Hampir kesemua kita pernah berperang dengan blackhead di wajah. Apa itu blackhead? Blackhead terbentuk apabila sebum pada wajah terdedah kepada udara atau radikal bebas. Punca terjadinya blackhead adalah disebabkan oleh kurang air dalam badan, sebum yang dihasilkan berlebihan, penggunaan skincare/makeup jenis berminyak, hormon dan persekitaran.
Apakah kesan jika blackhead tidak dibuang?
Cara yang betul harus digunakan dalam menghapuskan blackhead dari permukaan kulit kerana jika ianya ditangani dengan kasar, kulit mudah teriritasi sekaligus mendorong pembentukan jerawat. Namun, jika tidak membuang blackhead pada kulit anda, minyak dan sebum yang terperangkap di dalam pori akan mudah merebak.
Antara cara yang selamat dan efisien untuk menghapuskan blackhead adalah dengan menggunakan skrub muka. Partikel kasar seakan-akan pasir di dalam skrub muka membantu mengeluarkan blackhead dari liang roma muka. Ayuh kita lihat beberapa jenis-jenis skrub yang terbaik untuk membantu menangani masalah blackhead anda!
10 Skrub Muka Untuk Hapus Blackhead Dengan Berkesan

Produk ini mengandungi bahan anti-bakteria dan ekstrak blueberry asli untuk menangani kulit bermasalah terutamanya masalah jerawat dan blackhead. Ianya juga membantu mengurangkan garis halus dan parut akibat jerawat. Skrub ini juga merawat liang pori terbuka.

Diformulasi dengan Advanced Japan Million Scrubs yang bertindak meresap jauh ke dalam liang roma kulit untuk mengeluarkan blackhead serta minyak berlebihan. Sifat deep detox skrub ini juga menghantar Active Oil Clearing dan agen anti bakteria ke dalam liang roma.

Mengandungi minyak Tea Tree dan Bio-X15, skrub ini membantu mengurangkan jerawat dan memberi ketahanan pada kulit daripada terkena serangan jerawat. Ianya juga mampu membersihkan kulit wajah dari segala kekotoran yang melekat atau tersumbat. Ianya juga memberi kulit lebih bersih dan sihat serta mengekalkan kelembapan pada kulit.

Skrub viral ini berbau harum dan memberi efek kulit halus dengan hanya satu kali penggunaan. Ianya mengandungi teh hijau yang 100% asli untuk menghapuskan blackhead dengan tidak menyumbatkan pori. Skrub ini bebas minyak serta bahan pengawet merbahaya untuk kulit.

Skrub dengan mikrobead serta blackhead kompleks ini merawat masalah blackhead dengan efektif tanpa merengsakan kulit. Ianya bertindak dengan membersih kotoran yang paling dalam agar blackhead tidak kembali terhasil. Skrub ini juga bebas minyak, tidak hipoalergenik dan tidak menyumbatkan pori.

Diperbuat daripada empat bahan organik utana iaitu kopi, gula perang, minyak kelapa dan minyak almond, skrub ini mempunyai banyak kebaikan. Selain mampu membersih pori dan menanggalkan sel kulit mati, ianya juga boleh membantu memudarkan parut serta sunburn. Skrub ini juga boleh dipakai di bahagian lain pada tubuh kerana ianya mempunyai sifat pelembap.

Dapatkan kulit wajah yang lebih glowing dan cerah dengan skrub ini. Skrub berkrim ini membantu membersih wajah dengan lembut tanpa iritasi pada kulit. Ianya memberi anda hasil kulit yang lebih bersih dan sekata serta tona lebih cerah.

Skrub dengan rumusan buah tomato ini bukan sahaja menanggalkan sel kulit mati dan blackhead, ianya juga mencerah dan membuatkan kulit wajah anda tampil bersinar. Ianya bertindak dengan lembut untuk mengelakkan penghasilan jerawat dan melambatkan proses penuaan.

Kekal hidrat dengan skrub dari Fresh ini. Ianya mengandungi gula perang dan biji strawberry sebenar untuk memberi kulit yang lebih cerah dan sihat setelah membersihkan kulit wajah. Penggunaan yang kerap menjanjikan kulit wajah lebih halus dan glowing.

Tangani masalah minyak berlebihan serta blackhead dengan skrub ini. Setelah membersih wajah, ianya membantu meratakan garis halus dan kedutan. Skrub ini bersifat bebas minyak, sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak.