Sudah mencuba pelbagai cara tapi masih juga tidak berjaya mengatasi perut buncit? Tentu lelah bukan apabila usaha untuk berdiet dan bersenam masih tidak menunjukkan hasil?
Di sini kami telah kompilasikan beberapa cara yang amat mudah berdasarkan cadangan daripada pakar pemakanan Jaclyn London dan pakar pemakanan lain untuk anda amalkan setiap hari bagi mendapatkan perut yang kempis. Ya, tiada diet dan senaman diperlukan!
1. Tidur awal

Tidur awal bukan sahaja membantu anda untuk tidak makan pada tengah malam malah ia juga dapat mengelakkan daripada melambatkan metabolisma badan anda. Jadi jika anda ingin mempercepatkan proses menghilangkan perut buncit, pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur setiap hari.


2. Jangan tinggal makan

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan metabolisma badan adalah dengan memastikan anda makan setiap 3-4 jam, ini termasuklah breakfast. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak makan pagi akan mengalami rasa lapar yang ketara sepanjang hari. Pastikan anda mempunyai stok snek yang kaya dengan serat, protein dan karbohidrat kompleks. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sambil membakar kalori pada kadar sekata sepanjang hari.

3. Minum lebih banyak air

Pastikan anda minum air yang mencukupi! Apabila badan tidak cukup air, badan anda akan mula ‘mengumpul’ air dan menyebabkan bahagian perut anda membuncit. Cuba ambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari atau gantikan dengan apa-apa jenis liquid atau cecair yang lain seperti jus buah asli tanpa gula.

4. Makan lebih banyak ‘air’

Apa yang kami maksudkan adalah makan lebih banyak makanan yang mengandungi air seperti buah dan sayuran. Sebenarnya lebih elok jika anda makan buah sebelum makan kerana ia dapat membuatkan anda berasa kenyang dan mengelakkan anda daripada makan dengan lebih banyak. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mempercepatkan proses pencernaan makanan. Makan buah selepas makan pula boleh menyebabkan proses pencernaan lebih lambat dan menyebabkan sembelit yang boleh menyebabkan perut buncit.
5. Ambil makanan berasaskan probiotik

Probiotik adalah bakteria baik yang membantu melancarkan pencernaan makanan sekali gus mengelakkan daripada angin dan membantu anda mendapatkan perut kempis. Bagi memastikan sistem pencernaan yang lancar, Pakar Pemakanan Jonny Owden, pengarang buku The Most Effective Natural Cures on Earth mencadangkan supaya anda mengambil makanan berunsurkan probiotik seperti yogurt, kimci, sup miso setiap hari.

6. Tambah susu pada menu breakfast anda

Makanan yang kaya dengan kalsium terbukti dapat membantu anda mencapai berat yang ideal. Bukan itu sahaja, mineral lain yang terkandung di dalam susu seperti potasium dan magnesium dapat meneutralkan sodium (garam) yang menjadikan perut berangin dan kelihatan buncit.

7. Minum kopi

Berita baik untuk penggemar kopi! Kopi adalah diuretic semulajadi yang bersifat mild dan membantu untuk melawaskan pembuangan air yang berlebihan dalam badan. Kopi juga dapat memberi stimulasi pada usus anda. Pembuangan sisa dari dalam badan yang konsisten dapat membantu mengempiskan perut anda. Kopi style Americano (tanpa gula) adalah pilihan yang terbaik.


8. Berehatlah apabila anda stress & penat

Menurut pakar Dr. Reichman, apabila anda penat & lesu, badan anda secara automatik akan menghasilkan lebih banyak steroid dan hormon stress yang akan memberi kesan negatif kepada sistem pencernaan anda. Ini akan menyebabkan masalah seperti sembelit. Bukan itu sahaja, stress juga akan menambah penghasilan cortisol, hormon ini akan bertindak untuk menghantar lemak tambahan pada perut anda untuk melindungi organ-organ penting di dalam badan. Pastikan anda mendapatkan sekurang-kurangnya 20 minit waktu rehat untuk mengurangkan kadar stress.


9. Berjalan selama 30 minit

Jika anda malas untuk bersenam di rumah atau di gym, pastikan anda berjalan selama 30 min sehari. Ia akan membantu meningkatkan metabolisma anda. Jika anda mempunyai sedikit masa untuk bersenam, lakukan senaman untuk badan secara menyeluruh dan bukan senaman untuk kempiskan perut yang hanya tertumpu pada bahagian perut. Ini kerana pergerakan yang hanya tertumpu pada perut didapati hanya dapat mengumpul otot di bahagian itu tanpa mengurangkan lemak.

Semua langkah ini adalah amat mudah untuk anda praktikkan setiap hari. Jadi apa tunggu lagi? Mulakan perjalanan anda untuk mencapai perut kempis sekarang! Selamat mencuba!