Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Servis Percuma Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Untuk Kemudahan Anda

Khidmat percuma yang boleh dimanfaatkan

Wabak COVID-19 yang melanda dunia benar-benar memberi tamparan hebat kepada cara hidup rakyat. Rakyat Malaysia masih lagi di dalam zon Perintah Gerakan Kawalan atau Movement Control Order (MCO) sejak 18 Mac yang lalu hinggalah tarikh lanjut 14 April ini. Memahami situasi semasa, ada banyak syarikat yang memberi perkhidmatan percuma sebagai langkah menggalakkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah seperti diarahkan.

Ayuh lihat senarai syarikat yang menawarkan servis percuma untuk anda guna atau langgani sepanjang MCO ini. Tidaklah rasa boring sangat!

10 Syarikat Yang Menawarkan Servis Percuma

The Star

Tempoh tamat: Percuma untuk 1 bulan sepanjang MCO

Akhbar The Star memberi replika digital untuk anda baca di mana sahaja, bila-bila masa menggunakan telefon pintar, tablet ataupun PC tanpa mengenakan sebarang caj. Dengan ini, anda tidak perlu keluar rumah untuk membeli suratkhabar di kedai.

Baca sahaja berita-berita semasa yang berlaku di dalam dan luar negara seawal pukul 6 pagi. Hanya perlu mendaftar untuk melanggan e-Paper ini secara percuma sehingga 31hb Mac.

iOS | Android

New Straits Time Press (NSTP) 

Tempoh tamat: 14 April 2020

Selain daripada TheStar, New Straits Times Press juga menawarkan bacaan percuma untuk ketiga-tiga e-suratkhabar utama mereka iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro. Bezanya, sehingga tarikh artikel ini ditulis, tawaran ini hanya untuk sebulan sahaja dan bagi pelanggan sedia ada, akan menerima tambahan 7 hari langganan percuma setelah tamat tempoh langganan.

Ketiga-tiga akhbar online ini mempunyai cara dan gaya penyampaian yang berbeza bagi mengikut keselesaan pelanggan masing-masing dan boleh dibaca dari telefon pintar anda hanya dengan mendaftar pada pautan yang diberi (klik sahaja link di profile). Ini akan memudahkan rakyat Malaysia untuk mengetahui isu-isu semasa terutama sekali berita terkini yang melibatkan tentang kes COVID-19.

iOS | Android

Astro Go 

Tempoh tamat: 14 April 2020

Bagi kaki wayang yang memang gemar menonton pelbagai drama dan cerita di pawagam, mungkin terpaksa berkorban melakukan aktiviti kebiasaan anda. Namun, ada berita gembira untuk anda kerana syarikat siaran TV berbayar Astro menawarkan beberapa siaran terpilih yang ada pada aplikasi Astro Go Now secara percuma untuk semua rakyat Malaysia.

Anda hanya perlu log in di Astro GO dan menikmatinya secara online. Samada anda pelanggan Astro atau tidak, anda boleh menggunakan servis percuma ini.

iOS | Android

iFlix VIP

Tempoh tamat: 14 April 2020

iFlix adalah salah satu perstriman video yang kini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tambahan pula, di dalam waktu Perintah Gerakan Kawalan ini, iFlix menawarkan akses percuma untuk iFlix VIP bagi anda meluangkan masa yang ada di rumah dengan bermanfaat. Tidak kira sama ada anda pelanggan iFlix atau tidak, anda layak menonton iFlix VIP hanya dengan mendaftar akaun baru

iOS | Android

Maxis Free Data

Tempoh tamat: Sehingga MCO tamat

Bagi menggalakkan pelanggannya untuk tinggal di dalam rumah, Maxis juga tidak ketinggalan menyediakan perkhidmatan percuma kepada pelanggannya. Semua pelanggan Maxis, Hotlink Postpaid, Hotlink Prepaid dan Maxis Business akan mendapat data 1GB percuma setiap hari antar jam 8 pagi hingga 6 petang.

Jadi, bos-bos tak perlu risau jika staf tidak dapat hadir ke pejabat kerana dapat berkomunikasi dengan menggunakan servis yang ada. Bagi prabayar Maxis, anda layak menerima data 20GB percuma daripada HotlinkMU atau percuma penebusan internet untuk Hotlink RED App.

iOS | Android

Digi

Tempoh tamat: 14 April 2020

Bagi pelanggan Digi, anda boleh menggunakan perkhidmatan internet dan panggilan percuma semasa berkurung di rumah. Pelanggan pasca bayar boleh menggunakan tambahan 1GB internet data dari pukul 8am hingga 6pm melalui aplikasi MyDigi app. 

Bagi pelanggan prabayar, setiap tambahan reload RM10 akan diberi 300MB data internet dan 5 minit panggilan percuma, dan setiap tambahan reload RM30 diberi 1GB dan 15 minit panggilan percuma. 

Digi juga memberikan akses data tanpa limit sepanjang hari untuk murid sekolah di jaringan jomstudi.my.

iOS | Android

GrabMart

Tempoh tamat: 19 April 2020

Jika anda atau sesiapa ahli keluarga tercinta ingin membeli barangan di mart, GrabMart menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma dengan pembelian sekurang-kurangnya RM35. Anda boleh menggunakan kod promosi “MART2U” semasa membuat tempahan melalui aplikasi Grab Food. Anda boleh menggunakannya sebanyak 5 kali maksima sehingga 19 April ini.

iOS | Android

DELIVEREAT (Free Delivery with Touch N’ Go)

Tempoh tamat: 5 Jan 2021

Anda yang sudah mati akal untuk memasak juga boleh menggunakan khidmat penghantaran makanan Delivereat yang juga tidak ketinggalan menawarkan hantaran percuma kepada pelanggan mereka melalui pembayaran Touch N Go. Jadi, anda masih boleh duduk di rumah dah menikmati makanan yang anda idamkan tanpa keluar rumah. Bagi menyahut nasihat kerajaan untuk memastikan social distancing, Delievereat tidak menerima sebarang tempahan menggunakan wang tunai buat masa ini.

iOS | Android

SRIBD (Free Subscribe without Credit Card for 30 Days)

Tempoh tamat: 30 hari langganan 

Scribd ialah jaringan ilmiah yang mempunyai banyak koleksi buku-buku untuk perkongsian pembaca. Kebiasaannya, Scribd memberi akses percuma selama sebulan dengan mensyaratkan maklumat kad kredit atau debit didaftarkan bersama. Scribd akan mengenakan bayaran lebih kurang RM40 sebulan kepada pelanggannya pada bulan berikutnya.

Sempena MCO ini, Scribd juga menggiatkan promosi langganan percuma untuk pelanggannya selama 30 hari tanpa memerlukan kad kredit atau debit. Mungkin ini peluang yang baik buat para ilmuwan menggunakan fasiliti yang ada sementara tawaran masih dibuka.

iOS | Android

Perpustakaan Negara Malaysia 

Tempoh tamat: Sepanjang tahun

Bagi ulat buku yang gemar membaca pelbagai jenis buku, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga menawarkan e-Book yang boleh dipinjam secara percuma. Buku-buku ini boleh diakses melalui web PNM atau aplikasi Libby. Bacaan melalui aplikasi adalah lebih mudah kerana anda boleh memuat turun buku yang dipinjam dan membacanya secara offline.

Sila ambil perhatian bahawa bilangan e-Book yang ada agak terhad mengikut hak perlesenan yang pihak PNM miliki.

iOS | Android



End of Article