Kecantikan

10 Tips Skincare Pelik Tapi Memang Betul-Betul Berkesan

Ini beberapa trick/tips skincare terbaik yang berkesan untuk kulit wajah berminyak, kering, berjerawat yang sesuai untuk lelaki, wanita, remaja tanpa produk


Editor · Updated 19 Oct 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Tips Skincare Pelik Tapi Memang Betul-Betul Berkesan
Apabila kulit tak berapa elok, susah kan untuk rasa seperti diri sendiri?

Kadang-kadang macam-macam produk yang anda cuba, tapi masih juga tak berkesan. Mungkin kadangkala apa yang anda perlukan adalah teknik penjagaan muka cara semulajadi atau tanpa menggunakan produk. Sama ada anda mahu hilangkan eyebag atau pun cela di wajah dengan pantas, kami senarai beberapa trik yang memang berkesan. Jom baca!

Kandungan

1) Atasi jerawat degil dengan krim ruam bayi

Kita semua pernah mengalami jerawat teruk yang tiba-tiba muncul keesokan harinya, dan merasai betapa susahnya untuk melindungi kesan jerawat ini. Cara yang paling pantas untuk mengatasi kemerahan, jerawat tumbuh dengan lebih besar dan sakit daripada jerawat ini adalah dengan menyapu krim ruam bayi pada kawasan tersebut dan lihat sendiri bagaimana ia mengecut dengan sekelip mata bagaikan silap mata!

1 daripada 6
Mothercare We All Know Baby Nappy Cream (150ml)
Partnership with Mothercare
Dari RM22.50

2) Tanggalkan makeup secara semulajadi

Sukar untuk membuang makeup anda setelah seharian memakainya? Mudah sahaja. Gunakan minyak kelapa untuk membuang makeup anda. Pastikan anda mengggunakan jari manis anda untuk menyapu minyak ini kerana jari ini adalah yang paling lembut dan sesuai untuk kawasan yang sensitif seperti kawasan bawah mata.

2 daripada 6
ARTNATURALS Premium Fractionated Coconut Oil (473ml)
Partnership with ARTNATURALS
Dari RM105

3) Buka pori untuk hasil yang lebih baik

Untuk memaksimakan penggunaan pencuci muka dan scrub, kami nasihatkan agar anda membuka dahulu pori di kulit wajah. Dapatkan apa-apa jenis kain dan letakkannya pada air panas. Letakkan kain ini pada wajah anda, ambil nafas dalam-dalam, angkat kain dan letak semula pada air panas. Ulangi proses ini selama tiga kali. Pori anda akan terbuka dan kulit anda akan lebih lembut dan bersedia untuk menerima produk wajah anda anda gunakan. Proses ini membantu produk untuk meresap lebih jauh ke dalam kulit dan menjadikannya lebih efektif.

4) Face oil untuk kulit berminyak?

Tahukah anda, kadangkala kulit berminyak adalah salah satu petanda kulit kering? Jadi tidak menggunakan pelembap wajah atau moisturizer mungkin akan menyebabkan kulit bertambah teruk. Salah satu cara terbaik untuk melembapkan kulit wajah? Cuba gunakan minyak untuk wajah. Kedengaran pelik bukan? Tetapi sebenarnya, apabila anada menggunakan face oil, kulit anda akan berhenti menghasilkan minyak untuk mengatasi kekeringan kulit dan seterusnya menjadikan minyak di kulit wajah lebih seimbang.

3 daripada 6
Cosmoderm Vitamin E-Oil With Rosehip Oil (30ml)
Partnership with Cosmoderm
Dari RM39.90

5) Beriadah untuk kecantikan kulit wajah

Stress dan kekurangan peredaran darah akan menjadikan kulit kelihatan kusam dan kering. Untuk kesihatan badan dan kulit, kami nasihatkan agar anda melakukan aktiviti riadah ringan selama 10 minit setiap hari. Pergerakan seperti downward dog & child’s pose dapat membantu peredaran darah yang lebih baik di kawasan muka dan seluruh badan, selain dapat merehatkan tubuh badan dan menghilangkan stress sepanjang hari.

4 daripada 6
Sanctband Active Exercise Mat
Partnership with
Dari RM255
berkualiti
tebal
3 lagi
tiada iritasi pada kulit
cengkaman kuat
produk versatil

6) Rendaman 10 minit untuk kulit berseri

Setiap hari, kita berhadapan dengan toksin dan radikal bebas yang meresap ke dalam kulit, begitu juga dengan toksin yang terkandung di dalam makanan yang kita ambil setiap hari. Untuk membantu mengeluarkan toksin ini dari dalam badan, campurkan garam Epsom, garam dan baking soda, kemudian letakkannya ke dalam air suam. Berendam di dalam air ini selama 20 minit dan anda akan dapat melihat perubahan pada kulit anda.

7) Teh untuk kulit berminyak

Mencari astringen semulajadi untuk kulit berminyak? Rendam seuncang black tea dalam air suam kemudian sejukkan air teh tersebut. Renjiskan air ini pada wajah dan biarkannya tanpa dibilas. Lakukan langkah ini secara rutin untuk hasil yang lebih baik.

Ahmad Tea Detox Cleanse
5 daripada 6
Ahmad Tea Detox Cleanse
Partnership with Ahmad Tea
Dari RM18.99
Bebas kafein
Disahkan halal
Tidak berapa sedap
1 lagi
Harga murah

8) Syampu kelemumur sebagai pencuci muka

Untuk kulit yang kering, syampu mungkin adalah jawapannya. Sekali dua dalam sebulan, gantikan pencuci wajah anda dengan syampu anti kelemumur untuk menyeimbangkan tahap yeast di muka, yang mungkin menjadi punca kulit kering.

Rejoice Anti-Dandruff 3 in 1 Shampoo
6 daripada 6
Rejoice Anti-Dandruff 3 in 1 Shampoo (600ml)
Partnership with Rejoice
Dari RM8.34
Mengandungi mentol untuk kesegaran kulit kepala
ZPT - melawan masalah kelemumur
Kurang sesuai kulit kepala sensitif
1 lagi
Rambut tidak mudah menjadi kusut

9) Susu & Ais Untuk Kulit Sensitif

Untuk kulit sensitif yang mudah untuk iritasi, rendam kain dalam susu dan ais, perah dan kemudian letakkannya pada wajah anda yang sudah dicuci selama 10-15 minit. Tahap pH dan protein pada susu, serta kesejukan kain akan menjadikan kulit anda berasa lebih segar hanya dalam beberapa minit.

Selamat mencuba!

Lagi daripada ProductNation