Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Setting Spray Terbaik di Watson Malaysia 2024 (Tahan Lama)

Untuk hasil makeup yang kelihatan fresh lebih 10 jam lamanya.

Untuk makeup lover, pasti sudah tahu kepentingan menggunakan setting spray terbaik bagi membuatkan makeup nampak sentiasa on point!

Spray makeup tahan lama bantu buat makeup kekal di muka, nampak sentiasa fresh dan harganya pula amat berpatutan. 

Terdapat banyak jenis spray untuk kekalkan makeup di pasaran dan anda juga boleh beli setting spray Watsons!

Anda yang baru mula mengenali penggunaan setting spray?jangan risau, kami sedia bantu anda. 

Jom kita lihat setting spray terbaik di Watsons mengikut jenis kulit.


Penyunting

Bagaimana Cara Pilih Makeup Setting Spray?

Ada banyak pilihan makeup setting spray, tetapi bagaimana tahu yang mana satu terbaik untuk kulit anda?

Jangan risau, kami akan berikan beberapa tips untuk memilih makeup setting spray terbaik yang sesuai dengan kulit anda!

  • Jenis kulit

Pilih makeup setting spray yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, pilih formula yang membantu mengawal minyak dan menghalang solekan anda kelihatan berkilat.

Jika anda mempunyai kulit kering, cari formula yang boleh memberikan kelembapan tambahan pada kulit anda.

  • Bahan-bahan dalam makeup setting spray

Terdapat beberapa produk makeup setting spray yang mengandungi vitamin dan antioksidan yang boleh membantu memperbaiki tekstur kulit, mengecilkan pori dan mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Pastikan produk penjagaan kulit yang anda pilih tidak mengandungi sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben atau sulfat yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan rosak.

  • Formula tahan lama

Pastikan formula setting spray yang anda pilih mampu mengekalkan solekan sepanjang hari.

Formula tahan lama juga memastikan solekan anda tidak luntur atau pudar apabila anda terdedah kepada cuaca panas atau peluh.

  • Jenis solekan

Jika solekan anda adalah solekan ringan dan natural, pilihlah setting spray yang ringan dan tidak melekit untuk mengekalkan solekan tersebut.

Manakala, jika solekan anda adalah solekan yang tebal dan extra, pilihlah setting spray yang memberi hasil akhir yang glowing dan tahan lama.

  • Kemasan produk

Pilih setting spray yang mudah dan selesa untuk dibawa ke mana-mana dan ia juga sesuai untuk anda yang sering bergerak atau melancong.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Makeup Setting Spray?

Bagi mereka yang baru mula belajar tentang solekan, mungkin ada yang tidak tahu apa itu makeup setting spray.

Makeup setting spray adalah produk solekan yang membantu memastikan solekan kita kekal cantik dan tahan sepanjang hari.

Kelebihan pertama menggunakan makeup setting spray ialah ia dapat membantu mekap anda tahan lebih lama.

Dengan menggunakan setting spray, solekan anda akan kekal cantik dan tak mudah luntur sepanjang hari.

Selain itu, ia juga boleh membantu mengurangkan kedutan pada solekan anda, menjadikan wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri.

Kelebihan setting spray yang seterusnya ialah ia dapat membantu mengawal pengeluaran minyak pada wajah.

Ini penting terutamanya bagi individu yang mempunyai kulit berminyak kerana ia boleh menghalang solekan anda daripada menjadi luntur apabila anda berpeluh.

Ia juga membantu melindungi tona kulit dan anda tidak perlu retouching makeup setiap masa.

Tambahan pula, produk ini mudah digunakan tau.

Anda hanya perlu sembur saja selepas solekan dan ia akan membantu mekap kekal segar dan tahan lama.

Namun, kekurangan utama makeup setting spray adalah kosnya yang agak tinggi terutamanya untuk produk yang berkualiti dan berjenama.

Produk ini juga boleh menyumbatkan liang pori-pori dan menyebabkan jerawat.

Oleh itu, pastikan anda memilih produk yang serasi dengan jenis kulit anda dan elakkan menggunakannya secara berlebihan.


Senarai 7 Makeup Setting Spray Terbaik

Setting spray terbaik secara keseluruhan
Silky Girl Makeup Setting Spray Matte
Silky Girl
mulai
RM19.12
Semak Silky Girl Makeup Setting Spray Matte harga dibawah:
add_circle Tiada kandungan alkohol
add_circle Harga yang murah
remove_circle Hanya berfungsi sebagai setting spray

Sebab menjadi pilihan utama:

Tiada bahan seperti alkohol, harga berpatutan dan mudah didapati dalam pasaran.

Ciri-ciri:

Buat para remaja yang sedang mencari produk setting spray yang sesuai, boleh cuba setting spray dari jenama Silkygirl ini. 

Sangat sesuai dengan kulit remaja yang masih muda dan lembut kerana tidak mengandungi bahan-bahan alkohol yang berbahaya. 

Juga sesuai bagi kulit yang berminyak, spray ini akan memastikan solekan anda kekal walaupun di bawah sinaran panas matahari. 

Review:

“Kalau make up dan pakai setting spray ni tak terasa berminyak lepastu stay hingga ke petang. Make up pun tak bercapuk walaupun sedikit berpeluh.”

Setting spray untuk remaja
SILKYGIRL Makeup Setting Spray - Hydrate & Refresh
SILKYGIRL
makeup setting spray silkygirl
mulai
RM24.90
Semak SILKYGIRL Makeup Setting Spray - Hydrate & Refresh harga dibawah:
add_circle Berbau wangi
add_circle Mengandungi alovera
add_circle Ringan
add_circle Tidak melekit pada kulit
remove_circle Mengandungi witch hazel

Apa yang menarik tentang Silkygirl Makeup Setting Spray ialah semburan ringan yang melembapkan dan menyegarkan kulit anda sepanjang hari.

Produk ini diperkaya dengan ekstrak semulajadi seperti aloe vera yang melembapkan kulit, chamomile yang melembutkan kulit, hitch Hazel yang menenangkan kulit, dan vitamin e sebagai antioksidan.

Ia bukan sahaja memberikan hasil yang tahan lama pada solekan anda, tetapi ia juga memastikan kulit anda tidak kering.

Ini akan memberi manfaat kepada kulit anda dan menjadikannya lebih sihat dan lebih berseri.

Dengan hanya satu semburan, anda boleh menikmati kesan 3-dalam-1 iaitu prep, set & refresh.

Setting spray untuk kulit berminyak
Maybelline Fit Me Matte Poreless Setting Spray
Maybelline Fit Me Matte Poreless Setting Spray
mulai
RM27.23
Semak Maybelline Fit Me Matte Poreless Setting Spray harga dibawah:
add_circle Mengawal minyak pada wajah
add_circle Non comedogenic
add_circle Witch Hazel Formula
remove_circle Boleh menyebabkan iritasi dari witch hazel

Setting spray ini sangat disarankan bagi anda yang ingin menjaga makeup sepanjang hari.

Ini kerana mampu mengawal minyak pada wajah sehingga 24 jam!

Witch hazel formula bagus untuk mengecilkan liang pori, dan mengawal minyak. 

Non comedogenic merupakan bahan terbaik, dimana liang pori tidak tersumbat walaupun setting spray ini bukan khas menutup liang pori pada wajah.

Bukan hanya berfungsi sebagai setting spray, malah banyak kebaikkan lain lagi. 

Cuma ingin diingatkan tidak sesuai bagi yang mempunyai kulit sensitif kerana boleh menyebabkan iritasi.

Setting spray untuk kulit kering
Rimmel Insta 2 in 1 Primer & Setting Spray
Rimmel
mulai
RM25.00
Semak Rimmel Insta 2 in 1 Primer & Setting Spray harga dibawah:
add_circle Kegunaan 2in1 berfungsi sebagai primer
add_circle Bahan seperti esen timun
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Nozzle spray tidak membuat semburan yang sempurna

Setting spray 2-in-1 dari Rimmel ini boleh digunakan sebagai primer.

Maksudnya anda boleh pakai sebelum makeup atau dijadikan sebagai setting spray supaya makeup kekal lebih lama. 

Selain itu, produk ini mengandungi estrak timun yang menyegarkan dan melembapkan.

Jadi sesuai buat anda dengan kondisi kulit kering bagi membantu menstabilkan tahap hidrasi pada kulit. Cubalah! 

Setting spray yang membuat wajah glowing
Essence Soft Mist Makeup Setting Spray (50ml)
Essence
Essence setting spray
mulai
RM15.95
Semak Essence Soft Mist Makeup Setting Spray (50ml) harga dibawah:
add_circle Matte finishing
add_circle Mempunyai Butylene glycol
add_circle Mengandungi estrak dari Enantia chlorantha bark
add_circle Harga yang berpatutan
remove_circle Sukar untuk dapatkan dalam pasaran

Semburan setting spray dari Essence dapat membuatkan kulit akan kekal kelihatan matte pada kemasan akhir make up. 

Setting spray ini tidak akan menyebabkan kulit anda berminyak tau kerana mengandungi Butylene glycol.

Selain itu, terkenal sebagai bahan yang kurang menyebabkan iritasi pada kulit. 

Ekstrak dari Enantia chlorantha bark pula merupakan bahan yang mempunyai komponen anti bakteria yang boleh menyebabkan jerawat. 

Hanya dengan apply setting spray ini, mampu memberikan looks agar pori yang terbuka kurang kelihatan. 

Setting spray untuk kulit kombinasi
Wardah Lightening Face Mist Spray Make up
Wardah Lightening Face Mist Spray Make up
mulai
RM9.00
Semak Wardah Lightening Face Mist Spray Make up harga dibawah:
add_circle Niacinamide
add_circle Tanpa alkohol
add_circle 3in1 mist untuk wajah
add_circle Dijamin halal
remove_circle Kebanyakkan stok hanya secara online

Produk dari Wardah ini dijamin halal dan tiada lagi masalah ragu-ragu bila menggunakannya. 

Diperkaya dari Advanced Niacinamide menjadikan kulit wajah lebih cerah sekata. 

Bukan hanya mampu memberikan ketahanan pada makeup anda tau, malah boleh dijadikan face mist, makeup setting dan prime untuk wajah.

Yang pastinya, setting spray terbaik drugstore ini bebas alkohol.

Harga yang murah, kegunaan yang banyak. Berbaloi sangat!

Setting spray yang bagus dan murah
IN2IT Make Up Stay Mineral Setting Mist
IN2IT Make Up Stay Mineral Setting Mist
mulai
RM16.01
Semak IN2IT Make Up Stay Mineral Setting Mist harga dibawah:
add_circle Menyegarkan dan memberikan kelembapan
add_circle Menjadikan kulit lebih anjal
add_circle Kaya dengan antioksidan
add_circle Aloe Vera bagi Anti inflammatory
add_circle Mengekalkan makeup
remove_circle Mudah mungkin berkesan sebagai setting spray sahaja

Tak semua produk yang mahal itu bagus untuk kulit tau.

Setting spray IN2IT ini walaupun murah tapi mempunyai pelbagai kelebihan untuk wajah. 

Rata-rata review mengatakan sangat berkesan dan mengatakan makeup wajah tidak meninggalkan kesan pada mask. 

Mempunyai antioksidan yang baik untuk kulit dan bagi yang mempunyai kulit sensitif, setting spray ini mempunyai anti inflammatory yang membantu mengurangkan iritasi pada wajah. 

Nak tahu okay atau tak? Jom cuba dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya.


Cara Pakai Setting Spray

Pemakaian setting spray ini bukanlah satu perkara yang susah seperti memakai makeup. 

Hanya perlu semburkan pada wajah yang sudah disolek lengkap. Sekurangnya 2 atau 3 semburan pada wajah. 

Jarak nozzle spray 6-8 inchi dari wajah, pastikan sebelum sembur, shake terlebih dahulu. 

Akhir sekali, biarkan kering pada wajah secara natural dan menyerap pada kulit wajah. 


Apakah Perbezaan Antara Setting Spray & Finishing Spray? 

Kulit wajah berminyak adalah punca utama mengapa makeup tidak tahan lama pada wajah. 

Menggunakan setting spray dapat mengawal kondisi minyak.

Biasanya, setting spray mengandungi Ethanol, manakala finishing spray tidak. 

Bahan tersebut dipercaya menjadi kunci bagi mengekalkan kestabilan makeup pada wajah. 

Walaupun kedua-duanya digunakan sebagai langkah makeup yang terakhir tapi terdapat perbezaan,

Ini kerana setting spray bertekstur seperti fine mist yang halus, tahan lebih lama dan membuatkan makeup tidak mudah luntur. 

Finishing spray adalah untuk sekatakan makeup penampilan stail solekan anda sambil beri lembapan pada kulit wajah.


Artikel Berkaitan

End of Article