Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Sediakan Checklist Lengkap Untuk Kuarantin COVID-19, Luangkan Masa Bersama Keluarga

Sentiasa peka dan bersedia dalam apa jua keadaan!

Gelombang kedua penularan wabak COVID-19 benar-benar memberi impak dan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga perintah untuk mengurangkan pergerakan dikuatkuasakan selama 14 hari.

Perintah ini menegaskan bahawa rakyat haruslah mengehadkan pergerakan dan berkuarantin di rumah masing-masing kecuali terdapat urusan penting untuk diuruskan diluar. Sehubungan dengan itu kebanyakan kita telah pun membuat pembelian stok untuk barangan rumah.

Berapa banyakkah barangan yang diperlukan sepanjang tempoh kuarantin ini dijalankan?

Kita hanya perlu makanan dan barangan dapur yang mencukupi selama 14 hari sahaja. Ianya juga bergantung kepada saiz isi rumah anda. Namun, haruslah diingatkan bahawa tidak sepatutnya berlaku situasi ‘panic buying’ yang menyebabkan orang ramai membeli lebih dari apa yang diperlukan. Jangan anda mementingkan diri dan ingatlah kepada warga tua serta golongan yang lebih memerlukan. 

Kerajaan juga telah menjamin bahawa bekalan makanan akan sentiasa ada dan urusan pembelian barangan dapur masih boleh dijalankan seperti biasa, cuma perlu hadkan sahaja aktiviti yang selalu anda lakukan.

Contohnya, anda tidak boleh ‘melepak’ di kedai mamak atau berlegar-legar di luar selepas membeli barangan. Terus pulang ke rumah masing-masing setelah mendapatkan apa yang diperlukan.

Seiringan dengan itu, kami sediakan senarai barangan penting yang boleh anda stock-up untuk tempoh kuarantin ini. Senarai ini pasti akan mengelakkan anda daripada menjadi panic buyer!

Checklist  Lengkap Semasa Kuarantin/Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  • Air 

Seperti yang kita tahu, virus ini menyerang tekak dan sistem pernafasan. Untuk mengurangkan risiko jangkitan, pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan meminum air masak, sekurang-kurangnya 53 liter untuk tempoh 14 hari.

  • Makanan tahan lama

Makanan yang boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan mudah untuk dimasak.

Makanan dalam tin – mudah dan ringkas
Ayam Brand
mulai
RM4.90
Semak Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce harga dibawah:

Sardin merupakan makanan dalam tin ‘go-to’ yang wajib ada. Ianya mudah untuk dihidangkan dan boleh diolah menjadi pelbagai bentuk juadah. Disamping itu, ianya juga diperkaya dengan Vitamin B12 dan Omega 3 yang baik untuk kesihatan.

Sediakan hidangan ala-ala Western
Prego
mulai
RM4.60
Semak Prego Spaghetti Sauce Traditional harga dibawah:

Kebanyakan sos pasta sebegini boleh dimakan begitu sahaja setelah dipanaskan. Jika anda mahu hidangan yang lebih berkhasiat, apa kata tumis sos ini dengan sayur seperti brokoli, lobak merah atau cendawan. Hidangan ini tidak memakan masa untuk disediakan, namun, tetap enak untuk dinikmati bersama keluarga.

Makanan frozen (sejukbeku) – menu simple untuk hari ini
mulai
RM4.69
Semak Ayamas Chicken Frankfurters harga dibawah:

Sosej ayam daripada Ayamas ini tidak mengandungi lemak trans dan diyakini halal. Anda boleh membeli sosej sebagai stok kerana ianya juga boleh disajikan dalam pelbagai cara. Antaranya ialah sosej masak sos dan anda juga boleh membuat roti sosej. Anak-anak pasti suka menikmati juadah berasaskan sosej.

Nikmati juadah petang bagaikan di mamak
mulai
RM3.95
Semak Kawan Plain Paratha 5 Pieces harga dibawah:

Tidak perlu lagi pergi ke kedai mamak untuk menikmati paratha. Paratha frozen ini mudah untuk disediakan dan sesuai untuk minum petang. Sajikan dengan kari ayam ataupun sardin goreng untuk hidangan seperti di kedai mamak.

Pastikan stok beras anda mencukupi untuk 14 hari ini
mulai
RM32.89
Semak Faiza Emas Beras harga dibawah:

Beras merupakan bahan asas dan wajib ada di dalam isi rumah. Dapatkan beras daripada Faiza untuk kuantiti 10kg dengan harga yang berpatutan. Jika saiz isi rumah sebanyak 4-5 orang, memadailah membeli 1 paket dahulu. Asalkan cukup untuk beberapa hari sebelum anda keluar membeli sebagai stok tambahan.

Sediakan pelbagai hidangan dengan pasta ini
San Remo
mulai
RM4.99
Semak San Remo Spaghetti Italian Pasta harga dibawah:

Jika anda gemar ke dapur, pasti anda tahu bahawa pasta bukan hanya sesuai dijadikan sebagai spagetti, malahan anda boleh mempelbagaikan resipi untuk hidangan dengan menggunakan pasta ini. Hanya rebus pasta dan hidangkan bersama sos spagetti instan. Hidangan ini mudah dan pantas untuk disediakan. 

Selain itu, pasta ini juga boleh dijadikan pasta goreng. Buat para ibu, kala waktu kuarantin ini tunjukkan skil memasak anda bagaikan chef di hotel 5 bintang.

  • Agen pembersih

Pastikan rumah anda sentiasa bersih untuk mengelakkan daripada penyakit berjangkit. Tidak perlu setiap hari tetapi bersihkan rumah anda setiap 2 – 3 hari sekali bagi menjaga kebersihan sekaligus untuk elakkan anasir yang tidak diingini. Ini adalah untuk menjimatkan bahan pembersih agar stok mencukupi selama 14 hari.

Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci tangan
Dettol
mulai
RM8.50
Semak Dettol Skincare Anti-Bacterial Hand Soap harga dibawah:

Jadikan amalan untuk membasuh tangan dengan kerap setiap kali sebelum anda keluar dan pulang. Sabun Dettol ini mampu menghilangkan 99.99% kuman dan masih mengekalkan kelembapan kulit. Haruslah diingatkan bahawa mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat lebih berkesan dalam membasmi kuman dan virus. Ianya adalah pilihan utama berbanding menggunakan hand sanitizer.

Maka, anda dinasihatkan untuk mencuci tangan setiap jam bagi mengelakkan dijangkiti wabak penyakit ini.

Kebersihan dalam rumah haruslah menjadi keutamaan
mulai
RM6.70
Semak Clorox Bleach Total Disinfects Cleans (2L) harga dibawah:

Untuk memastikan rumah anda bebas daripada sebarang bakteria atau virus, gunakan bahan peluntur seperti Clorox yang lebih mesra poket berbanding alkohol. Anda hanya perlu menggunakan ratio : 1 cawan Clorox dan 9 cawan air bersih. 

Selain memutihkan pakaian, Clorox boleh digunakan untuk mengelap permukaan, membersih lantai dan macam-macam lagi. Tetapi selepas melakukan bancuhan, pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu. Takut nanti pedih pula terkena kulit. 

Jangan lupa untuk selalu sanitize sebelum dan selepas keluar rumah
Dettol
mulai
RM4.09
Semak Dettol Hand Sanitizer Fresh (50ml) harga dibawah:
add_circle Saiz yang kecil
add_circle Tidak melekit
remove_circle Bau yang agak kuat

Diperkaya dengan Aloe Vera, hand sanitizer Dettol ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya tidak mengeringkan tangan dan tidak melekit setelah dipakai. Tangan akan terasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan kuman.

Disinfectant wipes untuk hapuskan kuman dan bakteria
Pureen
mulai
RM6.00
Semak Pureen Antibacterial Wipes harga dibawah:

Selain hand sanitizer, pastikan anda mempunyai tisu basah ini. Diformulasi dengan ekstrak Aloe Vera dan timun, mengelap dengan menggunakan tisu ini mampu membunuh 99.9% kuman serta bakteria. Ianya juga diperkaya dengan Vitamin E untuk kebaikan kulit. 

Tisu basah ini sesuai untuk digunakan pada bayi dan kanak-kanak kerana ia bebas alkohol, paraben dan bahan pewangi tiruan.

  • Kesihatan

Pastikan stok barangan ini mencukupi untuk masa-masa kecemasan. Bukan hanya untuk kuarantin selama 14 hari sahaja tetapi bekalan kecemasan harus ada setiap masa.

mulai
RM18.88
Semak First Aid Kit 19pcs Lightweight And Durable For Home Emergency harga dibawah:

Kit ini bersaiz kompak dengan casing yang tahan lasak dan kalis air serta mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya mengandungi 19 jenis barangan first aid kit yang asas seperti gauze, disinfectant, bandage, plaster, face mask, patch dan lain-lain lagi

Kit ini amat penting dan harus ada di dalam sesebuah rumah bagi menangani kecederaan sebelum mendapatkan rawatan susulan.

Elakkan masalah batuk yang berpanjangan
Prospan
mulai
RM17.99
Semak Prospan Cough Syrup harga dibawah:
add_circle Mengandungi ekstrak herba tradisional
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering

Ubat batuk ini sesuai untuk seisi keluarga, daripada bayi berusia setahun. Ianya tiada campuran alkohol, gula tambahan dan pewarna. Ubat batuk Prospan ini diperbuat daripada ekstrak daun kering Ivy yang melegakan dan mengurangkan simptom batuk dan sakit tekak. 

Tekak anda tidak akan mudah merengsa atau terasa kering akibat batuk berterusan. Elakkan daripada mendapat simptom yang tidak dikehendaki. Jika anda masih batuk tanpa henti untuk beberapa hari, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Jauhi selesema dengan ubat ini
mulai
RM5.30
Semak Hurix's 600 Fluaway Capsule Improved harga dibawah:

Buat anda yang mudah dijangkiti selesema, ubat daripada Hurix ini adalah ‘must-have item’ yang perlu ada dalam checklist anda. Ianya menggunakan herba tradisional untuk membantu melegakan ketidakselesaan akibat selsema tanpa menyebabkan rasa mengantuk dan kelesuan. Ubat ini juga digunakan untuk melegakan hidung berair dan tersumbat.

Legakan sakit kepala dengan berkesan
mulai
RM3.99
Semak Panadol Actifast 10 Tablets harga dibawah:
add_circle Boleh melegakan sakit kepala
add_circle Tidak mengganggu perut
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai dimakan oleh individu yang alergi
remove_circle Tidak sesuai untuk pesakit darah tinggi

Panadol merupakan ubat tahan sakit paling selamat untuk digunakan. Ianya mampu memberi kelegaan tatkala kesakitan dan demam menyerang. Panadol Actifast ini diserap dua kali lebih cepat dan ianya tidak menyebabkan ketidakselesaan perut walaupun diambil ketika perut kosong.

Sediakan stok pad ini agar tidak perlu keluar membeli
Libresse
mulai
RM13.90
Semak Libresse Maxi Non Wing 24cm (3 x 20s) harga dibawah:

Buat si gadis, jangan pernah biarkan stok tuala wanita terus kosong. Tuala wanita Libresse ini mempunyai Deep Flow Channels untuk menghadapi hari kitaran deras. Teknologi SecureFit pula menjanjikan keselesaan kepada si pemakai agar boleh bergerak bebas sepanjang hari. Sediakan stok untuk kegunaan masa hadapan.

Buat stok untuk keselesaan si kecil menukar selalu
mulai
RM26.90
Semak Petpet Tape Diapers Mega Pack (S80/M76/L60/XL48) harga dibawah:

Dengan ciri Fast Dry 360 AirThru Comfort, si manja akan berasa kering sepanjang hari. Ianya lembut dan tidak merengsakan kulit. Lampin pakai buang ini direka dengan bijak agar tidak mudah berlaku kebocoran.

  • Hiburan

Untuk mengisi masa lapang, apa kata selitkan sesi game dalam rutin harian anda sekeluarga agar tidak bosan terpaksa memerap sahaja di rumah. Aktiviti sebegini juga mampu menjana minda dan menguji perkembangan otak si manja anda.

Sesuai untuk orang dewasa, masa untuk tunjukkan skil
mulai
RM9.60
Semak Papan Congkak Bercorak harga dibawah:

Permainan congkak merupakan  permainan tradisional yang tidak lapuk dek zaman. Anda boleh meluangkan masa bermain congkak bersama keluarga d irumah dengan set congkak dengan guli ini. Inilah masanya untuk mengasah bakat dan menunjukkan semula skil yang sudah ‘berhabuk’ itu.

Terbaik untuk semua ahli keluarga bermain sekali
mulai
RM23.31
Semak SPM Compendium Of 30 Multiplayer Board Games (30 in 1) harga dibawah:

Set permainan board ini mempunyai 6 jenis papan yang memberi 30 jenis permainan berbeza. Ianya sesuai untuk semua pringkat umur. Antara permainan yang ada adalah snake & ladder dan permainan dam. Masa lapang anda tidak akan mengenal erti bosan.

Untuk si kecil asah daya kreativitinya
mulai
RM15.80
Semak DIY Water Magic Sticky Beads With Accessories Set harga dibawah:

Buat anak-anak, asah kreativiti dan imaginasi dengan manik berwarna-warni ini. Anda boleh membantu si manja mereka imej kegemaran mereka dengan mudah. Hanya lekatkan manik keatas corak yang dipilih untuk mendapatkan hasil seni menarik.

Buat anak tumpu pada daya fokus dan solving problem skill
mulai
RM4.02
Semak Small Wooden Puzzle (60pcs) harga dibawah:

Permainan jigsaw puzzle sebegini membantu mengembangkan minda anak-anak dalam mencari dan memadankan puzzle sehingga lengkap. Set puzzle ini dinomborkan dibahagian belakang buat ibu bapa untuk membantu anak-anak dalam aktiviti ini. Ini untuk menguji daya tumpuan, fokus dan cara menyelesaikan masalah buat si kecil.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article