Memakai makeup merupakan satu cara penggayaan untuk tampil dan kelihatan lebih menawan. Penggunaan makeup remover adalah untuk membersih kesan makeup dengan sempurna. Dengan memilih produk yang tepat untuk jenis kulit anda dapat memberi kesan yang lebih efektif.
Adakah micellar water bagus digunakan untuk kulit yang sensitif?
Ya, menggunakan micellar water sangat bagus dan efektif kepada kulit sensitif. Micellar water adalah salah satu daripada produk penjagaan kulit paling banyak pada masa ini dan itu adalah pilihan yang bagus untuk kulit sensitif. Pembersih makeup dari Perancis ini dikuatkuasakan dengan molekul micelles minyak kecil yang berfungsi sebagai magnet untuk mengangkat kotoran, minyak dan makeup jauh dari kulit.
Jom lihat senarai makeup remover terbaik untuk anda yang alami masalah kulit sensitif;
10 Makeup Remover Terbaik untuk Kulit Sensitif

MAYCREATE Micellar Makeup Remover mengandungi air mineral panas untuk membersih kulit wajah anda dengan cara yang lembut. Ianya bebas dari minyak dan tidak keras pada kulit anda selepas menanggalkan makeup. Ia juga secara berkesan menghilangkan makeup di kawasan mata dan terbaik untuk menanggalkan makeup kalis air.
Sesuai untuk kulit sensitif, ianya akan membuatkan wajah kekal lembut, segar dan terhidrat sepanjang hari.

Hydra Clean Makeup Remover adalah losyen yang ringan dan lembut yang berkesan menghilangkan semua kesan makeup. Dirumus dengan sifat pelembap untuk kulit sensitif dan kering. Dengan mengandungi Bio-White bagi mencerahkan nada kulit, ianya diformulasi dengan ekstrak Aloe Vera dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit sensitif.

Produk dari NIVEA ini mudah membersih solekan yang tahan lama dan makeup kalis air tanpa meninggalkan sisa produk berminyak pada kulit anda. Untuk bersih dan kelihatan sihat serta kulit yang cantik, pengguna tidak perlu membilas dan menggosok hanya sapukan secara perlahan-lahan. Produk ini sesuai dan diutamakan kepada pengguna yang berkulit sensitif.

Produk ini membantu menghilangkan kekotoran untuk melegakan kulit dan meninggalkannya bersih dan segar. Ia serta-merta meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 90%. Rumusan inovatif diperkaya dengan ramuan yang menyegarkan kulit sempurna serta mempunyai kandungan Vitamin B3, Vitamin C dan Triple Air Clean.
Ia tidak mengandungi wangian dan pewarna tiruan serta bebas dari bahan kimia merbahaya yang boleh mengganggu kulit, menjadikannya sempurna walaupun untuk kulit sensitif.

Makeup remover daripada Nivea ini mampu untuk membersih kotoran yang melekat pada wajah dengan mendalam dan efektif. Ianya dapat mengawal penghasilan minyak berlebihan di kulit wajah. Juga dapat mengelakkan berlakunya pertumbuhan kadar jerawat secara efektif.
Sesuai digunakan untuk semua kulit terutamanya kulit sensitif cenderung jerawat. Menjadikan kulit wajah anda lebih lembut dan tanpa kesan sisa minyak di kulit.

Produk bebas minyak ini dapat memberi kesan yang melegakan serta menyegarkan pada bibir dan mata. Tekstur air gel pada produk ini mampu untuk membersih kotoran serta kesan makeup pada kelopak mata dan bulu mata secara lembut. Sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai bibir dan mata yang sensitif.

Dirumus dengan bahan yang tidak mengandungi sebarang pewangi tiruan, ianya sangat bagus untuk membersih kesan makeup dan juga untuk mengawal sebum berlebihan. Sesuai digunakan untuk kulit kombinasi sensitif dan berminyak. Mengawal sebum berlebihan dapat mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.

Mengandungi ekstrak Aloe yang melembap dan Chamomile untuk melegakan serta melindungi kulit daripada radikal bebas. Formula ultra-ringan dengan pH yang sama dengan air mata, tetapi cukup kuat untuk mengeluarkan solekan pada mata dan bibir.
Dengan menggunakan 2 formula berasingan membentuk emulsi apabila bercampur, membolehkannya menghapuskan segala jenis solek tanpa meninggalkan apa-apa kesan.

Produk ini mampu untuk membersih wajah daripada kesan makeup dan melegakan serta menenangkan kulit yang tegang. Bebas daripada sebarang wangian tiruan dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif dan normal. Tidak perlu dibilas dan dihasilkan dengan bahan yang tidak mengakibatkan iritasi.
Bagi anda yang alami kulit sensitif, usah risau jika hendak menggunakan produk ini yang tidak akan mengakibatkan kulit anda bertambah iritasi atau merengsa.

Produk ini mengandungi empat jenis Beauty Oils yang mampu untuk meningkatkan kesan pembersihan kulit dengan lebih efektif. Produk ini juga diperkaya dengan dua jenis HA. Ianya dapat mengurangkan kesan iritasi pada kulit dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Makeup remover ini mampu untuk mengekalkan kelembapan kulit kerana teksturnya yang berminyak.