Nama Bio-Essence sudah tidak asing lagi di pasaran Malaysia. Jenama mampu milik drugstore yang berasal dari Singapura ini telah dilancarkan pada tahun sekitar 2001 dan mulai mengembangkan sayapnya ke serata Asia. Uniknya, brand ini adalah di antara produk kecantikan yang menggunakan keunggulan teknologi bio energy yang memudahkan ianya menyerap dengan pantas ke dasar kulit.Â
Adakah jenama Bio-Essence ini halal dan selamat digunakan?Â
Sudah tentu! Bio-Essence hanya menggunakan bahan bahan semula jadi seperti royal jelly dan bird nest yang telah terbukti sangat berkhasiat pada kulit. Kini, Bio-Essence boleh juga didapati di drugstore terkenal Malaysia dengan harga yang berpatutan. Walaupun harga Bio-Essence tidak semahal jenama-jenama antarabangsa atau lokal yang lain tetapi kualiti produk ini tetap setanding dengannya.
 Jom kenali produk Bio-essence aman yang paling sesuai buat semua jenis kulit wanita Asia;Â
10 Produk Skincare Bio-Essence Terbaik di Malaysia
![Bio Essence White Advanced Whitening Cleanser.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ebb7be6d7d64.jpeg)
Bio Essence Bio White Advanced Whitening Cleanser ini dapat mencerah dan meremajakan kulit serta mengembalikan seri pada wajah. Ia diperkaya dengan ekstrak Tanaka Bark, Camelia dan Arbutin iaitu herba yang sangat terkenal dengan ciri-ciri penambahbaikan kulit. Kulit anda akan terasa lebih bermaya dan berseri.
![BIO-ESSENCE Bio Water Sensitive pH, Moist in Water Lotion.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ebb7d5713067.jpeg)
Produk 2-dalam-1 ini boleh digunakan sebagai toner atau face lotion yang akan memberi kesegaran pada kulit anda apabila kulit terasa kering atau dehidrasi. Selain memiliki tahap pH yang seimbang, produk ini juga bersifat hypoallergenic. Ianya juga terbukti selamat dan anti-radang untuk kulit sensitif. Gunakannya secara konsisten selepas mencuci muka.
![BIO-ESSENCE Bio-Treasure Jeju Marine Algae Facial Mask.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ebb7de2a0b9b.jpeg)
Wajib bagi anda yang mempunyai kondisi kulit kering untuk memakai masker wajah kerana ia akan membekalkan nutrisi secukupnya pada kulit anda. Bio-Essence Jeju Marine Algae Mask ini mempunyai ekstrak Aloe Vera yangsememangnya berkesan dalam membantu menenangkan serta menghidrat kulit agar kekal anjal dan tampil awet muda. Cubalah!
![BIO-ESSENCE Bio-Vlift Eye Lifting Essence.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ebb7e84188cd.jpeg)
Bio Essence, Bio-Vlift Eye Lifting Essence ini memberi rawatan dan ketenangan pada kulit bawah mata sejurus selepas aplikasi. Diformulasi dengan Vitamin B5 serta Glycerin, tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam. Sesuai untuk semua jenis kulit, sensasi dinginnya akan memastikan mata anda terasa lebih aman setiap pagi.
![BIO-ESSENCE Bio-Bounce Collagen Essence.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ebb7f0c89a1d.jpeg)
Bio-Bounce Collagen Essence ini sangat bermanfaat bagi mereka yang memiliki kulit kombinasi. Ia diperkaya dengan Bio Energy Complex, Niacinamide juga ekstrak Arbutin yang terbukti efektif dalam mencerahkan wajah serta menyamarkan tampilan pori-pori besar. Secara keseluruhan, produk ini aman digunakan oleh pemilik kulit kering maupun berminyak.
![BIO-ESSENCE, Bio-Gold Golden Ratio Double Serum.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ebb80b5a5a50.jpeg)
Bebas dari sebarang bahan alkohol, Bio-Gold Ratio Double Serum ini mengandungi formulasi Green Tea serta ekstrak Ginseng yang akan meninggalkan kulit anda terasa lebih segar dan bersih selepas dipakai. Serum ini juga akan membantu kulit anda mengecilkan pori-pori yang terbuka. Sesuai untuk anda dengan masalah kulit berminyak.
![Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel.jpg Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/62cf9ac1d835e.jpeg)
Dengan mengandungi bahan berasaskan air, Bio-Water Sensitive Gel Moisturizer ini adalah pelembap terbaik buat para remaja. Kandungan asid Hyaluronik, Arbutin dan ekstrak ginseng dalam pelembap ini berkesan untuk mengekalkan kesegaran sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah dari radikal bebas serta pencemaran udara yang kotor.
![BIO-ESSENCE Bio-Energy Snail Repair & Smooth Cream.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5ebb8215abca0.jpeg)
Bio Essence Energy Snail Repair ini memiliki formula tidak melekit dengan kandungan Vitamin C, kolagen dan allantoin yang tinggi bagi membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih bersih dan bersinar. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam.
![BIO-ESSENCE Bio-Water Hydrating Sunscreen SPF50+ PA++ (40ml).jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5e4b629e289a3.jpeg)
Dengan Nanotechnology Omega White-C, ianya berfungsi memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB. Krim pelindung matahari ini juga menghapus liang pori yang tersumbat dengan kotoran dan melindungi kulit anda daripada bintik-bintik hitam serta kekusaman. Kini, katakan selamat tinggal buat masalah jeragat!
![BIO-ESSENCE BIO-WATER Sensitive pH (100ml).jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5def52eb4000d.jpeg)
Bio-Water Face Mist dari Bio-Essence ini sangat kaya dengan kepekatan air mineral serta kandungan pH yang tinggi. Dihasilkan bagi menjaga kelembapan serta hidrasi yang diperlukan buat kulit wajah anda. Sesuai digunakan pada bila bila masa, di mana jua. Hanya semburkan pada wajah, terutama saat cuaca yang sangat panas dan terik.