Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Skincare Terbaik Dari Nutox Untuk Rahsia Kulit Segar Sentiasa

Kulit tampil lebih awet muda!

Tahukah anda jenama Nutox ini adalah produk keluaran Malaysia yang berasaskan Bird’s Nest? Kehebatan serta kelebihan sarang burung yang terdapat dalam sesuatu produk kecantikan memang terkenal untuk memastikan kulit anda nampak sihat serta awet muda sentiasa.

Apakah peringkat umur yang sesuai untuk menggunakan produk Nutox?

Disebabkan produk Nutox ini mengandungi kepekatan kolagen serta sarang burung yang dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit, jadi jenama ini sesuai digunakan buat yang berumur dalam lingkungan 25 tahun dan ke atas. Ini kerana saat itulah anda memerlukan lebih kolagen untuk menjaga elisitasi kulit. 

Tetapi dengan pilihan produk dari Nutox untuk dipilih di pasaran, yang mana paling sesuai untuk anda? Jom, kenali! 

10 Jenis Produk Skincare Terbaik Dari Nutox

Makeup remover dengan kandungan micellar water untuk kulit sensitif
Nutox
mulai
RM25.42
Semak Nutox Micellar Cleansing Water harga dibawah:

Micellar water bersifat 2-dalam-1 ini bertujuan menghapuskan solekan, membersih serta menyegarkan kulit. Diperkaya dengan Gluconate Zinc, air micellar ini juga akan mengangkat sisa kotoran dan minyak yang terperangkap di dasar kulit, meninggalkan kulit wajah terasa lebih lembut dan bersih. 

Selamat digunakan pada bahagian mata dan bibir, Nutox Micellar Water ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Hanya sapu secara perlahan, sudah cukup untuk menanggalkan sisa solekan.

Pencuci muka sesuai untuk kulit kombinasi
Nutox
mulai
RM22.02
Semak Nutox Cleansing Foam harga dibawah:

Antara penyebab kulit kering adalah kurangnya kadar minyak dan air di permukaan luar kulit. Kondisi kulit kering juga dapat mengakibatkan tingkatnya sensitiviti kulit. Adalah lebih baik jika anda memilih produk yang mengandungi agen pelembap sebanyak mungkin seperti Nutox Cleansing Foam ini. 

Ianya bukan sahaja dapat mengekalkan lembapan pada kulit wajah selepas mencuci, malahan memberi hidrasi berpanjangan agar kulit tidak lagi iritasi akibat kering. Sangat sesuai untuk kulit kombinasi. Gunakan 2 kali sehari, ya.

Toner untuk kulit berminyak dengan kepekatan astringen
Nutox
mulai
RM23.90
Semak Nutox Astringent Toner harga dibawah:

Toner wajah Nutox Astringent ini sangat sesuai untuk anda dengan kulit berminyak atau rawan jerawat. Digunakan selepas mencuci, ianya berkesan dalam membuang segala sisa sebum serta kotoran yang tersumbat pada dasar wajah yang boleh mengakibatkan kemunculan jerawat tidak diingini.  

Diformulasi khas buat kulit wanita Asia, toner wajah ini juga mampu melindungi kulit daripada persekitaran atau pencemaran berbahaya, terutama sewaktu musim panas.

Masker wajah untuk kulit normal dengan fungsi anti penuaan
Nutox
mulai
RM30.00
Semak Nutox Anti-Ageing & Renewing Treatment Mask (2 x 3’s) harga dibawah:

Masker anti-penuaan dari jenama Nutox ini bukan sahaja mampu melambatkan kesan penuaan, malah menghalang dari terjadinya penghasilan minyak yang berlebihan. Masker yang dilengkapi dengan bahan-bahan bernutrisi tinggi seperti Glycol dan Glycerin ini juga sesuai dijadikan sebagai asas make up atau atau primer. 

Dengan kandungan Bird Nest di dalamnya, kini kulit anda bebas dari sebarang kedutan, garis halus serta pori tersumbat!

Serum wajah untuk jeragat, menjaga keanjalan kulit
Nutox
mulai
RM52.02
Semak Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concenrate harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak sarang burung
add_circle Menggunakan kolagen semula jadi
add_circle Kuasa makro alga
add_circle Ekstrak gentian India, Actigenic +
remove_circle Harga mahal

Antara bahan penting yang harus digunakan sekiranya anda mempunyai masalah jeragat. Serum adalah sejenis cecair yang berkonsentrasi tinggi, mengandungi bahan aktif serta partikel kecil bagi melawan cela di wajah terutamanya jeragat dan jerawat. 

Berbeza dari kebiasaan serum yang lain, Nutox Adavanced Serum ini mempunyai kepekatan bahan organik aktif yang tinggi. Molekulnya juga lebih kecil dan ringan memudahkannya menyerap dengan pantas ke dalam lapisan kulit. Oleh kerana itulah penggunaan serum ini amat penting bagi meningkatkan reproduksi kulit.

Essence memutihkan wajah, kulit kelihatan lebih glowing
Nutox
mulai
RM71.60
Semak Nutox Renewing Treatment Essence harga dibawah:

Dilengkapi dengan Hyaluronate Acid, ekstrak yis, sarang burung serta Glycerin, kemampuan produk essence dari jenama Nutox ini dalam melembapkan kulit tentu tidak perlu diragu lagi. Tekstur yang kental akan mengurangkan segala ketidaksempurnaan di wajah anda. 

Ia juga mampu menghasilkan efek dewy di wajah setelah memakai. Hasilnya, wajah akan tampak bersih dan cerah tanpa noda!

Krim bawah mata untuk rawatan mata panda
Nutox
mulai
RM48.93
Semak NUTOX Youth Restoring Eye Refiner - All Skin Type harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Tidak melekit
add_circle Tanpa minyak
add_circle Mengandungi sarang burung
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kuantiti hanya 15ml

Anda mempunyai bahagian bawah mata yang hitam atau masalah mata kuyu? Atau kedua-duanya sekali? Nah, gunakan Youth Restoring Eye Refiner dari Nutox. Ia diasaskan untuk menjaga dan mengurangkan kemerahan serta iritasi di bawah mata. Telah terbukti secara klinikal, produk ini juga bebas dari sebarang pewangi tambahan. Memang sesuai buat anda yang berkulit kering.

Moisturizer untuk kulit kering - kurangkan kesan letih
Nutox
mulai
RM40.38
Semak Nutox Renewing Treatment Cream harga dibawah:

Pelembap atau moisturizer adalah kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah. Ini kerana pelembap merupakan asas atau penghadang buat kulit anda dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap 2 kali sehari.

 Gunakan Nutox Renewing Treatment Cream ini agar kulit nampak lebih segar dan tampil lebih berseri hari demi hari.

Night cream dari bahan organik sesuai untuk merawat kulit kusam
Nutox
mulai
RM247.50
Semak Nutox Night Repair harga dibawah:

Memiliki kulit yang lembut seperti kain sutera tanpa sebarang cela merupakan impian setiap wanita, bukan? Selain daripada menggunakan krim siang (moisturizer), krim malam juga amat penting. Fungsi utama krim malam ini adalah untuk merawat kulit dan mempercepatkan proses pembaharuan kulit ketika sedang tidur. 

Dengan adanya krim ini, kulit akan kelihatan lebih cerah, berseri dan mulus pada keesokan harinya.

Sunblock untuk kulit rawan jerawat - halang dari polusi berbahaya
Nutox
mulai
RM43.38
Semak Nutox Solar Block SPF45 (30ml) harga dibawah:
add_circle Membantu mencerahkan kulit
add_circle Boleh dipakai sebagai 'makeup-base'
remove_circle Kadar SPF agak rendah

Tanpa anda sedari, aktiviti harian selalunya mendedahkan kulit kita kepada sinaran matahari secara aktif, mengakibatkan kulit menjadi kusam. Ramai orang tidak menyedari kepentingan menggunakan sunblock ketika keluar walaupun, mereka ketahui bahawa sinaran UV dapat merosakkan kulit. 

Buat anda yang mempunyai masalah pertumbuhan jerawat, cari produk yang mengandungi SPF tinggi seperti sunblock ini demi melindungi kulit dari kerosakan. Rajinkan diri dengan memakai pelindung matahari sebelum keluar rumah jika anda mahukan kulit yang sentiasa cantik, segar dan kekal muda.

End of Article