Pernah atau tidak berlaku pada anda lupa untuk memakai deodoran sehingga rasa tak selesa sepanjang hari? Lebih lagi jika badan senang berpeluh dan mengeluarkan bau badan yang sangat kuat. Memang jadi serba tak kena. Pemakaian deodoran antara rutin wajib dalam sesi penjagaan diri.
Ketika membeli deodoran aspek dari bau, ketahanan, kandungan formulasi dan harga menjadi faktor utama. Namun kini ramai yang mula memilih deodoran tanpa sebarang kandungan alkohol. Ini kerana alkohol adalah antara lima bahan utama dalam produk yang akan menyebabkan kulit kekeringan dan iritasi.
Kenapa sesetengah deodoran ada mengandungi alkohol?
Alkohol telah digunakan secara meluas di dalam industri kecantikan sebagai bahan pengawet. Ia mampu membunuh bakteria dan menjadikan produk lebih cepat kering pada permukaan kulit. Jadi alkohol bahan yang paling mudah, murah dan efektif bagi menghasilkan deodoran. Namun ia juga mengakibatkan reaksi negatif pada pengguna berkulit sensitif.
Bukan sahaja alkohol yang patut diambil kira, penggunaan paraben, pewangi, aluminium salt dan pelbagai lagi bahan kimia lain juga antara faktor utama kulit merengsa. Ayuh lihat senarai produk deodoran tanpa alkohol buat anda;
10 Deodoran Tanpa Alkohol yang Selamat di Malaysia

Pada harga yang sangat berpatutan, deodoran semburan dari Rexona dirumus khas untuk remaja yang kekal aktif dalam aktiviti harian. Haruman floral tropika yang memikat membuat anak-anak terasa segar dan menghalang bau badan 24 jam. Ketiak juga sentiasa kering tanpa timbul sebarang ruam atau kemerahan. Dapatkan deodoran ini sekarang!

Fokus anti-perspirant dalam formulasi deodoran khas untuk pengguna yang mengalami masalah peluh berlebihan di bahagian ketiak terutamanya. Rangkaian Nivea Dry Comfort ini secara efektif mengurangkan peluh sepanjang 48 jam hasil Dry-Plus System dan bahan mineral semulajadi.
Terbukti secara klinikal oleh ali dermatologi, ianya tidak akan memberi kesan negatif pada kulit serta tidak terjadinya iritasi.

Jenama deodoran alami paling laris dipasaran kerana ia sesuai untuk lelaki dan wanita. Deodoran ini 300 kali ganda lebih efektif berbanding jenama deodoran alkohol yang lain. Bahan utama kristal garam mineral mampu menghalang pertumbuhan bakteria tanpa memberi sebarang kesan negatif pada kulit.
Selain itu, ia tidak meninggalkan tompok pada baju anda agar tidak kelihatan seperti memakai deodoran. Menariknya lagi produk ini bukan sahaja untuk ketiak malah boleh digunakan pada kaki, leher, belakang lutut dan mana-mana bahagian badan yang berbau.

Antara deodoran drugstore tanpa formulasi alkohol dan melindungi kulit bak litupan krim pelembab. Bukan setakat menghilangkan bau kurang enak, ia juga dapat membaiki kulit dari kesan mencukur dan mencabut bulu ketiak. Dalam masa 7 hari anda akan merasai perubahan warna bawah lengan lebih cerah dan kulit lembut.

Tercari-cari deodoran jenama tempatan? Buddy’s Natural antara yang patut beli kerana ia dianugerahkan sebagai Winner Reader’s Choice Awards 2018 Natural Health’s Magazine. Deodoran jenis stik ini nyah bau badan secara efektif selama 12 jam, malah ia direka khas untuk para atlet. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan disyorkan juga kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Gabungan ekstrak lemon, White Lily, Aloe Vera dan timun meninggalkan bau segar dan kesan kering pada ketiak sepanjang hari. Deodoran tekstur bedak yang halus ini juga boleh digunakan untuk mengurangkan peluh atau lembapan di bahagian tubuh yang lain. Bungkusan yang comel dan bersaiz mini sesuai untuk dibawa kemana sahaja.

Tanpa alkohol, pewangi tiruan, aluminium, paraben dan kandungan toksik menjadikan ia produk paling melegakan pada kulit yang sedang berjuang dengan masalah ekzema. Proses pembuatan deodoran ini ialah dari air bersih, ekstrak Aloe Vera, potassium alum dan xanthan gum dimana semua bahan semulajadi.
Anda boleh pilih dari lima bauan asli Aloe, Rose, Pear, Fresh dan Herbal yang kekal selama 10 jam.

Diformulasi khas tanpa pewangi, pewarna dan alkohol bagi memberi keselesaan kepada penggunaan tanpa meninggalkan bau yang agresif. Dari ekstrak Aloe Vera menjadi setiap geseran di celah ketiak akan menjadikannya lebih lembut dan segar. Ulasan dari pengguna juga mengatakan ia sangat selesa, tidak melekit dan melindungi dari bau badan yang tidak menyenangkan.

Hanya sedikit calitan di bahagian ketiak, formulasi deodoran ini mampu mengetatkan kelenjar peluh dan membunuh bakteria penyebab bau busuk. Rumusan dari 16 bahan herba dan 8 bahan pelembab semulajadi menjadikan deodoran ini sesuai untuk si kulit sensitif juga. Ia kalis air, peluh dan mudah dibawa ketika travel.

Deodoran ini diformulasi dari arang aktif bagi menyerap peluh sekaligus mengurangkan bau badan secara semulajadi. Bahagian ketiak menjadi lebih selesa dan tidak merosakkan baju anda. Bau deodoran ini sangat lembut dan tidak membuatkan kulit ketiak berasa tidak selesa seperti jenama yang lain. Sesiapa yang mempunyai bajet lebih, wajib cuba Kopari.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!