Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
huawei smartwatch malaysia

8 Smartwatch Huawei Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Peminat Huawei mesti ngam dengan jam pintar terbaru ni!

Huawei tidak lupa untuk memberi pengalaman yang hebat pada peminat gajet mereka.

Kini jam tangan pintar Huawei semakin diterima ramai, samada untuk diguna bersama smartphone Huawei, Apple atau Android lain.

Ia setaraf dengan jenama smartwatch yang lain dan bercirikan fungsi-fungsi untuk kesihatan, mengemaskini aktiviti dan aksesori dalam gaya fesyen

Teruja nak beli smartwatch Huawei? Lihat seleksi 10 pilihan jam tangan pintar Huawei terbaru dibawah;


Isi Kandungan


8 Smartwatch Huawei Terbaik & Terbaru di Malaysia 2024

Jam Huawei dengan GPS
Huawei Watch Fit
Huawei
mulai
RM288.00
Semak Huawei Watch Fit harga dibawah:
add_circle Bateri tahan lama
add_circle Reka bentuk menarik
add_circle Fitness tracker terbaik
remove_circle Tidak menyokong aplikasi pihak ketiga

Rekaan jam tangan HUAWEI Watch Fit sangat ringan dan nipis seberat 21 gram. Walaupun tidak berat, bukan bermakna jam ini tidak mampu beri fungsi yang banyak.

Antara fungsi yang menarik adalah mempunyai sistem Private Trainer dimana anda boleh lihat kartun animasi melakukan 9 jenis pergerakan senaman ringan. Misalnya, ripper Ab, regangan dan banyak lagi.

Selain itu, jam pintar Huawei ini mempunyai dual chipset architecture dan sistem penjimatan kuasa sekaligus memberikan bateri bertahan selama 10 hari.

Untuk aktiviti sukan, jangan risau Huawei Watch Fit mempunyai 96 mod senaman dan satu sistem dimana anda boleh set mengikut potensi anda sendiri.

Jam Huawei dengan speaker
Huawei Watch GT 2
Huawei
Huawei WATCH GT 2
mulai
RM639.00
Semak Huawei Watch GT 2 harga dibawah:

Model Watch GT2 bukan sahaja menyajikan rekaan jam pintar yang menarik tapi apa yang penting adalah fungsi dalaman yang menyokong speaker dan mikrofon. 

Anda boleh menjawab panggilan penting dan terus berbual hanya dari pergelangan tangan anda sahaja. 

Lengkap dengan aplikasi kesihatan eksklusif Huawei iaitu HUAWEI TruSleep™ 2.0, HUAWEI TruRelax™ dan pelbagai aktiviti sukan larian, gim dan air. 

Si pemakai juga dapat memantau degupan jantung mahupun ketika tidur dengan teknologi up-to-date HUAWEI TruSeen™.

Jam Huawei untuk bersenam
Huawei Smart Watch GT 2e
Huawei
watch gt2e
mulai
RM599.00
Semak Huawei Smart Watch GT 2e harga dibawah:

Dengan adanya 85 mod senaman yang telah disetkan pada jam pintar ini, HUAWEI Smart Watch GT 2e sekaligus mampu membaca tahap oksigen (SpO2), degupan jantung dan peredaran darah sama ada normal, tinggi atau rendah dalam tubuh badan si pemakai.

Malah, dalam 85 mod jenis senaman tersebut termasuklah 15 sukan utama seperti berlari, berjalan, berenang, mendaki gunung atau bukit, mengayuh basikal, bermain papan luncur dan banyak lagi. Jadi, memang sesuai untuk dipakai sewaktu melakukan aktiviti lasak.

Lebih menarik lagi, anda boleh bawa kemana saja memandangkan bateri jam pintar ini mampu bertahan selama 14 hari walaupun penggunaan sepanjang hari. Jika dibawa waktu tidur pun, tidak mengapa kerana Huawei GT 2e ini akan merekod kualiti tidur anda.

Kesimpulannya, setiap saat anda boleh pakai di tangan untuk semak tahap kesihatan tubuh badan anda.

Jam Huawei dengan oximeter
Huawei Watch GT 2 Pro
Huawei
Huawei Watch GT 2 Pro
mulai
RM969.00
Semak Huawei Watch GT 2 Pro harga dibawah:

Jam tangan pintar Huawei model Watch GT 2 Pro menyediakan satu features khas untuk rekod oximeter atau kadar Vo2 Max beserta SpO2 ketika bersenam atau istirehat. 

Ia ciri khas untuk pengguna mengetahui kadar oksigen dalam darah, sekaligus membolehkan pengguna memantau endurance dan kapasiti oksigen yang dibekalkan pada badan terutamanya semasa bersenam. 

Cip GPS yang berkualiti tinggi memberi ketepatan jarak, kalori hilang dan langkah semasa bersukan khususnya dalam sukan larian atau marathon. 

Jam ini juga lengkap dengan pelbagai tetapan kesihatan yang lain seperti kawalan tidur, data degupan jantung dan banyak lagi!

Jam Huawei murah
Huawei Band 4e Smartband Smartwatch
Huawei
mulai
RM79.00
Semak Huawei Band 4e Smartband Smartwatch harga dibawah:

Rekaan yang stylish, ringkas dan sporty dari jam pintar Huawei Band 4e.

Kalau anda peminat sukan basketball, ini adalah jam tangan pintar khas buat anda. Ia khusus dengan mod permainan basketball dan larian professional. 

Lengkap dengan tracking laporan fitness iaitu lompatan, impak langkah, sudut hayunan, jarak langkah dan sebagainya. Semua ini berdasarkan sistem canggih CISS iaitu pusat analisis membantu si pemakai mengetahui lebih lanjut tentang data senaman.

Kuasa bateri dapat bertahan sehingga 14 hari dengan 40 jam mod larian.

Jam Huawei dengan sim kad
Huawei Watch 3
Huawei
Huawei Watch 3
mulai
RM1,159.00
Semak Huawei Watch 3 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk cantik
add_circle Pengalaman penggunaan yang menarik
remove_circle Mikrofon kurang memuaskan

Antara jam tangan pintar yang boleh letak sim kad di dalamnya! 

Ia bertujuan untuk pengguna dapat membuat dan menjawab panggilan langsung dari jam tangan pintar tanpa perlu sambungan Bluetooth pada telefon. 

Malah ia juga boleh mengurus senarai lagu untuk dimainkan pada speaker rumah anda.

Ia lengkap dengan fungsi kesihatan 100 jenis sukan dimana secara tepat dapat mengira kalori, jarak langkah, kadar degupan jantung dan banyak lagi. 

Terdapat mod kawalan kesihatan didalam smartwatch ini dimana membantu anda mengurus stress atau latihan pernafasan dari Spo2, aturan tidur, tahap oksigen dalam darah serta 

Anda juga tidak perlu risau tentang jangka hayat bateri, smartwatch Huawei 3 boleh bertahan sehingga dua minggu dengan pengecasan tanpa wayar.  

Jam Huawei terbaru
Huawei Watch 3 Pro
Huawei
Huawei Watch 3 Pro
mulai
RM1,788.00
Semak Huawei Watch 3 Pro harga dibawah:

Terbaru dari Huawei, iaitu jam tangan pintar Huawei Watch 3 Pro! 

Ia bercirikan jam tangan pintar yang kalis air IP67 sesuai untuk penggemar sukan air. 

Paparan touchscreen berwarna 1.43 inci sempurna dengan paparan data kesihatan dan pelbagai notifikasi dari sambungan telefon pintar.

Menariknya, jam tangan ini boleh menjadi alat kawalan jauh untuk panggilan video, mengambil gambar dan mendengar muzik melalui speaker.

Kapasiti bateri mampu bertahan selama 21 hari tanpa perlu pengecasan yang kerap. Ia juga boleh dicas menggunakan telefon pintar Huawei. 

Ia lengkap dengan fungsi kesihatan 100 jenis sukan dimana secara tepat dapat mengira kalori, jarak langkah, kadar degupan jantung dan banyak lagi.

Jam Huawei untuk perempuan
Huawei Band 6
Huawei
HUAWEI Band 6
mulai
RM89.00
Semak Huawei Band 6 harga dibawah:

HUAWEI Band 6 mempunyai 96 mod sukan berbeza dengan mengawasi kadar degupan jantung, kalori dan banyak lagi. Semua data dapat disimpan dan dianalisis dalam grafik yang mudah dibaca.

Menariknya lagi, alat peranti ini bukan saja berfungsi sebagai fitness tracker (penjejak kesihatan) tapi boleh menyambung dengan telefon pintar untuk melihat keluar masuk mesej, mengawal lagu dimainkan, mengambil gambar dan banyak lagi.

HUAWEI Band 6 untuk wanita, sudah pasti mempunyai sistem menstrual cycle tracking dimana akan memberitahu tempoh waktu period semakin hampir supaya anda boleh bersiap siaga menghadapi tempoh tersebut.

Paling penting, bateri fitness tracker ini boleh bertahan selama 2 minggu dengan penggunaan biasa dan 10 hari untuk penggunaan berat. 

Kelebihan Jam Pintar Huawei

Nama Huawei bukan sahaja terkenal di kalangan peminat Android, malah peminat siri Apple juga. 

Sambungan peranti aksesori Huawei cukup mesra pengguna, sentiasa up-to-date dan tidak dijual pada harga yang terlalu mahal. 

Ini dapat dilihat pada seleksi jam tangan pintar keluaran Huawei. Ianya murah, reka bentuk yang cantik serta lengkap pelbagai aplikasi hebat dari teknologi Huawei sendiri.

  • Bateri

Sistem bateri pada setiap jam tangan Huawei boleh diubah usai mengikut penggunaan semasa dari Ultra atau Optimum. Ia boleh bertahan sehingga dua minggu dan dilengkapi pengecasan tanpa wayar. 

  • Mod sukan

Tidak seperti jam tangan pintar yang lain, Huawei memberi pilihan kepada pengguna untuk melakukan aktiviti senaman luar atau didalam rumah/gim. Sekaligus membantu capaian rekod data yang lebih tepat terutamanya kesan kalori, degupan jantung dan lain-lain.

  • Ketersambungan

Cukup, cukup mengagumkan! Dengan pelbagai rangkaian sambungan Bluetooth, WiFi dan sim kad. Kini apa jua aktiviti dalam telefon pintar boleh beralih dari pergelangan tangan sahaja. 

Ternyata, memiliki jam tangan pintar Huawei suatu pelaburan yang tepat. 


Artikel Berkaitan

End of Article