Sabun antiseptik atau antibakteria ialah sabun yang mengandungi bahan kimia tambahan untuk membantu membunuh bakteria pada kulit. Kebanyakan sabun antibakteria mengandungi triclosan dan juga bahan kimia yang lain. Sabun biasa tidak mampu membunuh bakteria yang ada pada kulit.
Adakah sabun antibakteria berfungsi dengan baiknya?
Sabun antibakteria banyak digunakan di tempat-tempat penjagaan dan rawatan kesihatan seperti di hospital dan pusat jagaan orang tua dan sebagainya. Ianya ternyata berkesan dan lebih efektif.
Kebanyakan hand sanitizer hanya mampu mampu membunuh 60% hingga 70% bakteria. Jika anda mempunyai akses air, sabun antibakteria pasti menjadi pilihan terbaik untuk penjagaan kesihatan kulit anda dan keluarga.
Jom lihat senarai sabun antiseptik yang bersesuaian untuk anda;
10 Sabun Antiseptik/Antibakteria Baik Untuk Semua Jenis Kulit
Ekstrak daun semambu atau minyak daun Neem membantu melegakan kulit kering dan gatal manakala kunyit adalah agen anti-radang yang kuat serta melembutkan permukaan kulit anda. Sabun Himalaya Neem and Turmeric Soap ini menggunakan kedua-dua bahan semulajadi untuk menghasilkan campuran sabun yang dapat membantu melindungi kulit anda sepanjang masa.
Ianya berfungsi sebagai antibakteria dan antifungal yang baik. Jika anda atau ahli keluarga tercinta menghidapi cacar air (chicken pox) bolehlah cuba untuk menggunakan sabun antiseptik ini. Ianya selamat digunakan baik di muka atau seluruh badan.
Sabun Protex Antibacterial Bar Soap ini sangat efektif dan membantu menanggalkan bakteria yang ada pada kulit anda. Ia telah pun diuji oleh pakar kulit dan mampu menghilangkan 99% bakteria yang ada. Ianya didatangi dengan beberapa jenis bauan dan kesegaran berbeza mengikut citarasa anda.
Dengan teknologi dan formulasi Germ Defense + Moisture Lock, sabun Avon Care Antibacterial ini membunuh hampir 99.9% kuman dan bakteria dan memberi perlindungan yang diperlukan oleh keluarga anda. Selain daripada membersihkan, ia juga melindungi dan meninggalkan kesan lembut pada kulit anda.
Sesuai untuk digunakan seisi keluarga, sabun Avon Care ini juga boleh digunakan pada muka.
Produk yang dipercayai turun-menurun untuk merawat luka dan gigitan serangga ternyata mampu membantu melindungi ahli keluarga anda yang tercinta dari kuman dan bakteria. Sabun Dettol membunuh kuman dan bakteria pada kulit dan menjadi antiseptik yang bagus untuk luka dan kecederaan kecil pada kulit.
Selain dari membersih, ia juga meninggalkan rasa kesegaran pada kulit sepanjang hari.
Sabun Guardian Protect and Clean ini sudah diuji dan terbukti berkesan secara dermatologi. Ia mengandungi 8 bahan-bahan yang unik dan diformulasi untuk melindungi kulit tangan dari kuman, kekeringan dan bahan-bahan kimia yang merosakkan kulit. Sabun tangan ini juga sangat harum dan pasti meninggalkan kesan yang segar selepas mencuci tangan.
Sabun Sebamed yang mempunyai pH5.5 ini telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan serta selamat untuk digunakan pada bayi dan anak-anak kecil. Kandungannya adalah 100% sabun dan bebas alkali, manakala lemak sabun yang ada padanya dapat melindungi kulit dari kekeringan dan menghilangkan sisa-sisa lemak tidak larut pada kulit ketika menggunakannya dalam mandian.
Dilengkapi dengan ekstrak gandum, vitamin dan asid amino, ianya memberi kesegaran serta tidak membuatkan kulit anak kering dengan mengurangkan kehilangan air melalui kulit.
Sabun jenama Keto 7 ini berfungsi sebagai anti fungi dan anti bakteria pada kulit dan membantu merawat kulit yang kering dan gatal. Ianya memberi kesegaran serta meninggalkan bauan harum pada kulit. Kandungan ekstrak minyak zaitun yang menyegarkan kulit serta minyak Tea Tree yang berfungsi sebagai anti bakteria meminimakan bau badan dan menghilangkan jerawat serta bisul pada badan.
Sabun Antabax membersih dan menghilangkan kuman serta bakteria sehingga 99.9% untuk perlindungan keluarga anda sepanjang hari. Ianya telah pun diuji secara klinikal dengan kandungan esen tambahan termasuk agen anti-oksida serta anti-keradangan seperti Vitamin C dan E untuk membaikpulih dengan ekstrak Vitamin B kompleks.
Pastinya, sabun Antibax ini pasti tidak mengecewakan anda. Sabun cairnya pekat dan harum pasti memberi anda kepuasan sepenuhnya.
Sabun Cetaphil Gentle Cleansing Bar ini sangat lembut, tidak beralkali dan khusus untuk kulit kering dan sensitif. Ianya memberi kesegaran dalam merawat kondisi kulit sensitif. Ia bebas dari bahan-bahan yang boleh membuatkan kulit anda iritasi dan sangat ideal digunakan di seluruh badan anda untuk mencuci ketika mandi.
Buih yang dihasilkan pasti memberikan pengalaman yang menyenangkan anda ketika mandi.
Sabun mandian Lactacyd Baby Bath dengan Lactoserum dan Asid Lactic ini mengandungi ekstrak susu untuk membersih badan bayi secara semulajadi. Ia melindungi kulit bayi supaya sentiasa sihat dan segar. Kandungannya yang mempunyai pH asid yang sesuai membuatkan kulit bayi kekal lembut dan gebu.
Digunakan sebagai antiseptik bagi merawat penyakit seperti dermatitis, mycosis, ekzema dan seborrhea (kelemumur). Si kecil anda tidak lagi akan merengek akibat kulit iritasi.