Gaya hidup sihat bermula dengan mendapatkan kualiti tidur yang maksimum kerana tidur merupakan waktu rehat yang sangat diperlukan.
Malangnya, tak semua orang dapat tidur yang berkualiti atas sebab pemilihan tilam yang tidak tepat.
Lebih teruk lagi sehinggakan ada yang bangun tidur, terasa sakit belakang pinggang dan tengkuk.
Jadi kami bantu anda senaraikan jenama tilam terbaik dan lembut khas untuk anda yang mengalami sakit belakang badan.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Tilam Terbaik Untuk Sakit Belakang
Sebab utama menjadi pilihan:
Para ibu mengandung sebaiknya gunakan tilam yang dapat memberi keselesaan kerana keadaan ibu semasa tidur dan keselamatan bayi di dalam kandungan mempunyai hubung kait.
Ciri-ciri:
Tilam Joey tidak mempunyai spring tapi mempunyai lapisan keselesaan J-Foam dengan ketebalan 8cm untuk mengikut bentuk tubuh badan yang maksimum.
Malah, terdapat juga lapisan sokongan J-Foam yang padat dengan ketebalan 15cm. Lapisan ini mampu memberi sokongan yang responsif lebih pada tubuh.
Dengan kedua-dua lapisan ini dapat memberi anda kualiti tidur yang maksimum kerana memberi efek tilam yang lembut dan badan tidak rasa sakit-sakit.
Paling best, tilam tidak memberi apa-apa efek bounce jika anda bergerak dari katil. Jadi sesuai mereka yang mempunyai anak kecil.
Review:
"Fabrik tilam ini 100% furniture-grade polyester dimana dapat memberi keselesaan pada tubuh ketika baring dan duduk."
Ciri utama tilam ini adalah ia boleh dilipat, sesuai untuk travel jadi mudah untuk di bawa ke mana-mana seperti berkhemah, rumah saudara, atau untuk kegunaan di taska.
Jika rumah anda sering menerima tetamu, tilam ini perlu disediakan di rumah anda untuk dijadikan tempat mereka tidur.
Fabrik bahagian luar tilam mempunyai ketebalan 2 inci ini dan diperbuat daripada kain jenis damask yang diimport.
Tambahan pula, tilam ini juga telah disanitasi untuk melindunginya daripada bakteria dan kulat.
Menariknya lagi, tilam ini mempunyai beg khas dengan pemegang untuk disimpan dengan mudah di dalam almari selepas penggunaan.
Paling bagus, bahagian luar tilam single ini boleh dicuci untuk mengekalkan kebersihan dan keselesaan ketika tidur.
Oleh sebab tilam ini agak nipis, kami sarankan anda tidak baring terlalu lama bagi mengelakkan sakit belakang.
Tilam Simoni yang mempunyai ketebalan 8 inci sangat sesuai untuk individu yang mengalami sakit belakang dan memerlukan tilam yang boleh memberi sokongan pada postur tubuh yang sering berubah-ubah.
Tilam ini juga diperbuat daripada 100% lateks sintetik jadi tidak mudah bergoyang sekiranya pasangan tidur bergerak sekaligus dapat memberi anda tidur yang berkualiti.
Tilam ini juga dilengkapi ciri Sleep Cool, Pressure Relief dan Temperature Regulator untuk membantu badan anda kurang rasa sakit-sakit.
Tilam dari jenama Vono ini merupakan satu set tilam single yang mempunyai Intalok Springing System supaya dapat menyokong tulang belakang dan memberi keselesaan ketika tidur.
Malah, mempunyai Pocketed Intalok Springing System yang berfungsi mengurangkan gangguan pergerakan badan.
Maksudnya anda seolah-olah tidur diatas angin tanpa merasa apa-apa gerakan dari badan sendiri.
Dengan berteraskan Spin Pro Collection dan diperbuat dari 3.5mm dawai besi yang kukuh dan ketebalan tilam sehingga 10 inci untuk memberi sokongan ultra pada tulang belakang.
Terdapat 4 jenis katil iatu King, Queen, Single dan Super Single. Pilih saja!
Tilam hibrid merupakan sebuah tilam diperbuat dengan campuran lapisan semula jadi seperti kapas, getah dan bulu.
Tilam ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk merawat sakit tulang belakang ketika tidur.
Antaranya tilam Spinarez menggunakan jenis fabrik dari fiber tumbuhan Aloe Vera dimana dipercaya boleh membantu melancarkan statik tubuh manusia.
Dalam masa yang sama, dapat mengawal pergerakan tubuh dan tidur lebih terjaga tanpa gangguan.
Malah dapat mengelakkan sebarang ruam panas kerana pengaliran udara tilam baik, mempunyai anti-habuk, anti-bakteria dan anti-pijat.
Menariknya tilam ini tebal sehingga 12 inci dan dapat memberi sokongan berpanjangan pada tulang belakang serta leher.
Tilam mewah Sonno ini memperkenalkan tilam dengan tiga lapisan bahan natural latex (getah), memory foam dan support foam.
Tujuan tiga lapisan ini untuk memberi keselesaan dan sokongan pada tulang belakang ketika tidur.
Memang, sangat sesuai mereka yang sering bekerja yang melibatkan tulang belakang
Tebal tilam Sonno 9 inci bagi memberikan kedudukan posisi tubuh badan dalam keadaan selesa ketika baring sekaligus tidak memberi tekanan kepada titik sensitif tulang belakang.
Selain itu, fabrik tilam ini sejuk, mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan material getah yang bagus untuk mengimbangi berat badan ketika tidur.
Bagi mereka yang mengalami masalah slip disc, cuba dapatkan tilam tanpa wayar spring dari Sonno Original Mattress.
Tilam Coway dari Prime Series mengetengahkan konsep sistem sokongan dari empat komponen premium iaitu fiber kelapa, memory foam, latex dan 5-zone pocket spring.
Sama seperti produk Coway yang lain, tilam dari mereka juga akan mendapat servis penjagaan setiap empat bulan dengan bayaran bulanan mengikut saiz tilam.
Terdapat 2 jenis saiz iaitu King dan Queen. Kedua-dua saiz tilam ini mempunyai ketebalan yang sama iaitu 13 inci.
Anda juga boleh memilih untuk membuat sewa beli sekali set dengan katil atau tidak.
Tilam ini sesuai untuk golongan warga emas kerana dapat mengurangkan dari sebarang risiko sakit belakang.
Tilam Lessa Home sesuai untuk mereka yang mencari tilam untuk orang sakit dan memerlukan rehat yang cukup.
Ini kerana tilam ini menggunakan chiropractic coil iaitu wayar spring yang tahan lama dan sistem teras wayar spring paling bagus.
Selain itu, wayar tersebut dapat menjadikan tilam tahan lebih lama, selesa, padat serta dapat memberi sokongan tubuh yang sepanjang malam.
Bahan yang digunakan adalah dari fiber kelapa bagi membantu tidur yang selesa, elak dari masalah kegatalan dan menyejukkan tubuh.
Tilam Lessa Home ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang mengalami sakit belakang dan memerlukan rehat.
Bagi anda yang ingin berikan keselesaan pada tetamu, parents atau diri sendiri ketika tidur kami syorkan tilam dari jenama Dr. Macio.
Ini kerana tilam ini mempunyai ciri yang bagus terutama untuk elak sakit belakang kerana direka khas untuk tulang belakang.
Antara cirinya adalah German Spine Support yang mana bahagian spring coil yang digunakan berkualiti tinggi dari German.
Memang dapat beri keselesaan ketika anda baring dan tidur sepanjang malam dan paling penting, dapat menjajarkan tulang belakang secara semulajadi.
Jangan risau, tilam ini tahan lama kerana menggunakan high density synthetic latex foam dan menggunakan teknnologi cooling.
Anda mencari tilam yang boleh menampung badan yang bersaiz besar? Dapatkan je tilam dari jenama Goodnite ini yang mempunyai ketebalan 11 inci, memang sesuai untuk yang berbadan besar.
Antara kelebihan ini adalah anti bakteria dan juga anti debu, jadi secara tidak langsung anda dapat hindari dari penyakit kulit akibat bakteria.
Selain itu, tilam ini mempunyai 7 Turns Posture Coil System yang boleh menampung badan secara menyeluruh dan untuk pelbagai posture badan.
Fabrik yang digunakan juga adalah jenis knitted, jadi ia sangat selesa dan juga breathable agar anda mendapat tidur yang nyenyak pada waktu malam.
Kini berat badan bukan lagi halangan untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan melindungi tulang belakang sepanjang malam.
Jika anda mencari tilam untuk pesakit terlantar, anda boleh dapatkan tilam Ecolux Zucca ini kerana fabrik yang digunakan adalah jenis 360 MicroFabric, memastikan pengudaraan yang lancar walaupun baring lama di atasnya.
Selain itu, tilam ini juga anti bakteria dan anti debu, memastikan tiada bakteria yang melekat pada kulit badan walaupun terlantar seharian di atas tilam.
Apa yang menarik, tilam ini menggunakan Chiropractic Bonnel Spring System bagi memastikan anda dapat baring dengan selesa dan melindungi tulang belakang.
Untuk tilam ini, ia tidak memerlukan rotation kerana ia menggunakan AirCool foam untuk memastikan pengudaraan optimum, serta coil yang digunakan mampu menampung beban untuk masa yang lama.
Dengan jaminan selama 10 tahun, anda akan rasa lebih yakin dan selamat menggunakan tilam ini.
Hadir dalam pelbagai corak menarik yang boleh dipilih mengikut tema bilik, set tilam jenama Babylove ini termasuk beg pvc, dua bantal, guling dan tilam.
Semua sarung produk menggunakan 100% kapas premium asli dan sesuai untuk guna di rumah atau bawa jalan-jalan.
Bahan ini bukan sahaja memberikan memberikan pengudaraan yang baik, tapi juga selamat untuk kulit bayi dan tidak akan menyebabkan alahan kulit kepada si manja.
Isian dalam tilam dipenuhi foam padat yang tidak berbau dan mencegah kerengsaan kulit, jadi bayi anda dapat tidur dengan lena dan selamat.
Malah, tilam juga tebal dan tak lembut sangat bagus untuk badan baby, takdelah dia tenggelam semasa tidur.
Hadiahkan kepada kawan perempuan, adik-beradik atau sepupu yang baru bersalin dengan tilam bayi ini!
Bagi mereka yang tengah cari tilam untuk ahli keluarga yang stroke dan sakit lama, beli je tilam ni.
Bukan sahaja untuk sakit terlantar dan pesakit bedridden, malah tilam ini juga boleh guna untuk sakit-sakit belakang atau pesakit pembedahan dibahagian belakang.
Paling penting, tilam ini ada bahagian keras dan lembik yang membuatkan badan pengguna nampak naik dan turun.
Jadi, mereka akan rasa seakan menerima getaran rendah dan boleh tidur dengan selesa.
Terdapat jaminan motor 1 tahun, tilam mudah dicuci dan pamnya juga berfungsi dengan senyap.
Diperakui MDA dengan no pendaftaran: GA6253421-80542 dan boleh menampung berat pengguna maksimun 150 kg.
Jangan risau, katil ini selamat digunakan kerana adanya perlindungan terhadap renjatan elektrik kelas 2.
Scoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang melengkung ke sisi dan mereka yang mengalaminya terutama wanita mengandung akan kerap sakit pinggang dan tulang belakang.
Jadi, kami syorkan anda dapatkan tilam SpinaRez Pocket Star dengan 4 lapisan yang bermanfaat.
Antaranya 3” Euro Top Padding, 2” Padding High Resilient Foam Padding dan 1 lapisan sabut kelapa yang memberikan sokongan asas di bahagian paling bawah.
Dengan fabrik serat alovera, tilam ini juga mempunyai ciri anti habuk, anti bakteria, anti kulat, bernafas dan mengawal suhu badan.
Sistem spring poket Individu 3 Zon juga memberikan sokongan yang sangat baik kepada tubuh badan, mengurangkan tekanan dan sakit belakang.
Turut mempunyai fabrik mesh 4D yang membantu meningkatkan pengudaraan tilam dan sokongan tepi bersalut foam yang memberikan keselesaan sepanjang malam.
Nak lagi selesa boleh tambah topper dan bila bangun pagi, sakit belakang tidak lagi ketara seperti sebelum ini.
Tip Memilih Tilam Untuk Masalah Tulang Belakang
Sakit tulang belakang tidak boleh dipandang mudah, terutama jika anda suka melakukan kerja berat yang menggunakan kekuatan tulang belakang.
Sakit tulang belakang atau ‘slipped disc’ antara yang sering menyerang tidak kira warga emas ataupun orang muda.
Jadi, anda boleh ikhtiar mengelakkan dari sakit belakang dengan menitikberatkan beberapa perkara. Antaranya:
Jenis tilam
Anda disyorkan memilih tilam yang diperbuat dari memory foam atau latex (getah) kerana dua bahan ini lembut jadi mampu menyokong tulang belakang.
Selain itu, anda juga boleh memilih tilam label medium soft – medium firm.
Ketebalan tilam
Ukuran ketebalan paling minima untuk tilam sekurang-kurangnya 8 inci. Elakkan membeli tilam kurang dari itu.
Biasanya tilam yang lebih tebal akan memberi kesan lembut dan selesa pada tubuh.
Jadi ketika membuat pembelian tilam pastikan anda pilih tilam tebal 8 inci ke atas.
Anda boleh lihat penerangan ringkas dari video berikut.
Apa Punca Sakit Belakang?
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit belakang antaranya faktor berat badan, posisi tidur yang tidak betul atau suka mengangkat barang yang berat dengan cara yang salah.
Tapi sebelum tu, jom dengarkan punca dan penyebab sakit belakang dari doktor Ikram.
Terdapat juga punca lain. Jadi jom kenal pasti terlebih dahulu dan baru mencari cara menyelesaikan masalah.
Posisi tidur
Posisi tidur menjadi aspek utama anda sering sakit belakang walaupun pekerjaan anda tidak memerlukan mengangkat barang yang berat.
Apa yang anda boleh lakukan adalah tidur bersandarkan bantal yang banyak dari hujung kaki sehingga kepala supaya tubuh badan anda kurang membuat pergerakan ketika tidur.
Pekerjaan
Tidak semestinya mengangkat berat boleh menyebabkan sakit belakang tapi duduk terlalu lama di pejabat juga boleh menjadi punca kerana menyebabkan ketegangan otot dan sakit tengkuk.
Berat badan
Masalah berat badan bukan saja terjadi pada mereka yang mempunyai badan gempal tapi wanita hamil turut boleh terdedah dengan sakit pinggang.
Ini kerana tulang belakang cuba menampung berat bayi yang semakin meningkat.
Terdapat juga mereka yang mengalami sakit tulang belakang akibat trauma kemalangan, penyakit genetik, jangkitan kuman atau lebih serius kanser tulang belakang.
Apakah Perbezaan Antara Tilam Memory Foam Dan Spring?
Kalau lihat di pasaran, terdapat dua jenis tilam yang sering ditawarkan iaitu jenis busa memori (memory foam) dan jenis tilam dalam pegas (spring).
Kedua-kedua jenis tilam ini sangat berbeza dari segi reka bentuk dan bahan binaan yang digunakan, jadi baca lanjut untuk tahu apa perbezaan kedua-dua jenis tilam ini.
Reka Bentuk
Tilam memory foam menggunakan bahan viscoelastic foam yang mempunyai tindak balas terhadap suhu badan dan berat badan pengguna.
Ia beransur-ansur menyesuaikan bentuk tilam kepada bentuk badan anda dan memberikan sokongan yang disesuaikan serta mengurangkan tekanan pada titik-titik tertentu.
Manakala tilam spring terdiri daripada lapisan luar yang diperbuat daripada fabrik atau bahan sintetik, dengan spring dalam yang memberikan sokongan pada badan semasa tidur.
Tilam spring memanfaatkan kekuatan spring untuk menegakkan tubuh dan memberikan sokongan terbaik.
Sokongan
Tilam memory foam memberikan sokongan yang sesuai dengan bentuk badan, mengurangkan tekanan pada sendi-sendi dan titik-titik tekanan tertentu.
Ia juga membantu mengurangkan kesakitan pada bahagian badan yang sensitif, jadi lebih sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah belakang badan.
Untuk tilam spring pula, ia menggunakan rangkaian spring untuk memberikan sokongan yang seimbang ke seluruh badan.
Ini boleh memberikan perasaan sokongan yang lebih "berangin" berbanding dengan tilam memory foam.
Pergerakan
Dari segi pergerakan, tilam memory foam cenderung untuk mengurangkan pergerakan gelombang atau berombak, bermaksud jika seseorang bergerak di satu bahagian tilam, pergerakan tidak akan terasa oleh orang lain pada bahagian tilam yang lain.
Manakala tilam spring mungkin mempunyai lebih banyak pergerakan daripada tilam memory foam kerana spring dalam tilam boleh memberikan lebih banyak "getaran" sehingga membuatkan orang sebelah terasa pergerakan kita.
Harga dan Ketahanan
Tilan jenis memory foam lebih mahal berbanding tilam jenis spring kerana ia boleh tahan lebih lama dan struktur tilam juga boleh tahan lama.
Tilam spring mungkin murah sedikit berbanding tilam memory foam tetapi ia mempunyai jangka hayat yang pendek dan memerlukan penggantian lebih kerap.
Keputusan memilih antara tilam memory foam dan tilam spring bergantung kepada keperluan dan kesesuaian peribadi.
Sesetengah individu mungkin menemui tilam memory foam sebab lebih sesuai untuk kesihatan tulang belakang dan keselesaan, manakala yang lain mungkin lebih selesa dengan tilam spring yang memberikan sokongan kukuh badan badan.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Tilam Untuk Sakit Belakang?
Kelebihan Tilam Sakit Belakang:
- Meredakan sakit belakang
Tilam sakit belakang direka dengan teknologi khas yang membantu mengurangkan sakit belakang.
Sekaligus dapat memberi sokongan pada bahagian belakang badan semasa tidur dan membantu mengurangkan ketidakselesaan.
- Meningkatkan kualiti tidur
Dengan meredakan sakit belakang anda, tilam sakit belakang membantu meningkatkan kualiti tidur anda.
Anda dapat tidur nyenyak dan bangun dengan badan segar setiap pagi.
- Membantu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang
Ini dapat membantu mengurangkan risiko cedera dan mempercepat pemulihan dari kecederaan.
Kekurangan Tilam Sakit Belakang:
- Harga tilam mahal
Tilam sakit belakang memerlukan pelaburan yang lebih besar berbanding dengan tilam biasa.
Oleh itu, ia bukan pilihan yang sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet terhad.
- Pilihan terhad
Tilam sakit belakang tidak mempunyai pelbagai pilihan seperti tilam biasa.
Jadi anda mungkin sukar dalam memilih tilam yang sesuai dengan keperluan anda.
- Masa penyesuaian
Semasa pertama kali menggunakan tilam sakit belakang, anda perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan sokongan dan reka bentuknya. Ini boleh menjadi tidak selesa untuk beberapa individu pada awalnya.
Kesimpulannya, tilam sakit belakang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan.
Sekiranya anda sedang mengalami sakit belakang, tilam jenis ini antara pilihan terbaik untuk bantu meredakan kesakitan dan meningkatkan kualiti tidur anda.
Bagaimana Saya Boleh Memanjangkan Jangka Hayat Tilam Saya?
Semasa membuat pembelian tilam, tentu anda tertanya-tanya sama ada anda boleh panjangkan jangka hayat tilam ataupun tidak walaupun anda mendapat warranty selama 10 - 15 tahun.
Sebenarnya boleh, anda dapat lakukan beberapa perkara untuk panjangkan jangka hayat tilam agar boleh guna lebih lama lagi.
- Walaupun tilam anda adalah jenis anti bakteria dan anti debu, menggunakan cadar yang bagus juga akan memberi pelindungan berganda pada tilam anda, sekaligus dapat menjaga kualiti tilam.
- Anda boleh pusingkan tilam secara berkala bagi membantu mencengah satu bahagian menjadi cepat lusuh. Namun, bergantung pada jenis tilam sebab ada tilam yang tidak perlu dipusingkan.
- Bersihkan tilam secara berkala juga akan membantu memastikan tilam sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan bebas bakteria atau debu yang akan merosakkan fabrik tilam.
- Anda juga perlu menggunakan katil yang betul dan stabil agar tilam sentiasa berada dalam posisi yang betul, dan tidak membuatkan sesetengah bahagian mendapat lebih beban berbanding bahagian lain.
- Jika anda mempunyai anak kecil, anda perlu elak daripada membenarkan anak-anak anda lompat di atas katil. Ini akan mengurangkan keanjalan coil tilam dan membuatkan ia cepat rosak.
Sekiranya anda mahu tilam anda tahan lebih lama, anda boleh ambil langkah-langkah yang dicadangkan dan boleh jimatkan duit anda dengan tidak perlu menbukar tilam baru dengan kerap.
Bagaimana Cara Membersihkan Tilam Saya Di Rumah?
Bila dah beli tilam yang mahal-mahal, atau yang murah sekali pun, tentu anda mahu pastikan tilam anda sentiasa dalam keadaan bersih.
Tilam bersih daripada kuman, hama dan bakteria adalah penting agar anda sentiasa dapat kualiti tidur yang terbaik, tapi anda pula tak pasti bagaimana cara bersihkan tilam dengan betul.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk membersihkan tilam anda:
-
Vacuum Tilam
Gunakan alat penyedut untuk menyedut habuk, serpihan makanan, rambut, dan bahan organik lain dari permukaan tilam.
Ini akan membantu menghilangkan kotoran kasar sebelum mencuci tilam.
-
Kurangkan Kotoran Besar
Jika terdapat sebarang kotoran yang agak besar pada tilam, gunakan campuran air dan detergen ringan untuk membersihkannya terlebih dahulu.
Anda boleh menggunakan sikat atau berus lembut untuk membuang kotoran dengan lembut.
Pastikan untuk membersihkan kotoran secepat mungkin untuk mengelakkan penyerapan yang lebih mendalam ke dalam fabrik.
-
Bersihkan Kotoran Kering
Jika tilam anda terkena cecair seperti air kencing atau minuman, gunakan kain yang lembap untuk menyerap sebanyak mungkin cecair.
Jangan menggosoknya dengan kasar atau kuat, kerana ini boleh menyebabkan cecair menyerap lebih dalam ke dalam tilam.
-
Hilangkan Bau
Untuk menghilangkan bau tidak enak, taburkan baking soda ke atas permukaan tilam dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman sebelum menyedutnya.
Baking soda boleh menyerap bau dan memberikan kesegaran semula kepada tilam anda.
-
Mengeringkan Tilam
Pastikan tilam anda benar-benar kering sebelum digunakan semula.
Anda boleh meletakkannya di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari langsung atau menggunakan kipas angin untuk membantu mengeringkan tilam.
-
Pusingan Berkala
Untuk menjaga kebersihan tilam anda, anda boleh memusingkannya secara berkala.
Ini membantu mengelakkan perkumpulan habuk dan kotoran serta menjaga tilam anda dalam keadaan yang bersih dan segar.
Bagaimanapun, tidak semua jenis tilam boleh diterbalikkan, jadi perlu rujuk kepada pegawai pemasaran tilam tersebut sebelum melakukannya.
-
Gunakan Perlindungan Tilam
Untuk mencegah kotoran menembusi tilam anda, anda boleh guna penutup tilam yang diperbuat daripada bahan yang boleh dicuci secara berkala.
Ini akan melindungi tilam anda dan memudahkan proses pembersihan.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini secara berkala, anda boleh mengekalkan kebersihan tilam anda dan memastikan ia sentiasa segar dan selesa untuk tidur yang lebih baik.