Galaxy Ecosystem memberikan anda kehidupan yang mudah dengan menggunakan semua gajet dari Samsung.
Bermula dari penggunaan telefon pintar, aksesori atau peralatan elektrik, semuanya boleh berhubung antara satu sama lain.
Jadi, jika anda seorang Galaxy Ecosystem, jom usya 5 senarai Samsung Smartwatch yang kami senaraikan ni.
Penyunting
Table of Contents
5 Senarai Samsung Smartwatch Terbaru
- OS: Tizen Based Wearable OS 5.5
- Keserasian sistem operasi: Android
- Paparan: 1.4 inci (360x360),Super AMOLED
- Bateri: 3.5 hari
- Penarafan IP: IP68
- Penghubungan: NFC, Bluetooth, Wi-Fi, GPS
Samsung Galaxy Watch Active 2 merupakan sebuah jam pintar sporty terbaik dari Samsung.
Dengan bezel digital yang berfungsi dengan sangat responsif dan tanpa lagging.
Selain itu, turut dilengkapi dengan fitness tracking untuk anda yang mengutamakan aktiviti fizikal.
Harga yang ditawarkan pula tidak terlalu mahal untuk dimiliki, bahkan boleh dikatakan berbaloi dengan reka bentuk dan features yang menarik.
Antara review dari pengguna yang sudah memakai jam pintar ini, Samsung Galaxy Watch Active 2 dikatakan selesa dipakai dan terasa ringan di tangan.
Tambahan lagi, jam pintar ini memiliki penarafan IP68, maksudnya jam ini mampu kalis air pada kedalaman 1.5 meter dalam tempoh 30 minit.
- OS: Android Wear OS 3.5, One UI Watch 4.5
- Keserasian sistem operasi: Android
- Paparan: 1.4 inci, Sapphire crystal
- Bateri: Tahan 50 jam
- Penarafan IP: IP68
- Penghubungan: NFC, Bluetooth 5.2, Wi-Fi, GPS
Samsung galaxy smartwatch terbaru ini mempunyai satu feature yang menarik iaitu sensor bacaan suhu dari kulit.
Tapi, feature ini masih belum boleh digunakan buat masa ini dan dikatakan hanya boleh digunakan pada masa akan datang.
Skrin jam Samsung Galaxy Watch 5 ini juga lebih tahan calar kerana menggunakan jenis skrin Sapphire Crystal.
Manakala bateri jam ini dikatakan boleh bertahan sehingga 50 jam. Jika dibandingkan dengan Galaxy Watch 4, mungkin tidak banyak perbezaan.
Erti kata lain, Galaxy Watch 5 adalah lebih baik dari model terdahulu.
Tempoh pengecasan jam ini tidak mengambil masa yang lama. Dalam masa 30 minit ia mampu mengecas jam ini sehingga 50%.
Paling penting, smartwatch terbaru ini juga turut menyokong Google Assistant.
- OS: Android Wear OS 3.5, One UI Watch 4.5
- Keserasian sistem operasi: Android
- Paparan: 1.4 inci, Sapphire crystal
- Bateri: tahan sehingga 80 jam
- Penarafan IP: IP68
- Penghubungan: NFC, Bluetooth 5.2, Wi-Fi, GPS
Bagi anda yang gemar dengan aktiviti outdoor yang lasak dan mencabar, ini mungkin Samsung Galaxy Smartwatch terbaik untuk anda.
Selain itu, Galaxy Watch 5 Pro ini juga dikatakan lebih tahan lasak dan bateri juga boleh tahan sehingga 80 jam.
Reka bentuk yang bulky mungkin bukan untuk semua orang, tetapi jika anda suka gayakan jam yang besar, boleh lah beli Galaxy Watch 5 Pro ini.
Seperti Galaxy Watch 5, model Galaxy Watch 5 Pro ini juga mempunyai feature sensor bacaan suhu melalui kulit yang boleh digunakan akan datang.
Untuk pengguna Galaxy Ecosystem yang mahukan jam Samsung yang lebih tahan lasak dan bateri tahan lama, ini lah samsung watch terbaru yang sesuai untuk anda.
- OS: Tizen OS 5.5
- Keserasian sistem operasi: Android
- Paparan: 1.1 inci, Corning Gorilla Glass 3
- Bateri: Tahan sehingga 45 jam
- Penarafan IP: IP68
- Penghubungan: NFC, Bluetooth 4.2, Wi-Fi, GPS
Samsung Galaxy Watch Active generasi pertama ini merupakan Galaxy Watch Active yang paling mampu milik.
Boleh dikatakan antara jam pintar Samsung terbaik tanpa perlu membayar lebih.
Samsung Galaxy Smartwatch ini memilik pemprosesan yang pantas dan juga perisian dalaman yang mudah digunakan berbanding smartwatch Android lain yang menggunakan sistem operasi Google.
Dari segi reka bentuk, memang kelihatan sporty dan sleek. Sengat sesuai untuk anda yang mahukan jam yang tidak terlalu menonjol.
Selain itu, feature seperti fitness-focused memang membantu anda untuk kekal aktif sepanjang hari.
Bagaimanapun, Galaxy Watch Active tidak menawarkan model LTE. Jadi anda perlu sentiasa menggunakannya bersama smartphone anda.
- OS: FreeRTOS
- Keserasian sistem operasi: Android & iOS
- Paparan: 0.95 inci, AMOLED
- Bateri: tahan sehingga 7 hari
- Penarafan IP: 5 ATM
- Penghubungan: NFC, Bluetooth 5.0
Samsung Galaxy Fit ini merupakan sebuah smartwatch Samsung yang simple.
Jadi, tidak memiliki banyak features menarik tetapi ia memadai untuk dijadikan sebagai smartwatch.
Dengan harga Samsung smartwatch yang murah ini, anda tetap dapat feature seperti sensor accelerometer, Gyro dan bacaan kadar degupan jantung.
Selain itu, smartwatch Galaxy Fit ini juga kalis air. Turut sesuai dibawa berenang kerana ia mampu bertahan dalam air sehingga kedalaman 50 meter.
Jika anda pengguna iPhone, anda juga boleh membeli Galaxy Fit ini kerana ianya serasi dengan sistem operasi iOS.
Dari segi ketahanan bateri, jam pintar ini mampu bertahan sehingga 7 hari penggunaan penuh. Jadi tidak perlu risau bateri jam cepat habis.
Bolehkah Smartwatch Connect Dengan iPhone?
Jawapannya ia bergantung kepada model jam pintar Samsung anda.
Model dari tahun 2013 seperti Galaxy Gear sehingga tahun 2020 Galaxy Watch 3 masih boleh disambung bersama peranti iOS.
Namun bagi model smartwatch Samsung terkini iaitu Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch 4 Classic tidak dapat mempunyai perincian serasi bagi pemilik iPhone. Maaf!
Sebelum anda membeli jam pintar Samsung ini, semak dahulu model dan tetapan mengikut telefon pintar anda.
Artikel Berkaitan
- 13 Smartwatch Terbaik di Malaysia
- Tampak Bergaya Dengan Jam Tangan Pintar Bawah RM100
- 10 Jam Tangan Pintar Berkualiti Tak Lebih Dari RM500
- Minimum Pergerakan Ketika Bekerja Dengan Link to Windows
- Aktiviti Harian Jadi Lebih Mudah Dengan Samsung Wallet & Quick Share
- Rekaan Samsung Galaxy Watch5 Pro Lebih Eksklusif & Tahan Lasak
- Kena Beli Telefon Ni Kalau Korang Kaki Konsert