Kecantikan

Hapuskan Sisa Makeup Dari Kulit Wajah Dengan 10 Makeup Remover Untuk Kulit Sensitif Ini

Recommended makeup remover oil, oil-free & wipes yang terbaik dan berkesan untuk kulit sensitif yang berminyak, jerawat & kering dari jenama seperti Garnier


Editor · 3 Jan 2020, 7:17pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Hapuskan Sisa Makeup Dari Kulit Wajah Dengan 10 Makeup Remover Untuk Kulit Sensitif Ini

Memakai makeup merupakan satu cara penggayaan untuk tampil dan kelihatan lebih menawan. Penggunaan makeup remover adalah untuk membersih kesan makeup dengan sempurna. Dengan memilih produk yang tepat untuk jenis kulit anda dapat memberi kesan yang lebih efektif.

Kandungan

Adakah micellar water bagus digunakan untuk kulit yang sensitif?

Ya, menggunakan micellar water sangat bagus dan efektif kepada kulit sensitif. Micellar water adalah salah satu daripada produk penjagaan kulit paling banyak pada masa ini dan itu adalah pilihan yang bagus untuk kulit sensitif. Pembersih makeup dari Perancis ini dikuatkuasakan dengan molekul micelles minyak kecil yang berfungsi sebagai magnet untuk mengangkat kotoran, minyak dan makeup jauh dari kulit. 

Jom lihat senarai makeup remover terbaik untuk anda yang alami masalah kulit sensitif;

10 Makeup Remover Terbaik untuk Kulit Sensitif

Makeup remover murah - sesuai untuk bahagian mata 1 daripada 10
MayCreate Micellar Makeup Remover (300ml)
Partnership with MayCreate
Dari RM4.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

MAYCREATE Micellar Makeup Remover mengandungi air mineral panas untuk membersih kulit wajah anda dengan cara yang lembut. Ianya bebas dari minyak dan tidak keras pada kulit anda selepas menanggalkan makeup. Ia juga secara berkesan menghilangkan makeup di kawasan mata dan terbaik untuk menanggalkan makeup kalis air. 

Sesuai untuk kulit sensitif, ianya akan membuatkan wajah kekal lembut, segar dan terhidrat sepanjang hari.

Makeup remover bertekstur krim dari drugstore terbaik 2 daripada 10
Silky Girl Hydra Clean Makeup Remover (100ml)
Partnership with Silky Girl
Dari RM15.14
Lihat harga di Lazada Malaysia

Hydra Clean Makeup Remover adalah losyen yang ringan dan lembut yang berkesan menghilangkan semua kesan makeup. Dirumus dengan sifat pelembap untuk kulit sensitif dan kering. Dengan mengandungi Bio-White bagi mencerahkan nada kulit, ianya diformulasi dengan ekstrak Aloe Vera dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit sensitif.

Wipes makeup remover - mudah dibawa kemana sahaja! 3 daripada 10
Nivea Micellar Skin Breath Makeup Remover Wipes (20pcs)
Partnership with Nivea
Dari RM12.54
Lihat harga di Shopee Malaysia

Produk dari NIVEA ini mudah membersih solekan yang tahan lama dan makeup kalis air tanpa meninggalkan sisa produk berminyak pada kulit anda. Untuk bersih dan kelihatan sihat serta kulit yang cantik, pengguna tidak perlu membilas dan menggosok hanya sapukan secara perlahan-lahan. Produk ini sesuai dan diutamakan kepada pengguna yang berkulit sensitif.

simple micellar water
Makeup remover terbaik untuk menghidratkan kulit sensitif 4 daripada 10
Simple Kind To Skin Micellar Cleansing Water (400ml)
Partnership with Simple
Dari RM25.28
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tidak menyebabkan liang pori tersumbat
Meningkatkan kelembapan pada wajah
Masih terasa perlu membilas wajah
1 lagi
Tidak menyebabkan iritasi

Produk ini membantu menghilangkan kekotoran untuk melegakan kulit dan meninggalkannya bersih dan segar. Ia serta-merta meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 90%. Rumusan inovatif diperkaya dengan ramuan yang menyegarkan kulit sempurna serta mempunyai kandungan Vitamin B3, Vitamin C dan Triple Air Clean.

Ia tidak mengandungi wangian dan pewarna tiruan serta bebas dari bahan kimia merbahaya yang boleh mengganggu kulit, menjadikannya sempurna walaupun untuk kulit sensitif.

Kurangkan kadar jerawat dengan makeup remover ini 5 daripada 10
Nivea White Acne Oil Control Make Up Clear Micellar Water
Partnership with Nivea
Dari RM24.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Makeup remover daripada Nivea ini mampu untuk membersih kotoran yang melekat pada wajah dengan mendalam dan efektif. Ianya dapat mengawal penghasilan minyak berlebihan di kulit wajah. Juga dapat mengelakkan berlakunya pertumbuhan kadar jerawat secara efektif.

Sesuai digunakan untuk semua kulit terutamanya kulit sensitif cenderung jerawat. Menjadikan kulit wajah anda lebih lembut dan tanpa kesan sisa minyak di kulit.

Sesuai untuk bibir dan mata – bersihkan maskara degil dengan baik 6 daripada 10
Maybelline Lip and Eye Makeup Remover (150ml)
Partnership with Maybelline
Dari RM21.54
Lihat harga di Shopee Malaysia

Produk bebas minyak ini dapat memberi kesan yang melegakan serta menyegarkan pada bibir dan mata. Tekstur air gel pada produk ini mampu untuk membersih kotoran serta kesan makeup pada kelopak mata dan bulu mata secara lembut. Sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai bibir dan mata yang sensitif.

Makeup remover untuk kulit sensitif – kurangkan hasil sebum 7 daripada 10
Garnier Micellar Cleansing Water Oil Control (Blue) 400ml
Partnership with Garnier
Dari RM20.90
Lihat harga di Guardian Malaysia

Dirumus dengan bahan yang tidak mengandungi sebarang pewangi tiruan, ianya sangat bagus untuk membersih kesan makeup dan juga untuk mengawal sebum berlebihan. Sesuai digunakan untuk kulit kombinasi sensitif dan berminyak. Mengawal sebum berlebihan dapat mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.

Makeup remover untuk mascara waterproof buat kulit sensitif 8 daripada 10
Laneige Lip & Eye Remover Waterproof
Partnership with Laneige
Dari RM4.50
Lihat harga di Shopee Malaysia

Mengandungi ekstrak Aloe yang melembap dan Chamomile untuk melegakan serta melindungi kulit daripada radikal bebas. Formula ultra-ringan dengan pH yang sama dengan air mata, tetapi cukup kuat untuk mengeluarkan solekan pada mata dan bibir.

Dengan menggunakan 2 formula berasingan membentuk emulsi apabila bercampur, membolehkannya menghapuskan segala jenis solek tanpa meninggalkan apa-apa kesan.

Terbaik untuk kulit sensitif
Makeup remover yang ringan dan bebas minyak (oil-free) 9 daripada 10
Garnier Micellar Cleansing Water Gentle 400ml
Partnership with Garnier
Dari RM27.92
Lihat harga di Shopee Malaysia

Produk ini mampu untuk membersih wajah daripada kesan makeup dan melegakan serta menenangkan kulit yang tegang. Bebas daripada sebarang wangian tiruan dan sesuai digunakan untuk kulit sensitif dan normal. Tidak perlu dibilas dan dihasilkan dengan bahan yang tidak mengakibatkan iritasi.

Bagi anda yang alami kulit sensitif, usah risau jika hendak menggunakan produk ini yang tidak akan mengakibatkan kulit anda bertambah iritasi atau merengsa.

Makeup remover berasaskan minyak - kurangkan iritasi 10 daripada 10
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil (200ml)
Partnership with Hada Labo
Dari RM47.12
Lihat harga di Shopee Malaysia
Asid Hyaluronik menghidratkan kulit wajah
Minyak zaitun bagus untuk menanggalkan makeup
Tidak berkesan untuk produk waterproof
2 lagi
Rosehip oil, membantu mengurangkan pigmentasi
Macadamia oil tidak menyebabkan iritasi

Produk ini mengandungi empat jenis Beauty Oils yang mampu untuk meningkatkan kesan pembersihan kulit dengan lebih efektif. Produk ini juga diperkaya dengan dua jenis HA. Ianya dapat mengurangkan kesan iritasi pada kulit dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

Makeup remover ini mampu untuk mengekalkan kelembapan kulit kerana teksturnya yang berminyak.

Lagi daripada ProductNation