Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Idea Best Untuk Menghadapi Hari-Hari Sendu Sepanjang PKP

Jangan biarkan rasa bosan menyelubungi anda...

Sudah seminggu rakyat Malaysia berkuarantin di rumah sejajar dengan perintah kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya dilaksanakan bagi memutuskan rangkaian jangkitan wabak COVID-19 dapat dikawal. Sepanjang tempoh ini sekolah dan IPT semuanya dihentikan operasi bagi mengelakkan penyakit ini dijangkiti oleh lebih ramai orang

Bagi bisnes yang tidak berkaitan dengan essential services seperti perbankan, juga diarahkan untuk menutup perniagaan selama (Restricted Movement Order) RMO ini. Namun, terdapat majikan yang membuat keputusan untuk ‘work from home’ agar urusan kerja tidak tertangguh dengan banyak.

Berapa lamakah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia?

Kerajaan telah memutuskan tempoh 14 hari untuk PKP bermula dari 18 Mac lalu sehingga 14 April ini. Bagi anda yang tidak bekerja dari rumah ataupun telah diberi cuti, kami bawakan beberapa cadangan aktiviti yang anda boleh buat di rumah bersama anak-anak dan juga aktiviti yang anda boleh enjoy secara individu. Ayuh lihat senarai aktiviti indoor yang boleh dilakukan sewaktu RMO ini;

1. Tidur!

Inilah masanya untuk anda beristirehat secukupnya setelah setiap hari keluar mencari rezeki dan bekerja keras.

Bantal kekabu untuk rehatkan kepala dengan selesa
Semak Bantal Kekabu Dewasa harga dibawah:

Dapatkan bantal kekabu bersaiz dewasa ini untuk tidur yang lebih lena. Ianya empuk dan ringan, sesuai untuk kesemua peringkat umur. Kadang kala, bantal yang mahal tidak menjanjikan keselesaan. Jom, beli bantal kekabu!

Tilam empuk tidak menyakitkan badan
Intex
Semak Intex Inflatable Bed Air Mattress harga dibawah:

Tilam ini boleh digunakan begitu sahaja tanpa memerlukan tilam ekstra. Ianya empuk dan bersaiz single atau queen untuk kegunaan anda. Bagi yang ada anak-anak kecil, bolehlah letak tilam di hadapan TV, sambil berehat bolehlah menonton TV dengan selesa. Hanya pamkan sahaja angin masuk ke dalam tilam jenis inflatable air ini dan ianya sedia untuk digunakan. 

Jika anak anda sudah bosan berada di dalam rumah, keluarkan tilam ini dan berjemur di sahaja di halaman rumah. Tak boleh ke pantai, jemur dibawah matahari sahaja sudah mencukupi asalkan ada ‘aktiviti luar’. 

2. DIY Spa Mini Sendiri Di Rumah

Sudah tentu anda ada masanya ingin ke spa bagi memanjakan diri sekali-sekala. Tetapi disebabkan oleh COVID-19 ini, aktiviti yang satu ini terpaksa ditangguhkan. Nah, apa kata lakukan spa DIY sendiri diri di rumah. Lebih jimat dan tidak membazir!

Sabun mandian ala spa dengan wangian harum
Ginvera
Semak GINVERA Real Spa Lavender Shower Scrub 750g harga dibawah:
add_circle Meningkatkan peredaran darah & oksigen
add_circle Menghalang masalah bau badan
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Menenangkan diri
add_circle Bau wangi

Sabun mandian Ginvera ini didatangi dalam pelbagai variasi. Ianya dihasilkan dengan bahan seperti serai, garam laut, halia dan bermacam lagi. Anda juga boleh dapatkan pilihan dengan skrub yang baik untuk menghapuskan sel kulit mati. Sabun mandian bersiri spa keluaran Ginvera ini memberi anda sesi mandian seperti di spa dari dalam kamar mandi rumah anda sendiri.

Mask muka terbaik dari drugstore – kulit wajah lebih lembut
Freeman
Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Semak Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub harga dibawah:
add_circle Kegunaan 2 dalam 1 mask
add_circle Dapat membersih lebihan minyak
add_circle Mampu menyerap lebihan minyak
add_circle Mampu mengecilkan liang pori
remove_circle Perlu tunggu mask kering, baru boleh jadikan scrub

Mask wajah 2-dalam-1 ini menawarkan dua fungsi iaitu sebagai masker dan juga skrub wajah. Ianya mendetokskan kulit wajah dengan serbuk arang manakala gula hitam pula bertindak sebagai skrub untuk menanggalkan sel kulit mati dan melembutkan kulit wajah. Hanya guna 3 kali seminggu untuk melihat hasilnya.

Mesin urut kaki berkualiti dengan harga mampu milik
Semak ECOMALL Foot Massager Air Pressure Electric Massager + Free Eye harga dibawah:

Setelah penat seharian memasak juadah di dapur dan mengemas rumah, apa kata urut kaki dengan mesin ini sambil menonton drama pilihan. Mesin urut kaki ini mempunyai 3 mod urutan iaitu urutan seluruh kaki dengan roller serta air pressure, airbag press sekitar buku lali dan terapi haba yang baik untuk melancarkan perjalanan darah. 

Dengan fungsi 4D pressure massage, mesin ini mudah untuk digunakan. Badan anda juga akan terasa lebih ringan dan relaks sepanjang berkuarantin di rumah.

3. Baca buku secara percuma

Aktiviti utama bagi menghilangkan kebosanan anda sepanjang kuarantin di rumah ini, apa kata cuba amalkan tabiat membaca. Bukan sahaja dapat hilangkan bosan tetapi juga akan menambahkan ilmu yang sedia ada dengan pengetahuan ekstra.

Salah satu cara untuk mengisi masa lapang anda dengan membaca eBook adalah dengan melayari laman web Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang mempunyai lebih daripada 10,600 eBook, 500 buku audio dan 98 tajuk read-along.

Anda boleh ikuti langkah dibawah setelah berada di laman web PNM:

  1. Klik ‘Sign In’
  2. Dibawah 'Select your library from the list below', klik pada pilihan 'Library card number'.
  3. Masukkan nombor diantara "pnm001" ke "pnm999" atau"eb001" ke "eb999". 
  4. Log masuk dan anda siap untuk membaca!

Antara satu langkah cadangan yang boleh anda ikuti juga adalah dengan memuat turun aplikasi Libby (iOS & Android) untuk memudahkan anda meminjam buku. Penggunaan nombor ahli daripada akaun PNM boleh digunakan untuk app ini. Cara log ini adalah hampir sama seperti di atas. Dengan adanya app ini anda boleh mencari tajuk buku dengan lebih efisien!

Langkah terakhir adalah buat anda yang mahu meminjam 10 buku pada satu-satu masa. Anda perlu mendaftar dengan akaun u-Pustaka. Ikuti langkah dibawah:

  1. Pergi ke laman web u-Pustaka.
  2. Pilih cara untuk mendaftar (contohnya: MyKad, MyKid, MyPR, atau sijil lahir).
  3. Masukkan nombor ID yang dikehendaki, nama penuh dan Captcha yang diberikan.
  4. Setelah ID diverifikasi, anda perlu memasukkan butiran lain  untuk melengkapkan perndaftaran.

Setelah semua langkah dilakukan, anda boleh log masuk ke Libby menggunakan ID yang diberikan. Sudah pasti anda akan rambang mata melihat semua pilihan buku yang diberikan.

Untuk anda yang berminat untuk membeli buku, antara pilihan top adalah:

E-book dengan topik psikologi – luaskan minda anda
Semak Ebook The Psychology Book: Big Ideas Simply Explained by DK Publishing harga dibawah:

Tambah ilmu pengetahuan dalam bidang psikologi dengan eBook ini. Ianya menceritakan dengan infografik berkenaan cara minda kita berfungsi. Buku elektronik ini juga merungkai teori pakar psikologi masa kini dan praktis yang dijalankan. Pasti menarik jika kita boleh fahami topik ini dan boleh dikongsi dengan ahli keluarga.

Buku aktiviti untuk kanak-kanak berusia 2 tahun untuk uji minda
Usborne
Semak Usborne Lovely Sticker Books harga dibawah:

Bagi anak-anak berusia 2 tahun, bacaan simple adalah kunci untuk mendidik mereka membaca. Ini kerana jangka masa fokus mereka masih pendek. Buku ini diselitkan pelbagai jenis aktiviti menarik seperti mewarna, melekat stiker dan menulis bagi mengelakkan si kecil berasa bosan.

4. Selitkan sesi permainan bersama keluarga

Kadangkala pasti anda mengeluh di hari-hari biasa kerana tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga. Nah, inilah masanya untuk anda meluangkan masa bersama mereka dengan melakukan aktiviti yang boleh menggalakan minda anda merangka strategi dan uji daya fokus. 

Imbau kembali memori di zaman kecil dengan mainan ini
Semak Batu Seremban Permainan Tradisional Melayu harga dibawah:

Siapa yang tidak kenal akan permainan batu seremban? Zaman ibu ayah kita, batu sebenar atau biji saga digunakan untuk bermain permainan ini. Dengan batu seremban moden ini, anda boleh mengajak keluarga untuk bermain bersama-sama. Confirm tak boring!

Permainan kreatif untuk kanak-kanak
Semak DIY Eco Sand 37 or 47 Tools Toys (2kg) harga dibawah:

Biarkan si kecil menyerlahkan sisi kreatifnya dengan permainan pasir kinetik ini. Ianya boleh dibentuk-bentuk dengan acuan yang disediakan. Anda juga boleh membuat permainan mencari harta karun dengan set ini. Hanya sembunyi objek dibawah pasir dan biarkan si kecil mencarinya. Ibu bapa pun pasti seronok bermain bersama.

Selain daripada permainan fizikal, anda boleh juga menggunakan gadget untuk mengelakkan si manja berasa bosan. 

Dapatkan aplikasi interaktif Dave and Ava Learn and Play untuk si manja. Ianya mengandungi permainan berasaskan pembelajaran awal dan lagu-lagu menarik. App ini menggalakkan si kecil untuk mengeja, mengira, menyanyi bersama dan mengenal haiwan. Aplikasi ini boleh digunakan ketika offline dan ianya mesra kanak-kanak.
iOS | Android

Selain itu, kita boleh mengasah bahasa inggeris anak-anak dengan Lingokids. Ianya merupakan satu app yang direka khas untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 8 tahun dan menggunakan games untuk mengajar si manja berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan lebih baik. Ibu bapa juga boleh turut serta agar anak-anak lebih berminat untuk belajar. 
iOS | Android

5. Kekal fit dengan senaman di rumah

Semasa kuarantin ini, bukan sahaja anda dilarang untuk keluar ‘lepak’ atau ke kompleks membeli-belah, gym juga antara perniagan yang operasinya terpaksa ditutup untuk elakkan masalah COVID-19 ini berjangkit.

Maka, inilah masanya untuk aktiviti ‘menaikkan berat badan’ berlaku. Anda boleh sahaja lakukan aktiviti senaman sendiri di rumah dengan membeli alatan atau barangan yang tepat agar anda boleh bersenam seperti biasa.

Semak Adjustable Skipping Jumping Rope with Counter Handle harga dibawah:

Duduk dirumah bukan bermaksud anda harus tinggalkan gaya hidup sihat. Apa kata guna skipping rope dengan pengira ini untuk melakukan senaman. Apabila anda berpeluh, badan akan mengeluarkan sisa toksik yang tidak bagus untuk tubuh. Senaman 30 minit setiap hari menjanjikan tubuh lebih cergas.

Anda juga boleh memuat turun aplikasi Nike Training Club (NTC). Ianya membantu anda mencapai matlamat fitness dengan senaman yang dipilih dan disusun oleh pelatih master Nike kelas dunia. NTC sesuai untuk latihan di rumah, di gym atau di luar. Ianya merangkumi senaman fokus pada berat badan hingga ke latihan yang memerlukan peralatan lengkap.

6. Meriahkan sesi di dapur pula!

Antara aktiviti utama semasa di rumah, pastinya memasak. Bukan setakat waktu kuarantin ini sahaja tetapi hari-hari biasa juga pasti anda gemar ke dapur untuk menyediakan hidangan buat ahli keluarga.

Pembakar roti dengan watt kecil pilihan terbaik
Philux
Semak Philux PL-02 2 Slices Bread Pop Up Toaster White harga dibawah:

Toaster ini mempunyai 6 tahap kepanasan yang boleh anda ubah mengikut citarasa yang dimahukan. Ianya juga didatangi dengan butang untuk menghentikan pembakaran roti. Jika tidak digunakan, toaster akan dimatikan secara automatik bagi mengelakkan litar pintas.

Pengadun kek pilihan terbaik
Panasonic
Semak Panasonic Stand Mixer (MK-GB1) harga dibawah:

Selain memasak, aktiviti baking juga semakin popular ketika kuarantin ini. Apa kata beli mesin pengadun kek ini untuk memudahkan aktiviti baking anda. Ianya sesuai untuk apa jua jenis adunan daripada kek yang lembut ke doh cookies yang lebih kenyal. Pengadun kek ini mempunyai 5 speed mixing dan mangkuk berputar sebesar 3 liter. Jom, cari resepi kek!

View this post on Instagram

A post shared by Bawang Media (@bawangchannel) on

Jom cuba resepi cupcake pelangi yang mudah ini!

Bahan-bahan:
75 gm mentega
187.5 gm gula
2 biji telur
2 sudu kecil esen vanila 
½ sudu kecil garam 
100 ml susu
187.5 gm tepung kek
1 sudu kecil serbuk penaik 
Sedikit pewarna makanan (biru, hijau, kuning, merah)
250 gm cream cheese
300 gm gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara menyediakannya:

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur, esen vanila dan garam. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah di ayak dan kemudian masukkan susu.
  3. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran.
  4. Masukkan ke empat-empat adunan berwarna secara berselang-seli di dalam cawan kertas. Bakar selama 15 minit pada suhu 180⁰C.
  5. Pukul cream cheese, gula aising, esen vanila, jus lemon sehingga sebati dan hias pada kek cawan pelangi anda.

7. Mestilah tonton Netflix

Sambil berehat dan menikmati cupcake pelangi, tontonlah series terbaru di Netflix! Anda boleh dapatkan aplikasi Netflix di Smart TV anda atau muat turun ke iPad, tablet dan smartphone. 
iOS | Android

Hanya daftar dan log masuk untuk menikmati rancangan kegemaran anda. Antara rancangan favourit tahun ini adalah:

  1. Ugly Delicious 
  2. Queer Eye
  3. Elite
  4. You

Dan banyak lagi!

Jika anda seorang yang lebih open minded dan gemar bersosial, anda boleh sertai Netflix Party. Ianya hanya boleh digunakan pada browser Chromes di laptop dan PC. Netflix Party membolehkan anda menonton rancangan pilihan bersama rakan-rakan dengan menyamakan playback dan menawarkan group chat pada masa yang sama. Menarik bukan?

Anda hanya perlu memuat turun Netflix Party, buka video pilihan, buatkan group anda sendiri dan sertai Netflix Party. 

8. Belajar bahasa baru

Pada masa kuarantin yang panjang ini, apa kata belajar bahasa baru. Manalah tahu, pada hujung tahun ini anda bercita-cita untuk melancong ke Jepun, bolehlah bertutur Jepun dengan fasih!

Credit: Business Insider

Muat turun aplikasi Duolingo sekarang! Ianya mempunyai lebih daripada 30 bahasa yang anda boleh pelajari. Disamping itu, app ini juga menawarkan assessment dan permarkahan segera untuk anda mengetahui tahap kefasihan anda. 
iOS | Android

Anda juga boleh menonton video di Youtube untuk belajar bahasa baru. Subscribe ke channel Youtube Easy Languages secara percuma! Setiap video mempunyai sari kata dan disamping dari mempelajari bahasa, video dari Easy Languages juga menunjukkan adat dan cara negara lain melakukan aktiviti harian. 

9. Reorganize!!

Disamping aktiviti di atas, anda juga boleh meluangkan masa mengemas kawasan kerja anda dirumah. Persekitaran yang bersih dan kemas memberikan vibe yang lebih positif!

Memastikan meja kerja sentiasa tersusun
Semak Locaupin Office File Stationery Storage harga dibawah:

Storage ini didatangi dengan 3 buah laci yang bersaiz sederhana sesuai untuk menyusun kertas, dokumen serta alat tulis diatas meja kerja anda. Ianya tidak memakan ruangan yang besar. Storage all in one ini memastikan anda boleh mencari kesemua barangan penting untuk membuat kerja berada didalam safu tempat sahaja.

Semak Innohut 3/4/5 Tier Multipurpose Trolley Storage Rack with Wheel harga dibawah:

Rak ini boleh didapati dalam bilangan laci 3 hingga 5 bergantung dengan keperluan anda. Rak yang lebih rendah boleh diletakkan dibawah meja kerja manakala yang lebih tinggi oula disebelah meja kerja. Ia memudahkan anda menyusun dokumen penting dan buku agar tidak berselerak di atas meja.

Harap-harap kami dapat juga membantu anda lawani bosan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini!

End of Article