambungan pada komputer riba.

Speaker JBL paling kuat
JBL Boombox 2
JBL
JBL Boombox 2
From
RM1,999.00
Check JBL Boombox 2 price below:
add_circle Bateri tahan sehingga 24 jam
add_circle Kalis air IPX7
add_circle Ada built-in powerbank
remove_circle Harga mahal
remove_circle Berat

Memiliki fungsi kalis air IPX7, JBL Boombox 2 ini merupakan salah satu pembesar suara yang terbaik dalam pasaran. 

Walaupun ia berat 5.9 kilogram, jangan khuatir dilengkapi dengan pemegang bagimemudahkan anda untuk membawanya.

Selain itu, produk ini juga boleh digunakan bersama speaker JBL lain yang menyokong fungsi PartyBoost untuk menguatkan lagi bunyi. 

Pengecasan speaker ini 6.5 jam, sangat berbaloi kerana boleh mainkan muzik selama 24 jam!

Sistem built-in powerbank dalam speaker ini tidak akan menganggu suasana hiburan anda. 

Pembesar suara ini juga mempunyai fungsi Bluetooth, jadi tak ada masalah untuk memainkan muzik atau podcast.

Speaker JBL ringan
JBL Go 3
JBL
JBL Go 3
From
RM219.00
Check JBL Go 3 price below:
add_circle Pilihan warna menarik
add_circle Kalis air IP76 & kalis debu
add_circle Portable
remove_circle Jangka hayat bateri hanya 5 jam

Reka bentuk yang kecil dan terkini sesuai untuk anak muda yang gemar mendengar muzik ketika bersenam atau melakukan aktiviti luar. 

Bukan apa, jika anda ingin dengar lagu tanpa henti, sambungkan saja telefon pintar anda dengan speaker ini menggunakan Bluetooth. 

Bunyi bass yang terhasil dari pembesar suara ini ringan dan kuat tapi tak pecah. Cukup dengan permulaan frekuensi 110 Hz. 

Masa yang diperlukan untuk pengecasan penuh produk kecil ini juga hanyalah 2.5 jam sahaja. 

Paling best, ia dilengkapi dengan tali kecil, jadi boleh digantung pada beg, botol air atau seluar.

Dengan kelebihan kalis debu, tak perlu risau untuk bawa pembesar suara ini ketika berkelah di pantai. 

Harganya juga cukup berpatutan, sesuai untuk yang mempunyai bajet terhad.

Speaker JBL kalis air
JBL Flip 5
JBL
JBL Flip 5
From
RM479.00
Check JBL Flip 5 price below:
add_circle Kalis air
add_circle Boleh diguna bersama speaker JBL PartyBoost
add_circle 2.5 jam untuk pengecasan penuh
remove_circle Spesifikasi Bluetooth versi lama

Model speaker kalis air Flip 5 ini cukup mengagumkan kerana boleh bertahan dalam tiga kaki dasar air. 

Rekaan yang kecil dan dilengkapi sistem kalis air IPX7 sangat sesuai untuk dibawa untuk melakukan aktiviti air. 

Untuk mendapatkan bunyi stereo yang hebat pula, boleh dipasangkan bersama dua speaker JBL PartyBoost yang lain. 

Jangka hayat baterinya pula mampu bertahan sehingga 12 jam dan charging time produk ini pula hanya 2.5 jam.

Jadi tak perlu tunggu lama-lama untuk dengar muzik dan lagu kegemaran anda.

Speaker JBL portable
JBL Xtreme 3
JBL
JBL Xtreme 3
From
RM1,399.00
Check JBL Xtreme 3 price below:
add_circle Ada Bluetooth
add_circle JBL Bass Radiators
add_circle Ada fungsi PartyBoost
add_circle Built-in powerbank
remove_circle Tiada fungsi speakerphone

Model pembesar suara JBL  ini boleh digunakan selama 15 jam non-stop!

Speaker portable dari JBL ini dilengkapi dengan tali yang boleh dilaras dan ditanggalkan mengikut kesesuaian pengguna. 

Paling best, terdapat empat drivers dan dua JBL Bass Radiators untuk kesan audio yang jelas serta bunyi deep bass yang mantap. 

Rekaan sederhana dan berbentuk silinder cukup mudah untuk dijaga, pada bahagian bawah speaker dipasang getah keselamatan. 

Malah, masih boleh berfungsi walaupun berada dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit. 

Selain itu, speaker ini boleh disambung dengan 2 telefon pintar atau tablet dalam satu masa melalui sambungan Bluetooth.

Speaker JBL untuk rumah
JBL Horizon 2 FM
JBL
JBL Horizon 2 FM
From
RM539.00
Check JBL Horizon 2 FM price below:
add_circle Ada fungsi jam loceng
add_circle Dilengkapi lampu LED ambient & radio
add_circle Boleh guna untuk cas telefon
remove_circle Harga mahal

Speaker JBL yang cukup canggih membolehkan anda untuk menetapkan jam loceng setiap pagi. 

Pengguna juga boleh mendengar radio menerusi pembesar suara ini dan boleh digunakan sebagai lampu tidur kerana turut dilengkapi dengan lampu LED. 

Selain boleh menyambung speaker ini dengan smartphone melalui Bluetooth,  anda juga boleh mengecas telefon pintar atau tablet dengan speaker ini kerana produk ini hadir dengan charging port

Menariknya lagi, pembesar suara dengan berat 0.81 kg ini juga mempunyai skrin LCD yang memaparkan jam, informasi radio dan tetapan jam loceng.

Manakala kelantangan bunyi dan jam loceng ini pula boleh dilaras menggunakan tombol yang terdapat pada speaker ini.

Speaker JBL wireless
JBL Charge 4
JBL
JBL Charge 4
From
RM749.00
Check JBL Charge 4 price below:
add_circle Boleh disambung dengan 2 smartphone atau tablet dalam 1 masa
add_circle Bateri tahan hingga 20 jam
add_circle Ada USB port
add_circle Kalis air IPX7
remove_circle Tiada fungsi speakerphone
remove_circle Pengecasan penuh selama 4 jam

Untuk anda yang gemar sesuatu produk yang ringkas, speaker dengan dua passive radiators ini sesuai untuk anda kerana bunyi yang terhasil adalah cukup kuat dan jelas.

Malah boleh menggantikan powerbank anda untuk pengecasan telefon pintar dan tablet dan mempunyai sambungan kabel audio 3.5 mm, fungsi Bluetooth dan fungsi JBL Connect+. 

20 jam penggunaan speaker ini memerlukan 4 jam pengecasan penuh tapi bunyi audio cukup dinamik sehingga lebih dari 80dB. 

Malah, dengan material yang diperbuat daripada getah dan fabrik yang tahan lasak, speaker ini dapat digunakan di mana-mana sama ada di rumah atau tempat rekreasi. 

Speaker JBL bluetooth
JBL Pulse 4
JBL
JBL Pulse 4
From
RM1,299.00
Check JBL Pulse 4 price below:
add_circle Lampu LED 360 darjah
add_circle Kalis air IPX7
add_circle Boleh dikawal menggunakan aplikasi JBL Connect
add_circle Fungsi PartyBoost
remove_circle Bateri cepat habis jika digunakan bersama lampu LED

Walaupun harga speaker JBL ini mencecah ribuan ringgit, kami jamin pembelian anda tidak sia-sia. 

Speakr ini dilengkapi dengan lampu LED berwarna-warni untuk menemani muzik anda dan boleh dijadikan sebagai lampu tidur. 

Speaker ini mempunyai input kabel audio 3.5 mm untuk memudahkan anda untuk mendengar muzik tanpa gangguan.

Terdapat juga fungsi Bluetooth dan mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan. 


Berapa Harga Speaker JBL?

Dengar nama JBL pasti ramai yang membayangi kualiti audio yang diberi, rekaan estetik bentuk speaker dan nilai harga produk yang tinggi. 

Sebenarnya, harga produk JBL serendah dari RM 289 dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Tapi itu semua bergantung kepada model, sistem mod bunyi, saiz, fungsi dan kualiti audio sesebuah speaker

Jenama JBL ini mempunyai pelbagai jenis speaker, antaranya ialah portable speaker, home audio, speaker tanpa wayar dan Bluetooth speaker

Apa yang perlu anda fikirkan hanyalah tujuan utama untuk memiliki speaker dan bajet yang sesuai untuk membawa pulang speaker bertaraf dunia ini.


Artikel Berkaitan

End of Article