Kini, printer merupakan mesin penting untuk seorang pendidik menyediakan kertas tugasan untuk pelajar bagi memastikan mereka dapat pendidikan yang baik.
Jika seorang guru ada satu printer di rumah, ini akan mudahkan aktiviti mencetak dokumen, membuat salinan dan bermacam lagi.
Tidak hairanlah jika ramai guru mencari jenama printer tahan lama yang mempunyai kepelbagaian penggunaan bagi memastikan pembelian anda berbaloi.
Printer pun ada bermacam jenis seperti printer laserjet terbaik dan printer ink murah, sampai tak tahu yang mana satu paling sesuai.
Jom lihat senarai jenama printer yang bagus untuk guru dan kami juga ada kongsikan beberapa review printer terbaik untuk anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 10 Printer Terbaik Untuk Guru
Sebab menjadi pilihan utama:
Printer ini merupakan printer yang mempunyai fungsi all-in-one dengan harga yang berpatutan dan sangat mudah digunakan serta cetakannya juga cepat.
Ciri-ciri:
Jenama Printer PIXMA E470 daripada Canon direka khas untuk membolehkan anda print secara wireless.
Printer ini berupaya memberikan semua fungsi kepada pengguna iaitu scan, copy dan printing dalam satu mesin printer.
Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4): 4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).
Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi.
Ink printer pula menggunakan jenis catridge dimana mampu memberikan hasil percetakan yang berkualiti tinggi.
Selain dari itu, dengan fungsi WiFi, anda juga boleh monitor level ink melalui aplikasi Selphy dan boleh menggunakan printer ini tanpa perlu menyambungkan kabel USB pada PC.
Canon juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.
Review:
“Sangat berbaloi beli printer ni. Senang je set up dan kualiti printing sangat memuaskan, sama ada print hitam atau warna. Paling best boleh print dari phone, iPad atau laptop, jadi memudahkan kerja."
Jenama printer Epson merupakan salah satu jenama printer terbaik untuk printer jenis Dot Matrix.
Ini kerana Printer Dot Matrix mampu memberikan salinan karbon berganda dengan impak yang tinggi yang memberikan hasil yang berkualiti.
Selain itu, model LQ310 ini mempunyai 128kb input data buffer memory yang membolehkan percetakan pada kelajuan tinggi sehingga 416 karakter per saat pada 12 CPI.
Maknanya hampir 40 peratus lebih laju berbanding model sebelumnya iaitu LQ300 tau!
Printer ini juga mampu menghasilkan cetakan salinan sehingga 4 bahagian (1 original, 4 salinan).
Dengan built in USB dan Parallel Interface Option, printer ini boleh disambungkan kepada hampir semua peranti output yang anda perlukan.
Printer ini merupakan printer laser monochrome compact yang tahan lasak dan dapat mengelakkan kertas daripada mudah tersekat pada roller.
Printer ini mampu mencetak pada kelajuan sehingga 20 ppm untuk menjimatkan masa cetakan anda.
Resolusi cetakan maksimum mampu mencecah sehingga 600x600 dpi atau 2400 x 600 dengan kawalan resolusi.
Malah, printer ini boleh mencetak double sided atau duplex printing serta mempunyai dual roller untuk mengurangkan mendap habuk.
Bahagian paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 150 keping kertas A4.
Selain rekaan yang ringkas dan mudah digunakan, printer sesuai untuk guru fotostat nota untuk anak murid.
Brother turut menyediakan warranty selama 3 tahun kepada pengguna.
Printer jenama Brother ini dapat memberi penjimatan kepada anda kerana dakwatnya boleh di isi semula dengan mudah.
Printer ini mampu memberi fungsi print, scan dan copy pada satu printer jadi pembeliannya berbaloi.
Kualiti resolusi printer pula mampu mencecah sehingga 1200 X 6000 dpi pada platform Windows.
Manakala untuk Mac mampu mencecah sehingga 1200 X 3600 dpi.
Printer ini mampu mencetak pada kelajuan 16 ipm untuk cetakan hitam putih dan 9 ipm untuk cetakan berwarna.
Brother turut memberi warranty selama 3 tahun atau 30,000 halaman cetakan (mana yang sampai dulu) kepada pengguna.
Printer HP Deskjet mampu memberikan fungsi all in one pada satu printer iaitu print, copy dan scan dengan mudah dan cepat.
Dengan penggunaan ink HP Thermal Inkjet, printer ini boleh dikategorikan printer yang jimat.
Untuk kualiti printing, mesin ini mampu memberi resolusi maksimum sehingga 1200X1200 untuk hitam dan 4800 X 1200 untuk warna.
Scanning pula resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi jadi salinan yang anda dapat nampak jelas dan berkualiti.
Menarik lagi, paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dan HP juga turut memberi warranty selama 3 tahun kepada pengguna.
Walaupun harga tidak terlalu murah tapi dengan printer jenama Epson ini anda mampu menjimatkan kos printing kerana bekas dakwat jenis boleh diisi semula.
Kapasiti bekas dakwat mampu mencetak sehingga 4500 halaman hitam putih, 7500 halaman cetakan berwarna.
Epson EcoTank memberikan kemudahan sambungan WiFi untuk membolehkan anda menghubungkan dengan pelbagai peranti.
Operasi printer ini juga dimudahkan lagi dengan aplikasi Epson SmartPanel yang membolehkan anda untuk menetapkan fungsi printer pada smartphone anda.
Resolusi maksimum cetakan printer ini mampu mencecah sehingga 5760 x 1440 dpi.
Manakala untuk scanner, resolusi maksimumnya mampu mencecah sehingga 1200 x 2440 dpi.
Kelajuan cetakan mampu mencecah 10 ipm untuk hitam putih dan 5 ipm untuk cetakan berwarna.
Epson turut menyediakan warranty selama 2 tahun atau 30,000 halaman cetakan.
Dengan reka bentuk yang menarik, Canon Pixma TS307 menawarkan kelajuan cetak ISO standard yang memuaskan.
Cetakannya boleh mencapai hingga 7.7ipm untuk warna hitam dan 4.0ipm untuk cetakan berwarna.
Selain itu, anda dapat menghubungkan printer ini dengan mudah melalui pelbagai pilihan sambungan.
Ini termasuk peranti tambahan seperti Hi-speed USB 2.0, WiFi, wireless pictbridge, Mopria, AirPrint, BLE, dan Access Point Mode.
Printer ini juga menggunakan ink cartridge yang murah, jadi anda akan jimat kos tanpa perlu mengabaikan kualiti cetakan.
Dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY, anda juga akan dapat buat salinan dokumen atau foto secara langsung dari smartphone anda dengan mudah.
Secara tidak langsung, Canon Pixma TS307 merupakan sebuah printer yang memudahkan tugasan guru dan menawarkan harga murah.
Ini merupakan printer all-in-one terbaik yang anda boleh beli pada harga yang murah dan juga ia merupakan dari jenama printer yang terkenal iaitu Canon.
Anda akan dapat jaminan sehingga 3 tahun daripada pengilang dengan printer ini, jadi boleh gunakan tanpa risau ia cepat rosak.
Printer ini boleh melakukan semua tugasan cetakan yang anda mahukan, termasuklah untuk scan dan untuk photocopy, jadi mudah menyediakan semua tugasan sebagai guru.
Selain itu, harga ink cartridges juga tidak terlalu mahal untuk anda beli selepas ink dah habis digunakan.
Printer ini boleh mencetak sehingga 200 helai cetakan sebulan, mempunyai kelajuan cetakan ISO Standard (A4) pada kelajuan 8.0ipm untuk cetakan hitam dan 4.0ipm untuk cetakan berwarna.
Jika anda merupakan guru taska, tadika atau sekolah rendah yang menggunakan banyak sticker bagi tujuan pembelajaran murid-murid, anda mungkin memerlukan satu printer khas untuk mencetak sticker.
Printer NIIMBOT B21 mudah digunakan dengan hanya sambungkan ia dengan telefon anda secara bluetooth dan gunakan aplikasi NIIMBOT untuk design cetakan anda.
Paling bagus, printer ini tidak memerlukan ink untuk melakukan cetakan kerana ia menggunakan thermal printing, jadi anda tidak perlu risau ink habis atau perlu membeli ink baru.
Printer ini menyokong peranti Android, iOS, Window dan juga boleh digunakan bersama laptop atau PC anda.
Anda gemar untuk mencetak gambar-gambar kenangan anda atau memerlukan printer yang boleh cetak gambar? Boleh dapatkan je printer Canon Pixma TS5370A ini.
Printer ini sesuai untuk mencetak gambar pada photo paper atau glossy paper dan memberikan kualiti cetakan terbaik, serta boleh mencetak pada kertas pelbagai saiz.
Boleh digunakan untuk cetak gambar bagi tujuan pembelajaran di kelas, jadi anak-anak murid boleh melihat bahan pembelajaran yang lebih jelas dan cerah.
Selain itu, printer ini juga jenis all-in-one yang boleh melakukan tugasan lain seperti scanning dan juga photocopy, jadi anda boleh gunakan untuk tujuan cetakan lain juga.
Selain mudah digunakan dan disambungkan secara wireless, printer ini boleh mencetak dengan pantas iaitu 13.0ipm untuk cetakan hitam dan 6.8ipm untuk cetakan berwarna, jadi kurang masa menunggu cetakan.
Jumlah cetakan yang disarankan pada printer ini adalah 30-100 helai cetakan sebulan.
Apa Fungsi Printer?
Dalam perkembangan teknologi zaman sekarang, printer bukan sahaja berfungsi untuk mencetak dokumen tapi berfungsi untuk menyalin dan mengimbas juga.
Erti kata lain, all-in-one malah terdapat juga printer yang mempunyai sambungan WiFi dan Bluetooth bagi memudahkan sambungan terus ke telefon.
Dengan teknologi mesin printer, kerja-kerja mencetak untuk keperluan tertentu seperti dokumen pejabat, sekolah dan lain-lain menjadi lebih senang.
Jika ada sebiji printer di rumah, anda tidak perlu susah-susah ke kedai hanya untuk mencetak.
Jadi, fungsi printer adalah memudahkan kerja-kerja percetakan dan mengimbas.
Bagaimana Cara Pilih Printer?
Printer merupakan alat peranti yang penting bagi mereka yang memerlukan pencetakan dokumen atau gambar secara berterusan.
Tapi terdapat pelbagai pilihan printer di pasaran, jadi macam mana nak memilih printer yang sesuai untuk keperluan anda?
Jangan risau, berikut merupakan tips memilih printer yang baik untuk anda.
Spesifikasi dan kualiti
Selain dari memilih printer jenama terkemuka, spesifikasi printer juga perlu diambil kira bagi memastikan jenis printer yang dipilih bersesuaian dengan keperluan.
Kualiti juga perlu diambil kira untuk memastikan printer tahan lasak dan tidak mudah sangkut semasa anda menggunakannya.
Tambahan lagi, kualiti cetakan juga perlu diambil kira, resolusi yang tinggi akan memberi cetakan yang cantik.
Kos penggunaan dakwat
Printer dan dakwat mempengaruhi kos penggunaan cattridge atau toner.
Printer inkjet atau deskjet mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna.
Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar.
Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.
Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner).
Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak.
Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).
Walau demikian, zaman ini terdapat printer yang menggunakan ink tank dimana anda boleh refill semula dakwat dan dapat menjimatkan wang daripada membeli cartridge baru.
Kertas dan jumlah pencetakan
Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000.
Sambungan printer
Di pasaran terdapat jenis printer yang memerlukan sambungan wayar dan juga jenis sambungan wireless.
Printer jenis wireless akan lebih memudahkan anda untuk bawa kemana saja dan menyambung ke pelbagai peranti.
Apa Kelebihan Dan Kekurangan Printer?
Printer merupakan peranti yang sangat berguna terutama bagi seorang guru.
Di sini, kami akan membincangkan beberapa kelebihan dan kekurangan printer yang perlu anda fahami.
Kelebihan:
- Kemudahan penggunaan
Printer sangat mudah untuk digunakan, terutama dengan kemajuan teknologi dalam masa yang terkini.
Anda hanya perlu menghubungkan printer ke komputer atau peranti lain dan mencetak dokumen atau gambar yang anda perlukan.
- Keselamatan dokumen
Printer membolehkan anda mencetak dokumen anda sendiri dan memastikan keselamatan dokumen anda.
Anda tidak perlu risau tentang dokumen anda jatuh ke tangan yang salah, atau dokumen anda dicetak dengan keadaan yang tidak memuaskan.
- Kecepatan
Printer moden mempunyai kelajuan yang sangat tinggi, membolehkan anda mencetak banyak dokumen dalam waktu yang singkat.
Sangat menjimatkan masa dan tenaga kerana anda tidak perlu lagi menghantar dokumen ke kedai fotostat untuk dicetak.
Kekurangan:
- Harga
Printer moden boleh menjadi agak mahal, terutama jika anda mencari printer yang mempunyai banyak fungsi atau boleh mencetak dalam kuantiti yang besar.
- Kualiti cetakan
Tapi, printer moden mungkin tidak memberikan kualiti cetakan yang sama dengan pencetakan profesional.
Anda mungkin perlu mencari pencetak profesional jika anda memerlukan kualiti cetakan yang sangat tinggi.
- Penggunaan toner atau ink cartridge
Printer memerlukan penggunaan toner atau ink cartridge, yang boleh menjadi agak mahal jika anda mencetak dalam kuantiti yang besar.
Apakah Perbezaan Antara Pencetak Inkject Dan Pencetak Laser Jet?
Mungkin ramai yang biasa dengar pencetak jenis inkjet dan juga laser jet tapi tak tahu apa yang membezakan antara dua jenis pencetak ini.
Perkara pertama yang membezakan antara kedua-dua jenis pencetak ini adalah teknologi yang digunakan, di mana inkjet menggunakan cecair dakwat berwarna yang dan laser jet menggunakan teknologi toner yang diletakkan pada drum dan menghasilkan cetakan dengan bantuan haba.
Dari segi kepantasan cetakan, laser jet lebih pantas melakukan cetakan berbanding inkjet, jadi jika anda mahukan printer yang boleh print dengan pantas boleh dapatkan printer jenis laser jet.
Dari segi harga pula, kebiasaannya harga printer laser jet lebih mahal berbanding inkjet, tetapi laser jet lebih murah digunakan untuk cetakan yang banyak kerana boleh cetak lebih banyak dengan satu toner berbanding inkjet.
Jadi, bergantung dengan cara penggunaan anda dan juga keperluan anda untuk mencetak pelbagai bahan atau gambar, boleh buat pilihan berdasarkan penjelasan di atas.