Kecantikan

Elak Iritasi Sambil Kekalkan Hidrasi Dengan 10 Rutin Skincare Untuk Kulit Kombinasi

Ini skincare yang bagus untuk kulit kombinasi yang kusam, sensitif, berjerawat, jeragat dan remaja daripada jenama seperti wardah


Editor · Updated 5 Feb 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Elak Iritasi Sambil Kekalkan Hidrasi Dengan 10 Rutin Skincare Untuk Kulit Kombinasi

Cuba sentuh wajah anda. Jika kulit seringkali terasa berminyak di sekitar kawasan zon T tetapi terasa kering di bahagian lain, ini bermakna anda memiliki masalah kulit kombinasi. Mencari produk yang bersesuaian kadangkala boleh merumitkan. Anda perlu menggunakan skincare yang berformula mampu melakukan tugas berganda demi mengekalkan penghidratan di kawasan kering sambil mengawal kawasan minyak pada zon T. 

Kandungan

Adakah produk kecantikan dari drugstore memberi hasil setaraf jenama mahal? 

Siapa kata tidak? Kini, terdapat puluhan produk yang terdapat di pasaran drugstore mempunyai kualiti setanding jenama mahal. Produk kecantikan yang terdapat di farmasi atau drugstore semakin mendapat perhatian ramai kerana peningkatan kualiti serta formulanya semakin memberangsangkan. Penjimatan juga berganda. Jom lihat senarai penjagaan kulit terbaik di pasaran; 

10 Rutin Skincare untuk Kulit Kombinasi

Terbaik untuk kulit berjerawat
Micellar water / make up remover untuk kulit kombinasi dan sensitif 1 daripada 10
Bioderma Sebium H20 250ml
Partnership with Bioderma
Dari RM75.63

Selamat digunakan pada bahagian mata dan bibir, Bioderma Sebium H20 ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diperkaya dengan Gluconate Zinc, produk 2-dalam1 ini juga selamat digunakan pada bahagian sekitar mata dan bibir. Hanya sapu secara perlahan, sudah cukup untuk menanggalkan sisa solekan dan kotoran.

Terbaik untuk kulit kombinasi
Pencuci muka untuk kulit kombinasi cenderung minyak & bebas alkohol 2 daripada 10
Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)
Partnership with Sebamed
Dari RM52.10
Bebas alkohol
Bacaan pH 5.5
Harga sedikit mahal
3 lagi
100% bebas sabun
Dapat mencuci liang pori
Mampu melawan jerawat dan blackheads

Bebas dari sebarang bahan alkohol, Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin merupakan produk terbaik untuk anda yang memiliki kondisi kulit kombinasi cenderung minyak. Dengan formulasi cucian yang mendalam, ia akan meninggalkan kulit terasa segar dan bersih selepas dicuci. Pencuci muka ini juga akan membantu kulit anda mengecilkan pori-pori yang terbuka.

Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Apricot Scrub
Skrub / Exfoliator untuk kulit kombinasi dan jeragat – hapuskan melanin 3 daripada 10
Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Apricot Scrub
Partnership with Himalaya Herbals
Dari RM26.61
Granul Apricot menghapuskan sel kulit mati secara lembut
Kacang lentil merah sebagai antioksida, daun Neem dan lemon melawan jerawat
Sebagai scrub, tidak sesuai digunakan setiap hari seperti pencuci muka biasa
1 lagi
Membantu menenggelamkan komedo dan blackhead

Tahukah anda, terdapat sel kulit mati yang terkumpul di dasar kulit wajah kita setiap hari? Maka, anda harus menggunakan scrub atau exfoliator seeloknya 2 atau 3 kali seminggu bagi mencuci dan mengupas sisa kotoran. 

Apricot scrub dari Himalaya ini mengandungi kepekatan buah apricot serta Vitamin E yang dapat melembutkan dan mengembalikan kebersihan kulit. Ucap selamat tinggal pada blackheads!

Toner untuk kulit berjerawat
Toner untuk kulit kombinasi serta rawan jerawat – kurangkan breakout 4 daripada 10
Eucerin Pro ACNE Solution Toner (200ml)
Partnership with Eucerin
Dari RM65.90

Wajah tidak selalunya bersih walaupun selepas dicuci. Sebab itulah wajib untuk kita menggunakan toner bagi mencuci sisa makeup dan kotoran. Gunakan Eucerin Pro Acne Solution sekiranya anda memiliki kulit kombinasi serta masalah jerawat. Ia akan membantu dalam mengeliminasi kotoran yang menempel serta minyak yang menyumbat liang pori agar wajah tidak dicemari radikal bebas.

Masker wajah untuk kulit kombinasi, dapatkan efek wajah glowing 5 daripada 10
Garnier Skin Naturals Serum Mask
Partnership with Garnier
Dari RM7.50

Disarankan bagi anda yang mempunyai masalah kulit kombinasi untuk memakai face mask minima seminggu sekali bagi mendapatkan kulit wajah impian. Face mask dari Garnier ini mengandungi SPF21 PA+++ yang membantu dalam menghapuskan lapisan sel-sel kulit mati dan sisa kotoran di wajah. Ia juga akan mengurangkan kesan selaran matahari atau sunburn.

Eye roll untuk kulit kombinasi - kulit bawah mata terasa segar 6 daripada 10
Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On (15ml)
Partnership with Simple
Dari RM23.68
Tidak diuji ke atas haiwan
Sesuai untuk kulit sensitif
Roller ball applicator boleh menyebabkan kuman
3 lagi
Hypoallergenic
Diuji secara Dermatologi
Bebas bahan kimia

Kind To Eyes Revitalising Eye Roll On dari Simple ini memberi rawatan dan ketenangan pada kulit bawah mata sejurus selepas aplikasi. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Vitamin B5 serta Glycerin, tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kombinasi, sensasi dinginnya akan memastikan mata anda terasa lebih aman setiap pagi.

Rosa E 15ml
Serum untuk kulit kombinasi dan kusam, kulit tampil lebih bermaya 7 daripada 10
Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum
Partnership with Garden of Eden
Dari RM76.29
Terbukti secara klinikal
Mengurangkan pigmentasi
Harga mahal
1 lagi
Melambatkan penuaan

Mengandungi eliksir minyak biji Rosehip, anggur dan Vitamin E, serum untuk wajah ini mampu menghapus bintik gelap serta pigmentasi. Ianya juga dapat memperbaiki permukaan kulit sambil menggalakkan penjanaan semula dan pembaikan sel. Gunakan serum ini pada waktu malam atau siang secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang lembut, licin dan cerah.

Moisturizer water-based – terbaik untuk remaja
Pelembap water-based murah untuk remaja berkulit kombinasi 8 daripada 10
Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna
Partnership with Safi
Dari RM20.20

Dengan mengandungi bahan berasaskan air, Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah pelembap terbaik buat para remaja. Kandungan asid Hyaluronik, Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi dalam pelembap ini pula berkesan dalam mencerah serta mengekalkan kesegaran sepanjang hari. 

Ianya juga dapat melindungi kulit wajah dari radikal bebas serta pencemaran udara yang kotor. Tiada lagi masalah kulit kering atau berminyak jika ‘berjemur’ terlalu lama dibawah cahaya matahari.

Night cream dengan kepekatan kolagen untuk kulit kombinasi 9 daripada 10
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream
Partnership with Olay
Dari RM84.92
Mengandungi Amino-peptida
Tekstur krim mudah menyerap
Mengandungi alkohol
2 lagi
Sesuai untuk semua jenis kulit
Mudah digunakan

Olay Regenerist Micro-Sculpting cream menyediakan penghidratan optimum pada malam hari dan membantu mengembalikan hidrasi pada kulit dengan asid Hyaluronik. Formulanya tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide. 

Ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit wajah agar tampak lebih awet muda.

Nano White Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml)
Sunscreen dari drugstore untuk kulit kombinasi, beri hasil tona lebih sekata 10 daripada 10
Nano White Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml)
Partnership with Nano White
Dari RM26.25
Mempunyai Arbutin, Niacinamide, Hyaluronic acid
Dermatologist tested
Tekstur yang sedikit tebal
1 lagi
Ekstrak dari buah bearberry

Dengan Nanotechnology Omega White-C, ianya berfungsi memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB. Krim pelindung matahari ini juga menghapus liang pori yang tersumbat dengan kotoran dan melindungi kulit anda daripada bintik-bintik hitam serta kekusaman. 

Gunakan Nanowhite Omega Day Shield Sunscreen ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil tona kulit yang lebih sempurna.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation