Kecantikan

Satu Bahan, Seribu Satu Kebaikan. 10 Toner Dengan Bahan Hyaluronic Acid

Hyaluronic acid melambatkan proses penuaan & bantu penukaran sel kulit. Ini senarai toner yang ada hyaluronic acid untuk kulit kering, berminyak & kombinasi


Editor · 25 Feb 2020, 2:41pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Satu Bahan, Seribu Satu Kebaikan. 10 Toner Dengan Bahan Hyaluronic Acid

Asid Hyaluronik ataupun Hyaluronan secara singkatannya adalah HA. Kita boleh lihat kebanyakan skincare dan kosmetik mengandungi HA dan permintaan untuk produk dengan HA semakin meningkat. Apa yang membuatkan HA popular adalah ianya sesuai untuk kesemua jenis kulit dari kulit kering sehinggalah kulit yang sensitif. Tidak menyebabkan iritasi atau merengsa sepanjang anda memakainya.

Kandungan

Apakah kesan penggunaan produk dengan HA pada kulit wajah?

HA merupakan satu elemen penting dalam menjaga kesihatan kulit wajah. Ianya membantu melambatkan proses penuaan agar kulit kekal muda. Selain itu, penggunaan produk dengan HA membantu proses penukaran sel-sel kulit dengan efisien. Seterusnya, kesan yang terbukti adalah ianya membantu mengekalkan kelembapan pada kulit wajah.

Edisi kali ini kami bawakan beberapa jenis-jenis toner dengan HA yang baik untuk kulit. Ayuh kita lihat!

10 Toner Mengandungi Hyaluronic Acid Terbaik di Malaysia

Toner dengan kandungan HA, baik untuk kulit sensitif 1 daripada 10
Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Toner
Partnership with Always Be Pure
Dari RM42
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tidak melekit.
Anti penuaan.
Bergantung pada jenis kulit individu.
1 lagi
Menyingkirkan blackhead dan whitehead.

Sesuai untuk kulit sensitif, toner ini mengandungi  3 jenis asid Hyaluronik untuk menghasilkan lembapan yang hebat pada kulit anda. Selain itu, ianya juga padat dengan Niacinamide untuk mencerahkan kulit. Tidak kurang juga daun Tea Tree dan Centella Asiatica untuk membantu mengawal sebum yang berlebihan serta menenangkan kerengsaan.

Toner dengan HA dan Witch Hazel – beri lembapan ekstra 2 daripada 10
Siegal Witch-Hazel Hyaluronic Acid Pore Toner (500ml)
Partnership with Siegal
Dari RM25
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Presto Mall

Toner dengan campuran witch hazel ini bukan sahaja mengekalkan kelembapan pada kulit. Ianya boleh menegangkan kulit serta mengelakkan dari masalah kulit berjerawat. Sifat astringen dalam Witch Hazel ini membantu membunuh bakteria pada kulit wajah. Kulit akan kekal lembap dan bersih sentiasa.

Toner dengan harga mampu milik – sesuai untuk remaja 3 daripada 10
Rose Hydrosol Hyaluronic acid Facial Toner Rose Water (110ml)
Partnership with
Dari RM32
Lihat harga di Shopee Malaysia

Dengan harga mampu milik, toner dengan air bunga mawar ini menyekatakan kulit dan menegangkan serta menghidrat kulit kering. Selain itu, ianya juga membantu menangani jerawat dan mengawal kulit berminyak. Sesuai untuk kulit kering, matang, berjerawat, kusam dan sensitif, kulit wajah anda tidak akan mudah iritasi.

Toner untuk kulit berminyak – bebas alkohol 4 daripada 10
COSRX Centella Water Alcohol-Free Toner (150ml)
Partnership with COSRX
Dari RM79.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Hermo Malaysia

Toner bebas alkohol ini mengandungi 82% Centella Asiatica, agen yang berkesan untuk mengurangkan pengeluaran sebum dan sekaligus mengecilkan pori. Sebum atau minyak berlebihan harus ditangani dengan menggunakan skincare yang betul seperti toner Cosrx agar kelembapan kulit sentiasa terjaga.

Toner dengan HA terbaik untuk kulit kombinasi 5 daripada 10
THE LAB by Blanc Doux Oligo Hyaluronic Acid 5000 Toner (200ml)
Partnership with Blanc Doux
Dari RM73.70
Lihat harga di Shopee Malaysia
Asid Hyaluronik bermolekul rendah
Kunci lembapan & kekalkan hidrasi
Tidak disyorkan untuk remaja
1 lagi
Lindungi kulit anda dari keadaan sekeliling

Ini adalah toner muka Ultra-Hydrating yang melembapkan kulit dengan berat molekul rendah (5,000 Da) untuk penyerapan yang lebih baik. Ianya membantu menenagkan kulit iritasi yang disebabkan oleh haba seperti haba matahari. Asid Hyaluronik mengumpul dan mengunci kelembapan untuk melegakan kulit.

iUNIK Vitamin Hyaluronic Acid Vitalizing Toner (200ml)
Toner jenis gel, sesuai untuk yang alami masalah kulit kering 6 daripada 10
iUNIK Vitamin Hyaluronic Acid Vitalizing Toner (200ml)
Partnership with Iunik
Dari RM35.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Kaya dengan Vitamin C
Beri kelembapan kulit
Harga mahal
2 lagi
Tidak melekit
Cepat meresap

Toner berbentuk gel ini menawarkan kelembapan dan juga kecerahan kulit. Ianya mengandungi 45% asid Hyaluronik dan 5% ekstrak buah Sea Buckthorne. Konsistensi gel cairnya memudahkan sapuan dan resapan ke dalam kulit. Toner ini bebas minyak dan tidak melekit, pasti tidak akan membuatkan wajah anda kurang selesa.

Toner terbaik dari Korea untuk elakkan kulit kekeringan 7 daripada 10
IsNTree Hyaluronic Acid Toner (200ml)
Partnership with IsNTree
Dari RM45
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Tekstur kulit menjadi halus, gebu dan lembut.
Bebas dari penggunaan bahan kimia.
Hanya untuk kulit normal.
1 lagi
Kulit kelihatan segar.

Miliki kulit bak artis Korea dengan toner ini. Ianya dirumus khas dengan 50% asid Hyaluronik, Birch Sap dan Phyto Oligo untuk mencipta lapisan pelindungan kelembapan bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Lapisan ini juga mengekalkan lembapan dan membekalkan hidrasi untuk jangka masa yang panjang. 

Ianya membantu menyekatakan tekstur kulit agar menjadi halus dan licin. Tidak ada lagi masalah kulit ‘kemarau’!

Toner HA terbaik dari drugstore – bebas alkohol dan pewangi tiruan 8 daripada 10
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion - Rich (170ml)
Partnership with Hada Labo
Dari RM73.50
Lihat harga di Hermo Malaysia

Dapatkan toner popular ini dari mana-mana drugstore berdekatan dengan anda. Toner ini menggabungkan 4 jenis asid Hyaluronik untuk menghidratkan kulit dan membantu mengekalkan keseimbangan lembapan optimum. 

Sesuai untuk kulit kering dan normal, ianya tidak akan menyebabkan kulit merengsa. Plus point,  toner ini juga bebas wangian, minyak mineral, alkohol dan pewarna.

Toner untuk kulit berjerawat, kecilkan liang pori 9 daripada 10
Purito Centella Green Level Calming Toner (200ml)
Partnership with Purito
Dari RM54
Lihat harga di Lazada Malaysia
pH 5.5
Menguatkan lapisan perlindungan kulit
Stok terhad
2 lagi
Selamat digunakan pada kulit sensitif
Tidak mengandungi alkohol

Toner berbentuk jeli ini mengandungi 10% ekstrak pekat Centella Asiatica ekstrak pekat yang memberikan kesan kelegaan kulit dan asid Hyaluronik, yang memberi kelembapan serta membentuk lapisan kelembapan yang kuat. Toner ini juga membantu mengecilkan pori agar pengeluaran sebum dapat dikawal.

Kekalkan awet muda dan keanjalan kulit dengan toner anti-aging ini 10 daripada 10
Novexpert Smoothing Toning Mist with Hyaluronic Acid (100ml)
Partnership with Novexpert
Dari RM134.10
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Selain mengekalkan kelembapan kulit, toner ini juga menghasilkan kolagen booster untuk melambatkan proses penuaan. Jika dipakai sebelum keluar rumah, toner ini menyediakan lapisan pelindungan terhadap kotoran yang tidak elok untuk kulit. 

Apa yang menarik tentang toner ini adalah ianya datang dalam bentuk toner mist spray. Mudah untuk dibawa dan dipakai dimana-mana pada bila-bila masa sahaja.

Lagi daripada ProductNation