Jawapan ringkas: pilihan terbaik teh hijau di Malaysia buat masa ini ialah AHMAD Tea Green Tea, RM6.35 di Shopee Malaysia (harga disemak 9 Oktober 2026), pilihan paling ringkas dan mesra poket untuk minum harian. Kalau nak rasa lebih kuat gaya Jepun, pilih OSK Green Tea pada RM11.55; kalau nak jenama antarabangsa, Twinings Jasmin Green Tea popular untuk kualiti daun teh yang lebih tulen pada RM19.90.
Semua harga di atas disemak terus di Shopee Malaysia pada 9 Oktober 2026. Teh hijau sesuai diminum 1 hingga 2 cawan sehari, tanpa gula atau susu pekat, sebagai sebahagian rutin pemakanan yang seimbang.
Kandungan
- Senarai 9 Jenama Teh Hijau Terbaik Di Malaysia
- Terbaik Secara Keseluruhan: AHMAD Tea Green Tea
- AHMAD Tea Green Tea
- Terbaik untuk Rasa Teh Jepun: OSK Green Tea
- OSK Green Tea
- Terbaik untuk Teh Thai: ChaTraMue – Original Thai Green Tea
- ChaTraMue – Original Thai Green Tea
- Terbaik untuk Diet: Teazen Korean Organic Green Tea
- Teazen Korean Organic Green Tea
- Terbaik untuk Teh Asli Jepun: Harada Yabukita Blend Green Tea
- Harada Yabukita Blend Green Tea
- Terbaik untuk Aroma Melati: Twinings Jasmin Green Tea
- Twinings Jasmin Green Tea
- Terbaik untuk Beras Perang Organik: Nokchawon Brown Rice Green Tea
- Nokchawon Brown Rice Green Tea
- Terbaik untuk Rasa Pudina: Dilmah Green Tea Moroccan Mint
- Dilmah Green Tea Moroccan Mint
- Terbaik untuk Teh Panggang: Japanese Genmaicha Green Tea
- Japanese Genmaicha Green Tea
- Bagaimana Kami Memilih: Panduan Pilih Teh Hijau Terbaik
- Soalan Lazim
- Artikel Berkaitan
- Panduan berkaitan
Minuman teh hijau sudah menjadi tipikal buat masyarakat Malaysia, lebih lagi untuk anak-anak muda.
Sudah banyak kafe minuman menyediakan menu green tea yang bagus dengan pelbagai perisa atau campuran.
Khasiat teh hijau pula sinonim dengan antioksida dan rendah kalori, menjadikannya pilihan popular dalam rutin diet harian.
Kini, anda boleh menikmatinya di rumah dengan pelbagai pilihan teh hijau di pasaran tempatan, sama ada jenis uncang, serbuk teh hijau atau paket siap minum.
Berikut 9 jenama teh hijau terbaik di Malaysia, dengan harga yang kami semak sendiri di Shopee Malaysia.
AHMAD Tea Green TeaRM6.35Shopee
OSK Green TeaRM11.55Shopee
ChaTraMue – Original Thai Green TeaRM13.90Shopee
Teazen Korean Organic Green TeaRM25.90Shopee
Harada Yabukita Blend Green TeaRM24.90Shopee
Twinings Jasmin Green TeaRM19.90Shopee
Nokchawon Brown Rice Green TeaRM41.03Shopee
Dilmah Green Tea Moroccan MintRM16.80Shopee
Japanese Genmaicha Green TeaRM31.50Shopee
Senarai 9 Jenama Teh Hijau Terbaik Di Malaysia
Terbaik Secara Keseluruhan: AHMAD Tea Green Tea
Sebab menjadi pilihan:
Rasanya sedap seperti teh Jepun dan tidak pahit serta mempunyai bau yang wangi. Sesuai untuk sarapan teh setiap pagi dan mudah dihidangkan.
Ciri-ciri:
Teh hijau lebih baik daripada teh hitam kerana ianya tidak melalui proses penapaian.
Sesuai untuk anda yang sedang melalui proses berdiet, teh hijau dapat membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi.
Teh hijau dari jenama Ahmad ini diterbangkan khas dari kota London, selamat diminum untuk semua peringkat umur.
Review:
"Rendah kalori, tak perlu pun beli supplement mahal-mahal, ni pun dah cukup saya amalkan Green Tea Ahmad 3 bulan tiap malam minum, kalori deficit dari 80kg sampai 70kg, janji konsisten."
Terbaik untuk Rasa Teh Jepun: OSK Green Tea
2 lagi
Khas dari Jepun dan diperbuat 100% daripada bahan asli daun teh dan tidak mengandungi perisa atau pengawet tambahan.
Tinggi dengan antioksida yang menyokong rutin kesihatan harian anda.
Teh hijau ini juga sesuai untuk minuman harian yang ringan di poket.
Baik untuk semua peringkat umur, ianya mampu memberi tenaga buat anda menjalankan aktiviti seharian tanpa rasa keletihan.
Terbaik untuk Teh Thai: ChaTraMue – Original Thai Green Tea
1 lagi
Teh hijau yang dihasilkan di pergunungan bersuhu sejuk di Thailand ini telah menjadi kegemaran masyarakat Thailand sejak 73 tahun lamanya.
Bancuhan teh hijau ini adalah khas untuk anda yang menggemari teh hijau bersama susu.
Bagi mendapatkan khasiat teh hijau, campurkan serbuk teh hijau ini bersama susu segar dan madu untuk menggantikan susu pekat.
Green tea ini sangat berkualiti tinggi dan murah, terbaik dari Thailand!
Terbaik untuk Diet: Teazen Korean Organic Green Tea
1 lagi
Dapatkan Teazen Korean untuk pengalaman menikmati teh hijau organik dari Korea yang berkualiti.
Diperbuat 100% daripada daun teh hijau muda tuaian pertama dan tanpa bahan kimia. Ia memberikan rasa yang lembut dan bau aromatik ketika dihidang.
Teh ini mempunyai kedalaman rasa mengikut cita rasa individu dan tidak pahit seperti beberapa jenama teh hijau lain.
Mempunyai pensijilan Halal, mematuhi piawaian HACCP dan USDA Organik.
Setiap pek mengandungi 40 uncang teh dan dikilang oleh Syarikat Teazen Korea.
Terbaik untuk Teh Asli Jepun: Harada Yabukita Blend Green Tea
2 lagi
Harada Green Tea adalah teh hijau asli Jepun yang dihasilkan dengan daun teh Yabukita berkualiti tinggi.
Mengandungi catechin dan antioksidan terkenal Vitamin C. Daun teh hijau sendiri menghasilkan catechin bagi melindungi diri mereka daripada sinaran ultraungu.
Catechin yang terbaik diekstrak dalam air pada suhu 75-80 darjah Celsius dan boleh musnah pada suhu lebih tinggi.
Jadi, perlu berhati-hati semasa brewing teh hijau dan gunakan air mendidih yang telah dibiarkan rehat selama kira-kira sepuluh minit.
Kemudian, tuangkan air ke atas teh dan rendam selama kira-kira satu minit sebelum dihidangkan.
Rasa teh Harada Green Tea sungguh pekat dan nikmat. Warna hijaunya membuktikan kualiti tinggi dan keasliannya.
Seisi keluarga pasti suka rasa teh hijau ni.
Terbaik untuk Aroma Melati: Twinings Jasmin Green Tea
1 lagi
Jenama teh hijau eksklusif dari Twinings cukup sinonim dengan adunan daun teh berkualiti tinggi dan asli.
Menawarkan 25 uncang dalam setiap paket dan boleh dibawa ke pejabat.
Menariknya lagi, teh hijau ini dilapisi dengan bunga melati yang dipetik pada awal hari.
Pada waktu malam, wangian dari bunga ini menyerap ke dalam teh, memberikan rasa yang halus dan menyegarkan.
Namun bagi anda yang suka teh bersama susu, anda tidak disarankan begitu kerana ia boleh menjejaskan aroma teh ini.
Satu uncang teh sudah cukup untuk satu cawan, pastikan anda bancuh teh selama 2 minit dan nikmati ia ketika panas.
Rasanya sedap tanpa perlu tambah gula!
Terbaik untuk Beras Perang Organik: Nokchawon Brown Rice Green Tea
1 lagi
Teh hijau jenama Nokchawon ini menawarkan 50 uncang teh dan mengandungi beras perang organik serta teh hijau organik.
Kandungan beras perang yang terdiri daripada zat besi, serat, niacin dan theanine, sesuai sebagai sebahagian rutin pemakanan harian.
Green tea ini lagi berkesan apabila dicampur dengan beras perang untuk rasa yang lebih dalam.
Teh rasanya sangat sedap dan mendalam serta sesuai untuk minum teh selepas makan.
Bau teh dengan aroma beras perang juga wangi dan boleh menjadi penganti kepada mereka yang berhenti minum kopi.
Terbaik untuk Rasa Pudina: Dilmah Green Tea Moroccan Mint
Bagi pencinta teh sejati, bolehlah pilih produk teh dari jenama teh hijau terbaik Dilmah.
Teh asal Sri Lanka dipetik sendiri dan dibuat dengan cara tradisional untuk memastikan rasa, kebaikan dan kualiti tidak berubah.
Selain morocoon mint, terdapat sembilan lagi perisa teh hijau yang boleh dipilih termasuk rose dengan vanilla, pudina, earl grey, jasmine, peach, halia & madu, lemon dan pure green tea.
Dalam setiap pakej, anda akan mendapat 20 uncang teh dengan harga berpatutan.
Untuk kesegaran minda yang berpanjangan, cuba minuman dari Dilmah ini.
Terbaik untuk Teh Panggang: Japanese Genmaicha Green Tea
2 lagi
Serbuk campuran teh hijau Jepun dan nasi dipanggang ini sangat sedap dinikmati ketika cuaca panas. Lebih-lebih dihidangkan secara sejuk dengan ketulan ais atau dicampur susu.
Cenderung mempunyai rasa kacang. Nasi akan diproses melalui 5 langkah iaitu merendam, mengukus, mengeringkan, memanggang dan menyejukkan sebelum memulakan proses ke daun teh.
Rasa Genmaicha yang dipanggang serupa dengan 'teh Popcorn'.
Manfaat teh hijau yang dicampur nasi ini termasuk kaya antioksidan, dan sesuai dinikmati sebagai minuman harian yang menyegarkan.
Cara terbaik untuk meminumnya adalah ketika teh masih berwarna hijau dan kuning.
Jangan meneguk teh terlalu lama atau ia akan rasa sedikit pahit.
Bagaimana Kami Memilih: Panduan Pilih Teh Hijau Terbaik
Setiap pilihan di atas disenaraikan berdasarkan harga sebenar di Shopee Malaysia yang kami semak sendiri pada 9 Oktober 2026, bukan tekaan atau harga pengeluar. Berikut kriteria yang kami guna:
Harga dan saiz pek
Kami bandingkan harga setiap pek mengikut bilangan uncang atau berat supaya anda boleh nilai kos sebenar bagi setiap cawan, bukan hanya harga pek secara keseluruhan.
Jenis: uncang, daun lepas atau serbuk
Teh hijau uncang (AHMAD, OSK, Twinings) lebih mudah untuk bancuhan harian pejabat, manakala teh panggang seperti Genmaicha sesuai untuk yang mahu rasa lebih unik.
Tiada gula atau perisa tambahan
Kami beri keutamaan kepada jenama yang menawarkan teh hijau tulen tanpa gula tambahan, supaya anda sendiri boleh kawal jumlah gula dalam minuman harian.
Sijil Halal dan tempat asal
Kebanyakan pilihan di atas mempunyai sijil Halal, dan kami nyatakan tempat asal (Jepun, Korea, Thailand, Sri Lanka) supaya anda tahu gaya teh yang anda beli.
Ketersediaan di Shopee Malaysia
Kami hanya memasukkan produk yang masih disenaraikan dan boleh dibeli di Shopee Malaysia pada tarikh kami semak; dua produk yang sebelum ini disenaraikan (serbuk matcha Bellira dan Hyleys Tea Garcinia Cambogia) telah dikeluarkan daripada senarai ini kerana tiada lagi penyenaraian aktif di Shopee Malaysia pada 9 Oktober 2026.
Soalan Lazim
Apakah kebaikan teh hijau boh?
BOH Pure Green Tea ialah teh hijau uncang keluaran jenama tempatan BOH, rasa asli tanpa perisa tambahan. Ia sinonim dengan kandungan antioksidan dan rendah kalori, menjadikannya pilihan mudah untuk rutin minum harian tanpa perlu risau gula tambahan.
Apakah khasiat teh cina?
Teh cina seperti teh hijau dan teh oolong diproses daripada daun Camellia sinensis yang sama, dan kaya dengan antioksidan seperti catechin. Ia biasa diminum selepas makan untuk membantu pencernaan dan sebagai sebahagian rutin pemakanan yang seimbang, bukan sebagai rawatan untuk sebarang penyakit.
Bagaimana cara minum teh hijau Ahmad?
Rendam satu uncang AHMAD Tea Green Tea dalam air panas (bukan mendidih sepenuhnya) selama 2 hingga 3 minit, kemudian minum tanpa gula untuk rasa asli yang tidak pahit. Harga semasa RM6.35 di Shopee Malaysia, disemak 9 Oktober 2026.
Apakah kebaikan teh hijau tanpa gula?
Teh hijau tanpa gula tambahan mengurangkan jumlah kalori setiap cawan, sesuai untuk mereka yang menjaga pengambilan gula harian sebagai sebahagian diet seimbang. Rasa asli teh hijau juga lebih jelas tanpa gula yang menutup rasa daun teh sebenar.



