Cuba sentuh wajah anda. Jika kulit seringkali terasa berminyak di sekitar kawasan zon T tetapi terasa kering di bahagian lain, ini bermakna anda memiliki masalah kulit kombinasi. Mencari produk yang bersesuaian kadangkala boleh merumitkan. Anda perlu menggunakan skincare yang berformula mampu melakukan tugas berganda demi mengekalkan penghidratan di kawasan kering sambil mengawal kawasan minyak pada zon T.
Adakah produk kecantikan dari drugstore memberi hasil setaraf jenama mahal?
Siapa kata tidak? Kini, terdapat puluhan produk yang terdapat di pasaran drugstore mempunyai kualiti setanding jenama mahal. Produk kecantikan yang terdapat di farmasi atau drugstore semakin mendapat perhatian ramai kerana peningkatan kualiti serta formulanya semakin memberangsangkan. Penjimatan juga berganda. Jom lihat senarai penjagaan kulit terbaik di pasaran;
10 Rutin Skincare untuk Kulit Kombinasi

Selamat digunakan pada bahagian mata dan bibir, Bioderma Sebium H20 ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Diperkaya dengan Gluconate Zinc, produk 2-dalam1 ini juga selamat digunakan pada bahagian sekitar mata dan bibir. Hanya sapu secara perlahan, sudah cukup untuk menanggalkan sisa solekan dan kotoran.

Bebas dari sebarang bahan alkohol, Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin merupakan produk terbaik untuk anda yang memiliki kondisi kulit kombinasi cenderung minyak. Dengan formulasi cucian yang mendalam, ia akan meninggalkan kulit terasa segar dan bersih selepas dicuci. Pencuci muka ini juga akan membantu kulit anda mengecilkan pori-pori yang terbuka.

Tahukah anda, terdapat sel kulit mati yang terkumpul di dasar kulit wajah kita setiap hari? Maka, anda harus menggunakan scrub atau exfoliator seeloknya 2 atau 3 kali seminggu bagi mencuci dan mengupas sisa kotoran.
Apricot scrub dari Himalaya ini mengandungi kepekatan buah apricot serta Vitamin E yang dapat melembutkan dan mengembalikan kebersihan kulit. Ucap selamat tinggal pada blackheads!

Wajah tidak selalunya bersih walaupun selepas dicuci. Sebab itulah wajib untuk kita menggunakan toner bagi mencuci sisa makeup dan kotoran. Gunakan Eucerin Pro Acne Solution sekiranya anda memiliki kulit kombinasi serta masalah jerawat. Ia akan membantu dalam mengeliminasi kotoran yang menempel serta minyak yang menyumbat liang pori agar wajah tidak dicemari radikal bebas.

Disarankan bagi anda yang mempunyai masalah kulit kombinasi untuk memakai face mask minima seminggu sekali bagi mendapatkan kulit wajah impian. Face mask dari Garnier ini mengandungi SPF21 PA+++ yang membantu dalam menghapuskan lapisan sel-sel kulit mati dan sisa kotoran di wajah. Ia juga akan mengurangkan kesan selaran matahari atau sunburn.

Kind To Eyes Revitalising Eye Roll On dari Simple ini memberi rawatan dan ketenangan pada kulit bawah mata sejurus selepas aplikasi. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Vitamin B5 serta Glycerin, tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kombinasi, sensasi dinginnya akan memastikan mata anda terasa lebih aman setiap pagi.

Mengandungi eliksir minyak biji Rosehip, anggur dan Vitamin E, serum untuk wajah ini mampu menghapus bintik gelap serta pigmentasi. Ianya juga dapat memperbaiki permukaan kulit sambil menggalakkan penjanaan semula dan pembaikan sel. Gunakan serum ini pada waktu malam atau siang secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit yang lembut, licin dan cerah.

Dengan mengandungi bahan berasaskan air, Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah pelembap terbaik buat para remaja. Kandungan asid Hyaluronik, Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi dalam pelembap ini pula berkesan dalam mencerah serta mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
Ianya juga dapat melindungi kulit wajah dari radikal bebas serta pencemaran udara yang kotor. Tiada lagi masalah kulit kering atau berminyak jika ‘berjemur’ terlalu lama dibawah cahaya matahari.

Olay Regenerist Micro-Sculpting cream menyediakan penghidratan optimum pada malam hari dan membantu mengembalikan hidrasi pada kulit dengan asid Hyaluronik. Formulanya tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.
Ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit wajah agar tampak lebih awet muda.

Dengan Nanotechnology Omega White-C, ianya berfungsi memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB. Krim pelindung matahari ini juga menghapus liang pori yang tersumbat dengan kotoran dan melindungi kulit anda daripada bintik-bintik hitam serta kekusaman.
Gunakan Nanowhite Omega Day Shield Sunscreen ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil tona kulit yang lebih sempurna.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!