Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Sarung Tangan Getah Untuk Elak Dari Tersentuh Permukaan Tercemar

Lindungi tangan anda daripada virus Covid-19

Jika anda perlu keluar dari seketika semasa musim pandemik Covid-19 sedang melanda, amalkan langkah perlindungan yang terbaik bagi melindungi diri anda dan keluarga daripada jangkitan wabak ini melalui sentuhan pada permukaan objek. Tanpa kita disedari, permukaan tercemar merupakan akses yang mudah untuk dijangkiti wabak merbahaya ini. 

Gunakan sarung tangan adalah salah satu jalan yang terbaik untuk elakkan anda mengadakan ‘direct contact’ kepada permukaan tercemar.

Apakah fungsi sarung tangan latex?

Sarung tangan latex adalah jenis pakai buang yang digunakan untuk mengendalikan makanan, bahan kimia atau kegunaan di hospital dan klinik. Sarung tangan tersebut berfungsi dengan mengelakkan bahan kimia dan mikroorganisma daripada tangan anda ke persekitaran atau sebaliknya. 

Oleh itu, pemakaian sarung tangan dapat mengelakkan kita daripada mendapat jangkitan secara terus daripada persekitaran. Ayuh lihat senarai sarung tangan terbaik untuk kegunaan anda;

Sarung tangan latex yang murah dipasaran dengan kualiti tinggi
DuraSafe Latex Disposable Glove Pre-Powder (100’s)
DuraSafe
mulai
RM14.50
Semak DuraSafe Latex Disposable Glove Pre-Powder (100’s) harga dibawah:

Harga sarung tangan ini agak murah jika dibandingkan dengan sarung tangan lain dalam senarai ini. Namun begitu, kualiti sarung tangan ini adalah memuaskan walaupun masih mengekalkan harga mengikut bajet. Setiap pembelian akan mendapat 100 helai sarung tangan dan boleh menggunakannya untuk pelbagai jenis tujuan.

Sarung tangan latex biru untuk kegunaan ‘frontliners’
Latex Disposable Glove (100’s)
mulai
RM15.84
Semak Latex Disposable Glove (100’s) harga dibawah:

Sarung tangan berwarna biru latex ini didatangi dengan 3 saiz iaitu S, M dan L. Satu kotak sarung tangan ini mengandungi sebanyak 100 pasang sarung tangan dan anda boleh menggunakannya untuk kendalian bahan di industri dan juga perubatan.

Sarung tangan latex panjang dan lebih tebal
Supreme Extended Length (25’s)
mulai
RM18.00
Semak Supreme Extended Length (25’s) harga dibawah:

Untuk perlindungan tambahan, sarung tangan panjang sesuai dijadikan sebagai sarung tangan pilihan. Sarung tangan buatan Malaysia ini juga lebih tebal daripada biasa. Anda akan mendapat 25 pasang sarung tangan dan ianya boleh digunakan untuk hampir semua aktiviti.

Sarung tangan latex dengan powder – serap peluh lebih baik
Supreme Powdered Latex Examination Glove (100’s)
mulai
RM18.00
Semak Supreme Powdered Latex Examination Glove (100’s) harga dibawah:

Sarung tangan latex ini mempunyai debu bagi memudahkan pemakaian dan juga menyerap peluh. Diperbuat daripada material 100% latex, ianya sangat selesa dan kenyal untuk digunakan sepanjang hari tanpa menyebabkan kulit merengsa. Sesuai untuk anda yang mengendalikan bahan mudah terbakar.

Sarung tangan getah yang boleh didapati di hospital
Brotex Hospital Grade Latex Examination Gloves (100’s)
mulai
RM18.90
Semak Brotex Hospital Grade Latex Examination Gloves (100’s) harga dibawah:

Sarung tangan ini mempunyai adalah sarung tangan buatan Malaysia. Ia sesuai digunakan di hospital kerana ia tidak mempunyai sebarang serbuk pada permukaan sarung tangan ini dengan kualti yang cukup baik. Anda akan mendapat 100 helai sarung tangan untuk setiap kotak dan juga 3 pilihan saiz.

Sarung tangan getah putih untuk tujuan pembersihan
White Hand Glove Disposable Rubber
mulai
RM19.00
Semak White Hand Glove Disposable Rubber harga dibawah:

Hippopo membekalkan sarung tangan getah putih yang berkualiti tinggi. Ia diperbuat daripada latex dan anda boleh membuat pilihan sama ada anda mahu membeli 10, 50 atau 100 pasang sarung tangan. Sarung tangan ini juga mempunyai pelbagai pilihan saiz daripada S kepada L. 

Ia juga adalah sarung tangan jenis tidak berdebu. Sering digunakan dalam klinik dan hotel bagi tujuan kebersihan.

Sarung tangan latex tanpa powder untuk mengendalikan makanan
Medicom Latex Glove Powder Free
mulai
RM22.00
Semak Medicom Latex Glove Powder Free harga dibawah:

Sarung tangan medicom ini merupakan sarung tangan tanpa powder. Ia lebih sesuai digunakan ketika mengendalikan makanan serta digunakan di hospital. Sarung tangan ini diakui oleh Persatuan Peralatan Perubatan Malaysia dan dijamin berkualiti. Setiap kotak yang dibeli akan mempunyai 100 pasang sarung tangan dan terdapat dua saiz iaitu M dan L.

Sarung tangan getah mudah untuk dicuci dan diguna berulangkali
Professional Disposable Black Latex Gloves (20’s)
mulai
RM23.00
Semak Professional Disposable Black Latex Gloves (20’s) harga dibawah:

Sarung tangan yang boleh dicuci dapat menjimatkan wang anda jika anda sering menggunakan sarung tangan. Sarung tangan berwarna hitam ini dihasilkan daripada latex dan boleh digunakan berulang kali. Setiap pembelian akan mendapat 20 helai sarung tangan dan anda boleh memilih antara

Sarung tangan getah berwarna hitam untuk mencuci bahan bertoksik
Mengzidie Disposable Latex Gloves (100’s)
mulai
RM23.99
Semak Mengzidie Disposable Latex Gloves (100’s) harga dibawah:

Sarung tangan merupakan sarung tangan hitam jenis nitrile yang agak berkualiti. Ianya jenis sarung tangan pakai buang dan selalunya industri yang melibatkan pembuangan bahan bertoksik akan menggunakan sarung tangan jenis ini. Didatangi dengan 3 saiz berbeza iaitu S, M dan juga L. Setiap kotak yang dibeli akan mempunyai 100 pasang sarung tangan.

Sarung tangan getah terbaik untuk kegunaan para doktor
Brightway High Quality Non-Sterile Latex Glove (100’s)
mulai
RM42.00
Semak Brightway High Quality Non-Sterile Latex Glove (100’s) harga dibawah:

Doktor adalah profesion yang paling terkesan dengan Covid-19. Mereka memerlukan bekalan bahan perlindungan secara berterusan. Sarung tangan latex ini cukup berkualiti dan sesuai digunakan oleh doktor. Setiap pakej akan disertakan dengan 100 helai sarung tangan dan didatangkan dengan 3 saiz.

End of Article