Kecantikan

10 Body Serum Agar Kulit Tidak Tampil Berkedut

Serum badan melangkaui pelembap asas losyen & krim badan. Ini senarai body serum terbaik untuk cerahkan kulit, stretch marks, anti-aging & lebih lagi


Editor · 9 Jun 2020, 11:30pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Body Serum Agar Kulit Tidak Tampil Berkedut

Sebilangan besar daripada kita sudahpun mengenali serum wajah dan serum mata tetapi tahukah anda bahawa itu baru permulaan berkaitan dengan serum! Kita biasanya menghabiskan lebih banyak masa untuk merawat kulit wajah tetapi bukan itu saja, kulit di seluruh badan juga amat penting. 

Benar bahawa wajah kita lebih terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan udara, namun harus diingatkan bahawa kulit badan kita pun memerlukan TLC. Serum badan adalah produk penjagaan badan yang lebih advanced, dan melangkaui kebaikan pelembap asas losyen dan krim badan. Dengan pilihan bahan aktif yang tepat, serum badan dapat mengatasi masalah banyak jenis kulit.

Kandungan

Apakah kegunaan serum badan?

Dengan penggunaan yang betul serum badan dapat mengatasi banyak masalah kulit dan boleh diklasifikasi mengikut pelbagai jenis kulit. Fungsi yang ditawarkan serum badan bergantung pada jenis kulit dan isu tertentu yang ingin diatasi, contohnya:

  • Digunakan sebagai pelembap / anti-kering.
  • Menenangkan kulit sensitif.
  • Sebagai antioksidan.
  • Anti penuaan.
  • Membaiki lapisan kulit.
  • Melindungi kulit dari radikal bebas.
  • Memperbaharui sel kulit.

Kini serum badan boleh didapati dengan mudah sama ada melalui atas talian mahupun dikedai-kedai menjual barangan penjagaan diri. Bagi membantu anda membuat pembelian bijak, apa kata ikuti senarai dibawah. 

10 Serum Badan Terbaik Boleh Digunakan Setiap Hari

Serum badan terbaik untuk mencerahkan kulit dengan harga mesra poket 1 daripada 10
Nivea Extra White Smooth & Firm Serum
Partnership with Nivea
Dari RM17.20

Cerahkan kulit badan dengan serum badan dari Nivea ini. Harganya mampu milik, serum badan ini mempunyai formula ringan dan sangat berkesan dengan Q10. Ianya membantu menyuburkan dan mengembalikan keanjalan kulit. Dengan mengandungi Essence White Deep, serum badan dari jenama Nivea ini memberi khasiat untuk kulit yang lebih cerah, licin dan berseri dari dalam.

Serum badan diperkaya dengan Vitamin E pilihan terbaik 2 daripada 10
Cosmoderm Vitamin E Body Serum
Partnership with Cosmoderm
Dari RM14.40

Serum badan lembut dan sehalus sutera ini mempunyai wangian lembut yang tahan lama dan diperkaya dengan madu dan Vitamin E. Ianya tidak berminyak dan mudah meresap untuk memberi kulit licin dan sihat. Selain Vitamin E, serum ini mengandungi minyak bunga matahari, minyak Rosehip dan Shea Butter menjadikan kulit anda lebih glowing.

Serum badan terbaik untuk kulit sensitif dengan konsistensi minyak 3 daripada 10
Rosken Skin Repair Bio Serum (50ml)
Partnership with Rosken
Dari RM39.90
Untuk semua jenis kulit
Ada vitamin A untuk rawat jerawat
Tidak boleh digunakan pada kulit yang rosak
2 lagi
Mengurangkan kesan ‘stretch mark’
Ratakan tona kulit yang tak sekata

Serum badan ini bertekstur minyak yang akan memberi kulit rawatan intensif apabila digunakan secara berkala bagi membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit. Ianya dapat membaikpulih penampilan daripada stretch mark, parut, warna kulit yang tidak rata, kulit yang sangat kering dan kulit menua. 

Rosken Skin Repair Bio Serum diformulasi dengan menggunakan gabungan antioksidan Vitamin A dan E serta minyak Chamomile yang menenangkan, Lavender, Rosemary dan Calendula. Buat anda dengan kulit sensitif, ini pilihan tepat!

Serum badan terbaik untuk kulit kusam – tona lebih sekata 4 daripada 10
Serene Whitening Body Serum
Partnership with
Dari RM31

Dapatkan tona kulit idaman dengan serum badan Serene ini. Ianya mengandungi Vitamin E dan C, alpha arbutin, kolagen dan L-glutathione untuk memberi kulit yang lebih sihat dan cerah. Serum badan dengan tekstur gel ini mudah untuk disapu dan meresap ke dalam kulit tanpa rasa melekit. Katakan bye-bye pada kulit kusam!

Serum badan terbaik untuk kulit kering – lebih penghidratan 5 daripada 10
Biore UV Anti-Pollution Body Care Serum Extra Moist SPF 50+ PA+++
Partnership with Biore
Dari RM29
Melembutkan kulit
Tahan terhadap peluh dan air
Stok terhad
1 lagi
Sesuai digunakan setiap hari

Kekalkan lembapan serta lindungi kulit anda setiap hari dari pencemaran dan sinaran UV dengan serum yang diformulasi dengan teknologi Jepun ini. Ianya memberi perlindungan UV Superior & Hi-Impact dengan SPF50+ PA +++ bagi mencegah penuaan kulit pramatang. Perisai anti-pencemaran yang membentuk pelindung menguatkan kulit daripada bahan pencemar. 

Ianya juga diperkaya dengan Vitamin E, air mineral Jepun & asid Hyaluronik untuk pelembapan intensif.

Serum badan dengan minyak Argan, juga ideal untuk rambut 6 daripada 10
Argan Deluxe Argan Oil Hair & Body Serum
Partnership with
Dari RM68

Selain serum badan, serum ini juga ideal untuk digunakan pada rambut. Ianya mengandungi minyak Argan yang kaya dengan omega 6. Bukan sekadar hanya untuk memperbaiki kulit, minyak Argan juga menguatkan kulit agar tidak mudah iritasi. Memadai dengan penggunaan 2 hingga 3 kali seminggu, serum badan ini membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Serum badan terbaik untuk menghilangkan stretchmark 7 daripada 10
Deildaz Serum Stretchmark
Partnership with
Dari RM79

Buat anda yang tercari-cari cara menghilangkan stretch mark, ini jawapannya. Serum berasaskan air ini meresap pantas serta mempunyai efek sejuk setelah disapu di badan. Ianya mengandungi ekstrak bunga hibiscus, minyak rosehip, minyak zaitun, buah grapefruit, biji kapas dan minyak pati oren. Serum badan ini terbukti secara klinikal boleh memudarkan stretchmark dalam hanya 19 hari!

Serum badan pelembap – ideal untuk kegunaan pada kulit wajah 8 daripada 10
Drunk Elephant B-Hydra™ Intensive Hydration Serum
Partnership with Drunk Elephant
Dari RM285

Kini anda tidak perlu membeli serum berbeza untuk wajah. Serum ini boleh digunakan pada wajah dan seluruh badan. Ianya membantu menangani isu kulit kering, kusam, berkedut dan tona tidak sekata. Serum dengan AHA ini bebas pewangi, paraben dan sulfat yang merbahaya.

Serum badan terbaik dengan elemen anti-penuaan 9 daripada 10
L'occitane Almond Velvet Serum
Partnership with L'Occitane
Dari RM212.26

Serum badan yang ringan namun pekat ini diperkaya dengan ekstrak almond dan Vitamin C, untuk membantu bertindak pada tanda-tanda penuaan badan dan mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh sinar matahari. Ianya bertindak pada 5 tanda utama penuaan badan: kekeringan, kulit kendur, perubahan tona, garis-garis halus dan ketidaksekataan kulit. Anda pasti jatuh hati dengan aroma almond yang harum.

Kulit badan kekal anjal, tampil awet muda 10 daripada 10
Murad Firm and Tone Serum
Partnership with Murad
Dari RM358

Serum badan ini dapat membaikpulih kerosakan pada kulit sambil memberi keanjalan agar tampil awet muda dan tidak kelihatan kedutan atau selulit akibat obesiti. Ianya juga dapat mengurangkan penampilan stretch marks terutamanya buat wanita selepas bersalin. Kembalikan keserian pada kulit badan anda dengan serum dari Murad ini.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation